BAB 26

Romance Completed 45920

" syyhhhhhh.... "

Isyarat jari di bibir diberikan lagi. Kali ini anak mata lelaki itu sudah memandang tepat ke arahku.

Terbantut niatku untuk bersuara.

Aku merengus pelahan. Kedua bibir sudah terjuih ke depan. Hati dah bercampur baur. Susah betol lah dengan dia orang ni. Nak ajak berborak pun tak boleh. Serba serbi tak kena. Padahal volume suara aku bukan macam speaker surau pun.

Hissshhhhhh ..

Dengan hati yang geram, kaki ku hentak-hentak pelahan. Membawa diri ke satu pondok kecil yang terletak tidak jauh dari kedudukan tadi.

Lantak korang lah!

Aku doakan sekor ikan pun korang tak dapat. Padan muka korang. Sempat lagi aku berdoa dalam geram.

" Kau tengok lah tu Izzt. Bukan main panjang muncung awek kau "

Mengekek Taufik ketawa. Suka agaknya ketawakan pasangan sejoli itu. Telatah Tiara yang kuat merajuk saling tak ubah seperti Nur Jannah di awal perkenalan mereka dulu. Pantang salah cakap, mulalah tayang muncung itik.

Izzt Firhan sengih.

Anak matanya dibiarkan mengekori langkah Tiara yang sudah semakin jauh meninggalkan mereka. Dia rasa bersalah tapi dia juga tengah gian nak memancing. Sudahlah tadi Taufik bakar hatinya dengan bercerita sekarang musim udang galah. Terbayang udang galah masak lemak cili api. Pergghhh.... mantop beb..tertelan-telan air liurnya.

Namun saat melihat muncung Tiara yang panjang sedepa buat selera Izzt Firhan hilang tiba-tiba. Dia mengeluh pelahan. Di peringkat awal saja dia tenang memancing bersama Taufik. Setengah jam selepas tu muncul Tiara bersama rengekkan manja mahu menyertai mereka di sini. Mahu atau tak terpaksa juga Izzt Firhan benarkan.

Tapi itu lah. Bila di bawa bersama. Mulut Tiara macam bertih jagung. Semua nak di soal. Sampai harga umpan pun dia nak tahu. Hilang fokusnya nak memancing.

" Pergi lah pujuk. Kang ikan tak dapat. Muncung itik pulak yang kita bawak balik. "

Sempat lagi Taufik berseloroh. Ketawa Izzt Firhan mendengarnya. Tapi ada betul jugak cakap Taufik tu. Nun jauh di sana, jelas kelihatan muka Tiara yang masih tegang.

Oh sayangku...
merajuk jer kerja awak ni kan.

" Dia merajuk kejap je tu. Nanti aku pujuk lah. " jawab Izzt Firhan acuh tak acuh. Tangan masih setia bersama joran pancing. Lelaki kalau dah dapat hobi yang dia minat macam ni la lagaknya. Langsung tak ambik peduli. Padahal muncung awek dah boleh buat gayut teh O ais.

Anak mata masih ralit memandang hujung joran yang sejak tadi sudah di jatuhkan ke dalam air. Besar harapannya agar umpan kailnya mengena kali ini. Dapat sekor udang pun jadi lah.

" Banyak betul kenangan kita kat tempat ni kan? ” Izzt Firhan bersuara tiba-tiba. Dikerling sekilas muka Taufik yang berada tidak jauh darinya.

" Hmm... "

Taufik mengangguk perlahan, entah Izzt Firhan nampak ataupun tidak. Jarinya masih sibuk memasukkan umpan ke dalam mata kail.

" Aku ingat lagi dulu kita pernah ajak geng-geng sekolah kita datang sini, konon nak buat camping. Siap buat barbeque dan unggun api lagi. Main truth or dare ramai-ramai. Meriah! " ujar Izzt Firhan mengembalikan nostalgia lama.

" Hahahahaha. Macam sial je game tu. Sampai sekarang aku trauma kena buat dare cium si Bob pipi besar tu.” Taufik ketawa berdekah.Tergeleng kepalanya. Benda paling bodoh dia pernah buat dalam hidup.

“ Eleh, padahal kau suka kan?” usik Izzt Firhan sambil tersenyum nakal. Dia masih ingat lagi lepas Taufik cium pipi Bob terus saja lelaki itu terjun ke dalam sungai. Konon nak sucikan dirinya yang terkena najis. Hahaha..

“ Puuiiiii !! Dari aku cium dia, baik aku cium pelampung.” gumam Taufik naik berang.

Mengekek Izzt Firhan menghambur tawa. Kadang Taufik ni over acting ya jugak.

Suka ria hari ini mengingatkan dia zaman remaja mereka. Penuh ceria dan gelak ketawa. Jika diberikan pilihan mahu saja Izzt Firhan terus menetap di kampung ini.

“ Eh, sebut pasal si Bob, aku tengok dia makin popular sekarang dekat Instagram.”

“ Memanglah makin popular sebab asyik buat video terkinja-kinja, sanggup jual maruah dan harga diri semata-mata nak naikkan follower. Masa muda ni memang lah seronok, bila dah tua nanti kau kenang balik apa yang kau dah buat malu woi! Kalau anak cucu tengok tak ke dia pun malu nak mengaku keturunan. "

Terangguk-angguk kepala Taufik. Setuju sangat dia dengan cakap Izzt Firhan. Zaman sekarang semua nak tunjuk kat orang. Semakin terhakis rasa malu dalam diri masyarakat.

" tu sebab generasi kita ramai yang rosak. Masing-masing mengidolakan benda yang tak betul. Punah anak bangsa. Tapi tengok gaya Bob tu macam susah je nak berzuriat. ” selamba pulak Taufik menambah. Langsung tak rasa bersalah kutuk ketua kelas mereka dulu.

" Ish kau ni. Boleh tahan mulut puaka. Kalah makcik bawang.” perli Izzt Firhan tergelak-gelak.

“ Aku cakap benda betul. Si Bob tu kan kuat menyotong. Tak padan dengan badan gebu. ” tambah Taufik lalu menghambur tawa.

“ Betul lah tu. Kalau setakat lembut je aku boleh terima lagi. Ni sampai pakai pakaian perempuan, pipi bermake-up bagai..hmmm..tak tahu nak cakap apa dah.” tambahnya sebelum menjeling Tiara yang masih duduk di bawah pondok. Hoodie dikepala dinaikkan bila terasa cuaca sedikit membahang.

“ Aku doakan dia insaflah. Kita cakap ni bukan sebab kita baik tapi sebab kita tak nak member dilaknat tuhan. "

“ Pergghh... Dah macam ustaz dah hujah kau ni. Kau tak nak daftar masuk Pencetus Ummah ke? ”

Mengekek mereka ketawa. Joran di depan mereka masih lagi belum menunjukkan reaksi umpannya disambar ikan. Aish, betul-betul menguji kesabaran nampaknya.

" Izzt... "

Dia berpaling. Keningnya di jongket tinggi ke atas. Lama dia menunggu bicara Taufik yang seterusnya sebelum tangannya kembali lincah mengikat mata kail spare pada tali tangsi. Meskipun sudah lama tidak memancing tapi dia masih ingat cara dan teknik yang betul mengikat mata kail.

" Aku tengok kau pun dah banyak berubah. Jujurnya aku suka dengan perubahan kau yang sekarang. "

" Berubah? mana ada aku berubah Fik. Aku masih sama macam yang kau kenal dulu. "

Tenang Izzt Firhan membalas biarpun pertanyaan Taufik itu buat dia teringat kembali kejahilan masa lalunya.

Taufik betulkan duduknya. Joran di tangan diletakkan pada road besi yang sudah di pasakkan dalam tanah. Sebatang rokok di keluarkan kemudian di cucuhkan dengan api lighter.

Pandangannya kembali pada si teman.

" Kita kenal dah lama Izzt. Dari zaman sekolah rendah lagi. Kau dah lupa, dulu sungai ni lah jadi tempat mandi kita setiap kali balik sekolah. "

Izzt Firhan tersengih. Masakan dia lupa.

" Siapa kata aku lupa. Aku ingat lah. Habis je waktu sekolah tak ada tempat lain kita tuju, kat sini lah tempat kita berkubang sampai ke petang. "

Mengingatkan itu saja dah buat keduanya tersenyum lebar. Rasa macam nak kembali pada masa lalu. Zaman anak kecil yang penuh dengan warna warni. Kegembiraan sana sini. Jauh bezanya dengan kehidupan orang dewasa.

" Sampai kena rotan dengan Cikgu Jalil sebab kasut dan baju kita kotor. Serius. Sampai sekarang aku ingat lagi sakit tu macam mana bro ... "

Terangguk-angguk kepala Izzt Firhan mendengarnya. Kenangan yang tak mampu dikikis dari ingatan.

" Tapi semuanya macam dah terlewat Fik. Perubahan aku sekarang tak mampu ubah masa lalu "

Izzt Firhan lepas nafas. Mati senyumannya tadi.

Bagaikan pita rakaman satu demi satu kejahilan masa lalunya berlegar di fikiran. Dia akui dulu dia anak muda yang lalai. Anak muda yang seringkali berbuat dosa dan culas menunaikan ibadat. Keseronokan duniawi yang di banggakan menyebabkan dia jatuh tersungkur saat ibunya tiba-tiba pergi mengadap illahi. Dengan secebis iman itu lah dia bina semula jalan hidupnya. Percaturan yang awalnya silap membuatkan dia nekad berubah menjadi sekarang.

Ya. Dia menyesal. Kalau lah masa itu boleh di beli, dia sanggup bayar walau berapa sekalipun nilainya. Sebab dia tahu arwah ibunya pasti akan tersenyum melihat dia yang sekarang.

Sungguh, terlalu banyak dosanya pada arwah ibunya.

" Setidak-tidaknya kau patut bersyukur sebab Allah jentik hati kau untuk berubah. Cuba kau tengok kat luar sana berapa ramai lagi manusia yang masih leka. Kau beruntung sebab kau masih ada keluarga yang sayangkan kau "

Laju kepalanya di geleng.

" Aku dah tak ada sesiapa Fik. Harapkan mak dan abah kau je lah tempat aku menumpang kasih. " luahnya seraya mengambil joran yang sudah lama dibiarkan di road besi. Seketika dia memegang longgar jorannya. Bertujuan merasa jika ada tarikan dari dasar namun hampa.

Setengah jam berlalu. Satu hasil pun tak dapat. Dengan cuaca panas garing macam ni. Sebakkk rasa dada.

" Kau tak boleh cakap macam tu Izzt. Selain mak ayah aku, masih ada ramai lagi orang yang sayangkan kau. " Taufik cuba menyakinkan temannya. Namun sekali lagi Izzt Firhan menggelengkan kepalanya.

" Sayangkan aku sebab harta? berkawan dengan aku lepas tu tikam aku dari belakang. Spesis macam tu memang ramai. Yang betul-betul ikhlas tah berapa kerat je. "

Tunak mata Taufik pantas menghala ke arah Izzt Firhan. Keningnya dijongkit.

" Lain macam je ayat kau ni. Kau masih ingat cerita lama ke? "

Izzt Firhan kerut dahi.

" Cerita lama? pasal apa eh? banyak sangat cerita lama dalam hidup aku ni Fik " ujarnya ketawa kecik.

" Pasal kau dengan seorang lagi sahabat kita. "

Izzt Firhan kaget. Joran di tangan diletakkan kembali ke tempat asal. Vape di sedut rangkus. Seketika muncul kepulan-kepulan asap yang sengaja dibentukkan ke udara.

" Dah lah Fik. Aku dah malas nak bercakap pasal dia "

Akhirnya dia membalas. Nada suaranya agak keras kali ni. Dia tak suka bila Taufik mengungkit kisah lama mereka. Lagipun dia sudah pernah ingatkan Taufik agar tidak menyebut lagi nama itu didepannya.

" Tapi Izzt.. Sampai bila kau nak mengelak macam ni. Kau tak nak pulihkan keadaan ke? Aku rindu zaman kita bertiga. "

Meskipun di halang Taufik tetap meneruskan katanya. Dia rasa tugas dia menjadi pengaman antara dua sahabat baiknya itu.

Izzt Firhan buat tak dengar saja. Malas dia nak berdebat dengan Taufik. Lagipun yang rasa sakit itu dia bukannya Taufik.

" Kalau kau nak aku boleh jadi orang tengah "

Taufik masih cuba memujuk. Dia rasa sudah menjadi tanggungjawab dia sebagai sahabat menjernihkan hubungan yang sudah lama berantakan.

" Kau jangan nak menyibuk la Fik! Kalau kau rindu sangat kat dia, call la dia. Tak pun kau pergi terus ke rumah dia. Tapi untuk aku berbaik semula dengan dia memang tak mungkin! Sampai mati pun aku takkan lupa apa yang dia buat pada aku " Bentak Izzt Firhan kasar.

Marah betul dia kali ni. Muka putihnya juga sudah berubah kemerahan. Entah apa kena dengan Taufik ni, tak habis-habis nak jadi pendamai tak bertauliah.

" Kau melepaskan kemarahan pada orang yang salah Izzt. Tak adil untuk dia kalau kau terus berdendam macam ni. Apa yang jadi hanyalah salah faham. "

Izzt Firhan mendengus. Mencerlung anak matanya memandang Taufik. Bertahun dia pendam rasa hari ni boleh pulak Taufik cakap dia melepaskan kemarahan pada orang yang salah.

Sejauh mana Taufik tahu masalah dalaman mereka atau sekadar melihat apa yang terhidang di depan mata?

" Err... korang berdua ni dah kenapa? tertiba terpekik-pekik. Korang bergaduh ke? "

Serentak keduanya memandang ke arah Tiara yang sudah berdiri tegak berhampiran mereka. Terkebil-kebil Tiara tayang muka tak bersalah.

" Mana ada kita orang gaduh. Ni.. mana dapat goreng pisang ni? " soal Taufik sengaja memesongkan soalan. Sebolehnya dia tak nak Tiara tahu masalah yang mereka bincangkan tadi.

Erkkk....aku salah dengar ke?

" Beli lah. Kat kedai hujung sana tu. " panjang muncung aku menghala ke arah kanopi biru yang samar-samar dapat di lihat dari situ.

Taufik mengangguk. Laju tangannya menyeluk masuk ke dalam plastik merah yang berada kemas di tangan Tiara.

" Jalan kaki? hah bagus sangat lah tu. Kalau kena culik macam mana? Awak tu bukan tahu sangat jalan kat kampung ni! " tengking Izzt Firhan tiba-tiba. Dia bangun lantas meninggalkan Tiara dan Taufik di situ.

Terkulat-kulat aku dibuatnya. Aku pandang Taufik minta penjelasan. Taufik sekadar jongketkan bahunya tanda dia tak tahu apa-apa.

Perasaan aku? rasa nak terjun masuk sungai je. Terkejut. Bila pertama kali kena tengking dengan boyfriend sendiri.

Lelaki pun ada season period ke?

.
. .

" Laa, bukan ke cuti kamu masih ada lagi sehari? "

Soalan mak aku balas dengan gelengan pelahan. Dapat ku kesan riak mak bertukar mendung sedikit. Abah di sebelah hanya diam memerhatikan aku mengisi sedikit bekalan yang di kirimkan oleh Mak Leha ke dalam kereta.

" Izzt terpaksa balik awal mak. Ada kerja yang nak diselesaikan. Tu yang nak kena balik KL juga petang ni. "

Aku menoleh. Kelihatan Izzt Firhan sudah siap dengan beg baju di tangan. Dia turun dari anak tangga tanpa sedikitpun menoleh memandang aku. Keliru aku dibuatnya, takkan sebab hal kecil dia marahkan aku sampai macam ni.

" Tak apalah. Nak buat macam mana. Ada masa nanti jangan lupa balik ke sini lagi. " ujar Mak Leha lantas meraih aku ke dalam pelukannya. Belakang aku diusap mesra.

" Bawak kereta tu elok-elok Izzt. Ingat pesan Abah kalau penat berhenti rehat dulu. " Pesan abah seperti selalu. Usai bersalaman kami mula bergerak meninggalkan pekarangan rumah Mak Leha.

" Betul ke awak balik ni sebab ada kerja? " soalku memulakan perbualan. Agak kekoh suasana dalam kereta saat itu.

" Tak. Isnin baru kerja. " balasnya selamba.

Pantas aku menoleh ke arahnya. Bibir ku ketap geram. Kenyataannya tadi buat aku rasa tertipu. Sanggup dia menipu mak dan abah? Tapi melihat reaksinya yang beku buat mulutku seakan berat untuk bersuara.

Sudahnya aku membisu. Perjalanan selama 2 jam hanya di temani alunan lagu-lagu dari corong radio.

Aku mengeluh sendirian.

Entah penyakit apa yang dah menyerang badan orang sebelah aku ni sampaikan dia boikot tak nak cakap dengan aku.

Takkan pasal kes goreng pisang tu nak muncung panjang sedepa macam ni.

Arghhh...

Ketika kereta yang di pandu sudah berhenti di hadapan rumah sewa ku, mood Izzt Firhan masih sama seperti tadi. Aku tak nak bersuara. Aku hanya biarkan lelaki itu dengan perasaannya sambil aku melangkah keluar dari kereta. Dan tanpa sepatah ucapan kata sayang, laju kereta itu memecut meninggalkan aku yang masih mencari punca perubahan lelaki itu.

to be continue...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience