Perempuan mana yang tak suka candle light dinner.
Perempuan mana yang tak suka red rose.
Semua perempuan pasti suka suasana romantik seperti ini.
Aku masih lagi speechless.
Tak sangka perjalanan hampir 2 jam tadi berakhir di sini. Dengan dekorasi yang cantik dan cahaya lilin yang malap buatkan aku jadi teruja seperti anak kecil. Suasananya yang romantik seolah kena dengan perhubungan kami yang sedang mekar.
" Awak suka? "
Aku tersedar. Laju aku mengangguk sebagai jawapan.
Pandanganku kembali terarah pada cincin yang sudah tersemat di jari manisku.
Giler tak suka.
Aku dah macam nak tergolek atas lantai je tadi bila sebuah kotak kecil baldu berwarna merah di letakkan di hadapan aku.
Cincin emas putih bertahtakan satu permata di tengahnya aku belek lagi. Nampak sangat cantik dan semestinya aku sukakannya.
" Tapi.. kenapa bagi sekarang? kan lebih baik bagi masa majlis nikah nanti "
Aku mendongak memandang jejaka yang semakin mendapat tempat di hatiku. Senyuman paling manis aku hadiahkan padanya.
" Cadangnya memang macam tu tapi macam lambat sangat pulak kita nak nikah. Alang-alang hari ni birthday awak so saya bagi je lah sebagai hadiah. "
Izzt Firhan duduk menyandar. Ketika itu mereka berada di sebuah cafe yang terdapat di Bukit Tinggi. Suasana yang tenang. Sangat sesuai buat mereka berdua menyemai lagi rasa cinta.
" Awak tahu esok birthday saya? "
Makin lebar senyumanku.
Sepanjang 25 tahun belum pernah aku dapat hadiah semahal ini. Sementelah aku pun bukan jenis mencari pasangan dari kalangan orang berada. Mungkin ini yang di namakan rezeki. Aku bertemu dengan laki yang serba lengkap meskipun perkenalan kami bukanlah sesuatu yang di rancang.
Ya Allah jadikanlah dia imam terbaik buatku.
" Of course lah ingat. Achually 'semua' pasal awak saya tahu. "
Mendengarkan perkataan semua itu buat mukaku tiba-tiba saja membahang.
Terbayang pula bungkusan yang pernah di berikan pada aku ketika berada di rumahnya tempoh hari.
Argghhhhh... aku malu.
" Awak tahu tak beza awak dengan pelangi? "
Aku geleng. Mukanya aku pandang dengan dahi berkerut.
Tetiba bagi pick up line ni dah kenapa?
" Pelangi tu cantik tapi awak lagi cantik. Bertambah cantik bila muka awak merah macam ni. Rasa tak sabar pulak saya nak nikah dengan awak "
Izzt Firhan gelak nakal.
Aku yang mendengar rasa nak cepuk je mamat ni. Mengada betul dia sekarang eh. Suka benar nak mengenakan aku.
Sebetulnya, kalau Izzt Firhan kata tak sabar nak menikah, aku pulak rasa nak peluk laki tu sekarang jugak. Serius. Aku suka laki romantik macam ni. Setiap kali pandang senyumannya yang berlesung pipit tu buat ovari aku bergetar.
Please Rara.. Behave yourself.
Kenyataan kau tu terlalu over.
Jangan tunjuk sangat gatal kau tu depan jantan. hahaha...
Makan malam kami berjalan dengan sangat sempurna. Bertemankan alunan muzik sentimental membuatkan aku rasa ini lah pengalaman yang tak akan aku lupakan. Kami di sajikan dengan juadah ala western. Ruang makan di bawah gazebo buat aku rasa nak selfie sepuas-puasnya. Tak mungkin aku akan lupakan candle light dinner pertama kami sejak perhubungan ini menjadi serius.
" Sayang.. "
" Ya "
Mataku tepat ke anak matanya. Renungan penuh kasih sayangnya aku tatap tanpa ada rasa gentar.
" As you blow the candles tonight, i wish to Allah to guide you all your life and take care of you every time. I know i'm not a prefect man but i can give you all i have. Happy Birthday sayang. "
Tatkala mendengarkan ucapannya tubuhku bagaikan terpasak dalam bumi. Air mataku tiba-tiba saja bergenang. Sungguh. Aku terharu mendengar ucapannya.
Benarkan lelaki ini menjadi jodohku Ya Allah.
Doaku dalam hati dengan mata yang semakin berbalam.
.
.
.
" Alhamdulillah "
Aku nampak senyuman lebar terukir di bibir Abah tatkala mendengar berita yang baru saja di sampaikan Izzt Firhan.
Bahu lelaki itu di tepuk mesra beberapa kali.
Aku yang ketika itu sedang duduk di sebelah mak juga tumpang gembira bila Abah tanpa banyak soal setuju mengizinkan kami mengadakan majlis itu nanti di sini.
" Majlis tu nanti kiranya buat kat dua tempat lah ya? " soal Abah ingin kepastian.
Aku hanya diam. Membiarkan lelaki bercakap dengan lelaki. Nak-nak lagi bab nikah kahwin macam ni.
" Eh takda lah Bah.. Kami nak buat majlis tu nanti dekat sini je. Dekat KL kami tak buat "
Kerutan di dahi Abah aku pandang. Sememangnya semua idea itu datangnya dari aku.
" Laa.. habis tu keluarga kamu macam mana? Abah ni bukan apa, abah tak nak lah kang ada yang terasa hati pulak. Kalau ikutkan hati abah dengan mak kami memang suka kamu buat kat sini. Boleh abah tolong uruskan apa yang patut "
Ya. Aku faham maksud abah. Majlis di kampung sememangnya lebih mudah jika nak di bandingkan dengan bandar. Di kampung segalanya di buat secara gotong royong. Selain meringankan beban tuan rumah, masa-masa ini lah mereka dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama sendiri.
" Abah janganlah salah faham. Kami buat kat sini bukan bermakna kami ketepikan keluarga yang ada kat sana. Cuma Abah pun tahu kan Rara dah tak ada keluarga. Kalau nak buat majlis kat sana pun rasanya tak berbaloi. Tu yang kami plan nak buat kat kampung je. Sedara mara yang jauh tu nanti kami jemput datang ke sini "
Panjang hujah Izzt Firhan kali ini. Sebolehnya dia tak nak Abah berfikir yang bukan-bukan mengenai rancangan mereka.
" Ooo.. kalau macam tu bagus lah. Ni tarikh majlisnya dah ada ke ? "
Pandangan Abah kemudiannya mengarah pada aku. Aku senyum.
Ececehh....
Malu-malu kucing la sangat kau ni Rara.
" Cadangnya lepas raya haji. Tapi Rara tak nak buat majlis besar-besar. Cukup kenduri kesyukuran je "
Aku usulkan pula cadanganku pada Abah dan Mak.
" Laa.. kenapa nak buat kenduri kesyukuran pulak? kan lebih elok kalau Rara dengan Izzt buat majlis kahwin terus. Boleh mak jemput kumpulan marhaban mak nanti. "
Marhaban?
wahh.. kelazz Mak Leha ni
Ada je idea dia nak memeriahkan majlis aku nanti.
" Aah. Fik setuju! Kalau nak kompang dan silat pun Fik boleh sediakan. "
Serentak semua memandang ke arah Taufik yang baru keluar dari bilik.
Sambil mengosok matanya, lelaki itu menapak menghampiri kumpulan kami.
Sah! baru bangun tidur mamat ni.
Aku menyengih saat Taufik memandang aku. Kelu pulak lidah bila Taufik muncul di sini. Dah lah peristiwa berebut bilik dulu dia orang paling kuat mengenakan aku dengan Izzt.
' Bergaduh lah korang. Berjodoh nanti baru tahu '
Ahhhh... teringat pulak ayat Taufik yang sehingga kini masih melekat lagi dalam selaput otak aku. Bertambah malu aku di buatnya.
" Aku on je. Asalkan kau yang bersilat kat majlis tu nanti. " ujar Izzt Firhan seraya menyambut huluran salam Taufik.
" Rosak majlis korang nanti. Aku pun dah lama tak bersilat depan orang ni. "
Taufiq tersengih.
Nak suruh dia bersilat? memang tak lah. Segala bunga silat yang pernah dipelajarinya dahulu sudah lama dia lupakan.
Mak dan Abah hanya mampu menggelengkan kepalanya. Faham sangat kalau dua lelaki ni bertemu ada je bahan jenakanya.
" Abah tak kisah kalau korang tak nak buat majlis besar-besar. Apa yang penting keberkatan majlis tu nanti "
Yes. Abah betul. Keberkatan sesebuah majlis itu lebih penting dari segala isinya. Sebab tu aku nak buat majlis simple. Apa yang penting orang yang datang nanti akan mendoakan kebahagian kami.
Sempat lagi aku menjeling ke arah sisiku. Kelihatan mak juga mengangguk setuju dengan hujah Abah.
Tak lama selepas itu Abah dan Mak meninggalkan kami bertiga di ruang tamu. Abah macam biasa lah pagi-pagi begini memang rutin ke kebun. Mak pula ke dapur menyiapkan kerjanya yang tergendala dengan kedatangan kami tadi.
" Korang berdua ni bertolak dari KL jam berapa? Awal betul sampai kat sini. " soal Taufik.
Dia menguap lagi. Mengantuknya masih belum hilang. Hari minggu seperti ini selalunya memang masa dia memanjakan tubuhnya dengan tidur.
Jam di tangan aku kerling. 9 pagi. Mana tak awalnya sampai. Semalaman aku tak tidur. Habis saja candle light dinner semalam kami meluangkan masa bersama sampai lah ke subuh. Turun saja dari Bukit Tinggi kami terus ke sini. Memang semuanya plan Izzt Firhan. Dia yang rancang dalam diam tanpa pengetahuan aku.
Aku pandang ke arah kekasih hatiku. Memberi isyarat agar dia yang menjawab soalan Taufik tadi. Aku tak nak masuk campur. Haha..
" Awal apanya. Kau tu je tidur bangun lewat. Dah. Kau pergi mandi sana. Lepas tu kita pergi ngeteh kat kedai simpang tiga tu ya. " ajak Izzt Firhan cuba mengelak soalan tadi. Dia senyum mengejek ke arah Tiara.
Pandai tak saya??
Ermm... bab mengelak memang la pandai.. Aku menjawab dalam hati..
" Simpang tiga? kedai janda muda tu ke? "
Taufik tayang muka ceria. Sengaja pula di tekankan ayat janda muda itu tadi. Dia nak tengok reaksi Tiara sebenarnya. Lagipun dia masih tak percaya dua manusia ni saling menyintai. Dulu bukan main. Pantang jumpa nak bergaduh. Tapi sekarang. Diam-diam ubi berisi eh..
Aku yang baru nak melangkah ke dapur, menoleh semula ke belakang.
" Nak ikut jugak "
Aku tayang muka bersahaja. Langsung tak peduli dengan kerutan di muka Izzt Firhan. Mahu tak bengang mamat tu, aku dah kacau bonding time mereka berdua.
Ah, gasaklah.
" Sabar je lah bro. Orang perempuan ni memang alergik sikit kalau dengar nama janda. "
Mengekek Taufik ketawa sambil menyidai kembali tuala di batang lehernya.
to be continue....
Share this novel