BAB 46

Romance Completed 45920

Nekad juga aku akhirnya.

Menjejakkan kaki ke perkarangan Unit Farmasi, tempat Esham berkerja. Hanya ini saja cara untuk aku membalas semua jasa Umi.

Biarkan ini jadi yang terakhir. Biarkan ini jadi penutup kepada semuanya.

" Kenapa nak datang tak bagitahu abang? " lembut suara itu menyapa. Aku yang sedang ralit menatap skrin telefon lantas mengangkat kepala memandangnya. Tanpa diperlawa, Esham lantas duduk di kerusi bersebelahan dengan aku.

" Kenapa kau busy ke? " acuh tak acuh aku bertanya. Telefon di tangan, aku masukkan semula ke dalam poket seluar. Lagipun aku sudah akhiri mesej aku bersama Muzzafar Adli tadi.

" Eh, tak adalah. Abang tak busy pun. Lagipun abang mintak kawan abang cover kerja abang sekejap. " ujarnya sambil menayang wajah ceria. Jelas keterujaannya dapat bertemu dengan aku.

Aku mengangguk pelahan.

Kalau dah itu kata Esham maka tak susahlah kerja aku. Lebih cepat kami berjumpa, lebih mudah untuk aku jelaskan semuanya.

" Kalau macam tu aku nak cakap something dengan kau. " ujarku bernada serius.

" Boleh. Cakaplah. Apa dia? "

Laju Esham memberi keizinan. Bibirnya terus mengukir senyuman manis bak gula batu.

Sesaat aku membuang pandang ke arah sekeliling. Suasana agak tenang dan terkawal di ruang lobi berhadapan kaunter farmasi tempat Esham bekerja. Kalau ikutkan hati, memang aku nak ajak Esham berjumpa dekat luar, jauh dari kawasan kerjanya namun disebabkan aku datang sendirian jadi aku rasa ada baiknya kami berjumpa di ruang terbuka seperti ini saja.

" I'm waiting sayang... "

Huh,

Aku mencebik sinis. Memicing mata memandangnya yang galak merenung aku.

" Aku nak tegur sikit pasal perangai kau. "

" Perangai abang? apa yang abang dah buat? "

Aku ketawa mengejek. Tak suka bila dia berpura-pura naif seperti anak kecik yang tak mengerti apa-apa.

" Dahlah, kau tak payahlah nak buat-buat tak faham. Umi dah pun ceritakan semuanya pada aku." sindirku . " sepatutnya kau bahagiakan Umi sebab kau satu-satunya anak yang dia ada. Bukannya menyusahkan dia dan buat dia risau macam ni." selarku geram.

Esham menyungging di hujung bibir. Hilang keterujaannya berjumpa aku. Mungkin saja dia tak jangka hal ini yang akan aku bangkitkan dalam pertemuan kami kali ini.

" Kalau betul Umi risaukan abang kenapa Umi tak setuju dengan permintaan abang? " suaranya berubah dingin.

" Permintaan mengarut kau tu? kalau aku jadi Umi pun aku akan buat perkara yang sama. Kau masih tak sedar lagi agaknya yang kau tu dah berkahwin dan ada anak. Cubalah otak kau tu berfikir matang sikit. " tempelek aku geram.

Ni lagi satu yang aku benci pasal lelaki. Kalau dah kahwin tu buatlah perangai macam orang kahwin. Ni tidak. Berlagak macam orang bujang. Perangai mengalahkan buaya darat. Buat malu keturunan saja.

" tapi abang mampu. Umi tu aje yang tak menyokong. "

Aku ketawa mengejek. Sebal. Muka Esham yang mencuka ku jamah sesaat.

" Dari segi duit memanglah kau mampu. Tapi dari segi adil? kau rasa kau boleh buat? belum apa -apa lagi kau dah abaikan Maya. Tu.. anak kau tu. Dia baru nak kenal dunia tapi kau dah tinggalkan dia macam orang tak ada bapak. Itu ke maksud mampu bagi kau? "

Esham membeku seketika. Terbias riak kecewa di wajahnya yang sudah dipenuhi jambang halus. Jika dulu lelaki itu begitu menjaga penampilan diri. Kini wajah itu dibiarkan tak terurus.

" Umi dengan Maya tu sama je. Dua-dua tak faham perasaan abang. "

Wajahnya diraup kasar. Kedengaran jelas deruan nafas berat terhembus dihujung bibir. Peristiwa tempoh hari kembali terbayang-bayang di ingatan. Bertapa kecewanya dia bila Umi enggan menurut kehendaknya.

" Habis tu kau faham tak perasaan mereka? Maya tu isteri kau Esham. Isteri yang kau tergila-gilakan sangat sampai sanggup kau duakan aku. Takkan bila kau dah dapat dia kau nak madukan dia pulak? "

Suara aku mula meninggi. Sungguh, aku tak mampu nak kawal perasaan marahku. Dapat aku bayangkan betapa kecewanya perasaan seorang isteri bila mengetahui sang suami mahu berkahwin lain. Kalau aku di tempat Maya sekalipun aku takkan bersetuju. Anak baru nak bertatih jalan, bapak dah sibuk nak menikah baru.

" Abang mengaku semua ni salah abang. Abang bodoh sebab jatuh cinta pada Maya tapi percayalah abang masih cintakan Rara. "

Uwekkkk...

Geli anak tekak aku mendengarnya.

" Tapi malangnya ruang kat hati aku ni dah tak ada untuk kau. Cinta aku untuk kau dah lama mati. " Aku mencari nafas. Sebelum kembali bersuara. " Tolonglah sedar diri. Aku tak mintak banyak pun kat kau. Aku cuma nak kau bahagiakan Umi. Itu je "

Umi satu-satunya manusia yang kutip aku saat aku tak ada sesiapa. Jadi aku nak umi bahagia. Aku tak nak Umi bersedih. Sudahlah Esham satu-satunya darah daging yang Umi ada. Tentu saja perbuatan Esham kali ni sangat menguris hati tuanya.

" Kalau Rara nak abang bahagiakan Umi boleh. Tapi dengan satu syarat. "

Senyuman Esham tiba-tiba mekar melebar. Berbola
matanya bersinar-sinar memandang aku. Seakan memberitahu aku bahawa hatinya sedang dilanda rasa bahagia.

" Apa dia? "

" Jadi isteri abang. "

Membuntang anak mataku. Aku pandang muka Esham yang masih menyulam senyuman.

Ikutkan rasa hati nak je aku hantuk kepala Esham berkali-kali kat dinding. Biar dia sedar. Permintaan dia tu takkan mungkin aku akan tunaikan.

" Kau ni dah gila agaknya. " Terlontar keras ayat itu dari mulutku.

Esham tersentak. Jemari aku cuba diraihnya namun sempat aku mengelak.

" Lepas apa yang kau dah buat kat aku, kau suruh aku terima kau semula? Come on la Esham. Aku dah move on. Kau desak aku macam mana sekalipun aku takkan jadi milik kau. "

" Tapi kenapa? Kalau sebab Maya abang janji lepas ni abang akan ceraikan dia. "

Aku menggeleng laju. Tak pernah terlintas di hati aku untuk menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka suami isteri.

" Sebab aku sendiri ada pilihan aku. Aku nak bahagia dengan orang yang aku sayang. Dan sudah pasti orang tu bukannya kau. "

Mata Esham tajam merenung aku. Sukar untuk aku gambarkan riak wajahnya sekarang, yang jelas kataku tadi buat sedikit egonya tercabar.

" Apa maksud Rara? "

Soalan Esham ku biarkan tak berbalas. Cincin di jari manis ku usap-usap pelahan. Aku sangat yakin dia tentu faham makna disebalik cincin yang ada di jariku sekarang.

" Err... cincin tu .... "

" Aku dah bertunang. Dan aku sayang tunang aku. " pintasku terus bangun dari duduk.

Tanpa suara aku terus meninggalkan Esham keseorangan di situ. Rasanya cukup itu saja aku luahkan pada Esham. Dia sudah dewasa, sudah cukup matang untuk faham apa yang ingin aku sampaikan. Jauh di sudut hati aku tahu Esham sebenarnya keliru dengan apa yang sedang dia lakukan.

Kaki terus melangkah.

Sesekali aku mengeluh berat. Terbayang bertapa sulitnya perjalanan hidup aku. Sedang aku sibuk menyelesaikan masalah orang lain, masalah aku sendiri masih belum temui penamatnya.

Setelah kedua-dua lelaki yang aku sayangi meninggalkan aku, kini aku nekad untuk kembali mengejar bahagia. Biarpun hubungan aku dan Muzzafar Adli masih baru, tapi aku yakin dia ikhlas menyayangi aku.

Aku lepaskan lelah yang bersarang di jiwa.

Menumpang duduk sebentar di kerusi di hadapan kaunter pendaftaran. Jam begini, masih terlalu awal jika aku nak pulang ke rumah. Lagipun petang nanti, aku dah janji untuk keluar dengan Kinah.

Bercerita soal Kinah, aku tumpang bahagia untuk dia. Tak lama lagi Kinah akan berpindah balik ke kampung. Rezeki dia dapat bekerja dekat dengan keluarganya. Tinggallah aku sorang nanti.

Huh, mesti bosan.

Khayalan aku terhenti bila telinga aku menangkap suara seseorang memanggil dari arah kaunter. Fokus aku terus beralih arah. Seorang jururawat berbaju biru yang sedang berdiri sambil memegang sekeping kertas di tangannya aku pandang tanpa kerdip.

Aku terus menanti. Rasanya aku tak salah dengar. Tapi ada baiknya aku menunggu jururawat itu memanggil nama itu sekali lagi.

" Izzt Firhan Bin Tengku Ismadi "

Melingas mataku memandang sekeliling. Mencari empunya nama yang sudah 2 kali di panggil namun tak kunjung tiba.

Mungkinkah orang yang di panggil itu adalah orang yang sama dengan aku cari selama ini?

Saat hati masih berkelana. Aku nampak kelibat Najmi keluar dari sebuah bilik. Dia tak bersendrian. Ada seseorang di atas kerusi roda yang ditolaknya. Aku cuba amati wajah itu namun terbatas. Ada manusia lain yang menghalang pandangku.

Hati terus berdegup kencang. Semakin tak tentu arah aku jadinya. Tak tunggu lama aku terus mengorak langkah menghampirinya.

bersambung ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience