BAB 6

Romance Completed 45920

" Izzt !! tolong saya... "

Aku menjerit kuat.

Terpinga-pinga Izzt Firhan lantas segera mendapatkan batang tubuh Tiara yang berdiri tidak jauh darinya. Riak muka Izzt Firhan sudah bertukar cemas. Mahu tak cemas suara Tiara memekik sangat kuat dan nyaring. Hampir saja mengegarkan penghuni kebun Abah.

" Kenapa? Apa kena dengan awak ni Rara? " Izzt Firhan lepas nafas. Semput dia rasakan. Apa dah jadi dengan Rara ni?

" Tuuuuuu.. "

" Apa yang tuu.. "

Izzt Firhan bertanya pelik. Bertaut kening tebalnya tanda tak mengerti apa yang cuba disampaikan Tiara.

" Kat kaki saya tuu.. " gugup aku menjawab.

Pandangan simpati aku berikan pada Izzt Firhan. Aku dah tak peduli. Rasa malu ku campak tepi. Kali ni aku betul-betul perlukan pertolongan lelaki ini.

" Izzt.. tolong lah saya... "

Aku mula merintih. Air mata di tubir mula bergenang. Aku takut. Serius, aku tak boleh hadap situasi seperti ini.

" Ya.. ya.. saya tolong awak "

Izzt Firhan garu kepalanya. Blur sekejap. Apa yang patut dia buat? dia bukan lah berani sangat bab-bab macam ni.

Pandangannya jatuh semula di kaki Tiara. Air liur ditelan sekali lalu.

" Cepat lah Izzt. Saya takut niiii... "

Izzt Firhan mengangguk.

Melihat air muka Tiara saja dia sudah tahu gadis itu dalam ketakutan. Mata Izzt Firhan mula galak memandang sekeliling. Mencari sesuatu yang boleh dijadikan alat untuk mengalihkan 'benda asing' di kaki Tiara.

" Izzttt... cepatlahhh.... benda ni bergerakkk.... "

Aku menjerit kuat. Mata ku pejam serapatnya. Kini badan aku sudah bertukar lembik seperti sotong kurita. Mengeletik ke kiri dan kanan.

Sumpah. Aku geliiii....

Izzt Firhan kaget. Dia yang baru ingin bergerak menoleh semula memandang Tiara.

" Kejap Rara .. kejap "

Aku pandang tubuh Izzt Firhan yang bergerak sedikit jauh dariku. Aku tarik nafas dalam-dalam. Cuba menangkan hatiku yang resah gelisah. Aku yakin lelaki itu pasti akan membantu aku.

Besar langkah Izzt Firhan mematahkan ranting pokok rambutan yang berada tidak jauh dari kedudukannya.

" Nah! Awak ambil kayu ni. Awak alihkan benda tu lepas tu awak lari ke arah saya tau "

Aku mengangguk laju. Tak cakap pun aku tahu apa yang perlu aku lakukan.

Izzt Firhan sengih. Hanya itu yang mampu dia lakukan. Padahal diri sendiri pun tak berani mana. Sempat lagi dia scan muka cuak Tiara. Sebagai kenangan. Hihi..

" Standby Rara... "

Aku pandang muka Izzt Firhan. Ya. Aku dah standby la ni..

" Dalam kiraan 3.. 2.. 1.. Lariiiii.... "

Mendengarkan perkataan lari itu laju aku melarikan diri ke arah Izzt Firhan. Dan tanpa aku sedar sandle yang aku pakai sudah terlucut dari kaki aku.

" Kenapa Rara? "

Muka Izzt Firhan ku pandang sekejap.

" Sandle saya. Kat sana tu "

Nafas ku tarik dalam-dalam. Aku semput. Dadaku mula terasa sempit untuk bernafas.

" Habis tu, awak nak pergi ambil ke? "

Izzt Firhan angkat kening bertanya. Lantas peluh di dahinya di seka dengan belakang tapak tangan. Jenis penakut juga rupanya.

Aku menggeleng beberapa kali. Memang tak lah aku nak ke sana semula.

" Saya nak balik. Tapi kalau awak nak pergi kat Abah pergilah. Saya tunggu awak dalam kereta je "

Pelahan aku bersuara. Hilang sudah mood aku untuk menikmati durian di kebun Abah. Meloya tekak bila teingatkan rupa katak kembong yang sesuka hati melekat atas kakiku tadi. Tak apa lah mungkin bukan rezeki aku hari ni.

" Habis tu awak nak jalan macam mana? Takkan nak jalan sebelah kaki macam ni? " Izzt Firhan pandang mataku. Aku nampak simpati yang cuba dia sampaikan.

" Tak apa. Saya boleh jalan slow-slow. "

Baru setapak aku melangkah lenganku sudah di tarik Izzt Firhan. Laju aku menjongket kening meminta penjelasan.

" Bahaya la Rara. Sini banyak duri. Kang tak pasal luka pulak kaki awak tu "

Aku senyum segaris. Boleh tahan baik jugak laki ni. Nafas ku tarik dan ku lepas pelahan.

" Habis tu awak nak kendong saya? " aku berseloroh. Namun seketika bibir bawah ku gigit pelahan sebaik melihat anggukan terhasil dari kepala Izzt Firhan.

Ah, sudah!

" Kalau awak nak saya okay je " Izzt Firhan senyum lebar sedangkan aku dah telan liur berkali-kali.

Aku senyum kelat. Tubuh dah beku macam ais.

" Eh, tak payah lah. Saya gurau je. Saya baru lepas makan 2 pinggan tadi. Berat tau "

Darah merah menyerbu naik ke muka. Malunya aku rasakan saat ini. Tebal kulit muka bila terpaksa mengakui diri sendiri spesis yang kuat makan. Haha

" Yeke berat? nampak macam orang tak cukup makan adalah "

Aku ketawa lepas. Tak cukup makan dia cakap. bermakna diet aku selama ni dah berhasil ke? Oh..senangnya dalam hati.

Eh, jangan nak perasanlah Rara.

" Rara.... "

Spontan aku mengangguk. Bila Izzt Firhan tundukkan badannya di hadapanku baru la aku sedar yang aku sudah memberi keizinan kepadanya mengendong aku. Aku cuba menolak tapi mulut tertutup rapat. Bertambah kelu lidah aku bila kedua tanganku dicapai dan dipegang lembut oleh Izzt Firhan.

" Duduk elok-elok Rara.. "

Aku diam. Langsung tak menjawab bicara lelaki itu. Aku biarkan Izzt Firhan lingkarkan kedua tanganku di batang lehernya. Kini badan aku sudah melekap erat di belakang lelaki itu.

Jantungku berdengup laju tiba-tiba. Air liur yang ditelan seakan pahit rasanya. Duhai hati.. tolong lah bagi kerjasama. Dia tolong kau je pun.. Tak payah lah fikir yang bukan-bukan. Aku cuba pujuk hatinya yang mula rawan.

" Rara.. "

" Ermm... "

Izzt Firhan senyum lagi. Ingatkan gadis dibelakangnya dah kena sumpah dengan sang kelembai. Ya lah. Diam je dari tadi.

" Awak dengan Kinah memang dah kenal lama ke? "

Izzt Firhan bertanya sambil membawa kedua kakiku melingkar erat di pinggangnya.

Sweet la pulak. Tapi serius aku segan giler. Macam budak kecik dia layan aku. Seumur hidup ini kali pertama aku diperlakukan macam ni.

" Sejak zaman sekolah. "

Itu lah detik di mana aku kenal dengan Kinah. Kami sama-sama bersekolah di sekolah sains yang terletak di ibu kota. Aku sangat teruja bila Kinah yang berasal dari Pahang acapkali membawa aku balik ke kampungnya. Orang bandar yang tak ada kampung sesekali balik jakun terus.

Tambahan layanan baik keluarga Kinah buat aku rasa mereka seperti keluarga aku sendiri. Tak pernah sekalipun aku rasa diri ini seperti orang asing.

" Oh..lama jugak tu. Tapi kenapa sebelum ni saya tak pernah jumpa awak eh? atau awak memang jarang ikut Kinah balik ke kampung? "

Aku relakan diri menadahkan cuping telinga untuk soalan bertalu dari Izzt Firhan. Ikutkan hati agak janggal jugak untuk aku beramah mesra begini semetelah perkenalan kami baru menginjak usia 2 hari.

Tapi nak lari ke mana lagi? aku pun dia yang kendong...

Layankan jelah.

" Penting ke untuk kita berjumpa? " Soalan dijawap dengan soalan. Rasanya tak jumpa pun tak ada masalah kot. Izzt Firhan pun bukannya spesial sangat untuk aku jumpa.

" Penting lah "

" Sebab? "

Ketawa meletus di bibir Izz Firhan.

" Kalau tak awal-awal lagi saya dah pindah balik ke sini " ngomelnya pelahan. Pelahan sangat. Cukup untuk telinga dia seorang saja yang dengar.

" Cakaplah kuat sikit. Saya tak dengar lah "

Aku tiup-tiup anak rambut yang menutup pandanganku. Lantas kepala ku sengetkan sedikit memandang sudut tepi muka Izzt Firhan. Senyuman terukir.

" Setiap pandangan perempuan pada saya akan berakhir dengan kasih sayang tau. Better control your eye. "

" Eii.. excuse me! For your information saya bukan jenis perempuan yang mudah jatuh cinta and your forgot one thing.. saya dah ada boyfriend. "

Sweet talker jugak Izzt Firhan ni. Mesti jenis ramai kekasih laki ni.

Izzt Firhan ketawa mengekek. Cubitan yang singgah di perutnya membuatkan langkahnya jadi sumbang. Ke kiri ke kanan dia cuba menyeimbangkan dirinya dari terjatuh.

" Jangan Rara.. Drama pukul 7 belum start lagi ni. Kang tak pasal scene kita jatuh tergolek ni pulak yang jadi drama orang kampung. Awak nak? "

Mendengarkan ayat Izzt Firhan laju aku melarikan tangan dari perut lelaki itu. Tak sanggup rasanya aku dijadikan bahan bawang renger orang kampung.

Dan yang paling penting Kinah tak nampak aku tengah bertenggek belakang anak angkat Mak Leha ni. Kalau tak mati aku kena bahan.

" Dah sampai. "

Aku pandang depan. Ya. Kami dah sampai di kereta rupanya. Pelahan Izzt Firhan letakkan aku di tepi pintu kereta bahagian penumpang. Siap di buka kan pulak pintu untuk aku.

Uishh.. dah macam cerita cinderella alaf baru pulak. Sweet...

Tiara Nur Wilda! Please lah. Jangan nak tangkap leleh lebih-lebih boleh tak. Entah-entah mamat ni kepunyaan orang. Dah bersedia ke nak digelar perampas.

Sepanjang perjalanan balik kami sambung lagi berborak. Sesekali aku ketawa bila Izzt Firhan membuat kelakar. Apa yang boleh aku simpulkan Izzt Firhan lelaki ini sesuai dijadikan kawan dan bukannya lawan.

Ya. Ya. Aku silap. Cepat sangat menilai orang.

.
. .

" Jangan makan banyak sangat durian tu. Kang tak tidur malam. Panas. " leteran Mak Leha aku sambut dengan senyuman. Nak kata apa lagi. Salah aku jugak. Melantak sampai 2 biji durian.

Izzt Firhan yang duduk di kerusi di berandar senyum meleret memandangku. Aku ketap rapat bibirku. Malu. Tak perasan bila dia duduk kat situ.

Mataku beralih pandang Kinah yang sedang berborak manja dengan kekasihnya di atas pangkin. Entah apa yang dibualkan. Kinah dah macam kera dapat bunga. Asyik senyum saja. Bahagia sangat la tu..

" Rara, esok awak balik jam berapa? "

Mataku beralih pada Izz Firhan. Mak Leha yang baru selesai mengopek isi durian sudah berlalu ke dapur.

" Kenapa? "

" Saja tanya. "

Aku menjuih.

" Petang kot. Esok pagi Kinah ajak ke pekan. "

Teringat rancangan Kinah nak ajak aku makan cendol di pekan esok. Port wajib setiap kali kami balik ke sini. Muka pak cik berkopiah putih pemilik warung cendol terus berlegar di ingatan.

" Nak ikut. "

Bulat mataku memandang Izzt Firhan. Pelik sangat bunyinya.

" Tak payahlah. Kitaorang bukan nak pergi ke mana pun. Nak pergi makan cendol je kot. "

Aku tak rasa Izzt Firhan perlu menyibuk ikut aku dengan Kinah. Yela, aku kan baru kenal dia. Mesti aku tak selesa kalau dia ada nanti.

" Saya pun suka makan cendol jugak. "

Pulak dah.

" Kalau macam tu nanti saya tapaukan untuk awak. "

Izzt Firhan senyum kelat. Punah harapannya nak turut serta. Dia pandang Tiara yang masih ralit makan durian.

Aku pura pura tak nampak panahan anak matanya. Bertambah tak selesa jadinya bila ada yang memerhati tingkah laku ku sebegini. Nak bukak mulut luas-luas pun aku rasa segan. Padahal kalau takde orang ni, mahu 2 biji durian lagi aku telan.

" Woi! kenapa kau pandang Rara macam tu? "

Teguran nakal Taufik buat aku hampir tersedak. Nasib baik aku tak tertelan biji durian.

Aku angkat muka. Senyuman penuh makna Taufik
aku pandang dengan rasa geram.

" Kau jangan macam-macam Izzt. Rara ni dah berpunya tau. "

Berpunya? eh, Abang Fik ni. Cakap ikut dan dia jer. Aku kan masih single.

" Tahu. "

Aku senyum mendengar jawapan balas Izzt Firhan. Agaknya dia betul-betul percaya aku ni dah ada boyfriend agaknya. Tapi bagus jugak, takdelah dia nak kacau aku lebih-lebih.

" Yang sorang lagi tu pun apahal? senyum je dari tadi. Berborak dengan boyfriend ke? "

Aku diam. Tak tahu nak jawab apa. Setahun lebih Kinah bersama dengan Samsul tak ada sorang pun ahli keluarganya yang tahu. Dengan status Samsul yang masih beristeri memang masak kalau Taufik tahu.

" Rara! "

Aku panggung kepala. Tangan kotor bekas durian aku lap dengan kain buruk.

" Entah "

Jawapan ringkas itu buat Taufik memandang penuh ragu-ragu ke arahku. Pahit pulak rasanya tekak aku.

" Rara jangan subahat dengan dia. Kalau dia buat salah jangan sorok dengan abang. "

Amaran dari Taufik buat dudukku semakin tak selesa. Kinah yang buat hal. Aku pulak yang kena serang. Parah.

" Err .. esok Rara nak pergi makan cendol. Abang Fik nak ikut tak? "

Soalan apa ni Rara oiii... ah bedal jela. Janji abang Fik tak gasak aku dengan soalan bukan-bukan.

" Cendol Pak Qudus? "

" Aah. Izzt pun nak ikut. Kan? "

Izzt Firhan yang perasan muka cuak aku terus mengangguk. Mengiakan hujahan aku yang tah apa-apa. Lurus jugak mamat ni.

" Tak naklah. Kat sini pun ada. " bantah Taufik sambil tayang muka semacam kat aku. Ragu-ragu lagi ke dia dengan jawapan aku

" Tak sama. Yang tu bukan mamak punya. "

Entah kenapa aku boleh buka cerita pasal cendol pulak tengah malam ni. Padahal aku sendiri tak tahu logik ke tak topik aku ni. Ah, Mungkin lebih baik dari soalan Taufik tadi.

" Tak apalah. Lagipun esok abang ada hal. "

Aku senyum bahagia. Tak join pun takpe, sebab aku bukan ajak serius pun.

bersambung ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience