Seperti yang dijanjikan, selang 2 hari kemudian Muzzafar Adli datang semula menjemput aku untuk kami bersama-sama pulang ke kampung. Kali ini kemahuannya aku turuti, semetelah aku juga tidak ingin mewujudkan aura negetif dalam perhubungan kami.
Setibanya kami di kampung, Muzzafar Adli meminta aku singgah dahulu dirumahnya. Selepas itu barulah dia akan menghantar aku pulang ke rumah orang tua Kinah.
" Nanti lepas solat I hantar you balik. "
Bersama anggukan, aku keluar dari kereta lalu membuntuti langkahnya menuju ke tangga rumah. Terkial-kial jugak aku melangkah dengan keadaan kaki yang masih belum sembuh.
" Hah, dah sampai pun anak menantu Ibu ni. " Usai salam kami dijawab, Mak Cik Zurina terus meluru ke arah kami.
Ceria saja wajahnya. Tak semena tubuh aku terus dirangkulnya. Nasih baik aku sempat pasang kekuda. Kalau tak mahu rebah aku dipeluknya.
" Rara sihat? kaki macam mana? sakit lagi tak? " soalnya sambil melihat ke arah kaki aku yang masih berbalut kain putih.
" Aah. Masih sakit lagi. "
Malu-malu aku membalas. Bertambah tak selesa aku jadinya bila Mak Cik Zurina sudah menunduk sambil menyentuh ke arah kaki aku.
" Kaki Rara dah masuk angin ni tu sebab rasa sakit. Sepatutnya lepas keluar wad hari tu terus kena urut. Tak boleh tanguh-tangguh. Kalau tak jadi macam inilah, nak berjalan pun susah. " terang Mak Cik Zurina yang sudah bangun memandang tepat ke arah aku.
Aku mengukir senyum walaupun terlihat sedikit kelat.
" Sian anak Ibu ni.. tak ada pun orang nak tanya khabar pasal dia.. entah sihat entah tidak dia kan.. " celah Muzzafar Adli seperti sengaja menghapuskan topik antara aku dan ibunya sebentar tadi.
Mak Cik Zurina ketawa kecil. Lengan anak bujangnya dicubit manja.
" Tak tanya pun Ibu dah tahu. Anak Ibu ni tentu sihat walafiat kan.. lagipun bagilah can Ibu nak bermanja dengan menantu Ibu ni pulak. " usik si ibu membuatkan anak lelakinya menarik muncung panjang.
" Merajuklah macam ni... " ucapnya sambil menjeling ke arah aku.
Aku simpan ketawa. Boleh tahan mengada anak lelaki Mak Cik Zurina ni.
" Merajuklah. Tak ada siapa pun nak pujuk Angah nanti. " selamba saja Mak Cik Zurina membalas usikan anaknya.
Makin bengkaklah hati bos aku tu.. Padan muka.
" Kejap lagi kita makan malam sama-sama ya.. Ibu dah siapkan makan malam dah. Ibu harap Rara sukalah lauk yang Ibu masak tu. " lengan aku lantas dipautnya. Mak Cik Zurina memimpin aku sehingga ke kerusi yang ada di ruang tamu.
" Rara tak kisah. Semua lauk Rara makan. " balas aku dengan senyuman.
Bab makan, aku macam Kinah jugak. Tolak batu dengan kayu je.
" Baguslah kalau macam tu. Kat rumah ni, Ibu memang selalu masak lauk kampung je. Risau jugak Ibu kalau lauk yang Ibu masak tu tak kena dengan selera Rara. " tambahnya lagi sambil menghulurkan gelas minuman kepadaku.
Aku menebar senyum. Sempat aku mengerling kepada Muzzafar Adli yang sudah mengambil tempat di hadapan kami. Matanya masih terarah kepada aku. Entah apa yang dipandangnya. Nampak beriya benar.
" Ayah mana Ibu? pergi surau ke? "
" Macam biasalah. Jam begini ke mana lagi dia kalau bukan ke surau. Kebetulan malam ni ada majlis tahlil, itu yang dia pergi awal tu. "
Muzzafar Adli mengangguk sebelum meneguk minuman di tangannya. Jam di pergelangan tangan kemudiannya ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja.
" I nak pergi solat kejap. Kalau you penat, you rehat dulu dekat bilik tetamu. "
Mataku terus beralih ke arah Muzzafar Adli yang sudah berdiri. Sebetulnya memang aku penat tapi dan kalau boleh aku tak nak berlama-lama di sini.
" Tak apalah. Nanti saya rehat dekat rumah je. "
Besar harapan aku agar dia faham ketidakselesaan aku untuk berada lama di sini.
" Eh, Kenapa nak balik pulak?! Tidur ajelah dekat sini. Rumah ni ada banyak bilik. Lagipun senang, esok pagi boleh terus berurut. "
Terkulat-kulat aku mendengarnya. Bicara barusan Mak Cik Zurina telah memusnahkan separuh harapan aku untuk segera balik.
" Tak apalah Ibu. Lagipun Rara dah janji dengan mak dan abah dah nak tidur dekat sana. Esok pagi-pagi Rara datang ke sini semula. "
Senyuman terlakar buat wanita itu. Muzzafar Adli ku lihat hanya senyum mendengar hujahku. Cis, bukannya dia nak tolong aku.
" Kalau pasal tu Rara jangan risau. Nanti biar Ibu terangkan pada mereka. Tentu mereka tak keberatan benarkan Rara tidur dekat sini. Lagipun hari dah lewat ni. Eloklah Rara rehat dekat sini je. "
Aduh.
Punah impian yang aku cipta sebentar tadi. Nampak gayanya terpaksalah aku menurut. Dengan muka penuh mengharap seperti itu, buat aku mati akal untuk mencipta helah seterusnya.
" Boleh ya ... "
Jawapan dari aku di nanti. Sekali lagi aku mencari muka encik tunang yang masih berdiri di hadapan. Mengharapkan simpati darinya.
" Its up to you ... I tak kisah. "
Laaa.. boleh pulak dia jawab macam tu pada aku.
Ish, dia ni kan ...
Rasa nak kerat-kerat je lidah dia ni tau ...
.
.
.
" Tak payahlah tengok muka saya macam tu. saya tahulah muka saya tak lawa. "
Cepat-cepat aku melarikan muka ke arah lain. Tak selesa bila mata hitam itu semakin galak memandang aku. Langsung tak berkalih sejak tadi.
Kalau setakat pandang je tak apalah jugak, ni siap senyum-senyum lagi. Macam aku ada buat salah besar pulak atau jangan-jangan dia nak perli aku pasal hal tadi.
" Ala, pandang sikit pun tak boleh. Bukannnya luak. " selamba lelaki itu membalas. Kemudian Muzzafar Adli ketawa pula. Sebetulnya dia cuba menutup rasa malu kerana kantoi merenung gadis di sisinya. Niatnya tadi cuma mahu melihat, tapi semakin dipandang semakin dia rasa terpesona.
Ya, terpesona. Tunangnya itu nampak lebih cantik dan manis tanpa sebarang alat solek diwajahnya. Itulah yang mendorong matanya melekat lama di muka gadis itu.
" Memanglah tak luak tapi cara bos pandang tu dah macam orang nampak alien pulak. Teruk sangat ke muka saya ni? " soalku sambil meraba jerawat yang tumbuh di pipi kiri.
" Ada ke alien rupa cantik macam ni? kalau ada dah lama I order buat peneman hidup. " ujarnya dengan tawa.
Aku tarik muka.
Hamboi, dah pandai kenakan aku sekarang.
" You nak tahu tak? "
" Tahu apa? " soalku tanpa menoleh.
Masih leka menikmati permandangan alam yang terhidang di depan mata. Tenang dan damai sekali seakan mengamit aku untuk terus lama berada di beranda rumah ini.
Namun kebisuan lelaki itu sekali lagi mendorong aku untuk menoleh ke arahnya.
" Bos nak cakap apa tadi? " soalku sedikit mendesak. Aku cukup tak suka bila orang bercakap separuh jalan macam ni. Buat hati dan jiwa aku tak tenteram saja.
Muzzafar Adli tidak terus menjawab. Pandangannya singgah sekejap pada halaman rumah sebelah yang sejak tadi riuh rendah dengan suara manusia sebelum mengembalikan semula pandangannya ke arah aku.
" I suka tengok muka you macam ni. Tanpa make up you nampak lebih cantik. "
Terbatuk aku mendengarnya. Entah kenapa sebaik mendengar pujian itu terasa ruang untuk aku bernafas menjadi semakin sempit.
" Ada-ada ajelah bos ni. "
" I cakap apa yang betul. "
" Hari pun dah lewat ni, saya nak masuk ke dalam dululah. " Ujarku sengaja mahu melarikan diri dari dibelenggu rasa kurang enak. Namun baru saja aku ingin melangkah, lenganku sudah disambar olehnya.
" Please.. stay for a while " pujuknya lembut seakan merayu. Lengan aku yang digenggam kemas, terasa diusap lembut.
" I need to go. Nanti kalau Ibu nampak, apa pulak dia cakap. "
Semakin kacau bilau pulak hati aku ni. Tak selesa bila lelaki itu terus terusan melebarkan senyumannya.
" I bukannya nak buat benda tak senonoh dekat you. I cuma nak spend time dengan you je. " ujarnya tenang cuba menyakinkan aku. Padahal bukan itu yang aku takutkan.
" Bos nak cakap pasal apa? " soalku sedikit canggung. Pegangan tangannya yang masih melilit lenganku pantas aku leraikan. Kemudian aku duduk semula di tempat aku tadi.
" About us. "
" Tentang kita? kenapa dengan kita? " polos saja soalan yang aku lontarkan. Langsung tak boleh agak apa yang sedang bermain di fikirannya.
" Rasanya banyak persoalan tentang 'kita' yang tak pernah kita bincangkan. " ujarnya tenang dan bersahaja.
" antaranya? "
" tentang hati dan perasaan. "
Jeda.
Buat pertama kalinya aku diletakkan dalam situasi yang aku sendiri tak dapat nak gambarkan perasaannya.
" Apa yang bos nak tahu? " soalku bila hati sudah sedikit tenang.
" You ikhlas ke terima I jadi tunang you? "
Terpempan aku seketika dengan kata-katanya. Renungan matanya tiba-tiba menghadirkan satu perasaaan aneh. Dengan pantas aku terus melarikan anak mata ke arah lain.
" Kalau tak ikhlas saya takkan terima pinangan bos hari tu. " jawabku berani. Entah dari mana datangnya kekuatan itu aku sendiri tak tahu.
" tapi tak salahkan kalau I nak dengar sendiri jawapan tu dari mulut you. "
Sejurus itu Muzzafar Adli terus menundukkan wajahnya supaya dapat melihat wajahku dengan lebih dekat. Untuk beberapa detik, anak mata kami berada di satu aras yang sama. Debaran yang dari tadi wujud kini semakin laju berkompang.
" Eh, saya dengar Ibu panggil saya lah. Kejap Ibu! Rara datang ni.. "
Tidak menunggu lama, aku terus bangun dan meninggalkan lelaki itu. Sengaja aku buat-buat tak dengar suara Muzzafar Adli yang memanggil.
.
.
.
Meskipun mengantuk, sukar untuk aku melelapkan mata. Tak sangka aku akan berada di dalam bilik ini. Bilik Muzzafar Adli.
Ya, aku sekarang ada di bilik lelaki itu.
Semuanya gara-gara aircond di bilik tetamu yang tiba-tiba rosak dan kebetulan hanya bilik Muzzafar Adli yang ada tandas di dalamnya. Lantas aku diminta agar menggunakan bilik itu, sementara Muzzafar Adli tidur di bilik abangnya yang terletak hanya bersebelahan dengan bilik ini.
" Seriuslah wei... wahhh.. belum apa-apa lagi dah check in rumah mak mertua. Syoklah kau kan. "
Membulat terus mata aku saat membaca mesej dari Kinah.
" Syok apa bendanya. Ikutkan hati, nak je aku paksa si Ady tu hantar aku balik. Kau pun tahu kan. Aku mana selesa duduk rumah orang macam ni. Tapi apakan daya, dengan kaki berbalut macam ni, nak lari ikut tingkap pun tak lepas. "
Mesej itu aku hantar pada Kinah. Siap dengan emoji air mata di hujung ayat.
Seketika kemudian, mesej aku di balas oleh Kinah.
" alah kau tu, drama je lebih. Padahal aku tahu kau sukakan? nanti bolehlah kau tengok muka tunang kesayangan kau tu 24jam. "
' Bengong!
Apa kerja pulak aku nak tengok muka si Ady tu 24jam. Apa dia ingat aku ni dah tak ada kerja lain ke' Bebelku geram dengan mesej tak semenggah dari Kinah tadi.
Namun sesaat telefon aku kembali bergetar.
" pandai you mengelat eh? konon Ibu panggil, alih-alih terus lari masuk bilik. "
Bibir meletus tawa. Mesej dari orang bilik sebelah rupanya.
" saya sakit perutlah. "
Helahku bersama senyuman kemenangan.
" Iyalah tu. Tak apa, esokkan masih ada. "
Mati senyumanku. Emoji ketawa dihujung ayatnya sangat menyakitkan mata aku.
" Tidurlah. I harap you selesa tidur dekat situ. You boleh guna apa saja yang ada dalam bilik tu. Esok lepas habis mengurut, I hantar you terus balik ke rumah. "
Mesej yang baru dikirimkan oleh lelaki itu, ku baca sekali lalu. Telefon itu kemudiannya aku letakkan di atas katil. Aku bangkit lalu menuju ke meja solek. Sehelai tisu ku ambil, sedikit toner ku letakkan di atasnya sebelum aku menyapukan tisu itu di atas kulit muka. Menjadi rutin harian aku membersihkan kulit muka sebelum tidur. Rambut yang terikat elok, aku leraikan. Kemudian rambut itu aku sisir perlahan-lahan agar kelihatan terurus.
Setelah itu, aku membuang pandang ke arah sekeliling bilik. Bilik ini tidaklah terlalu besar, tidaklah terlalu kecil. Hanya bersize sederhana. Namun susun atur perabut di dalamnya sangat menyenangkan mata aku. Nampak ringkas dan kemas saja. Sudah tentu bilik ini selalu dibersihkan oleh Mak Cik Zurina.
Kaki ku angkat mendekati setiap ruang di dalam bilik itu. Kini aku sedang berdiri di hadapan sebuah almari bertingkat yang disusun banyak buku di atasnya. Tangan mula gatal menyentuh. Satu buku berkulit coklat gelap lantas ku ambil. Dari membelek luarannya, kini aku memberanikan diri menyelak helaian di dalamnya pula.
" Ermm, tak ada apa yang best. Ingatkan dairi tadi. " ngomelku sendirian.
Saat aku ingin meletakkan kembali buku itu ke tempat asal, tiba-tiba buku itu terlepas dari genggaman tangan.
Spontan aku menunduk. Buku itu ku ambil kembali. Namun sekeping gambar yang terselit di celahan buku itu menarik minat aku untuk melihat.
Gambar itu aku amati dan tak semena nafasku tiba-tiba berubah rentak.
Kepala menggeleng tidak percaya.
Eh, tak mungkin ....
bersambung...
Share this novel