BAB 35

Romance Completed 45920

" Eh, bos buat apa kat sini? "

Rentak jantung mula tak sekata. Melihat figura lelaki yang baru muncul itu buat tubuhku jadi kaku tiba-tiba.

" I? "

Dia bertanya pelik. Bertaut keningnya.

Aku angguk. Kalau dia nak tahu aku juga nak tahu. Apa lelaki ni buat apa di sini.

" Rara, ini rumah parent I " tuturnya tenang.

Hah parent?

Ah, sudah.

Melopong sudah mulutku. Sedikit cuak tapi masih mampu di kawal. Sesaat aku tersedar. Jika ni rumah dia maksudnya Mak Cik Zurina tu mak dia ke? Tak tertelan air liur aku dibuatnya.

" Err.. kampung bos bukan kat Melaka ke?" soalku masih mencuba nasib. Mana tahu aku tersalah dengar tadi.

Terburai tawa Muzzafar Adli bila aku menyoalnya begitu. Bibir ku ketap rapat.

" Eh, salah maklumat tu Rara. I memang asal orang sini. Lahir dan membesar di kampung ni " terangnya dengan tawa yang masih bersisa.

Aduh.

Aku tersenyum kelat sambil pura-pura garu pelipis yang nyata tak ada kuman. Garu pun sebab nak cover malu. Anak mata ku sorok dari terus direnung lelaki itu.

" Kalau ini rumah bos maksudnya Mak Cik Zurina tu mak bos lah ya? "

Aku bertanya lagi. Entah relevan atau tak soalan aku tu. Melihat anggukan kepalanya buat aku semakin sukar untuk bernafas. Ya allah, keciknya dunia ni. Dalam banyak-banyak negeri kenapalah kampung dia kat sini jugak.

" You pulak buat apa kat sini? you kenal ke dengan family I? "

Pertanyaan itu buat aku kembali mendongak memandangnya. Aku menggelengkan kepala. Sesaat kemudian aku mengangguk pula. Entah penyakit apa yang sedang menyerang aku sekarang.

" Err ... "

" Ish, bertuah punya anak. Ada pulak di soal tetamu macam tu. "

Kami berdua menoleh serentak. Aku lepas nafas lega. Kehadiran Mak Cik Zurina di situ benar-benar tepat pada masanya. Lega bila terlepas daripada asakan Muzzafar Adli dan renungannya yang meresahkan. 

" Rara, meh duduk kat sini. Kita minum-minum dulu. Nanti lepas minum baru boleh balik " pelawa Mak Cik Zurina masih tak lekang dengan senyumannya.

Aku lantas bergerak menghampiri Mak Cik Zurina yang sudah siap menanti aku di kerusi sofa. Seteko air teh dan biskut keping sudah siap terhidang atas meja. Sekilas pandangan aku beralih semula pada Muzzafar Adli yang masih tak berganjak dari tempatnya. Matanya tak sudah merenung aku bagai nak ditelannya hidup-hidup.

Entah apa kena dengan lelaki tu agaknya. Macam tak biasa pulak nampak muka aku ni kan. Padahal bertahun kami kerja bersama.

" Ibu, ceritalah. Macam mana pulak ibu boleh kenal dengan Rara ni? " gesa Muzzafar Adli yang sudah berdiri di sebelah ibunya. Mukanya penuh dengan tanda tanya.

Aku hanya diam. Lebih selesa jadi pemerhati. Teh
suam yang sudah berada di tangan ku sisir pelahan. Ada baiknya Mak Cik Zurina saja yang terangkan semua kecelaruan yang ada dalam otak anaknya.

" Ish kamu ni. Macam tak menyempat sangat nak
tahu, cubalah duduk dulu. Nanti ibu ceritalah. " tegur wanita itu mula lemas dengan sikap mendesak anaknya.

Aku nampak Muzzafar Adli tersengih kelat. Kepala digaru sebelum dia mengambil tempat duduknya di hadapan kami.

" Rara ni anak angkat ibu "

Hukhukk...

Aku urut pelahan dadaku. Terkejut. Tak sangka wanita ini benar-benar maksudkan ayatnya tadi. Semudah itu dia terima aku jadi anaknya? ish, biar betik..

" Anak angkat? eh, sejak bila pulak? ibu tak pernah cerita pun "

Makin banyak soalan Muzzafar Adli. Dia memandang aku. Kemudian beralih semula pada ibunya. Jelas kelihatan dia tak sabar nak tahu apa sebenarnya yang dah berlaku.

Nak ketawa aku melihat gelagatnya. Spesis banyak mulut jugak mamat ni. Cuba bagi ibu kau tu terangkan satu persatu. Desisku.

" Nanti-nanti lah ibu cerita. Ni nasib baik Rara ni ada. Kalau tak belum tentu ibu sampai kat rumah. Berjanji dengan Angah sampai ke petang tak sampai-sampai " sempat lagi Mak Cik Zurina memberi sedas dua. Sedikit tegang wajahnya.

Muzzafar Adli tersengih. Pelipisnya digaru. Terpaksa mengaku kesalahan diri sendiri sebab terlewat bertolak dari KL. Natijahnya dah maghrib baru dia sampai di kampung.

Aku simpan senyum. Sekali sekala nak jugak tengok reaksi bos sendiri kena bebel. Kejam tak. Hihihi

" Er.. pasal tu angah betul-betul mintak maaf. Memang tadi Angah nak gerak awal tadi tapi .... "

" Angah bangun lewat kan? itu lah. Ibu dah cakap kahwin cepat-cepat. Bila dah ada bini nanti baru lah terurus sikit hidup Angah tu " sampuk Mak Cik Zurina tanpa sempat Muzzafar Adli mengeluarkan alasannya.

Kah kah kah...

Aku cuba kawal diri. Ikutkan hati jahat ni nak je aku ketawa terbahak-bahak bila tengok muka kelat Muzzafar Adli yang dah macam kucing terlekat tulang. Tak senang duduk mamat tu bila terus terusan di bebel oleh ibunya.

" Haritu kata nak tunggu Taufik, baru Angah nak kahwin. Sekarang Taufik dah kahwin dah pun. Angah bila lagi? takkan nak tunggu kucing bertanduk tiga pulak? " semakin rancak Mak Cik Zurina bersuara.

Muzzafar Adli tertawa halus. Kedengaran seperti sengaja di buat-buat. Aku syak itu hanya satu helah bagi menghilangkan rasa malunya berhadapan dengan aku.

" Ala ibu ni..nantilah dulu. Takkan depan Rara pun nak cerita pasal hal ni. "

Mak Cik Zurina senyum meleret. Memang sengaja dia berkata begitu. Biar terbit rasa malu anaknya. Kalau tak asyik buat tak endah saja bila dia bercakap soal nikah. Padahal anaknya bukan muda lagi. Dah layak berumahtangga sangat dah.

" Laaa biarlah. Kenapa tak boleh ke? " soal Mak cik Zurina sambil menjeling aku dengan senyuman lebar.

Muzzafar Adli memandangku sekilas.

" Mesti lah tak boleh. Rara ni pekerja Angah. Jatuhlah reputasi Angah nanti. " balasnya pelahan. Kulit mukanya sudah berubah kemerahan.

Aku menahan diri dari ketawa. Segaris senyuman tipis aku lepaskan tatkala melihat wajah Muzzafar Adli yang sudah terkulat-kulat menahan malu.

Seketika pandangan Mak Cik Zurina sudah menghala tepat ke arah aku pulak.

Hatiku sudah mula tak keruan. Bergelora rasa di dada sambil menanti soalan dari wanita itu.

" Laaa, betul ke ni Rara? " soalnya ceria.

Aku menyeringai. Lambat-lambat aku mengangguk, mengiakan kata anaknya.

Senyuman Mak Cik Zurina kian melebar sehingga aku yang melihatnya jadi terpegun.

" Kalau macam tu boleh lah..... "

" Apa yang boleh? "

Serentak aku dan Muzzafar Adli bertanya. Musykil dengan senyuman penuh makna wanita itu.

.
. .

Tepat jam 8 malam aku sampai di rumah. Ketika itu semua ahli keluarga sedang berborak di ruang tamu rumah.

Selesai memberikan salam aku terus duduk di sebelah Kinah yang sedang asyik dengan telefonnya.

" Lewat kau balik? tersangkut jem ke? "

Aku jeling tajam pada Kinah. Belum letak punggung aku dah kena perli dengan minah ni.

Dia tak tahu agaknya, bertapa susah aku nak bernafas kat rumah Mak Cik Zurina tu tadi. Semput aku nak berdepan dengan Muzzafar Adli yang dah macam kena sampuk. Pandang aku macam nak ditelannya aku hidup-hidup.

" Kinah kau tahu tak Mak Cik Zurina tu siapa? " soalku berbisik perlahan. Lagak macam agen fbi.

Sekilas muka aku dipandang Kinah sebelum dia kembali menatap telefon ditangannya.

" Kau ni dah kenapa Rara? kena sampuk ke? Mak Cik Zurina tu kan perempuan yang kau hantar balik tadi. Takkan lah dia tak kenalkan diri dia pada kau. " getus Kinah seperti tak berminat melayan soalanku.

" Ish, bukan tulah maksud aku. Kau tahu tak Mak Cik Zurina tu mak bos aku. Kenapa kau tak bagitahu aku selama ni hah? " rungutku sambil melepaskan nafas kasar.

Dahi Kinah mula berkerut. Picing anak matanya memandang aku tanpa dia menghiraukan lagi telefonnya.

" Kau biar betul Rara. Mak bos kau? maksudnya dia tu mak Muzzafar Adli ke? "

" Aku tanya kau. Kau janganlah tanya aku pulak. " Wajahku sudah cemberut. Geram aku dengan Kinah ni. Aku bagi soalan balas lah dengan jawapan. Bukan menyoal aku semula.

" Manalah aku tahu. Aku bukan kenal sangat dengan Mak Cik Zurina tu. Lagipun dia bukan orang kampung sini. "

Aku diam buat seketika. Cuba mencerna alasan yang baru diberikan oleh Kinah.

Ya tak ya jugak kan. Mak Cik Zurina tu orang kampung sebelah. Dengan status Kinah yang tak mesra alam ni confirm dia tak kenal semua orang.

" Kau tahu tak aku jumpa bos aku kat rumah tu tadi. Ya allah.. bukan main becok mulut dia bertanya. Dahla haritu aku mintak cuti pakai telefon je. Malu aku tau " desisku lalu membayangkan semula riak muka Muzzafar Adli yang mati kutu bila dibebel oleh Mak Cik Zurina. Kesian bos aku tu.

" Rara. Rara. Kecik betul dunia ni kan. Tak jauh mana rupanya jodoh kau. Orang kampung sebelah ni je rupanya. "

Terburai tawa Kinah. Lebih kuat dari tadi sehingga menarik minat yang lain menoleh ke arah kami.

" Apa yang seronok sangat tu? " soal Abah kepada kami. Terganggu agaknya Abah nak tengok berita bila dengar suara mengilai Kinah yang mengalahkan anak ponti terlepas sarang.

" Rara dah jumpa jodoh dia Bah.."

Puuukkkkkk

Aku hempuk bahu Kinah dengan purse kecil ditangan. Boleh pulak Kinah balas macam tu pada Abah. Cari pasal sungguh.

" Apa dia? "

Abah mula menyoal serius. Mukanya sudah berpaling ke arah kami berdua.

" Tak ada apa-apa Bah. Kinah gurau je tu. " balasku sengaja tak memberi ruang untuk Kinah bersuara.

Kinah menyengih persis kerang busuk. Bahunya yang sakit digosok pelahan. Padan muka.

" Rara, terima kasih tau sebab tolong majlis Abang Fik tadi "

Taufik yang diam sejak tadi mula bersuara. Aku bagi isyarat tangan OK pada Taufik yang sedang sibuk membelek kotak hadiah bersama isterinya Nur Jannah.

Macam-macam size hadiah diaorang dapat. Untungnya jadi pengantin baru. Ini kalau masuk rumah baru dah tak payah pening keluar modal beli kelengkapan barang rumah. Semuanya dah tersedia.

" Takkan Rara je? Kinah pun penat tau tolong majlis abang tadi. Takde special gift ke? "

Kinah bersuara manja. Eh silap bukan manja tapi gedik! berbulu mata aku tengok.

" Esok abang kasi hadiah. "

Taufik senyum senget. Adik dia yang sorang ni perangai mengada mengalahkan budak bawah umur.

" Sayang abang ketat-ketat.. " ucap Kinah seraya mengangkat keningnya memandang aku.

Dah kenapa? dia ingat aku jeles agaknya.

Pirahhhhh.

bersambung ....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience