BAB 38

Romance Completed 45920

Pagi ini aku terbangun lewat lagi.

Bermakna ini hari kedua aku akan sampai lewat ke ofis. Jam ku kerling. Lagi 5 minit ke angka 10pagi.

Uish, lewat gila aku hari ni.

Selesai mandi aku terus menyarung pakaian. Serba ringkas aku harini. Tak adanya nak berdandan lebih-lebih. Terasa masa sangat mencemburui aku tatkala ini.

Sampai saja di ofis aku nampak kelibat Raqib sedang berdiri tegak di tepi meja kerjaku.

Entah apa yang di mahukan lelaki itu agaknya. Raut mukanya yang tegang ku jamah sesaat, nak pandang lama-lama pun rasa gerun.

" Apa semua ni Rara! Takkan semua kerja kau aku pulak yang nak kena buat! "

Tak sempat aku bertanya sebab keberadaannya, Raqib sudah menengking aku dengan kasar. Beberapa kepingan kertas bersize a3 dilemparkan atas meja kerjaku.

" Er.. job ni memang belum siap lagi. Semalam aku ... "

" Balik awal? wah, senang betul hati kau kan. Dahlah datang lewat, balik awal pulak tu. Lepas tu menyusahkan aku! Apa kau ingat aku takde keja lain ke nak buat. " bidas Raqib kuat. Berdengung gegendang telingaku mendengar pekikan lelaki itu yang masih tak beralih anak matanya dari merenung tajam ke arah aku.

Bibir ku ketap rapat. Nafasku juga sudah berubah rentak alunan.

" Apa yang kecoh-kecoh sangat ni. Sampai kat keluar sana dengar suara orang menjerit. " tanya Jaja yang tiba-tiba muncul di situ. Muka kemerahan Raqib dipandang sebelum anak matanya beralih memandang aku.

" Tanyalah kawan kau ni. Disebabkan dia aku pulak yang kena marah dengan klien semalam. " adu Raqib dengan muncung panjang sedepa. Menjeling tajam dia ke arahku seakan mahu menelan aku hidup-hidup.

Kertas di atas meja di ambil. Jaja pura-pura membelek meskipun dia tahu punca mengapa Raqib jadi begitu. Waktu klien itu datang semalam, hanya dia dan Raqib saja yang masih berada di ofis.

" Oh pasal ni. Ala, Rara tak sengaja tu Qib. Maafkanlah dia. " pujuk Jaja lembut. Dia tahu bukan senang nak pujuk angin baran Raqib. Lelaki itu kalau dah mengamuk, mulut memang takda insurans. Cakap main lepas je.

" Bukan tak sengaja tapi cuai! Dah tahu dateline job ni semalam suka hati dia je nak balik awal! " sindir Raqib selamba.

Entah kali ke berapa aku mengetap bibirku menahan rasa geram. Semakin sakit telingaku mendengar tuduhan Raqib yang sememangnya tak pernah sebulu dengan aku.

" Kan aku dah mintak maaf. Aku tak sengaja. Lagipun semalam aku ada hal. " itu je yang mampu keluar dari mulut aku. Malas aku nak bertekak awal-awal pagi begini dengan Raqib. Tak ada untungnya.

" Penting sangat ke hal kau tu sampaikan aku pulak yang nak kena tanggung semua salah kau? " rahang Raqib kelihatan bergerak-gerak menahan rasa amarah. Pertama kali aku melihat lelaki itu seperti ini.

" .. kalau kau dah tak mampu nak handle kerja kat sini better kau berhenti jela. Fokus pada belajar kau tu lagi bagus. Takdelah kau menyusahkan orang lain macam ni. " sambung Raqib dengan nada tegas dan serius.

Aku mengangkat muka. Menggelegak terus darah dalam tubuh tatkala mendengar kata-kata lelaki itu yang seakan sudah mengambil tugas seorang majikan.

" Apa masalah kau hah? Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku ni? " Aku membalas dengan kasar. Mencerlung mataku memandang Raqib yang sedang bercekak pinggang.

" Bukan aku tapi kau tu yang bermasalah! jangan sebab kau baik dengan bos kau nak besar kepala kat sini. " ungkit Raqib tiba-tiba bersama senyuman menjengkelkan.

" Bos apa bendanya pulak kau ni? "

Semakin panas hati aku bila Raqib cuba mengaitkan aku dengan Muzzafar Adli. Bagiku tuduhan itu langsung tak berasas. Selama bekerja di sini belum pernah aku menyalahgunakan kebaikan yang diberikan oleh lelaki itu.

" Dah. Dah. Janganlah korang nak gaduh kat sini pulak. Benda boleh settle elok-elok kan. " pujuk Jaja cuba jadi pendamai antara kami. Air mukanya berubah cuak.

" Tak guna nak settle elok-elok. Disebabkan dia klien dah cancel job ni dengan kita. Sekarang menjawablah kau pada bos kita. Pandai buat pandailah kau tanggung! " tempelek Raqib sebelum meninggalkan aku dan Jaja di situ.

Aku mengetap bibir menahan geram. Belakang Raqib
yang kian menghilang ku pandang dengan rasa sebal yang mendalam.

Seketika pandanganku beralih pada kertas yang ditinggalkan oleh Raqib di atas meja kerjaku.

Ish, takkan sampai cancel? aku menelan liur.

Agak-agak Muzzafar Adli dah tahu belum pasal hal ni?

Aduh, macam mana ni. Masak aku nak menjawab.

" Kau tak payah layan sangatlah dengan si Raqib tu. Datang bulan agaknya. Tetiba mood swing pagi ni. " bicara Jaja mematikan lamunan singkatku. Aku pandang Jaja bersama senyuman kelat.

" Entahlah. Mungkin salah aku jugak. Kalau aku tak cuai benda ni takkan jadi. " luahku bersama rasa kecewa yang semakin menjerut tangkai hati. Ternyata ketenangan aku hari ini sudah hilang bersama kejadian tadi.

" Ala, nama pun manusia. Tak lari dari berbuat silap. Nanti kau slow talk dengan bos. Aku yakin dia akan faham. " Wanita berblaus merah menyala itu cuba menyedapkan hati aku.

Aku raut wajahku sekali lalu. Nak mengadap Muzzafar Adli pun aku rasa tak sanggup, ni kan pulak nak slow talk dengan dia.

Aduh, parah!

.
. .

" Kau okay ke tak ni? ”

Lantunan suara Jaja sambil memetik jarinya di depan mukaku buat aku tersentak tiba-tiba. Aku tersengih lantas mengangguk pelahan. Sudah lama rupanya aku mengelamun di situ. Buktinya Jaja di hadapanku sudah pun selesai makan padahal aku rasa kami baru saja sampai di restoren ini tadi. Hari ini kami keluar makan berdua saja. Evelyn awal-awal lagi sudah keluar makan bersama suaminya.

" Dah sampai mana kau mengelamun? afrika? atau masih kat malaysia lagi? " kedua-dua belah keningnya di jungkitkan tinggi ke atas.

Cemberut muka aku memandang Jaja. Nak perli aku la tu.

Tak tahukah Jaja betapa jiwaku tengah galau dengan peristiwa yang berlaku pagi tadi sampai nak menelan butir nasi pun aku rasa tak mampu. Hanya teh suam saja yang menjadi alas perutku untuk tengahari ini.

" Dahlah tu Rara... Kau tak payahlah nak fikirkan sangat pasal Raqib tu. Dia tu memang melampau. Tak patut betol dia marah-marah kau macam tu. " nada suara Jaja sudah berubah sedikit tegang.

Aku mengeluh lemah. Aku tahu Jaja sedang cuba mempertahankan aku tapi dalam hal ini aku juga harus dipersalahkan. Semuanya berlaku disebabkan kelalaian aku.

" Dah memang salah aku. Memang patut pun Raqib marah aku. " ujarku pasrah.

Jaja lantas menggeleng.

" tapi cara dia tu salah. Dia tak patut malukan kau sampai macam tu sekali. "

Muka Jaja ku pandang sekilas. Satu senyuman nipis terukir di bibir sebelum minuman yang sudah bertukar dingin itu ku teguk pelahan.

" Aku rasa ada betulnya apa yang dia cakap tu. Dari aku menyusahkan semua orang, lebih baik aku berhenti kerja. " luahku masih terkesan dengan apa yang terjadi sehingga suara pekikan Raqib masih terngiang-ngiang di cuping telinga.

Jaja berhenti menyedut teh O ais limau yang masih berbaki separuh. Tunak matanya kembali galak memandang aku.

" Apa kau cakap ni. Takkan sampai nak berhenti kerja. Aku tahu kau masih terasa hati dengan Raqib. Tapi kau sendiri tahu kan mulut dia macam mana. Cakap main lepas je, langsung tak fikir perasaan orang lain. Ni pun nasib baik bos tak masuk ofis harini. Kalau tak lagi ribut ofis kita dibuatnya. " ujar Jaja panjang lebar.

Aku paksa bibir untuk senyum biarpun nampak tak ikhlas.

Tak semena muka Muzzafar Adli menerpa di kotak fikiran. Macam manalah agaknya aku nak berdepan dengan lelaki tu nanti. Dengar nama dia pun dah buat hati aku berkelana. Kalau jumpa depan-depan mahu rebah aku di buatnya.

Malam ni aku kena fikir alasan apa aku nak bagi kat
Muzzafar Adli tu esok. Projek puluh ribu boleh hilang macam tu je. Aduh.

" Dah, jom balik ofis. "

Ajak Jaja sebaik pembayaran selesai dilakukan. Aku angguk lantas membontoti langkah Jaja keluar dari restoren tadi.

Sedang leka aku memasukkan baki ke dalam walletku, tiba-tiba bahuku dilanggar seseorang menyebabkan aku jatuh terduduk diatas lantai . Aku menoleh dan mendongak ingin melihat orang yang telah melanggar aku tadi tapi si persalah itu terus pergi tanpa mempedulikan aku, seolah-olah dia langsung tidak ada berbuat apa-apa kesalahan.

" Ish, berlagak betul mamat tu. Dahlah langgar orang lepastu main bla macam tu je. Langsung tak reti nak mintak maaf! " ngomelan Jaja singgah di cuping telingaku.

Aku bangun sambil menepuk-nepuk belakang seluar. Siku kiri yang terasa sedikit perit ku gosok pelahan.

Bebola mata terus bergerak mencari kelibat lelaki tadi. Kelihatan lelaki itu begitu sibuk. Berbicara ditelefon sambil memerhati jam yang terlilit di tangan kiri. Wajahnya pula terlindung sedikit dengan topi hitam yang di pakai.

Aku memandang dengan rasa geram. Namun saat lelaki itu berpaling, jantungku bagai direntap keluar. Tubuhku mengiggil tiba-tiba.

Terkaku aku dengan situasi itu. Namun baru sahaja aku ingin melangkah ke arah lelaki itu, lenganku pula ditarik oleh Jaja. Terdorong sedikit aku ke belakang dan apabila aku menoleh semula ke arah depan lelaki tadi sudah hilang dari pandanganku.

Aku mencari-cari kelibat lelaki tadi. Berpusing-pusing kepalaku memandang sekeliling.

" Rara, kau cari apa? ” tegur Jaja sambil memandang pelik ke arahku.

" Err.. aku... err… "

Terkelu lidahku mencari jawapan.

" Rara! kau ni dah kenapa? " tangannya sudah mendarat di kedua bahuku. Sekaligus menghentikan tindakan aku yang seperti cacing kepanasan.

" Er.. tak. Aku tak cari siapa-siapa pun. Aku okay je.. " Balas aku gugup. Kalau ikutkan rasa hati, mahu sahaja aku tinggalkan Jaja di situ dan aku pergi mencari sosok tubuh lelaki tadi. Tapi akalku segera mengingatkan yang aku sekarang masih berada dalam waktu kerja. Sudahnya terpaksa aku batalkan keinginan itu bersama hati yang cukup ralat.

" Yeke? tapi kenapa muka kau pucat ni? " Jaja bertanya lagi. Kurang yakin barangkali dengan jawapan aku sebentar tadi.

Aku tersenyum paksa.

" Cuaca panas sangat agaknya " balasku lantas menarik tangan Jaja. Sebelum Jaja syak sesuatu lebih baik kami pergi dari situ. Baru dua langkah menapak, aku kembali menoleh ke belakang. Mencari-cari kelibat lelaki tadi namun hampa.

Aku gagal menemuinya.

Ish, takkanlah aku berhalusinasi pulak.

.
. .

Tumpuan aku pada pelajaran jadi terganggu bila fikiran aku terus terusan di jentik oleh peristiwa siang tadi. Sudahnya aku membiarkan saja kertas dan buku yang berselerak di atas meja sebelum merebahkan tubuhku atas katil.

Nafas ku lepas perlahan-lahan. Kipas syiling yang ligat berpusing ku tenung lama. Tangan kiri ku letak pelahan atas dahi. Belum pun habis aku memikirkan pertemuan aku dengan Najmi tempoh hari kini datang pula masalah lain.

Izzt Firhan.

Ah, sebaris nama itu masih tegar menganggu ketenangan hidupku. Kenapa aku kembali mengingati Ielaki itu. Berbulan lamanya aku berusaha melupakan lelaki itu dan kini seperti tarikan magnet kenangan itu kembali melekat dalam benakku. Semakin aku cuba melupakan cinta kami semakin kerap pula bayangan dia menganggu hidupku.

Kerinduan itu teramat menyakitkan. Terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata melainkan yang pernah merasainya saja yang tahu bagaimana rasanya hatiku tika ini.

Adakah kerana rindu itu aku menyangka lelaki siang tadi adalah dia?

Atau sememangnya aku tak pernah berjaya membuang dia dari hidupku? 

Ku pejam mataku rapat-rapat. Menutup kedua belah telinga dengan tangan kiri dan kanan. Aku berusaha mengusir semua bayangan itu agar pergi jauh dari menganggu hidupku.

' Lupakan dia Rara! Kau kena teruskan hidup kau. Jangan terus berharap kasih pada lelaki yang dah buang kau dari hidupnya '

Hati terus memujuk. Sedangkan bibir masih terkunci rapat. Kini tiada lagi tangisan kedengaran. Kolam air mataku seakan sudah kekeringan air mata. Atau barangkali aku sudah penat untuk menangis. Menangis airmata darah sekalipun tidak mungkin akan dapat mengubah apa-apa. Sungguh aku letih. Letih melarikan diri dari bayangan silam yang tidak pernah jemu mengejarku.

bersambung ....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience