Hanya berbaki 10 minit saja lagi waktu kerjaku akan habis. Semakin kelam kabut aku mengerakkan tetikus yang sejak tadi berada dalam genggaman.
Setiap rekaan yang di visual kan memerlukan aku mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya agar setiap rekaan itu nampak cantik, unik dan kreatif.
' Rara. Make sure design ni you siapkan harini. Isnin nanti I dah nak submitt pada client. '
Ayat Muzzafar Adli itu berlegar lagi di ingatan.
Ya. Aku tahu client tu akan datang isnin nanti. Hari ni pulak Jumaat. Sebab tu lah aku tapau makanan siap-siap. Aku akan stayback kat ofis sampai semua kerja ni settle.
Lagu Without Me nyanyian Hasley menemani aku petang itu. Sesekali aku ikut rentak iramanya. Sambil tangan terus melakar di skrin macbook.
Harap cepatlah aku siapkan kerja ni semua. Seram pulak aku nak berlama kat sini sorang-sorang.
Telefon berbunyi nyaring. Aku berpaling dengan riak terkejut.
Namun saat melihat nama di skrin buat aku bibirku mengorak senyuman.
" Saya kat ofis lagi ni. Aah. Hari ni saya balik lewat. Ada job yang kena saya settlekan. "
Aku menerangkan pada Izzt Firhan. Sejak declare jadi couple ni makin terserlah pulak sikap prihatin dia tu.
Setiap hari tak pernah lupa dia menanyakan khabar aku. Mengambil berat tentang makan minumku.
Setiap kali mata kami beradu, aku dapat lihat kasih sayangnya. Aku tahu dia ikhlas menyayangiku.
Sungguh. Aku mula rasa bahagia.
Ececehhh....
" Okay. Nanti dah settle saya mesej "
Aku tamatkan perbualan kami. Telefon itu aku letakkan kembali atas meja sebelum kaki ku bawa menuju ke surau kecil yang terdapat dalam ofis.
Solat maghrib bakal ke penghujung. Jadi aku perlu segera menunaikannya.
Saat kaki melangkah masuk ke dalam. Aku melihat ada satu tubuh sudah pun berada di dalam surau tersebut. Sama seperti aku dia juga baru mahu menunaikan solatnya.
" Rara. You baru nak solat ke ? "
Aku pandang Muzzafar Adli yang sudah berdiri di sebalik tirai yang memisahkan antara jemaah lelaki dan perempuan.
Aku menjawab dengan anggukan. Kemunculannya yang tiba-tiba buat aku terkejut dan rasa tak selesa.
Macam halimunan.
" Kita berjemaah. I pun baru nak solat ni. "
Berjemaah? berdua dengan dia?
Adoiihaii...
Tapi aku tak ada alasan untuk menolak. Lagipun bukankah ganjaran sembahyang berjemaah itu lebih besar dari sembahyang sendirian?
Pelahan-lahan aku melangkah. Menyelinap masuk ke kawasan sembahyang lelaki. Saat tubuh tegap itu berada di hadapan, lutut aku semakin lemah. Jadi makmum pada bos sendiri. Mahu tak ketaq kepala lutut...
' Assalamualaikum warahmatullah... "
Salam kedua diberikan. Selesai ucapan salam itu aku terus minta diri. Kain telekung pun aku tak sempat nak lipat. Aku letak macam tu je. Aku risau. Kami hanya berdua disitu. Dah la aku fobia berdua dengan Muzzafar Adli ni. Memang tak lah aku nak berlama-lama di situ.
Mungkin Muzzafar Adli pun faham. Sebab tu masa aku pergi tadi dia tak banyak tanya.
Sekitar jam 9.45 malam baru semua kerja aku selesai. Segala hasil kerja tadi aku simpan dalam macbook, pendrive dan juga hard disk. Aku memang selalu macam ni. Dari zaman belajar lagi aku suka buat back up banyak-banyak. Kalau ada apa-apa jadi nanti tak ada lah hidup aku huru hara.
' Sayang, saya tunggu awak kat bawah '
Melopong sedikit mulutku saat membaca mesej dari Izzt Firhan. Apa aje lah mamat ni buat. Kot ya pun risaukan aku tak perlu lah susah payah datang ke sini. Aku kan boleh drive sendiri.
Melihat pintu lift terbuka luas. Cepat-cepat aku meloloskan diri. Belum pun sempat pintu itu tertutup rapat, sekali lagi aku terpaksa berdepan dengan Muzzafar Adli.
Haishh..
" Macam mana? Design tadi sempat tak you siapkan? " soalnya sebaik pintu lif tertutup rapat.
Eh eh bos ni. Dah tak ada soalan nak tanya ke apa? dia ingat aku saja-saja ke nak balik lewat macam ni. Of course lah dah siap bos.
" Dah. Saya dah emailkan pada bos "
Ayat sopan aku berikan. Ala, dia kan bos.
Aku nampak kepalanya di angguk. Aku lepas nafas lega. Sekurang-kurangnya dia tahu aku berhempas pulas siapkan kerja yang dia bagi.
Hujung tahun jangan lupa bagi bonus ya bos.
" Thanks Rara. I appreciate it. "
First time kena puji. Kembang terus lubang hidung.
Lepas tu kami hanya diam. Dah tak ada borak-borak lagi. Dia belek telefon. Aku pulak dah tak fikir apa lagi. Kepala asyik fikir si bakal suami aku. Hahaha. Gatal.
Ting!
Pintu lif terbuka. Laju aku bergerak keluar dari lobi. Dah tak toleh ke belakang lagi. Mata terus melilau mencari kelibat kereta kekasih hati yang dah pun lama menunggu. Hashtag rindu boyfriend. Gitew.
" Sorry. Kesian awak. Mesti lama awak tunggu saya kan " ujarku sambil tangan sibuk melilit seatbelt di pinggang.
Izzt Firhan koyak senyuman.
" It's okay sayang. Lama macam mana pun saya akan tunggu awak. Janji awak selamat. "
Walaweiii...
Asyik bagi aku minum air gula je nih. Lama-lama boleh diabetis aku.
" Awak memang suka perempuan chubby ke? "
" Suka. Kalau yang chubby tu awak lagi saya suka. Dengan pipi kembung macam pau. Emm.. Dap dapnyer ... "
Selesai berkata, Izzt Firhan kenyit matanya.
Aku pulak rasa nak tepuk tangan atas dahi. Kadang bendul jugak mamat ni atau pick up line aku yang tak menjadi.
" Patutlah asyik tuang gula dalam badan saya. "
" Hishh.. tu bukan gula la sayang. Tu kasih sayang namanya. "
Ketawa meletus di bibirnya. Aku kemam bibir. Aku ingatkan dia bendul sangat rupanya aku pulak yang terkena. Adehh...
" Kalau saya tahu awak nak datang ke sini baik saya naik grab je pagi tadi. "
Aku sengih.
Nasib baik aku parking kereta kat basement. Nak tinggal berapa lama pun aku risau. Keselamatan terjamin.
" Eh eh.. bukan selama ni memang saya offer nak hantar jemput awak pergi kerja ke? tapi ya lah kan.. orang tu nak berdikari. Tak nak susahkan yang tersayang katanya. So ni lah jadi lah. Hari dah gelap baru boleh tatap muka. "
Cisss
Aku tahan gelak.
Saja lah tu nak ungkit. Semua ayat aku di copynya.
" Saya tak nak awak terlalu manjakan saya. Nanti kalau saya pijak kepala awak macam mana? "
" Sebelum kahwin awak nak kena pijak kepala saya pun it's okay sayang. tapiiii .... "
Aku dapat tangkap senyuman gatalnya.
" .. lepas kahwin kalau awak buat macam tu, tahu lah saya nak denda. Paling kuat pun saya nak emmmm emmm "
Izzt Firhan tak jadi meneruskan kata bila tiba-tiba aku menekup kuat mulutnya.
Mata aku dah terjengil memandangnya. Pantang betul aku bila lelaki ni dah masuk bab cerita lepas kahwin. Awal lagi kot kalau nak cerita pun.
" Nasib baik saya tak lemas tau. Kalau tak kempunan saya nak bergelar suami orang " ujarnya sambil ketawa di hujung ayat.
Aku mencemik manja.
" Kita nak ke mana ni? ni bukan jalan rumah saya. "
Aku menyoal pelik bila kereta yang dipandu Izzt Firhan langsung tak mengarah ke rumahku. Ku kerling dia di sebelah.
Izzt Firhan tidak menjawab. Hanya senyuman teroles manis di bibirnya.
Biarkan Tiara dengan penasarannya. Memang itu yang dia mahukan. Haha.. kejam.
" Cepat lah jawab. Awak nak bawak saya ke mana ni? "
Aku terus mendesak. Hati dah semakin tak keruan di buatnya. Aku buang pandang ke luar tingkap.
Highway? dia nak bawak aku ke mana pulak ni?
" Bawa awak ke dalam hati saya. Biar awak tak lari ke mana-mana "
Hah? ish, dia ni kan...
Pap!
Aku tampar kuat pahanya. Rasakan. Orang serius. Dia main-main pulak.
Izzt Firhan mendesis. Lengan kirinya turun ke bawah mengusap paha yang masih terasa pedih.
" Tak sayang saya ke? lama-lama boleh gout sebelah kaki kalau asyik kena tampar macam ni "
Izzt Firhan mengomel. Aku yang mendengarnya dah mengekek ketawa.
Gout la sangat. Over!
Entah doktor bertauliah mana yang cakap macam tu kat dia.
" Kalau tak nak gout. Baik cakap cepat. Kita ni nak ke mana? "
Dalam ketawa yang masih bersisa aku bertanya lagi. Dek rasa kasihan, aku sambung tugasnya mengosok paha kirinya yang aku tampar tadi.
Izzt Firhan kembali senyum.
Namun mulutnya masih terkunci rapat. Dia ada surprise untuk Tiara. Insan yang bakal menjadi suri hatinya.
to be continue...
Share this novel