Jeda.
Suasana menjadi hening tiba-tiba. Dunia pula seakan berhenti berputar. Aku lepaskan nafas lelah akibat kepenatan. Menarik nafas sedalamnya sebelum kakiku semakin mara mendekati dua manusia itu.
Lama aku merenung wajah itu, dari atas kepala, wajahnya sehinggalah anak mataku terhenti pada hujung kakinya yang masih duduk kaku di kerusi roda.
Meskipun fizikalnya nampak berubah tapi aku sangat yakin dia lelaki yang telah meninggalkan aku beberapa bulan yang lalu.
Benarlah, selama mana pun dia menghilang, sejauh mana pun dia berlari takkan pernah mampu mengubah takdir yang telah tertulis untuk kami berjumpa hari ini.
" Masih cuba nak melarikan diri? tak penat ke hidup macam perlarian? " tempelek aku pada Izzt Firhan yang sudah berada di hadapan aku.
Dia tak membalas. Membatu saja tubuhnya. Sepatah bicara tidak mampu di zahirkan. Sejak tadi dia hanya menundukkan saja kepalanya. Tak berani nak angkat muka bila aku sudah berdiri tegak sambil berpeluk tubuh dihadapannya.
Marah?
Tak. Rasa itu sudah lama hilang. Yang tinggal sekarang adalah rasa terkilan yang tak berpenghujung. Memang itu yang aku rasakan saat ini.
" ... dan awak Najmi. Tak sangka awak bohong pada saya selama ni. " ujarku dalam nada kesal.
Kelihatan halkum Najmi bergerak-gerak. Mukanya sudah berubah riak. Sama seperti temannya, Najmi langsung tak berani memandang aku. Dia hanya menunduk persis seorang persalah.
Aku menyungging bibir.
Entah sampai bila Najmi mahu menyembunyikan Izzt Firhan dari aku gamaknya. Dia yang perasan kewujudan aku tadi laju menyorong kerusi roda mahu melarikan diri tanpa sedikit pun rasa simpati pada aku.
" Najmi tak salah! Saya yang larang dia bercerita pada awak "
Akhirnya.
Laju saja Izzt Firhan membela temannya. Kedengaran suaranya sedikit bergetar. Aku tak pasti sama ada suara itu disebabkan dia sedang menahan sakit atau dia masih lagi terkejut dengan kemunculan aku yang tiba-tiba di situ.
" Opss, lupa. Kawan baik mestilah nak kena back up kan. " sinis aku sambil tayang muka sebal.
Entah relevan atau tidak kemarahan aku saat ini. Sebetulnya akal lebih nak tahu perkembangan kesihatannya tapi entah kenapa saat ini akal dan mulut aku jadi tidak sekata.
" Maafkan saya. "
Aku senyum hambar. Semudah itu dia mengungkap kata maaf. Tak tahukah dia bertapa sengsaranya aku sepanjang kehilangan dia dulu.
Tapi tak mengapa. Itu kisah lama yang tak perlu diungkit.
" Agak-agak masih valid lagi ke permohonan maaf awak tu? " bagaikan tiada kesudahan, aku terus melempiaskan rasa marah ku pada dia.
Bahunya terjongket sedikit ke atas.
" Terpulanglah pada tafsiran awak. Mahu memaafkan saya atau tidak. Saya tak ada hak untuk memaksa awak memaafkan saya. "
Ayat dia, perghhh....
Buat hati aku bertambah sakit.
Entah sejak bila dia berubah jadi beku seperti ini. Bicaranya langsung tak mesra. Kaku. Keras. Kejung.
Ah, dia memang betul-betul dah berubah.
" Lelaki ego macam awak, memang tak pernah sedar salah diri sendiri. Dah buat salah lepas tu mintak maaf. Macam tak terkesan apa-apa kan "
Aku ketawa mengejek.
Berpura-pura kuat padahal rasa sedih sudah semakin kuat membedil tangkai hati. Benarlah tanggapanku selama ini bahawa Izzt Firhan memang tak pernah berharap untuk bertemu dengan aku lagi. Malah tidak keterlaluan jika aku katakan yang dia memang tak pernah peduli apa jadi padaku. Sedangkan dulu aku bermati-matian mengharapkan dia agar kembali semula pada aku.
" Jika itu kata awak, teruskan. Awak berhak berkata apa saja. Cara kita berfikir dan keadaan kita tak sama. "
Untuk kesian kalinya dia melontarkan bicara dingin yang buat aku rasa menyesal mengenali dia selama ini. Sungguh, dia yang sekarang sudah jauh berubah.
" Betul lah tu. Awak fikir untuk diri sendiri. Saya pulak sibuk fikir pasal orang lain. Padahal orang tu peduli pun tidak pasal saya. Cinta tu betul-betul buat saya jadi buta dan bodoh. "Jawabku keras bersama dada yang masih berombak laju.
Sempat lagi aku menghantar pandangan tajam pada Najmi, buat lelaki itu semakin resah dan tak senang duduk.
Biarkan Najmi begitu, dia juga harus dipersalahkan. Tak seharusnya dia bersubahat dengan Izzt Firhan lalu membiarkan aku tersiksa berbulan lamanya.
" Bukan macam tu Rara.... " tegas pula ucapannya kali ini.
" .... saya tahu awak kecewa dengan saya sebab saya gagal bahagiakan awak tapi bukan bermaksud cinta awak dulu sia-sia. Keadaan yang tak mengizinkan kita bersama. Saya harap awak jelas tentang semua tu. "
Panjang helaan nafasku. Mata masih kaku merenung Izzt Firhan yang kelihatan begitu tenang tatkala melafaskan ayat tadi.
Hati aku semakin dipenuhi rasa sebal dan kecewa. Sehingga sukar untuk aku gambarkan di riak wajah.
Aku tahu tak sepatutnya aku berkelakuan seperti ini. Di sebalik apa yang terjadi, sudah tentu ada hikmahnya. Namun naluri aku sedang bercelaru. Berantakan semuanya gara-gara pertemuan ini. Rindu yang selama ini cuba aku hapuskan, kembali semula tanpa aku sedar.
" tak ada bezanya. "
Hatiku merintih sayu. Menggeleng buat beberapa ketika.
" ada bezanya. Awak je yang tak nak faham " luahnya tiba-tiba bersama hembusan nafas kasar.
Aku senyum hambar. Lagi - lagi aku yang dipersalahkan.
Teruk sangat agaknya aku ni?
" Rara .... "
Najmi datang mendekat. Bahu aku dipegang seakan mahu memujuk. Namun cepat aku menepis. Kemarahan dan rasa kecewa aku bukan pada Izzt Firhan saja tapi pada Najmi juga.
Akhirnya, setelah puas aku menahan. Mutiara jernih itu muncul jua di kelopak mata.
Sedetik berlalu, esakkan aku akhirnya terhambur keluar. Bahuku mula terenjut-enjut mengiringi setiap deraian air mata. Aku mula lupa diri. Persis anak kehilangan ibu, aku menangis semahunya.
Sehingga aku abaikan keadaan sekelilingku. Pandangan pelik manusia yang lalu lalang langsung tak aku hiraukan. Entah berapa lama aku berkeadaan begitu, aku sendiri tak tahu.
Sehingga kata-kata sinis itu menampar gegedang telingaku.
" Dahlah Rara.. Sapu air mata awak tu. Tak guna awak berperangai seperti budak-budak macam ni. Yang malunya nanti awak jugak. "
Ayat itu seakan anak panah tajam menusuk terus ke jantung hatiku.
Untuk ke sekian kalinya aku melontar pandangan ke arah Izzt Firhan. Riaknya masih sama seperti tadi. Beku dan dingin. Benarlah, dia bukan Izzt Firhan yang aku kenali dulu.
Aku kecewa.
Teramat kecewa.
Sambil menyeka air mata, kawasan parking yang sudah kurang tumpuan itu aku kerling sekilas. Otakku cuba mengingati di mana lokasi aku meletakkan kenderaan sewaktu aku ingin berjumpa dengan Esham tadi.
Tanpa mempedulikan sesiapa lagi, aku mengundurkan tubuh sedikit ke belakang. Ingin berlalu dari situ setelah aku dapat mengesan keberadaan keretaku.
" Jaga kawan awak elok-elok. " Aku bersuara pelahan. Antara dengar dan tidak saja.
" Rara... "
Sekali lagi Najmi menyeru nama aku. Riak resah terbias di wajahnya. Aku faham. Mungkin cara aku berjalan buat dia jadi takut.
Jangan risau Najmi, saya bukan anak kecil yang tak tahu berjalan. Saya dah dewasa. Dah cukup dewasa sampai kawan awak langsung tak nak peduli pasal perasaan saya.
Namun ayat itu hanya mampu aku zahirkan di dalam hati saja. Tak mampu aku luahkan dek kerana rasa kecewa yang sudah memenuhi ke seluruh dasar tubuhku.
Piiinnnggggggg
Bunyi hon panjang menyedarkan aku. Belum pun sempat aku menoleh, badanku sudah melayang ke tepi.
Tubuhku terhentak ke lantai. Sakit. Dapat aku rasakan ada cecair merah yang mengalir.
Aku cuba bangun namun tak berdaya. Sayup-sayup kedengaran suara orang memanggil namaku. Namun untuk membalas aku dah tak mampu.
Aku semakin lemah.
Semakin longlai dan akhirnya dunia sekelilingku berubah menjadi gelap gelita.
bersambung ...
Share this novel