BAB 53

Romance Completed 45920

Hari terakhir aku berada di kampung, aku bangun sedikit awal berbanding kebiasaan. Usai mengemas beg pakaian, aku turun ke dapur untuk menyediakan sarapan.

Mak Leha yang ketika itu berada di dapur segera menghalang sebaik melihat aku mula sibuk menyediakan bahan untuk di jadikan sarapan. Setelah aku menerangkan keadaan kaki aku yang sudah semakin pulih akhirnya wanita itu mengangguk akur. Dia lantas duduk di kerusi sambil memerhatikan aku. Setiap gerak geri aku diperhatikan. Sesekali wanita itu akan membebel panjang bila melihat aku bergerak laju di ruang dapur rumahnya. Berkali-kali juga aku di ingatkan agar berhati-hati ketika berjalan.

Sejam berlalu akhirnya nasi lemak yang aku masak sudah pun siap terhidang. Permintaan Mak Leha untuk makan sambal udang juga aku turutkan. Udang hasil dari abah menjala di sungai petang semalam.

" Hurmm, sedapnya bau.. Dah siap masak dah ke? " Mak Leha tiba-tiba muncul di tepi aku. Di tangannya ada kepingan daun pisang yang masih segar menghijau. Entah bila masanya dia pergi ambil daun pisang tu. Tak sedar pulak aku.

" Sikit lagi. Rara nak tunggu sambal ni betul-betul pecah minyak macam yang mak ajar tu. Barulah sedap macam mak masak. " balasku sambil mengecilkan api dapur.

" Kalau sedap bolehlah bukak kedai nasi lemak kat bandar tu nanti. " seloroh Mak Leha bersama tawa kecil.

Aku menyimpul senyum. Harap-harap sedaplah. Aku pun bukan kategori pandai sangat memasak. Sekadar lepas untuk anak tekak sendiri bolehlah.

" Mak nak buat apa dengan daun pisang tu? " mata melirik sekilas pada Mak Leha yang sedang mengelap daun pisang yang di ambil tadi.

" Nak bungkus nasi lemak tu la. Mak ingat nak bagi sikit kat Ziyad. Sambil-sambil tu mak nak datang melawat mak dia. Dah 2 hari Makcik Bariah tu demam. "

Aku angguk kepala tanda mengerti. Patutlah sepanjang aku balik kampung kali ni aku tak nampak jiran Mak Leha tu. Kalau tidak petang-petang rajin dia menyapu sampah depan halaman rumah.

Sambal udang yang sedang mengering itu aku kacau-kacau sekejap sebelum matikan api. Kemudian aku turut serta Mak Leha di meja makan. Air teh yang sudah siap di bancuh tadi aku tuangkan ke dalam gelas lalu menghulurkan pada wanita itu.

" Pukul berapa Ady nak datang?" minuman panas di tangan disisip perlahan.

" Pagi ni tapi tak tahulah pukul berapa. Sebab semalam dia cakap nak telefon dulu sebelum datang. " balasku sambil mengerling telefon di atas meja. Dari tadi telefon itu masih belum berbunyi.

Mak Leha mengangguk senang. Bibirnya masih lagi mengukir senyuman mesra.

" Hubungan Rara dengan Ady macam mana? dia layan Rara dengan baik ke? "

" Okay. Dia layan Rara pun elok. Alhamdulillah dia baik dengan Rara. " balasku jujur. Memang selama aku dengan Muzzafar Adli belum pernah lelaki itu mengasari aku.

Riak lega mewarnai muka Mak Leha. Senyumannya juga kian melebar. Tangannya lantas menapak di atas bahuku. Di tepuk dan di usap bahuku dengan mesra.

" Eloklah tu. Lega hati mak dengar. Nanti boleh lah kita langsung majlis nikah kamu berdua serentak dengan majlis akikah anak Abang Fik."

Hampir tersedak air yang aku minum tatkala mendengar perancangan Mak Leha. Terkebil-kebil aku memandangnya dengan wajah terkejut.

" Er.. kalau yang tu belum lagi mak. "

" Hah? belum lagi? apa yang belum? " soal Mak Leha kurang faham. Kecik anak matanya memandang aku.

" Belum bersedia! Ya. Rara belum bersedia lagi nak kahwin.. Lagipun kami tak pernah berbincang lagi soal ni. " polos saja jawapan aku berikan.

Senyuman Mak Leha hilang serta merta. Mukanya terus berubah riak. Aku di depannya mula tak senang duduk.

" Habis tu takkan Ady tak pernah ajak bincang soal ni? " selidiknya ingin tahu.

