BAB 19

Romance Completed 45920

Sudah hampir 15 minit dia selesai solat fardu Maghrib. Namun masih belum ada tanda-tanda dia mahu beralih dari duduknya. Izzt Firhan masih lagi berteleku atas sejadahnya.

Nafas di lepas berat. Mukanya di raut pelahan.

Hari ini terasa seluruh kekuatannya seakan hilang. Entah apa lagi yang harus dia lakukan agar dia kembali kuat seperti dulu.

Ya Allah..

Dunia yang kau hamparkan ini terlalu indah buatku tapi dalamnya penuh duri yang menusuk.

Aku tak kuat Ya Allah..

Sungguh hanya engkau saja lah yang tahu apa yang terbaik buatku. Kau juga lah yang maha mengampuni segala keterlanjuranku. Sekiranya aku telah tersilap berbuat keputusan kau bimbinglah aku ke jalan yang kau redhai. Jika aku lalai dalam tanggungjawabku kau hukumlah aku di dunia tapi bukan akhiratMu.

Dipanjatkan lagi doa buat sang pencipta.

Doa itu senjata bagi orang mukmim. Penyembuh hati yang berkelana.

' I tak akan lepaskan you. You milik I. You kena ingat tu sampai bila-bila! '

Dalina.. Dalina..

Apa lagi yang kau mahukan dari aku. Aku dah berkorban segalanya untuk kau. Tapi kau....

Arghhhh... kau dengan mak kau sama jer! Sejenis manusia yang pentingkan diri sendiri!

Izzt Firhan menghela nafas berat. Hatinya mendongkol geram.

Kalaulah dia tak ikutkan kemahuan Najmi siang tadi dah tentu dia takkan terserempak dengan Dalina.

Tok !! Tok !!

Tok !! Tok !!

Izzt Firhan menoleh. Sejadah segera di lipat.

Ketukan bertalu-talu dari arah luar buatkan dia semakin laju melangkah ke arah pintu.

" Ada apa ni Mak Iti? "

Tegas Izzt Firhan menyoal. Dia rasa sedikit terganggu dengan ketukan bertalu wanita itu tadi.

" Er.. Rara tuan... Rara.... "

" Kenapa dengan Rara? " berubah air muka Izzt Firhan tatkala mendengar sebaris nama itu.

" Dia.. "

Tak sempat Mak Iti habiskan ayatnya, Izzt Firhan dah berlari meninggalkannya. Laju langkahnya di bawa ke arah bilik tetamu yang menempatkan Tiara.

" Awak buat apa ni? "

Izzt Firhan bertanya sebaik kakinya menapak masuk ke dalam bilik itu. Kelihatan gadis itu sudah bersiap untuk keluar.

Air liur di telan laju.

Kehadiran mengejut Izzt Firhan di situ buat aku rasa sedikit tergugat. Namun aku tak menoleh. Aku hanya membiarkan lelaki itu terus mara mendekati aku.

" Rara! saya tanya awak ni. Awak nak pergi ke mana malam-malam macam ni? " Izzt Firhan menyoal lagi. Suaranya lebih keras berbanding tadi.

Tunak mataku memandangnya sekilas.

Serius. Aku mula menyampah dengan perangai lelaki ini. Cara dia tanya macam aku ni bini dia pulak. Padahal setitis darah pertalian pun tak ada antara kami. Jadi kenapa dia sibuk sangat nak jaga kebajikan aku. Dahla tadi bukan main sombong dengan aku.

" Saya nak balik rumah saya. Saya tak nak duduk kat sini! "

Mendatar saja suaraku tapi tegas. Aku cuba bertenang meskipun rasa sabarku semakin menipis.

" Kan saya dah kata, awak kena duduk kat sini. Awak tu tak sihat lagi. Kenapa awak degil sangat hah? "

Whattt !!!

Kata-katanya buat aku rasa tertampar. Sesuka hati nenek opah dia je nak cakap aku degil.

" Lantak saya lah nak degil ke apa. Yang awak kisah sangat pasal saya ni dah kenapa? "

Beg silang ku sangkut atas bahu. Kaki ku bawa menuju ke anak tangga. Malas nak bertekak dengan spesis penyibuk macam ni. Tadi bukan main menyombong tak nak cakap dengan aku. Sekarang terlebih care pulak.

Namun sesaat Izzt Firhan sudah menerpa ke arahku. Tanganku di pegang kuat. Serta merta kakiku terpasak di situ.

" Sebab saya tak nak apa-apa perkara buruk jadi kat awak! "

Aku mencebik.

Apa masalah dia ni?

" Saya bukan anak kecil yang perlukan perhatian 24 jam. Dari awak menyibuk hal saya ada baiknya awak jaga kebajikan Dalina. "

Izzt Firhan nampak begitu terkejut. Anak mataku di renung tajam oleh mata helangnya.

" Awak tahu pasal Dalina? " soalnya dengan riak yang jelas cuba di kawal.

" Tahu. Dia tunang awak kan? " Laju aku menyoal.

Air muka Izzt Firhan berubah tiba-tiba. Aku dah agak reaksi itu. Mungkin dia fikir aku masih tak tahu apa-apa Erti kata lain dia masih berpeluang memperbodohkan aku.

Ah, dasar lelaki memang begitu.

" Jadi, sebab tu awak jauhkan diri dari saya? "

Nahhhh !!

Tekaannya buat aku jadi gugup pulak. Segera aku alihkan pandangan dari terus menjadi mangsa renungannya.

" Kenapa diam? Jawablah. Betul ke? "

Bicara kerasnya menyebabkan bahuku terjongket sedikit tinggi. Aku pandang mukanya yang serius. Dalam berani ada juga rasa takut.

" Ya. Memang betul. Memang patut pun saya buat macam tu. Sebab awak tak jujur berkawan dengan saya "

Bila di asak, aku jadi semakin berani pula bersuara. Lagipun benda betul kan. Dah memang dia tak jujur. Kalau dia bagitahu awal-awal pada aku pasal Dalina benda ni takkan jadi.

" Semudah itu awak menilai saya? awak sepatutnya tanya dan dengar dulu penjelasan dari saya. Bukannya bertindak melulu macam ni. " naik seoktaf suaranya.

Aku cebik bibir.

Apa bezanya? sama je kan.

" Tak guna pun kalau saya tanya. Sebab hakikatnya tetap sama. Awak tetap milik Dalina. "

Lain lah kalau lepas aku tanya status tu boleh berubah jadi single.

Dan yang peliknya, dia tak fikir ke risiko kalau dia biarkan aku tinggal kat sini lebih lama. Buatnya Dalina nampak macam mana?

Tak pasal - pasal aku di gelar munafik.

Sedangkan janjiku tempoh hari adalah untuk menjauhi Izzt Firhan.

Izzt Firhan mengosok rahang. Benarlah akal perempuan itu satu. Orang perempuan dengan tindakan melulu memang tak dapat dipisahkan.

" Apa yang awak lihat tak sama dengan apa yang awak dengar. Realitinya saya dengan dia ibarat orang asing "

Dahiku berkerut.

Apa yang cuba dia sampaikan ni. Ayat dia. Argghh, pening lah dengan dia ni.

" Awak nak cakap apa ni? Pening kepala saya. Dia cakap macam tu. Awak cakap macam ni. Kan bagus kalau awak biarkan je saya balik ke rumah saya. Lagipun saya tak selesa duduk rumah orang. "

Aku cuba meleraikan genggamannya namun semakin kuat pula cengkamannya.

Ikutkan hati nak je aku gigit tangan tu. Biar sebulan makan pakai tangan kiri. Tak pun pakai tiub.

Izzt Firhan terdiam. Sekali lagi anak matanya menikam tajam ke dalam anak mataku. Nampak jelas dia tak puas hati dengan peneranganku.

Kali ini Izzt Firhan menggelengkan pula kepalanya. Laju betul Dalina buat kerja. Dalam diam rupanya Dalina dah pergi berjumpa dengan Tiara.

" Saya tak benarkan awak balik. Awak tinggal je kat sini sampai awak sihat."

Aku berdecit. Geramku bertambah.

Apa hak dia nak paksa-paksa aku.

" Awak ni dah kenapa? gila ke? kalau Dalina nampak kita berdua dalam rumah ni macam mana? atau awak memang suka tengok perempuan tarik-tarik rambut berebutkan awak? "

Tak semena Izzt Firhan ketawa kuat. Mencerlung anak mataku memandangnya. Dah kenapa dengan dia ni? dah terkena sampuk ke. Padahal aku tengah serius ni.

" Over sangat otak awak ni berfikir! " ujarnya dalam sisa ketawa yang masih berbaki.

Dalam serius sempat lagi awak nak berlawak eh Rara.

" Tolonglah lepaskan tangan saya ni. Saya nak baliklah. "

Dengan lemah lembut aku merayu.

Eh silap bukan merayu tapi dah macam merengek pun ya. Aku tebalkan saja mukaku. Janji aku dapat lari dari laki ni.

Agak-agak korang dia layan tak aku?

" No !!! "

Aku mencebik. Geram dengan jawapan diktatornya.

" Apa benda awak ni. Saya tak kira saya nak balik jugak! " marahku berserta nafas yang sudah turun naik. Bulat sudah keputusanku. Aku memang tak nak berlama-lama di sini. Sudahlah aku takde apa-apa ikatan dengannya. Buatnya kami kena tangkap basah macam mana?

Ish, simpang malaikat.

Aku tak nak kena kahwin dengan cara macam tu.

" Awak jangan degil sangat boleh tak. Saya bagi awak pilihan. Awak nak masuk sendiri ke bilik atau awak nak saya dukung awak. Pilih la. " ugut Izzt Firhan tiba-tiba.

Aku terkedu.

" Tapi..... "

Aku masih tak mengalah.

" Satu...dua.... ti...."

Persis lipas kudung aku lari selajunya. Entah kenapa jiwa yang tadinya kental jadi semakin lemah tatkala melihat senyuman semacam di wajah lelaki itu.

Izzt Firhan ketawa berdekah.

Kepalanya digelengkan berkali-kali.

Rara.. rara..

Apasal awak ni comel sangat hah?

Ingatkan jiwa tu kental sangat. Baru kena ugut sikit dah menciput lari. Hahaha.

bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience