Bab 20 Curang??

Short Story Completed 83757

Hati aku sakit. Sakit sangat. Bila Luq kata aku buat benda yang aku tak buat. Kadang-kadang kepala aku ni rasa berat. Berdenyut-denyut kerana tahan sakit hati. Aku tahu lama-lama aku boleh jadi gila kalau terus-terusan macam ni.

Kejadian petang semalam memang mencarik hatiku. Luq yang aku sayang menuduh aku berlaku curang. Sedangkan apa yang aku nampak dia bersama Seri katanya adalah satu kebetulan. Perjumpaan yang tidak dirancang katanya. Ini adalah Kali pertama aku tidak mempercayai kata-kata Luq. Tuduhan yang dia lempar pada aku sepatutnya aku yang lempar padanya. Ini terbalik pulak. Apa yang dia buat dengan apa yang aku buat tidak sama. Alasan aku kukuh tapi dia..... masih menegakkan benang yang basah.

Perdebatan aku dengan Luq semalam berakhir dengan ketidakpuasan hati. Aku masih berdendam. Luq masih menyalahkan aku bila berada dalam pangkuan lelaki lain. Aku diamkan saja, jika aku menjawab takut perkara lain yang jadi. Diam aku kali ini bermaksud aku tidak mengaku bersalah dan tak akan minta maaf. Aku rasa kali ini aku betul. Aku tak buat salah apa-apa. Aku pendam semua tu. hatiku amat sakit. Aku pun ada perasaan. Jangan dicuba mencurah minyak pada bara api, nanti lihat apa yang bakal terjadi.

Memang aku sayangkan Luq. Dia cinta pertama aku. Dia yang beri keyakinan pada aku bahawa ada cinta yang setia. Dengan dia aku rasa sempurna dan dengan dia aku pernah bahagia. Meskipun aku cintakan dia, aku tak boleh terima kelancangannya menuduh aku yang bukan-bukan. Aku bukan perempuan seperti itu. Aku bukan perempuan murah. Aku tahu batas seorang isteri. Apa dia tidak nampak kesetian aku selama ni?

Aku tahu Luq memang cemburu. Ya... Cemburu keterlaluan. Cemburu buta!! Dia sakit. Memang dia sakit. Sebab cemburu itulah otaknya tak dapat berfungsi dengan baik. Suka berfikir perkara yang bukan-bukan.

Dah lah menuduh walaupun sah-sah aku tak salah. Yang membuatkan aku jadi lagi tertekan ni kisah dia dengan Seri. Tiada langsung rasa bersalah. Hilang langsung respect aku kat Luq. Sebelum ni aku memang percaya seratus peratus yang Luq tak mungkin layan perempuan lain selain aku. Aku pun jadi down sekarang ni. Tangan jadi kebas sebab terlalu marahkan dia. Entah-entah aku ada darah tinggi atau kencing manis. Sakit yang suka serang orang mengandung tu.

Teringatkan kes petang tadi.....

"Seronok kan rasa di peluk orang" Luq sengaja menaikkan kemarahan aku.

"Abang tahu kan keadaan Laila masa tu? Laila pitam kan? Suaraku sedikit tinggi sebab tak dapat kawal marah.

" Ala... Buat-buat pitam... Nak suruh orang peluk. Seronoklah si Johan tu peluk bini orang. Tak sedar diri betul"

"Abang jangan buat Laila hilang sabar. Dah lama tau Laila sabar dengan abang. Jangan sampai Laila...."

"Jangan sampai apa?? Cuba cakap...

" Kalau Laila cakap, muka abang pun Laila tak nak pandang tau. Ni masih menahan sabar ni...jangan sampai Laila hilang sabar. Abang sedar tak yang Laila nampak abang dalam kereta dengan Seri. Abang asyik salahkan Laila sahaja. Yang abang buat tak cerita pulak. Entah-entah berpelukan dalam kereta siapa pun tak tahu". Aku naik geram juga sebenarnya. Luq langsung rasa tidak bersalah tentang kes dia berdua dengan Seri tu. Sakit kepala aku memikirkannya.

"Laila jangan tukar topik. Yang curang tu Laila bukan abang" Sakit kepala aku makin menjadi-jadi. Buang masa bertekak dengan Luq. Aku tak kan menang.

"Curang... Curang... Curang... Itu yang abang tahu!!. Abang tu... Abang buat apa dalam kereta tu, nampak dekat sangat dengan Seri? Abang cium dia kan? Cakap abanggg.... Abang Cium dia kan??? Aku tinggi suara guna volume paling tinggi yang belum pernah aku guna.

"Panggggg!!! Terasa pedih pipiku. Luq tampar aku?" Huh! tak pernah-pernah. Aku tahu dia tercabar dengan tuduhan itu. Samada betul atau tidak aku masih tidak terjawab.

"Abanggg.... Laila faham.. Itukah cara abang jelaskan perbuatan abang? Laila kecewa dengan abang. Oleh sebab abang dah anggap Laila curang apa boleh buat dan tindakan abang ini menjawab semua persoalan yang bermain di fikiran Laila. Abang jangan menyesal.

Yang tu aku tunggu sangat. Tunggu dia sentuh aku dengan cara begitu. Hatiku sakit.... Sakit sangat. Aku rasa nak pergi saja dari rumah itu... Aku hilang sabar. Aku lari masuk bilik tetamu dan kunci pintunya. Luq masih terkaku di situ. Mungkin tidak sangka telah mengangkat tangan ke pipi aku.

Malam tu aku tidur bilik lain. Malas aku nak melayan karenahnya. Aku pun punya hati. Aku tak dapat melelapkan mata. Aku tahu Luq pun sama. Kami tak pernah berpisah tempat tidur sepanjang perkahwinan kami. Aku tahu dia masuk dan keluar bilik berkali-kali, mungkin tak dapat tidur. Sehingga pukul 3 pagi aku masih dengar dia ada di ruang tamu. Aku biarkan sahaja. Dia yang cari pasal menuduh aku curang dan menampar pulak aku bila aku tuduh dia curang. Biar la... Aku tak akan melayan lagi sakit cemburunya itu. Kalau dia nak baik dengan aku, dia mesti dapatkan rawatan. Aku nekad untuk pergi.

Aku akan pergi jauh. Biarlah... Surat posting yang sudah ada ditangan aku, aku genggam erat. Belum sempat aku beritahu tentang kandungan aku, surat posting pun sampai waktu yang sama. Nasib baik Luq tidak tahu. Aku pun baru tahu malam tadi bila aku ambil surat dalam peti surat. Aku tak akan beritahu dia. Aku akan pergi diam-diam. Aku sakit hati sangat. Aku ambil sebahagian baju dalam almari, aku susun dalam beg.

Semakin menjadi-jadi cemburu Luq. Kalau betul sakit aku akan usahakan untuk ubati. Aku dapat bertahan jika Luq tidak naik tangan pada tubuh aku. Tetapi hari ni, tangannya dah naik ke muka. Dah tu dia melayan egonya hingga tiada tanda-tanda nak memujuk. Aku tahu dia tunggu aku yang pujuk dia, minta maaf dari dia dan mengaku tak akan ulang lagi benda-benda macam tu. Tak kan.... Aku tak akan tunduk lagi, kali ini aku rasa dia yang salah. Tamparannya di pipi menguatkan rasa yang aku patut pergi dari dia.

Aku nekad untuk pergi sebagai pengajaran untuk dia. Lagipun aku sakit hati bila dia tak jelaskan apa yang dia buat dengan Seri siang tadi. Kalau betul ada hubungan pun biarlah.... Aku relakan aja, sekurang-kurang dia tak akan ganggu aku lagi. Sekarang ni aku tak mahu di pujuk. Rasa benci itu tiba-tiba hadir dalam diri aku.

Jam 4 pagi.... Sunyi... Aku tak dengar lagi bunyi dekat luar bilik. Mungkin Luq dah tertidur. Aku melangkah perlahan ke bilik baju. Aku ambik beberapa helai baju dan masukkan ke dalam beg. Aku bawa baju untuk dua tiga hari sahaja. Sebenarnya aku nak pergi cari sekolah tempat aku posting plus mencari ketenangan.

Aku perlahan - lahan mencapai kunci kelisa aku dan bergerak ke tempat parking. Aku hidupkan enjin kereta itu dengan mata terpejam, risau kalau bunyi enjin kereta mengejutkan Luq. Nasib baik hidup juga kereta ini. Takut juga tadi, maklumlah baru keluar bengkel.

Aku nampak lampu ruang tamu sudah menyala. Aku tahu Luq sudah sedar dan membuka pintu. Mungkin terdengar enjin kereta yang aku hidupkan tadi. Sebaik pintu di buka, aku terus meluncur kereta dengan laju tanpa menoleh ke belakang lagi. Aku sudah nekad pergi jauh dari dia.

Telefon berdering berkali-kali. Aku biarkan saja. Aku tahu Luq yang telefon. Mungkin risau atau gelabah kerana aku keluar rumah waktu ini. Tit... Mesej masuk. Aku abaikan saja. Yang penting aku sampai ke destinasiku. Perlis Indera kayangan.

....... Sambung.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience