BAB 9

Romance Completed 45920

Izzt Firhan terdiam. Sekali lagi dia terjerat. Berdepan dengan dua manusia ini bukan lah sesuatu yang mengembirakan. Entah kenapa jiwanya rasa semakin tak tenang sekarang.

Muka Jurina dan Tengku Ismadi dipandang silih berganti. Manusia yang dipertanggungjawabkan untuk membesar dan mendidik dia. Tapi entah lah.. Rasa kecewa semakin kuat terasa saat suara hatinya terus terusan di abaikan.

" Izzt dengar ke tak ni? "

Sergahan Jurina menyedarkan Izzt Firhan dari lamunan. Kepalanya diangguk pelahan.

" Habis tu apa keputusan Izzt? "

Jurina bertanya lanjut. Bukan selalu dia berpeluang duduk berbincang begini anak beranak. Selalunya ada saja alasan Izzt Firhan untuk mengelak.

Izzt Firhan diam membatu. Sebal hatinya bila soalan yang sama ditanya berulang kali. Ikutkan rasa hati mahu saja dia cepat-cepat beredar dari situ.

" Mama bukan cakap dengan tunggul kayu Izzt Firhan! Mama perlukan jawapan. Sampai bila nak buang masa macam ni? " bentak Jurina dengan suara nyaring.

Izzt Firhan menghela nafas panjang. Muka tegang Jurina di pandang sekali lalu.

" Sampai masanya nanti Izzt akan bagitahu mama.. "

Ya. Itu lah yang sebaiknya. Dia memang perlukan masa. Pengalaman lalu banyak mengajar dia untuk lebih berhati-hati. Kali ni dia tak nak tersalah langkah lagi.

" tapi sampai bila? takkan nak tunggu kucing tumbuh tanduk baru buat keputusan? " Selar Jurina sinis.

Dia mula rasa tercabar. Semakin geram dan sakit hati melayan karenah Izzt Firhan yang langsung tak menghargai apa yang telah dia usahakan.

Padahal bukan susah pun untuk Izzt Firhan penuhi permintaannya.

" Kalau mama terus mendesak macam ni Izzt tetap dengan keputusan Izzt yang dulu "

" Apa maksud Izzt? "

Giginya diketap menahan geram. Izzt Firhan masih lagi seperti dulu. Degil dan tak mendengar kata.

" Mama sendiri tahu kan apa jawapan Izzt.. tapi setiap kali Izzt menolak mama akan terus mendesak. Mama buat Izzt macam tak ada hak untuk tentukan hidup Izzt. Please maa.. Izzt dah dewasa. Izzt tak perlukan orang luar untuk atur perjalanan hidup Izzt "

Izzt Firhan meluah rasa. Kusut otaknya. Sampai sekarang dia masih lagi terkilan kenapa dia harus diperlakukan seperti ini. Di tolak ke sana ke sini sesuka hati. Sedangkan dia juga manusia biasa. Ada hati dan perasaan.

" Izzt Firhan! "

Dada Jurina sudah berombak laju. Dia berdiri sambil bercekak pinggang di hadapan anaknya. Jadi selama ini Izzt Firhan masih menganggapnya orang luar ?

" Apa yang mama buat untuk kebaikan Izzt. Izzt dah lupa ke apa yang jadi dulu? atau Izzt nak mama ingatkan Izzt sekali lagi? "

Jurina memandang Tengku Ismadi. Mengharapkan bantuan dari lelaki itu namun hampa saat si suami hanya menjongketkan bahu memberi isyarat tidak mahu campur tangan.

Tengku Ismadi menatap semula skrin ipad. Bila Jurina mula bersuara dia lebih suka menjadi pemerhati. Kedegilan Jurina membuatkan dia sendiri malas nak bersuara. Bukan Jurina tak tahu anak mereka sudah dewasa. Dah mampu menentukan jalan hidup sendiri tapi Jurina masih dengan egonya. Segala kemahuannya mesti di turuti biarpun dia sangat yakin permintaan Jurina itu tak mungkin akan di tunaikan oleh Izzt Firhan.

" Untuk kebaikan Izzt? Please mama. Don't interfere with something that you don't know "

Serabutnya kepala Izzt Firhan sekarang. Memang silap dia datang ke sini. Ada baiknya dia duduk saja di rumahnya menghabiskan cuti dengan hati yang tenang.

" Izzt Firhan! shut your mouth! "

Lelah dilepaskan. Lagak Jurina sekarang tak ubah seperti ibu tiri dalam cerita dongeng Cinderella.

" Dah lah. Izzt balik dulu. "

Tak tunggu lama Izzt Firhan terus beredar dari situ. Tak ada guna untuk dia terus berada di situ jika setiap kali kesudahannya Jurina akan mengeluarkan ayat yang sama. Ayat penamat yang sangat menyakitkan.

" Abang, takkan diam je. Awak tengok lah perangai anak awak tu. Dah berani melawan cakap saya sekarang " marah Jurina bila Tengku Ismadi hanya diam membatu disebelahnya. Lagaknya tak ubah seperti patung cendana.

" Salah awak jugak. Suka sangat memaksa. " sinis Tengku Ismadi.

Jurina mendongkol geram.

.
. .

Nafas di tarik dalam. Kemudian dilepaskan. Kali ini lebih banyak asap putih yang terhasil di udara.

Izzt Firhan raut wajahnya. Hati yang tadinya bercekeramuk nampaknya sudah semakin tenang .

Pandangan matanya beralih pula pada Vape hitam yang tergengam kemas dalam tangannya. Kepalanya digeleng pelahan. Setelah bertahun 'cuci mulut' akhirnya dia kembali tewas. Dia kembali menghisap rokok elektronik yang dikatakan lebih baik dari menghisap rokok sebenar.

" Sorry bro.. aku lewat.. "

Izzt Firhan mendongak. Muka Najmi yang termengah dipandang. Dah macam pelari marathon pulak lagaknya kawan dia yang sorang itu.

" Dah habis meeting ke? "

Jam dikerling sekilas. Sedar tak sedar hampir satu jam Izzt Firhan menunggu Najmi di sini.

" Dah. Meeting biasa je tadi "

Meeting biasa pun naik kematu jugak lah punggung dia menunggu. Awalnya dia memang berniat untuk terus pulang ke rumah tapi memikirkan di rumah juga dia tiada teman ada baiknya dia berjumpa Najmi. Satu-satunya sahabat akrab yang masih belum berpunya sama seperti dia.

" Kau pun satu. Lain kali kalau nak datang bagitahu lah sepatah. Ini tetiba muncul. Perangai dah macam bapak aku dah " Gumam Najmi lantas mengambil tempat di sebelah Izzt Firhan.

" Aik.. dah besar panjang macam ni pun masih takut Haji Rahman lagi ke? "

Izzt Firhan senyum mengejek.

Najmi tayang gigi. Lehernya digosok pelahan. Memang dia takut bapak pun. Semua orang tahu.

" Bukan takut.. Tapi tak nak pisang berbuah dua kali. "

Izzt Firhan ketawa lepas. Tak lama Najmi juga turut ketawa. Memori lama kembali menerjah di kotak fikiran.

Haji Rahman ayah kepada Najmi. Orangnya garang. Bekas pesara tentera. Selepas kes kantoi ponteng sekolah Najmi memang tak berani cari pasal lagi. Sebab apa? Haji Rahman ikat dan arak Najmi satu taman. Lagak Najmi ketika itu tak ubah seperti tawanan perang. Tapi di sebabkan tindakan Haji Rahman itulah Najmi berubah. Dari budak nakal dah mampu berdikari. Buktinya mereka sekarang berada di cafe milik Najmi.

Muka ceria Izzt Firhan dipandang. Kemudian matanya beralih pada Vape di tangan si teman. Mesti ada yang tak kena. Duganya.

" Kau ada masalah ke Izzt ? " serius suara Najmi bertanya.

Baru kepalanya mahu digeleng. Najmi bersuara lagi.

" Aku dah lama tak nampak kau hisap Vape. Setahu aku kau dah cuci tangan. Ni mesti kau ada masalah kan? " Najmi ulang semula soalannya. Bahu lelaki berkemeja polo putih itu ditepuknya pelahan.

Izzt Firhan diam membisu. Vape di tangan disedut untuk ke sekian kalinya.

Najmi bukanlah orang asing dalam hidupnya. Hubungan yang terjalin antara mereka sudah seperti adik beradik. Tapi dia tak tahu macam mana nak meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

" Ceritalah.. Kali ni apa pulak? " Najmi masih cuba memujuk.

Jeda.

Sekali lagi Vape di letakkan di celahan bibirnya. Disedut kemudian di hembus ke udara. Muka Najmi dijeling dengan ekor mata.

" Entahlah Mie... "

Dia mengeluh untuk kesian kalinya.

" Aku pendengar yang baik bro. Kau cerita jelah apa masalah kau. "

Minuman yang baru dihantar oleh pekerjanya disedut hingga separuh. Cuaca panas begini tekak memang cepat rasa haus.

" Aku tak tahu kenapa hidup aku tak lucky macam orang lain. Ada keluarga tapi macam tak ada. Aku rasa hidup mereka yang tak ada keluarga tu lagi bahagia dari aku. " Jauh dia melontarkan pandangannya sambil meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

Najmi menoleh. Muka Izzt Firhan di cari. Ini kali pertama zzt Firhan meluahkan perasaannya seperti ini. Ayat seperti orang sudah berputus asa.

" Itu yang kau rasa. Hakikatnya berapa ramai orang kat luar sana yang berimpian punya keluarga macam kau. Kau ingat seronok ke hidup tanpa keluarga ni? "

Izzt Firhan diam sejenak. Senyuman nipis terhias dibibirnya.

" Aku rasa itu lebih baik dari apa yang aku sedang alami sekarang. "

Sejujurnya itu yang Izzt Firhan rasakan saat ini. Bertahun dia memendam rasa. Hidup seperti bola. Di tendang sesuka hati. Rasanya tanpa Jurina dan Tengku Ismadi dia pasti akan lebih bahagia.

" Kali ni apa pulak? Mak kau masih dengan rancangan lama dia ke? " teka Najmi. Rasanya itu je lah masalah yang di alami Izzt Firhan sejak beberapa tahun yang lepas.

" More than that. Dia dah ada plan baru sekarang."

Bulat kornea mata Najmi.

" Plan baru? maksud kau? "

" Dia buat tawaran pada aku. Saham 50% akan jadi milik aku kalau aku ikut cakap dia. "

Mengigatkan itu saja dah buat hati Izzt Firhan terobek luka. Semudah itu Jurina meletakkan harga diri seorang anak.

" What?! gila ke apa dia tu. Jadi kau setuju ke? "

Laju Izzt Firhan menggeleng. Kalau setuju tak ada lah masalah ini berlanjutan sampai dia naik pening.

" Hati aku bukan untuk orang sebarangan. Dan aku tak kemaruk pun dengan harta tu semua walaupun aku tahu tu memang hak aku "

Najmi angguk-angguk kepalanya. Ya. Dia tahu latar belakang Izzt Firhan. Kawannya itu bukanlah orang sebarangan.

" Habis tu. Apa plan kau sekarang? "

" Entah lah. Susah-susah sangat aku fly semula ke Korea. Duduk sana tak ada lah kepala aku serabut macam ni. "

Korea.

7 tahun negara itu menjadi tempat tinggal buat Izzt Firhan. Usai habis belajar dia terus mengabdikan dirinya bekerja disitu. Namun ugutan Jurina beberapa bulan lepas buat dia terpaksa kembali semula ke tanah airnya sendiri.

" Nak balik sebab serabut ke atau kau ada awek kat sana? "

Sempat lagi Najmi pasang perangkap. Nak jugak tahu status Izzt Firhan sekarang. Dah berpunya atau belum.

" Awek K-pop bukan taste aku. Itu taste kau "

Mengekek Izzt Firhan ketawa. Dia buang pandang ke arah sekeliling. Suasana masih tenang. Hanya beberapa orang pelanggan saja berada di sekitar mereka.

" Ish.. awek sana comel-comel kot. Memang rezeki lah kalau aku dapat sorang. Kalau ada anak... perghhh.. mesti hensem macam baka aku " Najmi mula melayan perasaannya. Tapi memang betul pun. Awek Korea kan comel. Macam penyanyi k-pop dia orang lah. Semuanya lawa belaka.

" Habis tu awek yang kau bawak haritu nak buang celah mana? nak mati kena tetak ke? " bidas Izzt Firhan mengusik.

Najmi cebik bibir.

" Ala kau ni.. Nak gurau sikit pun tak boleh. Aku dengan girl tu kawan jelah. Nothing special about us. "

Dia menyengih. Melihat mood Izzt Firhan sudah semakin baik buat Najmi menarik nafas lega.

Seketika fokus Najmi berubah arah saat telinganya menangkap bunyi bising dari arah luar Cafe.

Dari tempat duduknya Najmi nampak seorang lelaki bersama dua orang perempuan.

" Kes kantoi curang lah tu. Apa punya laki la tak gentle langsung. Perempuan bertekak dia boleh tengok je. " omel Najmi pula. Matanya masih terarah ke tiga manusia yang mula menarik perhatian orang ramai.

Izzt Firhan berpaling ke belakang. Nak jugak tahu tentang apa yang diomelkan Najmi tadi.

" Mana satu bini, mana satu scandal ? aku rasa.... "

Najmi tak jadi meneruskan katanya tatkala melihat Izzt Firhan bangun tiba-tiba.

" Wei.. kau nak ke mana pulak tu? "

Izzt Firhan tak menjawab. Langkahnya segera dihayun menuju ke arah pasangan tadi.

" Wei, Izzt... Hal rumahtangga orang jangan masuk campur lah.. " jerit Najmi cuba menghalang. Semakin resah Najmi bila Izzt Firhan langsung tak mempedulikan larangannya.

Najmi tepuk dahi.

Adoi. Apa pulak Izzt ni nak buat?

Ish, tak kan lah.

bersambung ....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience