BAB 49

Romance Completed 45920

" Stress? "

Nada suaranya kuat seakan terkejut. Matanya terus memaku tajam memandang aku dengan riak cemas.

Aku hanya mampu tunduk. Menyembunyikan rasa gelisah yang sejak tadi bermukim dalam hati.

Jujurnya, aku sudah terlepas cakap.

Tak sepatutnya alasan itu aku gunakan. Stress sampai kena langgar macam ni. Memang tak logik di akal pulak rasanya.

Tapi nasib baiklah perbualan itu hanya berlaku dalam talian telefon saja. Berinteraksi melalui panggilan video call, itu pun sudah buat otakku tepu untuk mencipta alasan.

" Cuba you bagitahu I, you stress sebab apa sebenarnya? banyak sangat ke kerja you kat ofis tu sampai boleh accident macam ni " soalnya serius. Timbul urat di atas dahinya yang licin.

Aku diam tak membalas. Hanya bibir saja ku biarkan mengukir senyuman tipis.

" Rara! please say something. you okay ke tak ni? " suaranya yang lembut tadi sudah bertukar nada. Namun riak di mukanya masih dibayangi rasa gelisah.

Aku menghela nafas pelahan.

" Saya okay. Bos tak payahlah risau. Cuma luka sikit je. Kaki ni pun tak lama lagi baiklah. " balasku lembut cuba menepis segala rasa kerisauannya.

Bibir ku biarkan terus-terusan mencipta senyum. Bersungguh-sungguh aku cuba menyakinkan Muzzafar Adli yang keadaan aku tidaklah seteruk mana.

Tapi hakikatnya?

" are you sure? Kalau tak ada apa-apa kenapa sampai kena warded? "

Keningnya sudah berlaga sesama sendiri. Memandang aku penuh rasa curiga.

Aku menelan liur. Sorotan mata galak lelaki itu buat aku kehilangan kata-kata. Senyuman mekar di bibir aku tadi kian pudar bersama rasa kekok yang semakin menebal dihati.

Buat seketika, mata jatuh merenung balutan putih di kaki. Aku mengeluh sendirian mengenangkan nasib yang menimpa aku hari ni. Kerana terlalu mengikutkan kata hati, akhirnya aku sendiri yang mendapat susah.

" Rara, you still there? " serunya kembali. Hairan agaknya bila aku hanya diam sedangkan aku masih berada di talian.

" Ya. Saya ada kat sini. "

" so? "

Aku menarik nafas yang terasa semakin berat.

" sebab.. doktor cakap esok dia nak check saya lagi sekali. Kalau tak ada apa yang serius, baru saya boleh balik rumah. " terangku.

" okay. "

Aku lepas nafas lega bila dia membalas begitu. Nampaknya aku dah berjaya buat dia percaya. Jujurnya bukan niat aku untuk berbohong tapi aku tak nak kejadian tadi menganggu tumpuan kerjanya di sana. Lagipun aku tahu dia sedang sibuk sekarang. Masih banyak perkara yang dia perlu selesaikan sebelum cawangan baru itu dibuka nanti.

Selebihnya aku tak nak timbul apa-apa masalah sekiranya dia tahu aku jadi begini disebabkan Izzt Firhan.

" you warded kat hospital mana? "

" KPJ Damansara. "

Aku membalas laju.

" Kenapa?" aku bertanya kemudian.

Dia senyum sebelum menggeleng sesaat.

" you rest okay. Pasal kerja you tak payah risau. Nanti I mintak Jaja uruskan apa yang patut. " ujarnya senada sambil menilik jam dipergelangan tangan.

Aku hamparkan satu senyuman manis. Memperlihatkan bertapa bahagianya aku bila dia berkata begitu.

" Really sorry. I should go now. So you take care okay. Anything happend just give me a call. " ujarnya menitipkan pesan sebelum talian itu di tamatkan.

Sedetik berlalu, bibir aku masih lagi mengukir senyum. Rasa terharu dengan sikap prihatin dan ambil berat Muzzafar Adli sehinggalah otak aku kembali mengingati keberadaan Izzt Firhan.

Ke mana lelaki itu agaknya? takkan lepas apa yang terjadi dia terus pergi meninggalkan aku?

Hati terus-terusan di buru rasa ingin tahu.

Tak ada siapa lagi yang dapat aku harapkan melainkan Kinah. Tapi, nak ke Kinah tu tolong aku? kang tak pasal-pasal kena marah lagi aku dengan si Kinah tu.

Hurmm....

Nafas ku lepaskan bersama satu keluhan berat.

Tanpa aku sedari kelakuan aku itu diperhatikan oleh Kinah yang sejak tadi sudah berada di dalam bilik itu.

“ Kau kenapa? apa yang kau tengah fikirkan? ” tanya Kinah mula melangkah mendekati aku.

" Kenapa apa? "

Sengaja aku bertanya seolah-olah macam tak ada apa-apa yang berlaku.

“ Cara kau mengeluh tu macam orang mati laki. Kenapa? Ady ada tanya soalan pelik-pelik kat kau ke? " soal Kinah lantas duduk di kerusi bersebelahan aku. Plastik putih yang dibawa bersama tadi di letakkan atas meja tepi katil.

" tak adalah tanya soalan pelik-pelik. Tapi aku kesian kat dia, dia nampak risau bila tahu aku masuk hospital. " jawabku bersama rasa bersalah yang kian membukit.

Entahkan betul, entahkan tidak tindakan yang aku berbohong pada Muzzafar Adli tadi.

Kinah menayang sengih.

Roti dan air yang ada dalam plastik putih tadi di ambil sebelum sebungkus roti dihulurkan kepada aku.

" Kau ni macam tak biasa pulak. Lelaki kalau dah sayang macam itulah. Terlebih prihatin. Tapi memang patut pun dia risau, kecederaan kau ni bukan tahap biasa-biasa. Dari atas sampai ke bawah semuanya berbalut. Nasib baik tak jadi hantu pocong " balas Kinah lantas menghamburkan tawanya.

Cis, aku lantas mencebik. Sempat lagi Kinah nak kenakan aku.

Kinah yang sedang menyedut air kotak milo ku jeling sekilas.

" tapi aku tetap rasa bersalah pada dia. Tak sepatutnya berita aku kena warded ni sampai ke pengetahuan dia. Dahlah dia tengah struggle dengan kerja kat Perak tu, bila tahu keadaan aku macam ni tentu dia susah hati. " luahku masih dalam mood bersalah. Tapi jujurnya aku tidaklah menyalahkan Kinah 100% sebab aku tahu Kinah mengadu pada tempat yang sepatutnya. Cuma keadaan saja yang tak mengizinkan.

" alaa Rara.. sorrylah.. aku bukannya sengaja nak buat dia risau tapi masa kau tidur tadi dia telefon kau banyak kali, nak tak nak aku tolonglah angkatkan. Lepas tu dia tanya aku macam-macam. Jadi aku terpaksa berterus terang cakap kau dekat hospital sebab kemalangan. " cerita Kinah dengan muka kelat.

Aku yang mendengar terkedu sejenak. Di satu sudut memang aku patut berterima kasih pada Kinah kerana kesudiannya datang di saat aku memerlukan seseorang di sisi, namun di satu sudut pula masih sukar untuk hati aku menelan hakikat bahawa Izzt Firhan sekali lagi telah pergi meninggalkan aku. Susah untuk kami bertemu. Tapi semudah itu dia pergi. Nekad sungguh dia meninggalkan aku dalam keadaan aku macam ni.

Anak mata terus ku larikan sebaik menyedari pandangan mata Kinah tepat ke arah aku. Terpaksa aku berpura-pura menelan roti padahal sikit pun aku tak ada keinginan untuk makan ketika itu.

" Kau masih sayangkan Izzt lagi ke? " soal Kinah tiba-tiba.

Kepala yang menunduk terus mendongak laju. Memandang Kinah yang hanya menayang riak tenang.

" Soalan apa kau tanya aku ni. Takkan aku ... "

" Waktu aku nak daftar kau masuk ke sini, aku jumpa gambar Izzt dalam wallet kau. Kalau bukan sebab sayang, takkan kau masih simpan lagi gambar dia kan? " pintas Kinah laju tanpa sempat aku menyudahkan bicara.

Aku sedikit terpempan.

Spontan liurku terasa kelat dan payau. Sungguh aku tak sangka Kinah akan menyoal aku dengan soalan itu. Buat kesian kalinya aku menghela nafas berat. Mencari secebis kekuatan, sebelum kembali memandang Kinah yang sejak tadi setia menantikan penjelasan dari aku dengan mata galaknya.

" Aku.. err.. memang aku ada simpan gambar dia dalam wallet aku. Tapi bukan sebab aku masih sayangkan dia... "

" Habis tu sebab apa? " celah Kinah pantas. Reaksinya ketika ini sukar untuk aku gambarkan dengan kata-kata.

" Kenangan. "

Sepatah ayat dariku buat Kinah berhenti menyedut air kotak di tangannya. Lantas air itu diletakkan atas meja sebelum dia kembali merenung aku dengan tajam.

" Maksudnya kau masih belum berjaya lupakan Izzt? " intonasi suara Kinah sudah meninggi sedikit.

" Dah. "

Aku hela nafas.

" tapi bukan sepenuhnya. " sambungku dengan suara pelahan. Sememangnya tak mudah untuk aku buang kenangan itu sekelip mata.

" What?! kau jangan buat kerja gila Rara! Takkan kau nak biarkan kenangan kau dengan Izzt terus ada dalam hubungan kau dengan Ady? " tanya Kinah keras lalu menggelengkan kepalanya beberapa kali. Sukar barangkali untuk dia terima apa yang aku katakan tadi.

" ... patutlah kau beriya sangat nak jumpa dengan Izzt. Rupa-rupanya kau masih mengharapkan dia. " teka Kinah bersama senyuman senget di hujung bibir.

Aku bungkam.

" Kau tak boleh cakap aku macam tu Kinah.. "

Nafasku terasa semakin berat. Sukar untuk aku terangkan apa yang aku rasa ketika ini.

" ... tapi pertemuan tadi buat aku terfikir, andainya aku tak tergesa-gesa terima pinangan Ady tentu semuanya boleh kembali pada asal. " ujarku pelahan di iringi keluhan kesal.

Membuntang terus anak mata Kinah.

Tangan aku yang jarak hanya 5 inci darinya terus dipegang kuat.

" Rara! Apa kau merepek ni? Otak kau berfungsi ke tak ni? Takkan sebab Izzt muncul semula kau nak tinggalkan Ady pulak. Eh, aku tak fahamlah dengan kau ni. Dah kena reject dengan Izzt pun masih terhegeh-hegeh lagi nak pikir pasal jantan tu. " tempelek Kinah geram. Matanya melolot tajam ke arah aku. Macam nak terkamnya aku saat ini.

" Aku tahu semua tu Kinah. Tapi... kau kena faham aku jugak. Kau tak rasa apa yang aku rasa... "

Sejurus itu Kinah tiba-tiba menghambur ketawa. Kedengaran ketawanya sinis sekali.

" Habis tu kau nak tunggu aku ada di tempat kau baru aku boleh nasihatkan kau. Macam tu ke? " tanya Kinah sambil menjongket sebelah kening ke atas. Matanya masih memaku keras muka aku.

" Bukan macam tu.. "

Lidah terkelu. Aku hilang kata tiba-tiba. Sudahnya ayat itu aku biarkan tergantung tanpa titik noktah.

" Habis tu kau masih nak cakap aku tak faham perasaan kau? dah-dahlah tu Rara. Tolonglah lupakan Izzt. Apa yang aku nampak, kau pun sebenarnya sedang keliru dengan perasaan kau sendiri. " ejek Kinah seolah sedang memperlekehkan aku.

Aku berpura-pura tenang. Padahal hati terasa seperti di cucuk dengan duri tajam.

Buat beberapa detik, aku hanya membiarkan bilik itu sunyi tanpa sebarang alunan suara. Biarlah Kinah tenang dulu dengan rasa amarahnya. Tak guna untuk kami terus berdebat soal ini sebab yang melaluinya aku. Sudah tentu aku lebih tahu apa kemahuanku.

Malah aku sangat jelas dengan perasaanku sendiri.

Aku sedar kenyataan sebenar bahawa aku adalah tunang kepada Muzzafar Adli dan Izzt Firhan adalah masa silam aku.

Rasanya tak ada salahnya jika aku ingin terus membiarkan sebahagian kenangan itu menghuni dalam hati aku.

" Aku cuma nak tengok kau bahagia Rara. Lelaki pentingkan diri macam Izzt tu, memang tak layak untuk kau. "

Aduh, belum habis lagi rupanya kemarahan Kinah.

Tubuh ku sandarkan lemah pada permukaan katil. Lelah aku nak berdepan dengan kemarahan Kinah yang tak ada sudahnya.

Sekalipun Izzt Firhan pernah melukakan hati aku, namun masih ada sisi baik lelaki itu yang harus aku kenang.

" Dahlah. Aku nak balik ke rumah kejap. Nak ambik baju untuk teman kau kat sini malam nanti. Kalau ada apa-apa kau nak kirim, nanti kau mesej aku. " lantunan suara Kinah kembali menyedarkan aku.

Aku kalih mata memandangnya yang sudah berdiri sambil menyangkut handbag di bahu.

Secarik senyuman aku ukir buat Kinah. Biarpun kata-katanya sedikit menguris hati aku namun aku tahu niat Kinah baik.

bersambung ....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience