Kereta terus memecut laju. Air mata yang mahu mengalir segera ku tahan. Sungguh. Surat yang aku terima tadi telah membawa separuh jiwaku pergi.
Apa salah aku pada dia?
Soalan itu kembali menerjah kotak fikiranku. Tercari-cari aku akan jawapannya namun hampa sehinggalah kereta yang aku pandu sampai di hadapan rumah banglo 2 tingkat.
Lekas-lekas aku keluar dari perut kereta. Sekilas ruang garaj rumah itu ku pandang.
Ya. Dia pasti ada di rumah.
" Izzt!! Izzt!! "
Aku terus berteriak sebaik meredah masuk ke dalam. Melilau anak mata ini mencari kelibat Izzt Firhan di ruang tamu utama rumah miliknya.
" Izzt!! Keluar lah.. Saya tahu awak ada kat sini. "
Aku berteriak lagi.
Nyaring dan seakan menjerit bunyinya.
Ahh lantak lah.
Orang nak cakap aku tak ada adab ke apa, meredah masuk ke rumah orang sesuka hati. Yang pasti aku takkan jadi gila macam ni kalau bukan lelaki itu yang mulakan.
" Izzt!! "
" Eh, Rara! Apa Rara buat kat sini? "
Sapa Mak Iti yang baru keluar dari pintu dapur. Terkocoh-kocoh wanita tua itu mendekati aku.
" Izzt... Izzt mana Mak Iti? Dia ada kat rumah tak?"
Aku terus bertanya. Anak mata melingas memandang sekeliling, mencari kelibat Izzt Firhan kalau-kalau dia ada di situ.
Tapi tak ada.
" Tolong Mak Iti.. Rara nak jumpa dengan Izzt! " Rayuku lantas meraih tangan Mak Iti. Kedua tangannya ku genggam erat dengan muka penuh mengharap.
" Tapi Rara.. Tuan Izzt.... "
Mak Iti berhenti bersuara. Matanya masih memandang ke arahku. Berkerut mukanya seakan terlalu sulit untuk dia meneruskan bicara.
" Kenapa Mak Iti diam? ada apa-apa ke? Izzt baik-baik aje kan? "
Tak sempat Mak Iti memberikan jawapan aku bertanya lagi. Kali ini kakiku sudah melangkah mendaki anak tangga. Mak Iti mengekori aku dari arah belakang.
" Rara! Tuan Izzt nak rehat. Dia tak nak berjumpa dengan sesiapa. " kata Mak Iti lantas meragut lenganku.
Terhenti langkahku.
Muka Mak Iti aku pandang. Pelik sangat rasanya dengan jawapan Mak Iti. Kenapa aku tak boleh jumpa Izzt. Bukannya Mak Iti tak kenal siapa aku. Malah sudah beberapa kali aku datang ke rumah ini bersama majikannya.
" Tapi Rara ada hal penting nak cakap dengan dia. Bagilah Rara jumpa dengan dia kejap. " pintaku.
Mak Iti terdiam. Terbias riak serba salah di air mukanya.
" Mak Iti rasa lebih baik Rara balik. Mood Tuan Izzt tak berapa baik tadi. " jelasnya sambil menyimpul senyuman nipis padaku.
Aku mula sakit hati. Geram sungguh aku kenapa Izzt Firhan memberi arahan yang bukan-bukan pada Mak Iti. Apa yang ada dalam kepala lelaki tu agaknya. Benci sangat ke dia pada aku.
" Tapi kenapa? apa salah Rara pada dia? tolonglah Mak Iti... bagi Rara jumpa dengan dia sekejap. "
Aku cuba menahan sebak. Menggigil tubuhku saat itu. Sedaya upaya aku halang air mata itu dari gugur.
Mak Iti diam tak membalas. Dia menggeleng pelahan. Dia hanya menurut perintah. Selebihnya dia tak nak masuk campur meskipun dia dapat agak masalah yang menimpa pasangan sejoli ini.
" Mak Iti hanya ikut arahan. Lagipun Mak Iti takut Tuan Izzt marah." agak lama baru Mak Iti membalas.
Aku ketap bibir. Nafas ku tarik dalam-dalam.
" Rara tahu Mak Iti terpaksa buat semua ni. Tapi tolonglah.. Rara nak jumpa dengan Izzt... Rara perlukan penjelasan dari dia. Sekejap pun tak apa. "
Tubuh ku bongkok hingga separuh. Menunduk kepalaku seakan meminta restu dari wanita itu. Jika ini yang dinamakan pengorbanan tak apalah aku sanggup mengemis sedikit ehsan darinya.
Terkejut Mak Iti dengan tindakanku. Dia lantas menarik aku agar kembali berdiri. Dengan muka serba salah dia mengenggam tanganku berserta satu anggukan kecil.
" Pergilah. Tapi jangan lama sangat. " izinnya sambil menepuk pelahan bahuku.
Tanpa lengah aku terus melangkah laju menuju ke bilik Izzt Firhan.
Saat pintu bilik terbuka, Izzt Firhan baru saja selesai mandi. Dia yang sudah lengkap berpakaian memandang tenang ke arahku. Langsung tak terkejut jauh sekali teruja melihat aku yang sudah terpacak di pintu biliknya.
" Saya perlukan penjelasan. Apa maksud awak bagi surat ni pada saya hah? "
Aku terus menerpa ke arahnya. Rasa geram dan marah bersatu menjadi satu perasaan yang susah nak digambarkan. Sampul surat berwarna putih terus ku layangkan ke arah mukanya. Geram dan sakit hati!
" Takkan awak tak faham Rara.. Saya dah jelaskan semuanya dalam surat tu. " tuturnya tenang tanpa sedikitpun rasa bersalah.
Kemudian Izzt Firhan keluar dari kamarnya lalu dia masuk pula ke bilik bacaan. Aku mengekorinya. Mungkin dia lebih selesa membincangkan masalah kami di ruangan tertutup seperti ini.
" Memang saya tak faham! Semalam awak cakap lain harini awak cakap lain! Wah, mudahnya hati awak berubah Izzt! " Sinisku sambil melemparkan satu jelingan tajam padanya.
Baru semalam lelaki ini mengucapkan kata sayang. Kononnya tak sanggup kehilangan aku. Tapi hari ni kenapa sikapnya lain benar?
Apa yang merasuk fikiran Izzt Firhan agaknya.
" Hati saya tak pernah berubah. Tapi awak kena faham Rara, keadaan kita dah berbeza. Kita dah tak sama macam dulu lagi. Jika dulu haluan dan destinasi kita adalah sama tapi sekarang kita ibarat dua kapal yang tak sama haluan. Percayalah, apa yang saya lakukan sekarang adalah demi kebahagiaan awak. "
Sungguh tenang dia menuturkan ayat itu. Seolah tiada perkara serius yang berlaku antara kami.
Aku mencemik sinis. Mudahnya dia berkata.
" Kebahagiaan saya? Habis tu awak ingat dengan batalkan perkahwinan kita saya akan bahagia? macam tu ke? " selarku geram.
Nafas sudah mula turun naik. Merah mukaku menahan rasa bahang.
" Sekurang-kurangnya awak tak perlu menanggung derita. Awak sendiri tahukan penyakit saya dah stage 3. Bila-bila masa je saya boleh mati Rara! Tak ada apa lagi yang awak boleh harapkan dari orang berpenyakit macam saya ni! " suara Izzt Firhan sudah naik seoktaf. Tegas dan dingin. Tak ada lagi kemesraan seperti selalu.
Izzt Firhan mengeluh dalam diam. Semalaman dia berfikir arah hubungannya dengan Tiara. Dia sedar kini keadaannya sudah berbeza. Sudah ada jurang pemisah antara mereka. Dia tak mahu meletakkan Tiara dalam kancah derita. Kerna dia tahu setiap orang berhak untuk bahagia.
Aku mengetap bibir lalu menggeleng berkali-kali.
Tak faham betul aku dengan manusia bernama Izzt Firhan ni. Kenapa dia selalu cakap pasal mati? memang penyakit kanser ni dah tak ada ubatnya ke? atau dia ingat hanya orang sakit saja yang akan mati?
" tak! awak tak boleh cakap macam tu. Awak kena kuat. Saya yakin awak akan sembuh macam dulu. " pujukku bersungguh.
Aku masih cuba pertahankan cinta kami. Rasanya aku lebih rela menagih kasih Izzt Firhan dari aku terus kehilangan lelaki itu.
" Sembuh? jangan terlalu yakin Rara. Hanya kematian pengakhiran untuk pesakit kanser macam saya ni "
" No! awak tak boleh menyerah macam tu je! Awak masih ada harapan untuk sembuh. Saya akan temankan awak untuk buat kimoterapi. Dengan izin Allah awak akan sihat lepas tu.. "
Aku terus memujuk. Namun melihat Izzt Firhan menggelengkan kepalanya buat aku menelan kesat air liurku.
" Saya tak nak! "
Buntang anak mataku.
" Tapi kenapa? awak tak nak sihat macam orang lain ke? "
Izzt Firhan raup wajahnya. Kusut betol dia rasakan sekarang. Apa Tiara ingat dia anak kecil? yang mudah diperbodohkan dan mudah termakan pujuk rayu.
" Rawatan tu sekadar menyakitkan. Langsung tak bantu pulihkan saya. Buktinya saya masih sakit walaupun saya dah pernah buat rawatan tu sebelum ni. "
Andainya dia mampu undurkan masa lalu, mahu saja dia menghalang kewujudan Tiara dalam hidupnya agar hatinya tidak perlu rasa serba salah begini. Dia cintakan Tiara tapi dalam masa yang sama dia tak mampu nak bahagiakan wanita yang dia cintai.
Kejamkah dia kalau masih meneruskan perkahwinan mereka sedangkan dia sudah berada di ambang kematian?
" Tapi tak salah kan kalau kita cuba lagi. Semua ni untuk kebaikan awak jugak "
Kedengaran ketawa kecil di hujung bibirnya. Izzt Firhan menggeleng lagi.
" Cukuplah Rara. Tak payah nak pujuk saya lagi. Saya dah nekad. Saya takkan teruskan perkahwinan kita "
" Tak! awak tak boleh buat macam tu. Saya tak setuju! " Laju aku membantah.
Aku capai tangan Izzt Firhan. Anak mata beningnya aku pandang. Aku cuba yakinkan lelaki itu bahawa aku sanggup hidup bersamanya ketika dia susah dan senang.
Meskipun jasadnya hanya mampu terbaring kaku cinta aku tetap utuh buatnya.
" Tolonglah... jangan letakkan saya dalam keadaan serba salah Rara. Apa yang saya buat ni untuk kebaikan semua orang. Saya tak nak aniaya awak. Tak adil rasanya kalau saya teruskan perkahwinan kita sedangkan saya tak mampu jadi seorang suami yang sempurna untuk awak "
Aku tergamam.
Aku nak bersuara tapi terhenti saat jemari telunjuk lelaki itu melekat di bibirku. Melihatkan wajahnya yang kelabu buat aku rasa sebak pula. Aku tahu jauh di sudut hati dia juga terpaksa lakukan ini semua tapi aku tak boleh kehilangannya. Aku masih perlukan lzzt Firhan dalam hidup aku.
" Saya tahu awak sedang tertekan tapi tolonglah jangan tinggalkan saya. Bagilah saya peluang untuk bersama-sama dengan awak. Saya janji saya akan temankan awak sampai awak bila-bila. Saya akan cinta dan setia pada awak sorang je" rayuku bersama air mata yang mula merembes keluar.
" Masa saya hampir tiba Rara. Sebelum semua tu berlaku ada baiknya saya lepaskan awak agar awak boleh bina hidup awak bersama lelaki lain "
Aku menggeleng berkali-kali. Semakin laju pipiku dibasahi air mata.
" Tak! saya tak nak lelaki lain. Saya nak awak sorang je. Andai kematian awak hari esok, saya tetap akan setia bersama awak hari ini. "
Aku masih berdegil. Tak semudah bicara untuk aku lepaskan cinta aku pergi begitu saja.
" Cinta tak bererti kita mesti bersatu "
Aku kaget.
Membulat anak mataku. Aku masih tak percaya Izzt Firhan sanggup lontarkan ayat ini kepadaku.
Tak kan semudah tu dia nak lupakan cinta kami. tak ada lagi ke cinta di hatinya untuk aku?
" Tergamak awak kan. Awak cakap awak nak jaga saya, awak janji nak sayang saya sampai bila-bila. Tapi kenapa bila cinta kita diuji awak lupakan semua tu? Saya tak sangka semudah ni awak buang saya dari hidup awak."
Hancur luluh hatiku ketika ini. Sakitnya seperti ditikam belati tajam berkali-kali.
Nafas berat dilepaskan. Sekali lagi Izzt Firhan raut
wajahnya. Rambutnya yang kemas sengaja diserabutkan. Lantas kepingan surat yang ada atas lantai di letakkan kembali dalam genggaman Tiara.
" Anggaplah tiada jodoh antara kita. Saya doakan yang terbaik untuk awak Rara. "
bersambung ...
Share this novel