Laju aku menggeleng. Ingin saja aku memberitahunya yang kami masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Rasanya lelaki itu juga seperti aku. Belum bersedia ke fasa yang seterusnya.

" Kalau macam tu kenapa Rara je yang tak tanya dia? mak pun sebenarnya lagi suka kalau kamu berdua cepat menikah. Tak adalah mak risau sangat kalau kamu selalu keluar bersama. "

Aku hanya mampu mengetap bibir. Nafas ku tarik dalam-dalam. Soalan itu seakan menjerat aku dengan satu rasa yang sukar untuk aku tafsirkan. Melangkah ke satu fasa baru? sudah bersediakah aku? sedangkan hubungan yang sedia ada ni pun aku masih belum temui keserasian.

" Rara faham mak, tapi .. "

Bicaraku mati di situ. Kelibat abah bersama Muzzafar Adli di ruang dapur sedikit memeranjatkan aku. Tak berkalih anak mataku memandangnya yang sedang berjalan menuju ke arah meja makan, di mana aku dan Mak Leha sedang duduk.

" Duduklah dulu Ady. Kita sarapan dulu. Nak berjalan jauh ni tak elok kalau dibiarkan perut tu kosong. " nasihat abah dengan ramah.

Lelaki itu mengangguk akur seraya menarik kerusi untuk duduk. Matanya melirik sekilas ke arah aku dan anak mata kami bertemu untuk beberapa detik. Tak betah begitu, aku terus angkat kaki menuju ke Mak Leha yang sedang menyenduk nasi ke dalam bekas kaca.

" Mak, biar Rara yang buatkan. " Aku cuba menawarkan diri namun laju dihalang.

" Tak apa. Nasi ni biar mak yang isi. Rara pergi hidangkan sambal udang tu dekat atas meja. Ikan bilis goreng dalam balang tu pun bawak sekali. "

Arahan Mak Leha aku turuti. Setelah menghidangkan semuanya di atas meja, aku terus mengerling ke arah tempat duduk yang kosong di sebelah abah. Baru aku nak menarik kerusi, Mak Leha bersuara lagi.

" Rara, tolong sendukkan nasi tu untuk Ady.. "

Mak Leha mengukir senyuman penuh makna. Entah apa yang sedang bermain fikiran mak agaknya. Pelahan-pelahan aku mendekati Muzzafar Adli lalu menyenduk nasi ke dalam pinggannya.

" Jemputlah makan." pelawa aku lalu meletakkan pinggan nasi di hadapannya. Waktu ini matanya sudah tidak lagi berada mukaku sebaliknya matanya leka menilik makanan yang terhidang di atas meja.

" Maaflah Ady kalau sarapan ni tak kena dengan selera kamu. " ucap mak lembut. Lelaki itu pantas mengangkat muka.

" Eh, tak apa makcik. Saya okay je. Nasi lemak ni pun nampak macam sedap. Makcik yang masak ke? "

" Bukan makcik. Tunang kamu yang masak semua ni. Teringin nak makan nasi lemak katanya. " cerita mak tanpa selindung. Ayah sekadar mengulum senyum. Aku dah kemam bibir menahan malu.

" Oh iya ke? Kira langkah kananlah saya pagi ni ye. "

Ketawa mak dan abah bersatu. Aku pula hanya mematungkan diri bersama rentak nafas yang mula tak sekata.

" Kalau nak tahu langkah kanan ke tak, cubalah rasa dulu. Kalau sedap memang langkah kanan la tu. " sampuk ayah pulak.

" Rara, sendukkan sikit sambal udang tu dalam pinggan Ady. " arah Mak Leha tiba-tiba.

Aku mengangguk. Sudu aku capai dan lincah tangan aku menyenduk sambal udang tadi. Namun baru sahaja aku hendak meletakkannya dalam pinggan Muzzafar Adli, lelaki ini terus menahan tanganku. Tersentak aku jadinya.

" Abang alergi makan udang." ucapnya sambil memandang tepat ke arahku.

Abang?

Hisyh, apa kena dengan dia ni?

Buang tebiat ke apa?

Terus sudu tadi aku letakkan semula ke dalam mangkuk. Habis tu dia nak makan apa je? takkan makan nasi je?

" Laa, Ady tak makan udang ke? mintak maaflah Ady. Makcik tak tahu pulak kamu alergik makan udang." Celah Mak Leha dengan riak serba salah.

" Eh, tak ada apalah Makcik. Alergik saya ni tak adalah teruk sangat. Cuma kalau saya makan udang atau sotong nanti badan saya naik bintik-bintik merah. Tu yang saya kena pantang makan tu. "

Ooooo...

Baru tahu.

Ish, teruk betul la kau ni Rara!

Nampak sangat aku tak cakna perihal tunang sendiri kan.

" Ish, termenung pulak budak ni. " Lontaran suara Mak Leha mengejutkan aku. Tak pasal-pasal aku tersedak tiba-tiba. " pergi tolong ambikkan gulai atas dapur tu. Biar Ady makan gulai tu dengan nasi lemak ni. "

Canggungnya situasi ini ku rasakan, bila semua yang ada sudah memandang tepat ke arah aku. Kawasan wajah mula terasa panas. Aku terus bangun menuju ke arah sinki. Aku tarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan diri. Jantung ni pun tolonglah jangan berdebar sangat. Nanti kaki sihat, jantung aku pulak yang sakit. Sempat lagi aku mengomel pada diri sendiri.

.
. .

" Kenapa? you sejuk ke? "

Aku yang sedang leka menggosok telapak tangan sambil membuang pandang ke arah luar tingkap pantas saja menganggukkan kepala.

Sekilas mata melirik ke arahnya yang sedang tenang memandu namun berkerut dahi tatkala dengan tiba-tiba lelaki itu membawa sebelah tangan kirinya ke arah belakang. Sedetik kemudian sehelai baju seakan jaket tebal di hulurkan kepada aku.

" Nah. Pakai baju ni. "

Tanpa menyoal lebih, baju kelabu gelap itu terus aku sarungkan ke tubuh. Bahagian hujung baju itu kemudiannya aku tarik sedikit ke depan bagi menyembunyikan jemari aku yang sudah dingin kesejukan.

" Felling well? "

" Yup. Thanks. "

Tubuh terus ku sandarkan pada permukaan kerusi. Ah, baru rasa lega dan selesa.

Akibat hujan lebat, kenderaan di lebuhraya mula bergerak sedikit pelahan. Permukaan jalan yang licin, memerlukan mereka memberikan tumpuan yang lebih dari kebiasaan. Sedikit saja kelekaan, boleh mengundang bahaya bukan saja pada diri sendiri, malah penguna jalan raya yang lain.

" Thanks sebab you sudi temankan I balik kampung. "

Meskipun pelik dengan ucapannya namun aku hadiahkan juga dia dengan satu senyuman.

" Rasa macam terbalik pulak kan. Sepatutnya saya yang cakap macam tu dekat bos. " Aku bersuara perlahan bercampur rasa malu.

" Nak tunggu you cakap tu lambat sangat so biar I jelah yang mulakan dulu. Man first! " usiknya nakal.

Aku tersengih malu.

" tapi balik kampung kali ni saya rasa seronok sangat."

" Seronok? maksudnya? " Riaknya sedikit berubah. Aku melirik sekilas sebelum menyusun kata untuk membalas soalannya tadi.

" Bos kan tahu saya tak ada family. Mak ayah saya dah lama meninggal. Bila ada orang yang sudi layan saya ni macam anak sendiri tentulah saya rasa seronok. Sekurang-kurangnya impian saya nak merasa ada keluarga tercapai jugak. "

Melihat dia tekun mendengar, aku kembali menyambung kata.

" ... dulu waktu sekolah asrama, setiap kali saya nampak family kawan-kawan datang sekolah saya rasa cemburu sangat, nak-nak lagi kalau saya nampak mereka bersalam dan orang tua mereka balas dengan pelukan. Saya selalu berharap moga saya diberikan kesempatan untuk buat perkara yang sama macam mereka tapi saya sedar semua angan-angan saya tu takkan mungkin terjadi. Keluarga saya takkan datang ke sekolah. Saya juga takkan dapat peluk cium mereka macam yang kawan-kawan saya lakukan, sebab mak ayah saya dah meninggal. "

Aku berhenti seketika. Cuba mengawal emosi yang mulai goyah saat kenangan menjengah kotak ingatan.

" ... ada satu hari tu saya rasa down sangat. Saya menangis dari pagi sampai ke malam. Seminggu saya tak pergi sekolah. Saya kecewa kenapa hidup saya tak macam orang lain. Macam-macam saya pertikaikan. Sampailah Allah pertemukan saya dengan Kinah. Dia kenalkan saya pada keluarga dia. Mak dan abah terima saya, dia layan saya macam anak sendiri. Kalau tidak kerana kasih sayang mereka, dah tentu saya takkan jadi seperti sekarang. " Pandanganku mula berbalam. Namun lekas saja aku menyeka air mata itu dari gugur.

" Rara .... "

Dia menyeru lembut namaku.

" Saya okay. Bos janganlah risau. "

Aku paksa diri untuk senyum.

Memang tidak mudah untuk aku melalui kehidupan aku yang dulu. Namun kini aku sudah redha. Semuanya sudah tertulis. Dan aku sangat yakin, disebalik kepahitan pasti akan ada kemanisan.

" But I'm not okay! Kalau dulu yes, memang you hanya ada Umi as your family. But now you dah ada I. Whole my family is your family. Remember that! "

Lantunan ayat itu buat aku terjeda seketika. Sisi muka lelaki itu aku renung lama. Dalam diam harus aku akui kenyataan itu. Separuh dari diri aku kini adalah miliknya.

" Seriously, I sebenarnya tak kisah langsung kalau you nak cerita pada I benda-benda macam ni tapi kalau benda tu boleh buat you rasa sedih, better you tak payah cerita. I nak tengok you happy sayang. That it. " beralun lembut suaranya menampar cupingku.

Lambat-lambat aku mengangguk akur. Aku tahu niatnya baik. Dia juga sama seperti orang lain, yang mahu melihat aku sentiasa tersenyum bahagia.

Hujan yang semakin lebat, membuatkan kenderaan bergerak semakin perlahan. Aku di sebelah Muzzafar Adli sudah menguap beberapa kali. Terkebil-kebil aku menahan mata yang mengantuk.

" Can I ask you something? "

Dengan mata yang semakin memberat, aku mengangguk, memberi izin pada lelaki itu untuk bertanya.

Sesaat, dua saat dan setelah hampir seminit berlalu, keadaan masih sama juga seperti tadi.

Dia masih lagi membisu. Hanya anak mata hitamnya sesekali berlari di sekitar wajah aku dengan pandangan yang sukar untuk di mengertikan.

Kebisuannya mula membenihkan pelbagai rasa kurang enak di sekitar ruang dadaku.

" Bos nak tanya apa sebenarnya? "

Aku memberanikan diri untuk bertanya. Desah nafas kasarnya buat aku semakin dihambat rasa pelik.

Muzzaffar Adli gelisah menahan debar di dada. Tatkala panahan matanya melekat di wajah mulus itu, segala ayat yang dipasak teguh di kepalanya tadi sudah hilang bertaburan entah ke mana. Sudahlah begitu, kini hatinya pula dipalu resah yang tiba-tiba saja muncul. Jujurnya dia tidak tahu dari mana harus dia mulakan. Jika tersalah kata malu besar dia nanti. Mana nak sorok muka andai tutur katanya nanti di salah ertikan.

Sekali lagi dia menoleh ke arahku. Buat seketika mata kami saling beradu. Renungan mata redupnya mengingatkan aku akan seseorang. Ah, sudah lama aku tidak menerima pandangan seperti itu.

Kali akhir ketika ...

Segera aku memejamkan kedua mataku. Berusaha untuk mengusir segala kenangan yang sedang menganggu ketenteramanku. Tidak seharusnya aku mengingatkan dia lagi.

Bantulah aku Ya Allah

Hapuskanlah segala kenangan itu. Janganlah kau biarkan rasa duka itu terus menguasai diri aku.

Mata semakin ku pejamkan rapat. Tak ingin aku terus membiarkan kenangan itu mengusai seluruh peluput otakku. Aku perlu lupakan dia.

Ya. Aku perlu lupakan dia!!

" Kita kahwin. I nak jadikan you isteri I yang sah. Mungkin terlalu awal bagi you tapi I dah bersedia untuk pikul segala tanggungjawab sebagai suami. "

Di hujung ayat, dia menarik nafas panjang. Ternyata ayat yang dilafaskan itu ibarat satu bongkah batu berat di atas bahu. Setelah melafaskan isi hatinya, kini Muzzafar Adli sudah mampu menarik nafas lega. Hilang semua rasa beban yang terhenyak di atas bahunya.

Jawapan balas di nantikan dengan penuh rasa debar di dada. Walau apa sekalipun jawapan gadis itu, dia harus berlapang dada untuk terima. Lama dia menanti. Tatkala deruan nafas yang kuat itu menyapa telinga sisi kirinya, segera anak mata menapak ke arah itu.

Spontan semangat juangnya yang setinggi langit itu rebah ke dasar laut yang paling dalam. Kecewa. Penat dia meluahkan rasa, malangnya si gadis langsung tidak mendengar. Sudah lena di ulit mimpi.

Dia mengeluh kesal. Punah harapannnya untuk berterus terang. Moga esok dia diberikan kekuatan untuk melakukan hal yang sama seperti itu lagi.

bersambung ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience