BAB 11

Romance Completed 45920

" Ingat. Kau jaga kawan aku ni elok-elok. Kalau jadi apa-apa kat dia siap kau aku kerjakan " Ugut Kinah bersungguh.

Izzt Firhan sungging bibir. Kinah memang macam tu. Suka sangat fikir buruk pasal dia. Padahal dia bukannya jahat sangat.

" Tak cakap pun aku tahu lah. " Balasnya seraya menutup pintu kereta.

Aku yang ketika itu sudah berada dalam kereta hanya tersengih mendengar bebelan Kinah pada Izzt Firhan.
Kinah pun satu. Tak habis-habis nak cari pasal dengan Izzt Firhan. Ringan sangat mulut tu nak membebel.

" Rara..pakai seat belt. " teguran Izzt Firhan menyedarkan lamunan aku. Pantas aku menarik seat belt lalu melilit ke pinggangku.

Sesaat kemudian kereta Audi yang dipandu lelaki itu meluncur laju menyusuri jalan keluar dari taman rumah sewaku.

" Err.. betul ke awak nak temankan saya ni? " Soalan pertama keluar dari mulut aku selepas 5 minit perjalanan kami.

Keraguan aku masih menebal meskipun semalam aku telah mendapat jawapan untuk soalan itu.

" Betul lah. Kalau tak betul tak ada lah saya nak datang ke sini jemput awak. Kenapa? awak tak yakin dengan saya ke? "

Izzt Firhan bertanya sebelum menghadiahkan satu senyuman manis pada Tiara yang sedang memandang ke arahnya.

Izzt Firhan suka penampilan Tiara hari ini. Baju kurung cotton berbunga kecil itu buatkan Tiara nampak lebih cantik dan ayu.

" Bukan macam tu.. tapi..."

" Awak janganlah risau. Lakonan saya confirm takkan mengecewakan awak "

Aku senyum segaris. Lakonan yang sengaja di reka dan di cipta. Izzt Firhan hero dan aku heroinnya.

" Tapi ingat tau. Kalau Umi tanya pasal kita awak jawab ... "

" Saya bakal suami anak mak cik..."

Aku jengilkan biji mata. Geram dengan seloroh Izzt Firhan yang tak kena masa. Aku dah lah tengah serabut ni.

" Over sangat jawapan awak tu. Jawab kekasih dah lah. "

" Ala. Kata nak move on. Kalau saya bagi jawapan bakal suami confirm lepas ni ex boyfriend awak tu takkan kacau awak lagi dah. "

Aku mencebik.

Aku lebih kenal perangai Esham yang tak reti putus asa tu. Spesis lelaki yang ludah nak jilat semula.

" Buatnya Umi ter 'move on' dengan jawapan awak tu macam mana ? naiya saya nak menjawab. "

Itu lagi satu kerisauan yang perlu aku hadap. Selepas kejadian antara aku dan Esham, Umi memang sentiasa mengharapkan aku segera mencari pengganti. Kata Umi dia akan lebih rasa bersalah bila melihat aku masih lagi belum berpunya.

" Kalau Umi sudi bermenantukan saya, saya on je Rara.. "

Aku menjeling geram. Banyak betul loya buruk Izzt Firhan ni.

" Dah dah! Jangan nak mengarut. Ingat watak sebenar awak tu kekasih upahan saya. Untuk hari ni jer tau " Aku meningatkan sekali lagi plan asal kami. Makin lama makin melalut jadinya.

" Kekasih upahan pun ok. Demi awak Rara, apa watak pun saya terima. "

Izzt Firhan ketawa kecil.

Sakitnya hati aku saat mendengar ketawa Izzt Firhan yang sengaja di buat tapi nak buat macam mana. Aku punya rancangan. Aku kena lah hadap sewel laki ni.

Aku sendiri pun tak faham apa yang sedang aku lakukan sekarang. Mengajak Izzt Firhan menemani aku ke rumah Umi sedangkan di sana nanti pastinya aku akan berjumpa dengan Esham dan Maya.

Tapi.. ahhh... desakan Umi tempoh hari buat aku tak ada alasan untuk menolak.

" Kalau macam tu awak jadi driver saya jelah. Senang saya nak ke mana-mana "

" Tak boleh. Tak boleh "

Laju lelaki itu bersuara dengan kepalanya digelengkan berkali kali.

" Laaa.. kenapa pulak? "

" Sebab saya terlalu hensem untuk jadi seorang driver. "

Cissss

" Perasan! "

Aku cebik bibir. Pening layan mamat poyo ni.

" Saya perasan dengan awak je. Dengan orang lain saya pemalu orangnya. "

Aku ketawa jahat. Spontan aku tepuk kuat paha lelaki itu. Izzt Firhan mengerang sakit. Aku apa lagi terus tayang muka bersalah.

Apa kena dengan kau ni Rara. Kau ingat, laki tu Kinah ke ? boleh main tepuk tampar.

" Sakit eh? Alaaa, sorry lahhh "

Aku tayang muka bersalah. Izzt Firhan membalas dengan senyuman. Nak ambik hati aku gamaknya

" Majlis nanti start pukul berapa? "

" Pukul 2 tapi Umi suruh datang awal sikit. " jawapku sambil membalas pesanan dari Zackry. Masa aku sibuk ni lah dia nak ajak jumpa. Sebelum ni entah hilang ke mana. Agak lama jugak rasanya Zackry hilang dari kamus hidup aku. Ingatkan dah surrender layan karenah aku.

" Siapa mesej ? "

" Zackry "

Jujur jawapan yang aku berikan. Aku menoleh ke sisi melihat Izzt Firhan yang sedang memandu sambil mengenakan cermin mata hitam rayban. Kacak pulak lelaki tu hari ni. Mengenakan baju kurta slim fit color kelabu gelap. Menyerlahkan lagi warna kulitnya yang putih.

Dan satu-satunya part yang paling aku suka pandang adalah lesung pipit sebelah kiri pipi lelaki itu. Ya. Itu aura pemikat semulajadi yang ada pada Izzt Firhan.

" Jangan pandang lama-lama. Susah awak nanti kalau terjatuh cinta dengan saya. "

Glupp...

Segera aku alihkan anak mata. Kemudian sengaja pula aku berdehem sekali dua. Membetulkan segala urat badan yang tetiba menegang. Malu rasanya. Kantoi skodeng anak teruna orang. Terserlah kegatalan kau Rara...

" Siapa pandang awak. Perasan! "

Pipi yang sudah merah membahang aku tutup dengan kedua telapak tangan. Nak cover malu la kononnya.

Sekali lagi ketawa Izzt Firhan menampar cuping telingaku. Sedaya mungkin aku kawal diri daripada bersuara namun tewas bila telinga lintahku menangkap sesuatu yang terbit di bibir lelaki itu.

" Awak cakap apa tadi? "

" Bertuah siapa dapat awak ni Rara. "

" Kenapa? "

" Sebab awak ni macam kucing. Manja tapi pemalu. Nampak comel. "

Merona merah pipiku. Pertama kali orang samakan aku dengan kucing. Namun semuanya hanya terzahir dalam hati ku saja.

Aku jadi semakin tak keruan saat kereta yang di pandu Izzt Firhan sudah sampai di perkarangan rumah Umi.

Hatiku berdebar-debar. Takut pun ada. Aduhaii...

" Jom lah keluar. Kita dah sampai ni. "

Aku melepaskan nafas. Semput rasanya. Kenapa lain macam pula aku rasa sekarang. Selalunya tak ada lah macam ni.

Aku intai suasana sekeliling. Ada kanopi yang sudah siap terpasang di laman rumah Umi. Beberapa orang asing yang aku tak kenali juga turut ada di situ.

Umi ni kata nak buat majlis khatam Quran anak-anak yatim tapi ni dah macam majlis kahwin je aku tengok?

" Er..kalau kita tak payah pergi boleh tak? Er.. kita balik jelah. Saya rasa tak sedap badan pulak sekarang "

Aku senyum kelat. Aku cuba meraih simpati agar kehendakku dituruti Izzt Firhan namun hampa saat lelaki itu hanya tersenyum ke arahku.

" Saya boleh hantar awak balik tapi awak nampak tak kat hujung sana tu... tuan rumah dah nampak kita. Takkan kita nak balik pulak "

Aku sorotkan pandangan ke arah yang di maksudkan. Ya lah. Umi ni macam tahu-tahu je aku ada kat sini. Ni kalau aku lari balik confirm Umi akan terasa hati.

" Dah. Jom sayang. I temankan you masuk dalam "

" Jangan nak mengada lah. "

" Practice make perfect sayang. Biasakan mulut tu dengan panggilan manja ni. Nanti tak ada lah tergeliat lidah awak tu "

Aku tampar pelahan paha Izzt Firhan. Menyeringai lelaki itu sebelum pipiku pula yang menjadi mangsa.

Gurau kasar pulak laki ni.

Dek kerana aku malas nak melayan mengada Izzt Firhan, aku terus melangkah ke arah Umi. Tangan Umi aku raih dan pipi Umi aku cium keduanya. Izzt Firhan juga turut mengikut rentak aku.

" Amboi segaknya bakal menantu Umi ni "

Huk..huk...

Aku tepuk pelahan dadaku. Air oren yang baru sedikit melepasi anak tekak buat aku terbatuk saat mendengar pujian Umi yang tiba-tiba.

Aku senyum pada Umi. Umi ni dah macam cipsmore. Kejap ada kejap tak ada. Tadi selepas bersalam Umi terus meninggalkan aku dan Izzt Firhan. Dan sekarang Umi tetiba muncul. Nasib tak tersembur air ni depan muka Izzt Firhan.

" Izzt dah lama ke kenal dengan Rara? "

Aku diam. Anak mataku memandang muka Izzt Firhan yang tenang. Macam pelakon profesional.

" Baru lagi Umi. Dalam 4 bulan. "

Umi? Aduhh.. kau salah panggilan tu Izzt. Untie la bukan Umi!

" Oh. Lama jugak tu. Ni kalau bukan sebab Umi paksa datang hari ni mesti Rara tak nak kenalkan bakal menantu Umi ni kan? Dah pandai berahsia sekarang. "

Ah sudah. Umi merajuk ke tu?

" Alololo.. Umi kesayangan Rara ni merajuk pulak. Rara bukan tak nak kenalkan Izzt pada Umi tapi Rara tunggu masa yang sesuai "

Cliche betul ayat aku kan? habis tu takkan aku nak cerita hal sebenar pulak.

Segera leher Umi aku rangkul. Kemudian aku lentokkan kepalaku di bahu Umi. Ahh..aku berdosa sebab berbohong pada Umi tapi aku terpaksa. Aku tak nak Umi rasa bersalah tentang apa yang kejadian dulu.

Izzt Firhan jadi pemerhati. Manjanya Tiara dengan Umi. Padahal dia tahu antara Umi dan Tiara langsung tak ada pertalian. Izzt Firhan jadi cemburu tiba-tiba. Hubungan yang terjalin antara Tiara dan Umi nampak sangat akrab. Keikhlasan hati Umi menyayangi Tiara jelas terpancar di air mukanya. Jika nak dibandingkan hubungan dia dengan Jurina dan Tengku Ismadi jauh panggang dari api.

" Dah tua macam ni pun nak bermanja lagi. Tak malu ke dengan Izzt tu ? "

Aku alihkan bebola mata ke arah Izzt Firhan. Sesaat kemudian hatiku dipalu rasa malu. Nampak sangat aku dah lupa kehadiran aku ke sini bersama lelaki itu. Haha.. kejamnya aku..

" Izzt jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri. Kalau nak apa-apa mintak je tolong Rara ambikkan. Rara bab tolong orang memang rajin " puji Umi dengan senyuman.

" Baik Umi. "

Aku mendongkol geram.

Umi lagi! ishh.. dia ni memang nak kenalah..

Izzt Firhan tayang wajah ceria. Teringat pula kisah kupas kelapa di kampung beberapa bulan lepas. Nampak sangat Tiara memang nak kenakan dia waktu tu.

" Nanti Rara tolong Umi keluarkan pinggan dalam almari dapur tu. Rara lap sikit lepas tu letak atas meja kat depan tu eh. Umi nak keluar ni. Nak tengok orang catering dah sampai ke belum. " sempat lagi Umi menitipkan pesanan sebelum meninggalkan kami berdua.

" Rara saya haus lah. Boleh awak ambilkan saya air tak? "

" Nak air apa? air kosong boleh? " sempat lagi aku bergurau. Aku ketawa bila Izzt Firhan tarik panjang muncungnya.

" Umi kata awak rajin. Takkan bagi tetamu dengan air kosong je "

" Sesuai lah untuk awak yang mengada-ngada tu. Tunggu lah kejap.. Saya pergi ambilkan "

Ketika sedang leka di dapur, Esham tiba-tiba datang menghampiri aku. Aku pura-pura tidak mempedulikan kehadiran lelaki itu.

" Rara sihat? "

Aku diam.

Tangan masih sibuk mengacau air nescafe di dalam mug.

" Apa hubungan Rara dengan lelaki tu? Abang tak suka Rara berkawan dengan orang sebarangan "

Aku segera menoleh. Muka Esham aku pandang geram.

" Kau siapa nak halang aku berkawan dengan dia? Aku tak kacau hidup kau pun kan, jadi kau tak payahlah nak menyibuk hal aku! "

Esham pekakkan telinganya. Walau jelas Tiara sudah membencinya tapi dia nekad, dia akan memenangi hati Tiara semula. Dia yakin hati Tiara masih mampu dimenanginya semula. Takkan semudah tu Tiara melupakan cinta mereka.

" Abang masih sayangkan Rara. "

Puiiii....

Sayang konon.

Habis tu Maya tu kau nak campak ke mana?

Tanpa sepatah kata aku terus meninggalkan Esham di situ.

bersambung ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience