" Apa masalah kau ni hah? lepaskan tangan aku sekarang! "
Lava gunung berapi mula meresap dalam badanku. Kehadiran Esham di sini sangat tak kena pada waktunya. Entah apa lagi yang dia mahukan.
Menganggu hidup aku tak sudah.
Dengan tenaga perempuanku aku cuba menarik lengan aku dari genggaman lelaki itu namun gagal. Semakin aku tarik semakin kuat pula cengkaman tangan Esham.
" Abang nak Rara. Abang nak Rara kembali semula pada abang. "
What the hell???
Big NO...
Nak suruh aku jilat semula ludah aku?
Memang tak lah aku nak terima lelaki kaki penipu ni semula.
" Sedar diri sikit boleh tak. Kau tu dah ada isteri. Maya tu tengah mengandungkan anak kau. Apa tak cukup lagi ke semua tu untuk kau!! " tempelek aku sambil menepis kuat tangan Esham. Terlepas. Tak sanggup aku membiarkan lelaki itu terus melilit pergelangan tangan aku.
Hujan masih lagi lebat. Belum ada tanda-tanda nak
berhenti.
Kebetulan apakah ini Ya Allah...
" Abang mengaku memang semua ni salah abang. Tapi percayalah abang betul-betul sayangkan Rara. Abang tak mampu lupakan Rara "
Rayuan manis Esham buat aku rasa nak termuntah hijau. Manisnya bukan main lagi eh..
Bila aku ada dulu kenapa kau tak setia? kenapa tak kotakan janji kau untuk membahagiakan aku?
Sekarang bila aku dah mulakan hidup baru, kenapa kau terhegeh-hegeh cari aku semula?
Esham cuba mendekati aku. Tapi aku menghalang dengan menghayunkan beg silangku ke badannya. Terundur sedikit laki itu ke belakang.
Padan muka!
" Kau ni memang jenis lelaki tak tahu malu kan! Kau dah curang dengan aku. Kau berskandal dengan Maya tanpa pengetahuan aku dan sekarang kau kata kau sayangkan aku. Kepala hotak berjambul kau! "
Hah kan dah kena maki.
Memang selama ni aku tak pernah sekasar ini dengan Esham tapi tak bermakna aku akan jadi lemah sampai bila - bila. Tiba masanya aku juga perlu melawan. Tak sanggup lagi diri ini terus-terusan diperbodohkan.
Lagipun aku dah tahu kisah di sebalik percintaan mereka berdua.
Aku mengaku silap aku kerana terlalu percayakan Esham. Aku sangkakan percaturan Umi yang mahu menjodohkan kami berdua akan menjadi titik kebahagiaan buat aku tapi rupanya aku silap. Aku diperbodohkan dalam diam. Depan aku Esham bagaikan malaikat tapi di belakang aku dia tak ubah seperti manusia bertopengkan perangai setan.
Dan yang paling sedihnya, aku hanya mengetahui kisah cinta Esham dan Maya selepas aku berjaya menangkap keduanya sedang berasmara dana dalam bilik tidur.
Bodohnya aku ketika itu...
Aku pandang Esham dengan rasa geram. Dasar lelaki kasanova. Padahal muka bukan lah hensem sangat pun.
" Lepas Maya bersalin, abang akan ceraikan dia dan abang akan minta Umi pinangkan Rara untuk Abang. "
Aku terkesima.
Aku semakin tak percaya wujud lagi spesis lelaki sedayus ini di muka bumi. Sanggup menceraikan isteri yang sudah mengandungkan zuriatnya.
Apa yang ada dalam fikiran Esham agaknya. Habis madu sepah dibuang.
" Kau ingat aku akan terima? jangan bermimpi di siang hari. Aku takkan pungut barang yang aku dah buang "
Mati hidup semula pun aku takkan terima Esham kembali. Lelaki itu dah jadi sejarah silam buat aku dan aku takkan sesekali menyakiti hati Maya biarpun dia yang merampas Esham dari aku.
" Please Rara.. Abang sanggup lakukan apa saja untuk Rara. Abang tak nak kehilangan Rara lagi. Tolonglah terima abang semula... "
Rayuan demi rayuan Esham singgah di telingaku. Tergeleng-geleng kepalaku saat melihat air muka Esham yang langsung tak menunjukkan rasa bersalah.
" Kau memang dah gila agaknya. Aku lebih rela jadi andartu dari bersuamikan lelaki seperti kau lah. "
Dalam hujan yang masih lebat aku melangkah juga menuju ke kereta. Makin lama di situ makin hilang pula rasa sabarku tatkala berdepan dengan lelaki seperti Esham.
Jenis pentingkan diri sendiri.
.
.
.
Hari kedua selepas kejadian di tanah perkuburan aku di serang demam panas. Seluruh tubuh aku mula terasa sakit-sakit.
Semalam Kinah ada mengajak aku pergi ke klinik tapi macam biasalah. Aku menegah dengan alasan aku akan sihat dengan berehat.
Tapi tengok lah sekarang.. nak bangun mandi pun aku rasa tak larat.
' Breakfast aku dah siapkan. Nanti petang aku terus balik ke kampung. Hujung minggu nanti aku balik semula KL. Apa-apa kau call aku tau '
Mesej dari Kinah aku baca sekali lalu. Aku dah sedia maklum tentang kepulangan gadis itu ke kampung. Maklum lah Sabtu ni kan Abang Taufiq akan bertunang. Ikutkan hati aku pun nak ikut sama tapi bila fikir balik ada baiknya aku simpan cuti tu untuk majlis Abang Taufiq yang bakal berlangsung hujung tahun nanti.
Kepala yang berdenyut aku picit pelahan. Rasa makin panas pula suhu badan aku sekarang ni.
Aku jadi teringat pula mesej Jaja pagi tadi. Kononnya Muzzafar Adli risau bila mengetahui keadaan aku yang demam.
Ya ke si Muzzafar Adli tu risaukan aku?
Atau rekaan Jaja semata-mata.
Tapi jauh di sudut hati aku gembira tatkala mempunyai bos yang prihatin macam tu. Rasa di hargai sebagai pekerja.
Dan paling melegakan hati aku projek baru syarikat
masih belum lagi bermula. Jadi tidak lah aku rasa terbeban sebaik masuk kerja semula nanti.
Entah bila aku terlelap, aku sendiri tak pasti. Sedar saja jam sudah menunjukkan ke angka 6 petang. Lama jugak aku tertidur.
Selesai mandi aku turun ke dapur. Perut yang seharian tidak di isi mula berbunyi-bunyi.
Mungkin breakfast Kinah pagi tadi masih elok dan boleh di makan lagi. Fikirku.
Namun tatkala aku merasa sesudu nasi itu aku sudah memuntahkannya kembali. Dah basi.
Tak mampu berfikir lagi aku terus mencapai kunci kereta. Alang-alang aku keluar, boleh aku singgah terus ke klinik nanti.
" Ini ubat demam, ini pulak ubat selsema. Sehari makan 2 kali. Ambil lepas makan ya " pesan jururawat di klinik yang aku kunjungi.
Aku mengangguk tanda faham. Lepas ni aku kena singgah beli makan dulu supaya aku boleh telan ubat yang berikan tadi.
Kaki ku hayun lemah dan pelahan. Kepala yang berat terasa semakin berat.
" Hai Rara "
Aku berhenti melangkah.
Mencari empunya suara yang menegurku tadi.
Saat manusia itu berdiri di sebelahku aku diserang rasa cuak.
Najmi.
" Buat apa kat klinik? you tak sihat ke? " soalnya kemudian. Mungkin dia perasan plastik putih di tanganku.
" Nampaknya macam tu lah.. "
Aku membalas dengan senyuman. Panjang juga leher aku memandang sekeliling. Tepi dan belakang lelaki itu aku terokai.
Fuhhh... lega.
Risau juga kalau-kalau Izzt Firhan ada bersama lelaki itu.
Dalam sakit sempat lagi otak aku memikir Nampak sangat aku memang nak lupakan Izzt Firhan.
" Muka you pucat. You okay ke tak ni? "
Najmi tayang muka risau. Kebetulan sangat dia dapat berjumpa dengan Tiara di sini. Ini kalau Izzt Firhan tahu confirm macam halimunan lelaki tu akan datang ke sini.
Aku mengangguk sedikit. Tak nak tayang kesakitan yang semakin berleluasa di seluruh sendiku.
" Okaylah. Saya gerak dulu lah eh. "
Tak betah berlama di situ aku meminta diri. Aku nak cepat-cepat balik. Nak rehat agar esok aku boleh kembali sihat seperti biasa.
Najmi mengangguk.
Nak menghalang? memang tak boleh lah. Apa hak dia.
Lain lah kalau Izzt Firhan. Lelaki tu kan hatinya dah di miliki.
Ehhhh, terover pulak aku bercerita.
" Tolongggggg..... ! "
Teriakkan kuat itu buat Najmi tersedar. Matanya segera tersorot ke arah depan. Saat itu dia dapat melihat sekujur tubuh sedang terbaring atas lantai tidak jauh dari tempatnya berdiri.
Najmi segera menghampiri.
" Tolong dia Encik ! Dia pengsan ni "
Dalam keadaan panik Najmi segera mengeluarkan telefonnya.
bersambung....
Share this novel