BAB 57

Romance Completed 45920

Jiwa semakin tertekan. Hati semakin dirantai rasa marah. Lantaran itu aku nekad untuk bertindak sejauh ini. Perisitiwa tempoh hari menjadi titik permulaan hubungan yang terbina menjadi semakin renggang dan jauh. Tiada lagi kemanisan dalam hubungan kami. Semuanya berubah kaku tanpa rasa.

Memang benar.

Semuanya berlaku atas kehendak aku. Aku yang merelakan semuanya terjadi. Aku yang menghalang Muzzafar Adli dari terus memujuk rayu aku. Sengaja juga aku merapatkan diri dengan Nazim gara-gara mahu menyakiti hati lelaki itu.

Aku berjaya.

Hari demi hari lelaki itu semakin menjauh. Bayangnya semakin sukar aku jejaki. Tindak tanduknya juga semakin sukar untuk aku fahami. Tapi apalah ertinya jika kami terus bersama tapi hatinya tak pernah ada untuk aku. Sedangkan hubungan mereka yang saling menyintai pun boleh terkandas ditengah jalan inikan pula hubungan terpaksa seperti kami.

" Ralit betul kau pandang telefon. Apa yang kau tengok? " suara garau Nazim membawa secebis ingatan aku tadi lebur sekelip mata.

Dengan senyuman nipis, aku menggeleng pelahan. Cuba menyembunyikan gelodak rasa di hati.

" Peliklah dengan makhluk bernama perempuan ni, mulut kata tak suka tapi dari tadi macam pungguk rindukan bulan. "

Aku pandang Nazim bersama kening yang bertaut. Motif cakap macam tu pada aku dah kenapa?

" Tak payah nak berkias sangat. Aku tak rindu dia pun! "

" Yelah tu. Dari tadi duk pegang telefon. Macamlah aku tak tahu, kau sebenarnya tengah tunggu bos mesej kau kan? " tembakan tepat Nazim buat lidah aku terkehel untuk membalas.

Nazim satu-satunya pekerja di MA Advertising yang tahu rahsia hubungan aku dengan Muzzafar Adli. Itu pun aku terpaksa buka cerita gara-gara mahu menjadikan dia 'alat' dalam misi aku menyakitkan hati encik tunang aka bos kami.

" Mengarutlah! Buang masa aku je tunggu dia. " sangkalku dengan yakin lalu meletakkan telefon tadi di atas meja.

Nazim ketawa mengejek. Sambil memainkan keningnya, dia bersuara lagi.

" Kot ya pun nak menipu janganlah dengan aku. Macamlah aku tak tahu apa yang terjadi antara kau dengan bos. Untuk pengetahuan kau, aku sebenarnya dah lama tahu yang kau ni ada affair dengan bos. "

" Hah? Macam mana kau tahu? "

Nazim diam seketika sebelum tenang membalas soalanku.

" Sebab dia jadikan gambar kau sebagai wallpaper telefon dia. "

Laaaaaa....

Membuntang terus anak mata aku mendengarnya. Kenapa selama ni aku tak pernah tahu tentang itu? ish, macam mana nak tahu kalau telefon dia pun aku tak pernah sentuh.

Aduh, agaknya orang lain tahu jugak ke pasal hal ni?

Soalan itu hilang tatkala terpandangkan muka Nazim yang sedang tersengih seperti kerang busuk.

" ... sebab tu aku suruh kau bersemuka dengan bos. Bincang elok-elok dengan dia. Selesaikan apa yang patut. Kau merajuk lama-lama macam ni pun tak guna. Bukannya dapat selesaikan masalah kau pun! "

Kata-kata Nazim buat aku mendongak memandangnya. Nafas ku tarik dalam-dalam.

" Nak selesaikan apa lagi. Semuanya dah selesai kan. Kau sendiri pun nampakkan yang dia dah move on dengan aku. So aku happy dengan life aku yang sekarang. " luah aku bersungguh.

" Setidak-tidaknya kau dengarlah dulu penjelasan dari dia. Barulah adil untuk kau buat keputusan. Ini tidak, kau cakap bos tak sayang kau tapi aku tengok bukan main cemburu dia bila nampak kau asyik keluar dengan aku. Bab kata pepatah, cemburu tu kan tandanya sayang. " tutur Nazim sekaligus berjaya mengheret ingatan aku kepada Muzzafar Adli.

Cemburu?

Sepatah ayat itu terus berlegar di minda.

.
. .

Keesokan harinya aku masuk kerja seperti biasa. Sambil menilik telefon, kaki ku bawa ke pintu lif. Blause merah yang terletak elok di tubuh ku pandang sekali lalu. Ok. Cantik. Sesuai dengan seluar berwarna khaki yang baru ku beli beberapa hari lepas. Sedang aku leka dengan perbuatanku itu, kelibat satu susuk tubuh tiba-tiba muncul di sebelah aku. Aku jadi kaget. Jantung berdegup laju dengan perasaan bercampur baur.

Muzzafar Adli nampak tenang dan bersahaja dengan kacamata hitam yang dipakainya. Seakan aku ini orang asing baginya bila dia sedikipun tidak menoleh ke arah aku. Berdiri tegak dengan sebelah tangan dibawa masuk ke dalam poket seluar.

Saat melihat pintu lif terbuka, cepat-cepat aku menyusup masuk ke dalam. Ruangan paling hujung menjadi pilihan. Lelaki itu turut sama melangkah dan dia memilih untuk duduk di penjuru bertentangan dengan aku. Suasana sepi yang mula menjengah hadir menimbulkan rasa kekok di hati aku

" Astagfirullahazim. "

Bagai nak gugur jantung aku bila tiba-tiba lif bergegar dan berbunyi kuat. Nasib baik aku sempat berpaut pada tiang besi di dinding lif, kalau tidak mahu terjelupuk aku di atas lantai.

Bebola mataku bergerak memandang sekeliling. Bermula dari pintu lif kemudian beralih pula pada lampu yang sedang berkelip-kelip.

Ah, sudah.

" are'u okay? "

Dalam keadaan terpinga-pinga, kepala ku angguk pelahan.

" Saya oo.. "

Tik!

Lampu terpadam. Suasana jadi gelap tiba-tiba.

" Argggghhhhhhhhh !!!! "

Spontan aku menjerit kuat. Sungguh, aku sangat takut pada kegelapan. Ketakutan aku pada kegelapan boleh buat aku lupa cara untuk bernafas.

" Syhhhhhh....you relax okay. "

Suara itu menyedarkan aku bahawa aku tidak berseorangan di situ. Namun disebabkan rasa ego dan marah yang masih bersisa jadi aku diamkan saja diri sambil menahan rasa takut itu berseorangan.

Namun sesaat aku terasa tubuhku di tarik agar berada lebih dekat dengannya. Akibat panik, aku tidak membantah. Hanya menurut rentaknya sambil cuba mengawal diri yang semakin tak keruan.

" Lately ni kerap pulak lif ni rosak, padahal baru minggu lepas ada orang datang baiki. "

Serentak dengan itu ada sorotan cahaya terhasil dari telefon bimbitnya. Sedikit kelegaan pada aku bila melihat ruang yang gelap tadi kini sudah berubah sedikit terang.

" Cuba you tengok telefon you, ada line tak? telefon I langsung tak ada coverage! "

Patuh dengan arahannya, aku lantas membawa telefon keluar dari poket seluar lalu menayangkan ke arahnya.

" Tak ada line jugak! Hmm, nampak gayanya terpaksalah kita tunggu sampai ada orang datang tolong kita. "

Lelaki itu kemudiannya kembali menatap aku.

" you okay ke? "

Sekali lagi dia bertanyakan keadaan diri aku. Meskipun hati masih belum pulih dengan rasa terkejut namun soalannya aku balas juga dengan anggukan kecil.

" Habis tu kita nak buat apa sekarang? takkan nak tunggu je? tak ada cara lain ke nak keluar dari sini? kalau dia orang tak datang selamatkan kita macam mana? " soalku bertubi-tubi sambil menayang resah. Sudahlah aku ada 'anxiety disorder' buatnya aku rebah dekat sini macam mana? haish, mahu kecoh satu bangunan ni nanti.

" Sabarlah dulu Kejap lagi mesti ada orang datang tolong kita. Lagipun kat bangunan ni kan ada cctv. Dah tentu pihak security nampak kita berdua masuk dalam lif ni tadi. "

Sekejap lagi tu bila? 10minit? 30minit? 1jam atau nak tunggu sampai aku putus nafas baru dia orang nak datang tolong.

" sambil tu bolehlah kita borak-borak dulu. "

" borak?? "

Dengan senyuman, kepalanya diangguk.

" at least tak adalah you rasa bosan sangat. Kita pun dah lama tak spend time together macam ni kan? "

Bertaut keningku menikam tepat muka ceria lelaki itu.

" Dah buang tebiat ke apa? nak ajak borak-borak dalam ni. Dahlah kat sini panas. Nak bernafas pun susah tahu tak. " gerutu aku sambil menyeka peluh dingin di atas dahi. Duduk berkurung dalam ruang sempit seperti ini tersangatlah tak selesa.

" Dah tu dekat sini je I dapat jumpa you. Nak ajak keluar you asyik mengelak. Bila I call memanjang masuk voice mail. Mesej? hmm, dah baca tapi tak reti nak balas." lelaki itu mengeluh kesal. " as you know, dah bermacam-macam cara I cuba pujuk you tapi you sikit pun tak bagi I peluang untuk pulihkan keadaan. End up I sendiri pun dah tak tahu cara apa lagi I nak pujuk you." ujar Muzzafar Adli sekaligus meluahkan isi hatinya yang lara.

" Tak payah pujuk! saya pun tak suruh bos pujuk saya! " balasku berani. Hilang melayang rasa takut yang bertamu sebentar tadi.

" Memanglah! Sebab you lagi suka kalau hubungan ni terus bermasalah kan? "

Dengan muka bersahaja tapi serius reaksinya berjaya buat aku berpaling wajah ke arah lain. Namun disebabkan rasa geram, ringan saja mulut aku membalas.

" Orang gila pun tak suka masalah, apatah lagi orang sihat macam saya ni. " bidasku tak mahu kalah.

" kalau dah tahu diri tu sihat, kenapa selalu mengelak dari I? "

" dah itu jalan yang terbaik untuk kita. "

" terbaik? I dont think so. Makin trouble lagi adalah. "

Kata sinisnya membawa kembali anak mataku ke wajahnya.

" Oh, sekarang ni bos nak salahkan saya pulak? habis tu siapa yang menipu sekarang ni? saya atau bos? kalau bos berterus terang dari awal semua benda ni takkan jadi. Kita boleh elakkan hubungan yang tak ada makna ni. Tapi sekarang tengoklah! Kerana plan bos dan Abang Fik tu saya jadi mangsa tahu tak! " bentak aku menghitung satu persatu kesalahannya. Segala ketidakpuasan hati aku pada lelaki itu aku hamburkan semuanya biar hilang segala rasa sakit yang bersarang di lubuk hati.

" Ya allah! apa yang payah sangat you nak faham ni!! Berapa kali I nak cakap, I tak tipu you! I bertunang dengan you sebab I memang sayangkan you! " Balasnya tegas seraya melepas nafas kasar.

" Sayang tapi tak ikhlas! "

" See! I cakap jujur pun you tak percaya. Now, cuba you bagitahu I, you nak I buat apa lagi untuk yakinkan you tentang perasaan I ni? " soalnya serius. Rahang di pipinya sudah mula bergerak perlahan, aku tahu itu petanda hatinya sedang menahan rasa marah.

" Saya tak nak apa-apa! "

" Aik, tadi bukan main lagi cakap I tak ikhlas sayangkan you. tapi bila I nak buktikan you tak nak pulak. So sekarang ni siapa yang tak sayang siapa? " ejeknya.

" Kita tak bercakap soal tu! Persoalan yang tengah kita bincang sekarang ni adalah tentang bos. Bukan saya!” tegas aku.

“ Jangan nak mengelak, sayang. Kenapa tak nak jawab soalan I tadi? atau you nak I tolong jawabkan.” kedengaran lelaki itu melontar tawa sinis dengan sebelah kening sengaja dimain-mainkan.

Tubuh aku semakin didekati. Kali ini lembut pula pandangannya sehingga melahirkan rasa getar di lubuk hati. Aku tahu dia sengaja berbuat begitu. Tak selesa begitu, aku lantas menolak tubuhku sedikit jauh darinya.

Haish, jantung ni pun... masa ni lah nak melompat ke sana sini. Duduk diam-diam boleh tak!

“ Ikut suka hati boslah. Malas saya nak cakap apa-apa.” ujarku dengan niat mahu segera menamatkan perbualan kami. Dalam hati aku berdoa agar pintu lif ini segera terbuka. Semakin lama kami berduaan seperti ini semakin menipis rasa sabarku.

" Baguslah. Sekarang you dengar pulak apa yang I nak cakap. "

Tanpa rasa bersalah aku tayang muka bosan. Mulut menjuih panjang ke depan. Tak sangka permulaan hari aku begitu menyebalkan. Sudahlah terpaksa berkurung dalam lif, kena pulak berdepan dengan lelaki ni. Haish, betul-betul langkah kiri aku hari ni.

" After everything that’s happened I nak you berterus terang pada semua orang tentang hubungan kita. I dah tak nak berahsia lagi. I nak satu ofis tu tahu yang kita ni dah bertunang. " arahnya dengan kuasa penuh authority.

Laju kepala menggeleng tidak setuju.

" tapi kan saya dah.. "

" if not this time then when? payah sangat ke nak bagitahu semua orang tentang kita? apa yang you takutkan sangat? atau you risau lepas ni Nazim tu dah tak nak keluar dengan you lagi? "

Tersentap aku bila dia melontarkan ayat sinis seperti itu. Namun seketika hati mula bersorak gembira. Jika dia sakit hati, bermakna rancangan aku bersama Nazim sudah berjaya.

" Kenapa nak libatkan orang lain pulak. Nazim tak ada kena mengena dalam hal ni! "

" Haa baguslah. Lagi senang kerja you. Lepas ni kalau nak keluar dengan I, you tak payah nak sorok-sorak macam pencuri lagi dah. Anytime kita boleh keluar dating. "

Ggggrrrrrrrrrrrr....

Makin sakit hati aku dengan telatahnya. Entah kenapa lelaki ini berperangai pelik hari ni. Sesuka hati memaksa aku, sedangkan selama ini dia tak pernah kisah pun pasal hubungan rahsia ni.

" remember! today, i'm officially yours. "

" No! " cantasku laju.

Senyuman lebarnya mati tiba-tiba.

" ... setelah apa yang jadi bos nak saya bagitahu semua orang tentang kita? apa tujuan bos sebenarnya? untuk biarkan mereka hina maruah saya? atau bos rasa diri bos hebat kerana berjaya miliki saya walaupun tanpa rasa cinta? kalau itu yang bos impikan, bos silap besar! saya takkan biarkan semua tu terjadi! " bidasku benar-benar maksudkan setiap apa yang aku katakan.

Sungguh, aku takkan sesekali membiarkan orang di luar sana mengetawakan aku. Kerana maruah aku ada harganya, bukan untuk di injak-injak sesuka hati.

" you mengarut apa ni? "

" Saya tak mengarut. Saya cakap apa yang betul. "

" Betul apanya kalau semua yang buruk tentang I je yang you nampak. Macam tak ada kebaikan langsung I ni pada pandangan mata you kan. Teruk sangat ke I ni hah? "

Segala luahan rasa lelaki itu bagai tidak memberi kesan di hati aku. Malah dengan berani aku menikam anak mata lelaki itu sebelum kembali bersuara.

" Kenapa tanya saya sedangkan bos sendiri dah ada jawapannya. Tapi perasaan pemangsa dan yang menjadi mangsa tentulah tak sama kan? jadi biarlah saya berkata jujur saja. Bos teruk sebab jadikan saya alat untuk kepentingan bos. Bos gunakan saya padahal kat luar sana tu ramai lagi orang yang bos boleh jadikan mangsa. Kalau bos nak tahu sakit dikhianati tu lebih sakit dan pedih dari sakit ditinggalkan. Jadi jangan tanya kenapa saya bertindak sejauh ni untuk hubungan kita. Kalau tawar pada air boleh ditambah gula, tapi hati yang tawar sukar untuk diubati. " tuturku dingin bersama dada yang berombak kencang menahan rasa geram yang semakin membuak-buak.

" Kalau macam tu kita kahwin! "

Jeda.

Lidahku bagai terkelu bila ayat keramat itu terlontar dari ulas bibirnya. Redup renungannya membuatkan aku bagai tenggelam dalam lautan mimpi yang indah. Namun bayangan mimpi itu berkecai tatkala lampu di dalam lif tiba-tiba saja menyala. Serta merta jiwa dan perasaan amarahku kembali mengusai akal fikiran.

" Saya tak nak! "

" Kenapa? "

" Saya tak boleh terima lamaran dari lelaki yang tak menyintai saya. "

" Macam mana I nak buktikan kalau you langsung tak nak bagi I peluang? "

" Nak buktikan apa lagi? bos dengan lelaki lain semua sama je. Lidah bercabang! "

Buat kesekian kalinya, aku melempiaskan kemarahanku padanya. Namun tanpa aku sedar rupanya kata-kata itu telah melahar hati lelaki itu sehingga menimbulkan urat tegang di wajahnya yang mula kemerahan.

" Baik. "

Matanya mencerlung tajam menikam wajahku.

" Kalau tuduhan itu dapat melegakan kemarahan you, silakan! You boleh bercakap apa saja yang you mahu. Tapi ingat, you tak boleh halang I untuk buktikan setiap tuduhan you terhadap I adalah salah. Dan suka I ingatkan pada you, jangan pernah samakan I dengan mana-mana lelaki yang pernah menzalimi diri you. "

Muzzafar Adli menahan rasa di hati. Ucapan si tunang sebentar tadi benar-benar menghiris kepingan hatinya. Egonya bagai dicarik-carik. Lantaran itu, sebaik pintu lif terbuka, tangan gadis itu segera diraih. Digenggam erat lalu dengan penuh yakin dia melangkah keluar dari perut lif dengan satu tekad, takkan ada rahsia lagi di antara mereka.

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience