BAB 5

Romance Completed 45920

" Awak tak ada keja kan? apa kata awak tolong saya ni "

Aku yang sedang duduk atas pangkin bawah pokok mempelam segera mengalihkan bebola mata hitamku melihat Izzt Firhan.

Rabun agaknya laki ni. Dia tak nampak ke aku tengah makan buah rambutan ni?

" Tak nak! "

" Ala, tolong lah Rara. Awak jugak yang nak makan nanti. Saya kupas awak tolong buang sabut kelapa ni eh? "

Senyuman dilontarkan sebaik lelaki itu selesai memberikan arahan kepadaku. Aku mencebik tanda tak setuju.

" Malas! " balasku ringkas.

Kerja kupas kelapa tu kan kerja orang lelaki. Lagipun Mak Leha suruh Izzt Firhan yang buat. Kenapa nak kacau aku yang tengah bersantap ni. Atau dia ni jenis tak boleh tengok orang senang agaknya. Emm.. ada kemungkinan jugak tu.

" Harap muka je lawa tapi pemalas. Spesis berat tulang. "

Terhenti suapanku bila ayat Izzt Firhan menyapa gegendang telinga.

Apa dia kata aku tadi?

Pemalas? Berat tulang?

wah wah.. lebih-lebih pulak kau kan!

" Habis awak tu spesis apa pulak? keturunan ahli nujum. Tak sampai 2 hari kenal, awak dah boleh tahu perangai BURUK saya. "

Masih beralas bahasa yang aku gunakan. Sengaja aku tekan perkataan buruk. Dari semalam mamat poyo ni cari pasal dengan aku. Spesis suka cari pasal agaknya. Patutla Kinah tak suka dia.

" Tak payah ambil masa lama. Sekali pandang je dah tahu. Makan rambutan berkilo mintak tolong sikit pun berkira! "

Izzt Firhan mula mengomel. Dari tadi Tiara hanya membiarkan dia membuat kerja itu seorang. Dengan cuaca panas begini. Usahkan nak tolong. Bersenang lenang pulak kat situ. Apa salahnya dia turut membantu. Nak makan nanti pun bukan dia seorang.

" How dare you!! "

Telinga aku keluar asap. Mata aku dah merah biji saga. Nak kena pijak jugak mamat kepala sengal ni.

" Dare? innadeyy ke? "

Izzt Firhan ketawa. Bahasa tamil yang dia sendiri tak faham maksudnya. Cakap pun main hentam keromo aje. Gasaklah.

Nafas aku semakin tak teratur rentaknya.

Buah rambutan yang masih berbaki aku ambil dan baling ke arah Izzt Firhan. Bukan sebiji tapi berpuluh biji. Rasakan!

Terlompat-lompat Izzt Firhan macam katak bila diserang secara bertalu begitu. Dalam banyak-banyak serangan yang dilakukan hanya satu yang mengenai bahagian lengannya manakala yang lain dapat dielak dengan jayanya.

Izzt Firhan tersengih. Mengejek.

Memang salah orang Tiara nak ajak berlawan. Dia adalah bekas juara lompat galah 3 tahun berturut-turut zaman sekolah dahulu. Setakat lontaran buah rambutan ni apalah sangat.

" Astagfirullah.. korang berdua ni dah kenapa? Main lontar peluru ke? "

Entah bila abah muncul di situ. Langsung mereka tak sedar. Alih-alih abah dah tercegat depan kami berdua. Serius mukanya.

Aku sengih seperti kerang busuk.

Izzt Firhan pula control macho mukanya. Berlagak seperti tak ada apa yang berlaku. Tapi sakit hati aku masih belum lagi hilang.

" Tak ada apa lah bah.. Rara ni hah suka sangat dia bergurau dengan Izzt "

Hah suka bergurau?

Abah please.. jangan percaya cakap dia. Dia tengah menipu Abah tu.

Izzt Firhan lontarkan pandangan jeleknya pada aku. Sah. Dia nak kenakan aku.

" Bergurau? dengan cara ni? Hai, cepat betul kamu berdua ni mesra. "

Hah.. kan dah kena tembak dengan Abah. Cakap lagi sesuka hati. Orang tua ni boleh tahan ke depan otaknya berfikir. Kang tak pasal dia ingat aku nak mengorat Izzt Firhan pulak.

Eeii...please lah. Dia bukan taste Rara lah Bah..

" Tak kenal maka tak cinta "

Buk.

Aku rasa ada batu besar hempap kepala aku. Dah kenapa cakap soal cinta pulak ni. Izzt Firhan ni kan.. memang nak kena lah kau ni.

Kali ini aku nampak abah dah menggelengkan kepalanya sambil tersenyum ke arah kami. Aku sendiri pun tak pasti itu tanda Abah suka atau Abah sudah pening dengan telatah kami berdua.

" Izzt sporting bah.. dia tahu Rara tak suka panas tu sebab Rara duduk kat sini je. "

Yes! aku dapat point nak kenakan mamat ni. Muka aku yang cemberut kembali ceria. Aku tersenyum puas pada Izzt Firhan.

Izzt Firhan seka peluh di dahi. Makin bertambah rintih peluh tatkala mendengar jawapan balas dari Tiara.

Abah ketawa.

Kelapa yang sudah siap dikupas Izzt Firhan tadi di ambil dan dibelah dua menggunakan parang.

" Rara kalau nak cari suami, elok cari jenis macam Izzt ni. Serba boleh. Rajin pulak tu "

Huk.. huk...

Aku ketuk belakang tengkuk. Batang leher ku pegang kuat. Sakitnyaa...

Abah tolong!!

Rara tertelan biji rambutan ni!!

.
. .

Gulai ayam pencen, sayur lemak nangka, ikan masin, ulaman kampung dan sambal belacan itu menu tengahari kami hari itu.

Sedapnya sehingga menjilat jari. Aku yang tengah on diet ni pun boleh terbabas dua pinggan.

Oh badan.. janganlah kau naik seperti belon yang di pam-pam.

" Sedap betul gulai ni kan Rara? " mata aku singgah sekejap ke muka Kinah.

" Aah sedap sangat. Kau tengok ni berapa banyak tulang dalam pinggan aku " Aku menunjukkan pinggan aku pada Kinah. Memang masakan Mak Leha tak pernah mengecewakan. Sedap sentiasa.

Sedap eh? ajak kupas kelapa pun malas. Errggghhh.. hati Izzt Firhan berdesis.

" Kenapa tak makan sekali tulang tu? protein tau. Lagipun penat awak tolong saya kupas kelapa tadi " Izzt Firhan bersuara tiba-tiba. Sinis bunyinya.

Kunyahan aku jadi pelahan tiba-tiba. Aku faham apa yang cuba Izzt Firhan sampaikan. Dia nak kenakan aku la tu.

Pendendam rupanya mamat ni..

" Saya tak makan tulang ayam. Tapi kalau awak saya boleh bagi. Ikhlas. Ambil lah! "

Baru tulang ayam itu mahu bertukar pinggan laju Izzt Firhan angkat pinggannya menjauh. Sebentar kemudian tajam panahan anak matanya ke arah aku.

" Serius ke? Rara tolong Izzt ke tadi? wah.. first time ni "

Taufik pula bersuara . Dia yang bertugas sebagai guru awal pagi lagi sudah menghilangkan diri untuk menghadiri mesyuarat PIBG sekolah. Biasa lah awal tahun begini, banyak aktiviti yang di lakukan pihak sekolah.

Aku tarik muka. Abang Fik ni tak cover langsung.

" First time? Oh patut lah.. "

" Apa yang patut Izzt? "

" Patut nampak janggal. Macam kambing masuk kandang rimau "

Semua yang ada mengekek ketawa. Bergema suasana di meja makan ketika itu. Padahal semua tak tahu hujung pangkal cerita. Mereka gelak pun sebab perbandingan yang digunakan Izzt Firhan itu kedengaran sangat kelakar.

Kurang asam jawa betol. Aku mencemuh dalam hati.

" Petang ni Abah nak ke kebun. Durian dah mula gugur dah tu. Boleh la masing-masing bawak balik KL nanti "

Abah bersuara setelah keadaan kembali reda. Aku angkat kepala. Teruja. Aku tahu banyak tanaman Abah menjadi tahun ni.

" Durian kampung ke bah ? "

Tak tunggu lama terus aku bertanya. Lagi satu tentang aku. Aku hantu makan buah-buahan tempatan. Memang favourite aku buah durian. Nak-nak lagi durian kampung rasanya bagi aku lebih sedap berbanding Musang King yang dipuja ramai.

" Durian yang Abah tanam memang semua jenis durian kampung. Kalau Rara nak pergi lah ikut Abah petang nanti. " Mak Leha memberi cadangan.

Terangguk-angguk kepala aku. Setuju.

" Kinah jom kita ke kebun nak tak? " Memang dah lama aku teringin nak ke dusun yang diusahakan Abah. Tapi selalunya bila aku balik ke sini tak bertembung dengan musim buah-buahan. Ni kalau dapat makan durian fresh kat kebun mesti lagi syok.

Kinah angguk kepalanya. Tangannya masih lagi menari-nari di skrin telefon. Aku tahu Kinah sedang berbalas mesej dengan Samsul. Orang bercinta memang macam ni lagaknya. Lupa diri.

Aku tak cakap Kinah sorang je tau. Aku dulu pun macam ni jugak. Sebab tu aku tahu. Hehe

" Izzt nak ikut jugak bah.. Boleh ambil manggis sekali. "

Aku lepas nafas. Aduhh... spoil mood la mamat ni.

" Boleh. Nanti Izzt bawak Rara naik keta. Abah naik moto je. Senang masuk ke dalam. "

Abahhh....

Aku tayang muka sedih. Tapi abah tak layan pun. Senyum je orang tua tu. Kurang asam.

.
. .

Panjang muncung aku. Kaki ku hentak-hentak tanda protes. Sakitnya hati aku pada Kinah. Sampai hati Kinah buat aku macam ni.

Mahunya aku tak sakit hati, Kinah biarkan aku berdua je pergi ke kebun dengan Izzt Firhan.

Alasan Kinah?

Penat. Mengantuk. Nak rehat.

Oh Kinah. Kau memang kejam Kinah.

Kereta yang dipandu Izzt Firhan berhenti di luar pagar kebun Abah. Seperti kata Abah di rumah tadi memang tak ada ruang untuk bawak kereta masuk sampai ke dalam . Jadi terpaksa lah kami berdua berjalan meredah sedikit semak samun.

Sepanjang perjalanan masuk ke dalam kebun aku hanya diam. Manakala Izzt Firhan aku biarkan berjalan di hadapanku. Sebetulnya aku tak ada mood nak bercakap dengan laki ni. Feeling aku masih lagi di lautan antartika.

" Kalau nak buat scene muncung panjang sedepa pun janganlah dalam hutan ni. Monyet pun seram nak tengok "

Sebaris ayat itu hinggap di cupingku.

" Siapa monyet tu? awak ke? " Bidasku sakit hati.

Aku buat-buat tak nampak reaksi muka Izzt Firhan yang menjuih. Lelaki memang tak pernah nak faham isi hati perempuan. Dia tak tahu ke aku tengah kecewa dengan Kinah ni. Hukhuk..

" Awak ni mesti tak ada boyfriend kan? "

Aku berhenti melangkah. Bibir ku ketap kuat menahan rasa.

Izzt Firhan yang berada di depanku juga turut sama berhenti. Dia menoleh. Melihat aku dah kejung di belakangnya.

" Itu lah masalah utama awak. Suka sangat menilai orang. Awak ingat saya ni tak laku ke? " marahku tanpa mampu ditahan lagi.

" So? "

Aku mara sedikit ke depan. Mata Izzt Firhan aku tatap dengan pandangan helangku.

" Mestilah saya ada boyfriend. Lagi hensem dari awak tau. Dasar mamat poyo! "

Lantas bahu Izzt Firhan ku langgar kuat sebelum laju aku membawa diri menuju ke rumah pondok binaan Abah. Namun telinga aku masih dapat menangkap ketawa yang meletus dari mulut lelaki itu.

Sakitnya rasa hati ni.

" Terima kasih sebab puji saya hensem. " jerit Izzt Firhan kuat. Diselang dengan ketawa yang membingitkan.

Aku sungging bibir. Suara jantan ni kan mengalahkan anak badak mengaum. Nak halau semua penghuni rimba ni ke.

" Bila masa pulak saya cakap awak hensem? "

" Tadi. Awak cakap saya lebih hensem dari boyfriend awak. Kiranya awak puji saya hensem la tu. " Izzt Firhan yang sudah dekat di belakangku bertanya lagi. Senyumannya melebar.

" Dah la poyo. Perasan pulak tu " bebel aku yang sudah menapak di pondok Abah.

" Awak cakap apa? "

Aku diam. Mood malas nak melayan.

" Diam tu tanda betul lah kan? "

Makin galak Izzt Firhan mengusik. Esok dah nak balik KL so hari ni dia akan kenakan Tiara cukup-cukup. Best jugak mengusik minah comel ni.

Comel ke Izzt?

Sat aku fikir...

" Arrgghhhh... tolong...... "

bersambung ....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience