Aku henyakkan punggung atas kerusi.
Coffee Latte yang telah siap ku bancuh di pantry tadi ku hirup pelahan.
Melarikan diri dari Izzt Firhan rupanya tidaklah semudah yang aku sangkakan. Aku seperti perlarian dibuatnya.
Aku ingatkan bila aku tak pedulikan Izzt Firhan, lelaki itu akan berhenti menganggu aku. Rupanya tekaan aku meleset, awal pagi lagi aku dah nampak kewujudan lelaki itu bersama kereta putihnya di hadapan rumah.
" Sampai bila kau nak terus mengelak macam ni? Aku rasa tak ada salahnya pun kalau kau jumpa dengan dia. Mungkin dia dapat terangkan sesuatu yang kau tak tahu. "
Teringat pula bebelan Kinah pada aku pagi tadi. Ketika itu aku sedang bersembunyi di balik pintu rumah dari di lihat oleh Izzt Firhan.
Tak dinafikan memang ada betulnya cakap Kinah tu. Aku kena dengar dulu penjelasan dari Izzt Firhan tapi hati aku masih marahkan dia. Aku masih tak boleh terima penipuan yang cuba dia sembunyikan dari aku selama ni. Agaknya dia memang sengaja nak tipu aku. Supaya senang untuk dia memperbodohkan perempuan macam aku.
' Rara, please angkat call saya. We need to talk. Saya nak tahu apa salah saya. Kenapa tiba-tiba awak buat saya macam ni? '
Naik geram aku saat membaca mesej dari Izzt Firhan tadi. Rasa nak ketuk kepala laki tu dengan baldi. Susah sangat ke dia nak faham kenapa aku bertindak macam ni.
Argghhhh....
Dasar lelaki. Tak pernah sedar kesalahan sendiri. Seronok sangat agaknya mainkan perasaan orang.
" Rara, jom kita keluar makan. "
Aku menoleh ke arah Jaja yang sedang mendekati aku sebelum bahu aku di tepuknya pelahan.
Dari mana aje munculnya perempuan ni. Bukan tadi dia dalam bilik bos ke?
" Lunch? awalnya? " aku bertanya pelik. Mahu tak pelik baru jam 12 dah ajak keluar makan.
Belum pun sempat Jaja bersuara, aku nampak pula kelibat Muzaffar Adli di belakangnya. Spontan aku ukir senyuman hormat pada bos muda itu.
Sekilas aku meneliti penampilannya. Sedikit berbeza. Di mataku Muzzafar Adli nampak lebih kacak dan bergaya. Mungkin effect dari potongan rambut barunya yang tersisir rapi.
" Company kita dapat tender baru so harini bos kita yang segak bergaya ni nak belanja semua staff makan free "
Bukan main ceria lagi muka Jaja tatkala mengucapkan itu. Aku pun apa lagi, terus tayang muka ceria. Memang jarang Muzaffar Adli nak keluar lunch begini bersama staff. Selalunya dia lebih suka celebrate di pejabat saja.
Setelah berbincang kami memilih untuk makan di salah sebuah restoren yang terletak tidak jauh dari pejabat. Masing-masing menaiki kenderaan sendiri. Kecuali aku dan Jaja menumpang kereta Muzaffar Adli.
Sepanjang dalam kereta hanya Jaja yang becok. Biasalah dia kan PA bos. Mesranya lain macam. Muzaffar Adli pula melayan saja karenah Jaja.
Aku pula hanya menyampuk bila perlu. Hilang terus mood aku bila Kinah menghantar mesej mengatakan Izzt Firhan ingin berjumpa dengannya.
Entah apa lagi yang di mahukan lelaki itu. Seperti tak boleh hilang aku saja. Penting sangat ke aku ni dalam hidup dia.
Padahal Dalina lebih perlukan Izzt Firhan. Hatiku cuba mengingatkan.
" Rara, meja kat sini dah penuh.. Nanti kau duduk kat meja sana eh " arah Evelyn, anak kacukan baba nyonya.
Aku mencebik.
Cissss
Suka hati dia je nak letak aku duduk semeja dengan Muzzafar Adli. Dah lah mood aku tengah swing ni.
Aku memandang sekeliling. Mencari kalau-kalau masih ada kerusi kosong untuk aku tapi semuanya sudah bertuan. Nak tak nak aku melangkah mendekati meja Muzzafar Adli. Tak sanggup aku nak berdiri macam tiang lampu kat sini.
" Jangan risau Rara. I tak makan orang. "
Muzzafar Adli senyum. Hati aku yang gundah bertambah gundah di buatnya.
Aku cuba berlagak tenang. Aku betulkan sedikit dudukku yang mula terasa bahang.
Padahal bukan aku tak biasa berduaan dengan bos
aku ni. Selalu juga kami keluar jumpa client dan discuss berdua dalam bilik ofisnya tapi entah lah. Pandangan Muzzafar Adli kali ini terlalu asing buat aku. Senyuman manisnya buat hati aku berkocak tak keruan.
Pelayan restoren datang, Muzzafar Adli ramah memesan makanan. Aku serahkan semuanya pada dia. Apa saja yang dia order, aku akan makan. Sementelah aku juga sedang berperang dengan perasaanku.
" You ada nak tambah apa-apa lagi tak? "
Mendatar suara itu menyapa telingaku. Aku geleng-geleng saja kepalaku. Sebaik pelayan tadi sudah pergi, aku capai buku menu yang masih ada di atas meja bagi menghilangkan rasa janggal berduaan dengan Muzzafar Adli.
Buat-buat tengok menu la kononnya.
Mata tertacap pada buku menu tapi fikiranku jauh melayang dan baru aku sedar yang aku punya kenangan bersama Izzt Firhan di sini.
Sungguh aku rindukan saat itu. Aku rindukan semua memori yang kami ciptakan bersama. Betapa berat hatiku untuk membuang segala kenangan kami begitu saja. Tapi apakan daya. Life must go on.
Aku hanya tersedar saat pelayan tadi datang menghidang makanan. Rupanya dalam aku sibuk melayan perasaan sepasang mata milik Muzzafar Adli sedang menghala tepat ke arah aku.
Bikin hatiku bertambah gundah gulana.
" Bos kalau pandang saya tak kenyang bos.. Lebih baik bos makan nasi ni "
Aku cuba berjenaka. Walaupun aku rasa lawak aku tu hambar. Tapi yang peliknya aku nampak senyuman lebar terukir di bibir lelaki itu.
" You tahu tak Rara, dalam banyak-banyak staff I, you adalah orang yang paling susah I nak dekati. Kenapa? You takut dengan I ke? "
Bommmmm !!!
Aku rasa macam ada satu dentuman kuat dari arah depan.
Terkebil - kebil aku memandang lelaki itu. Sungguh aku tak sangka sebegitu sekali perhatian Muzzafar Adli terhadap aku.
" Eh, mana ada bos. Saya okay je. Perasaan bos je tu. "
Clishe betul jawapan aku berikan padanya sehingga terbit ketawa kecil di lelaki itu. Sebelah kening ku angkat tanda pelik dengan respond yang diberikan.
" I perhatikan you bukan sehari dua Rara "
Whatttttt !!!
Aku tarik muka. Berkerut dahiku.
Ini rupanya kerja si Muzaffar Adli ni. Sesuka hati dia je nak skodeng anak dara orang. Hatiku mula membebel geram.
" All I do because I concern about my staff. Macam sekarang, I nampak you macam tak selesa je duduk semeja dengan I. " tuturnya bersahaja.
" Level saya dengan bos tak sama. "
Aku kuli, dia pulak bos. Enggang mana boleh terbang sama pipit. Ya dak ?
Sekali lagi aku dengar ketawa meletus di bibir lelaki itu. Aku perhatikan saja wajahnya yang ceria. Nampak mempersonakan bila dia ketawa.
" You silap tu Rara. Tanpa pekerja I takkan jadi bos. Level yang you maksudkan tu hanya ciptaan manusia. Padahal kita semua sama je. "
Ok fine.
Terkedu aku dengan penjelasan Muzzafar Adli. Kepala ku tunduk sehabis mahu.
Tapi dalam hati aku memuji keperibadian Muzzafar Adli. Majikan yang tidak memandang orang lain melalui darjat. Terasa bertuahnya hidup jika di kelilingi manusia sebaik ini.
" Asyik bersembang je. Tak nak makan ke? "
Sergahan Jaja buat aku kembali mengangkat kepala. Dan sekali lagi aku malu bila staff yang lain juga turut memandang ke arah kami.
Muzaffar Adli hanya senyum. Berlagak seperti tiada apa yang berlaku.
Lelaki biasalah kan.
" Menyibuk lah kau ni. "
Aku pura-pura marah sambil mula menyuap nasi ke dalam mulut.
Lupa sekejap ingatan aku pada Izzt Firhan. Harapan aku agar tiada lagi ingatan aku pada lelaki itu untuk harini dan selamanya. Amin.
.
.
.
Pertama kali aku jejakkan kaki ke sini ketika aku berusia 9 tahun. Ketika kanak-kanak lain sedang bergembira aku pula hidup bagai jasad yang tiada roh.
Kehilangan mengejut Mama dan Papa buat aku mengalami kemurungan yang teruk. Berbulan aku merawat hati biarpun ketika itu aku masih anak kecil.
Di pusara ini lah, aku mengadu segalanya. Bagaikan Mama dan Papa itu tak pernah mati. Aku bercerita tentang hidupku. Kerana aku percaya mereka berada dekat denganku meskipun jasad mereka sudah tertimbus di perut bumi.
" Assalamualaikum Mama.. "
" Assalamualaikum Papa "
Usai ucapan salam di beri aku mula membacakan surah Yassin buat keduanya.
Ku panjatkan doa agar roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Dilapangkan kubur mereka serta jauhkan mereka dari azab siksa kubur.
" Mama tahu tak Izzt tipu Rara... Selama ni dia tak jujur pun berkawan dengan Rara... Rara ingatkan dia lelaki yang baik, yang ikhlas berkawan dengan Rara, rupanya tak... Rara salah menilai dia Ma.. "
Pertama kali aku meluahkan perasaanku pada Mama tentang hal ini. Sebelum ini aku datang menceritakan kebahagiaan saat aku mendapat kawan seperti Izzt Firhan. Tapi kali ini berbeza pula ceritanya.
Rumput kecil yang ada di atas tanah kubur mama ku cabut pelahan. Seolah-olah aku sedang membersihkan kotoran di badan Mama.
" Papa tolong doakan Rara jumpa dengan lelaki yang baik eh. Yang boleh jaga dan sayang anak Papa ni sepenuh hati. Tak hensem pun tak apa asalkan dia baik hati. Lelaki yang ada sekarang ni semuanya tak menepati citarasa Pa.. "
Sempat lagi aku mengadu nasib pada Papa. Biasalah anak perempuan manjanya luar biasa sikit dengan si ayah.
Batu nisan yang tercatat nama Saifuddin Bin Hamzah itu aku usap pelahan. Itu lah nama manusia yang aku bawa namanya sehingga kini. Lelaki yang pergi mengadap illahi bersama arwah Mama.
Hampir sejam berada di tanah perkuburan itu, aku melangkah berat meninggalkan pusara keduanya. Cuaca yang cerah tiba-tiba saja berubah mendung.
Berlari anak aku menuju ke kereta yang terletak di lot parking luar tanah perkuburan.
Aku risau, kalau - kalau aku terkena hujan nanti confirm esok aku MC sebab demam. Sudahlah cuaca sekarang tak menentu.
Saat kaki mahu menapak keluar dari pintu pagar. Hujan turun tiba-tiba. Aku berlari dan berteduh di sebuah pondok kecil. Kebetulan kedudukan pondok itu berada tidak jauh dari tempat aku berjalan tadi. Sebaik tiba di situ alangkah terkejutnya aku melihat seseorang yang aku kenali juga turut berada di situ.
Aku ingin pergi tapi di halang.
Aku kaget saat tangan aku di genggamnya.
" Please wait! We need to talk "
bersambung....
Share this novel