BAB 34

Romance Completed 45920

" I've never loved anyone the way I love you. Please promise you never leave me. "

Mata redup itu memanah tepat pada mataku sehingga terasa ke hati panahannya.  Biarpun tiada senyuman, tapi kehangatan pandangan lelaki itu jelas tergambar pada hujung matanya.

" Ok. Promise. ” aku membalas ringkas.

Senyumanku makin melebar. Rasa teruja setiap kali dia meluahkan rasa sayangnya pada aku.

" Terima kasih sayang. I really love you. "

Rasa malu mula menyerbu ke seluruh pelusuk hati. Biarpun ini bukan pertama kali dia meluahkan perasaannya tapi ia tetap buat aku rasa gelisah semacam.

Saat mata kami bersabung aku dapat rasakan aliran kasih sayangnya cukup mendalam buat aku. Semakin mengebu rasa cintaku buat lelaki ini.

" Saya tahu tak mudah untuk awak buang parut lama di hati awak tapi percaya lah saya akan sayang awak sampai bila-bila. "

Aku ketap gigi.  Bibir terasa kaku untuk membalas. Hati berdebar bagai hendak tercabut salah satu tulang rusuk bila dia berkata begitu. Sudahlah anak matanya tak berkalih dari merenung mata aku.

Terlalu indah bila diri disayangi. Bertambah indah bila cinta itu terus dibajai.

Tok ! tok !

Ketukan bertalu di cermin kereta buat aku segera menoleh ke sisi kanan. Secebis ingatan aku pada Izzt Firhan tadi hilang sekelip mata.

Aku hela nafas sedalam mungkin. Berharap agar hati ini kembali tenang dan damai.

Lupakan semuanya Rara. Dia bukan sesiapa lagi dalam hidup kau. Hatiku berbisik lembut. Sedaya upaya aku cuba membuang rasa cinta itu jauh-jauh dan doaku agar ia takkan datanf kembali.

" Rara buat apa lama sangat dalam kereta tu? Puas abah panggil. Rara tak nak turun ke? " soal Abah sebaik cermin kereta ku turunkan.

Aku tersengih malu.

Serta merta mukaku berubah kemerahan. Pertanyaan Abah buat aku menyumpah diri sendiri. Mesti dah lama Abah perhatikan aku tadi. Itulah, layan sangat perasaan sendiri.

" Eh mana ada lama Abah. Kan Rara baru sampai ni " balasku tenang. Harap Abah percayalah apa aku cakap ni.

Abah senyum bersama gelengan di kepala.

" Haaa yelah tu. Dah, cepat turun. Mak kau dah siapkan makan tengahari dah tu "

Aku mengangguk. Pintu kereta ku buka luas, lantas tangan abah aku raih sebelum aku mencapai beg pakaianku di tempat duduk belakang.

" Mak masak lauk apa hari ni bah? "

Seiring aku dengan Abah berjalan menuju ke pintu dapur rumah. Sempat mataku menjeling 4 biji khemah yang sudah siap terpasang di halaman rumah Abah. Pelamin warna putih gold. Lawa. Pujiku.

" Masakan kampung. Yang paling istimewa sayur pucuk ubi tempoyak dan ikan pekasam "

Meleleh terus air liurku.

" Wahh sedapnya bah.. Mak ni macam tahu-tahu je Rara suka makan semua tu. Nampak gayanya gemuklah Rara lepas ni. " selorohku.

" Jangan besar dari Kinah sudahlah. "

Terburai ketawa abah.

Aku pula hanya menyerigai dengan senyuman. Rezeki aku dikurniakan ibu bapa angkat sebaik ini. Menerima aku seadanya tanpa pernah menganggap aku seperti orang luar.

.
. .

Syukur.

Segalanya berjalan dengan lancar. Dengan sekali lafaz Taufik kini sah menjadi suami kepada Nur Jannah. Majlis yang pertama kalinya di adakan di halaman rumah mak dan abah sangat meriah dengan kehadiran sanak saudara dan orang kampung.

Sesuatu yang pernah aku idamkan tapi akhirnya tak kesampaian.

Dari jauh aku lihat senyuman lebar tak lekang di bibir Taufik. Pastinya lelaki itu sedang berbahagia kini. Mana taknya seminggu sebelum majlis ini berlangsung pasangan pengantin itu mendapat khabar gembira. Nur Jannah yang ketika itu bertugas di Sabah telah di luluskan pertukarannya mengajar di sini. Berkat rezeki orang kahwin agaknya.

Aku tumpang gembira. Sekurang-kurangnya satu masalah yang melanda hubungan mereka telah pun berakhir. Abang Taufik dah tak perlu pening kepala nak fikir tinggal kat mana lepas ni.

" Warna baju pengantin tu tak sesuai langsung dengan pelamin tu kan. Dah la pelamin tu serabut dengan bunga-bunga. Mengalahkan nursery pulak aku tengok "

Aku berpaling mencari empunya suara.

" Aah. Aku pun perasan macam tu jugak. Lagi satu, kau perasan tak make up pengantin perempuan tu tak lawa. Tebal melampau. Dah macam hantu kubur aku tengok. "

" Itulah pasal. Entah mak andam mana yang diaorang ambik. Ni tak lain tak bukan mesti kes nak murah ni. Sebab tu make up tak lawa "

Aku berdehem.

Sakit pulak hati pulak aku dengan dua mak cik bawang ni, suka hati dia jer mengata orang.

Sedar dengan pandangan tajamku buat keduanya bergerak dari tempat duduk masing-masing.

Elok sangat lah tu. Makin lama mereka kat situ makin banyak pula dosa kering diaorang buat nanti.

Spesis hati kotar. Semua yang nampak depan mata nak mengata. Macam lah diri tu perfect sangat.

" Akhirnya kahwin jugak abang aku tu kan "

" ish kau ni.. ayat macam tak redha je "

Aku tahu Kinah sedang sedih. Mahu tak sedih satu-satunya abang kandung yang dia ada sudah berumah tangga. Selepas ini sudah tentu perhatian Taufik akan beralih pada Nur Jannah.

" Mana ada. Aku redha jelah. "

Usai berkata, semakin keruh air mukanya.

" Tapi.. aku sedihlah Rara.. Lepas ni tak ada orang nak layan aku ronda keliling kampung "

Ah, sudah.

Aku buat rolling eye. Kadang hati tisu jugak budak Kinah ni.

" Setakat nak ronda keliling kampung tu jiran sebelah rumah kau tu kan ada. "

Terjengil biji mata Kinah memandangku. Geramlah tu.

" Siapa? "

Aku mencebik. Buat-buat tak tahu konon.

" Zidan "

" Ish. Kenapa kau sebut nama dia hah! menyampahlah aku dengan mamat bajet hot tu. "

Aku ketawa mengejek. Dalam hati memang suka mengenakan Kinah. Sejak aku tahu Zidan tu ada hati dengan Kinah memang aku selalu kenakan minah ni.

" Bajet hot? bukan dia memang hot ke Kinah. Lagi hot dari Sam kau tu kan "

Kinah tayang muka cemberut. Teringat Samsul buat hati yang sejuk jadi panas kembali. Sejak berada di kampung 4 hari lepas belum pernah sekalipun Samsul menghubunginya. Ada saja alasan yang diberikan lelaki itu.

" Apa-apa je lah Rara oiii.. Dah lah. Aku nak pergi ke sana kejap " ujar Kinah sambil menunjukkan ke arah yang di maksudkan.

" Pergilah. Aku pun nak masuk ke dalam kejap "

Kinah angguk.

Langkah ku atur penuh sopan. Dengan baju kepok-kepok peplum ni buat langkah aku sedikit terbatas. Bukan baju je ketat, kainnya pun sama ketat jugak. Masa beli haritu tak ada lah ketat sangat macam ni.

' kuat sangat makan, kan dah gemuk '

Teringat ayat pedas dari Kinah semalam. Ala Kinah ni pun, dulu dia jugak yang cakap aku kurus macam hantu jerangkung. Ni badan aku baru naik sikit dah bising cakap aku gemuk. Tah apa-apa.

" Rara! meh kat mak kejap "

Aku yang baru melepasi pintu beranda terus menoleh ke arah sisi kiri. Sebuah senyuman aku hadiahkan lantas menghayun langkah mendekati dua manusia yang sedang menghantar pandangannya ke arahku.
" Mak nak minta tolong boleh? "

" tolong apa mak? " tanyaku sambil mengambil tempat di sebelah Mak Kiah.

" Mak nak mintak Rara tolong hantarkan Mak Cik Zurina ni balik. Dari tadi dia tunggu anak dia jemput tapi tak sampai - sampai jugak. Hari pun dah lewat ni " terang mak sambil memperkenalkan aku pada wanita yang berada di sebelahnya.

" Boleh. Nanti Rara hantarkan Mak Cik balik ya " senyuman aku hadiahkan pada wanita yang ku kira usianya hampir sama dengan Mak Leha.

Sepanjang perjalanan menghantar Mak Cik Zurina aku berborak-borak dengan wanita itu. Sifat peramah yang dipamerkan saling tak tumpah seperti Mak Leha.

" Rara memang asal orang KL ke ? "

" Ya Mak Cik. Rara memang anak jati KL. Lahir dan membesar semua kat sana " ceritaku sambil mata tak lepas dari jalan raya. Jalan kampung biasalah. Sana sini berlubang. Bawak kereta memang kena hati-hati.

" Oh, Patutlah cantik orangnya. "

Senyuman ku hadiahkan buatnya. Setahu aku cantik ni bukan kira dari mana kita asal. Tapi tak apalah. Setiap orang ada tafsiran masing-masing.

Satu demi satu soalan yang di tanyakan aku jawab dengan tenang. Mataku terus fokus pada jalan yang sudah semakin menuju ke waktu senja.

" Anak mak cik pun ada sorang duduk kat sana. Dua minggu sekali dia balik jenguk Mak Cik kat sini. Nasib baiklah KL dengan kampung ni tak jauh mana. "

Aku mengiakan. Perjalanan 2 jam memang tak jauh bagi aku. Malah aku lebih rela meredah 2 jam untuk balik kampung dari mengadap jem di kotaraya yang tak pernah berkesudahan.

" Oo.. Jadi Mak Cik selalu la datang KL ya? "

Mak Cik Zurina menggeleng.

" Selalunya Mak Cik tunggu je anak Mak Cik tu balik. Nak ke sana pun susah jugak sebab Pak Cik pun dah tak larat nak bawak kereta jauh-jauh. Nak harapkan anak Mak Cik tu balik selalu dia pun sibuk. Jarang ada kat rumah. Tengok macam sekarang, dah nak maghrib pun tak nampak batang hidung lagi "

Aku senyum. Bebelan Mak Cik Zurina buat aku rasa terhibur. Yelah selama hidup ni aku mana pernah kena bebel.

" Kenapa Rara senyum? bosan ke dengar Mak Cik membebel? " tanya Mak Cik Zurina tiba-tiba.

" Eh tak ada lah. Rara okay je. Sebenarnya... Rara anak yatim piatu. Bila Rara dengar Mak Cik cakap macam ni Rara rasa bertuah pulak jadi anak Mak Cik. Sekurang-kurangnya masih ada orang ambik berat pasal kita. "

Sesaat kemudian terasa bahuku dipegang lembut. Aku kerling Mak Cik Zurina sekilas.

" Allah. Mak Cik mintak maaflah kalau buat Rara rasa sedih. "

Aku lantas menggeleng.

Menjadi anak yatim bukanlah satu pilihan tapi takdir yang sudah tertulis. Aku terima semuanya dengan hati yang tenang kerna aku yakin setiap manusia itu punya takdir yang berbeza-beza.

" Kalau sudi Rara boleh anggap Mak Cik ni mak Rara. Sama macam Rara anggap Mak Leha. "

Hah? Aku jadi terharu tiba-tiba. Sangat terkejut bila orang seperti Mak Cik Zurina ingin menjadikan aku anak angkatnya.

" tapi Mak Cik tak kenal Rara lagi... " bantahku.

" tak kenal tak semestinya tak boleh kan? lagipun Mak Cik tak ada anak perempuan. Anak Mak Cik semuanya lelaki " Ujar wanita itu lagi. Suaranya yang ceria buat aku rasa senang berbicara dengannya.

" Beruntung Rara dapat kenal dengan Mak Cik. Belum apa-apa lagi dah terima Rara jadi anak angkat " balasku separuh sebak.

Kalau semalam Allah ambik orang yang aku sayang tapi hari ni Allah dah gantikan aku dengan sesuatu yang baru. Mungkin yang lebih baik dan bermakna buat aku.

bersambung ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience