Aku pergi semula ke hospital pagi itu. Aku cuma mahu lihat keadaan Luq selepas dua hari mendapatkan rawatan. Aku terus melangkah masuk ke wad yang menempatkan Luq tanpa berfikir apa-apa. Sampai di katilnya, ada seorang budak lelaki yang terbaring di situ dan bukannya Luq. Aku melihat semula nombor bilik dan nombor katilnya. Aku sangat pasti itu memang katil Luq yang semalam.
"Adik! adik baru masuk sini ke?" Aku bertanya budak lelaki yang sedang baring di atas katil Luq. Ada sedikit getaran kecil pada suara aku. Aku takut sesuatu terjadi pada Luq. Aku berdoa dalam hati supaya Luq baik-baik .
"mmmm" jawabnya perlahan. Ibunya segera menghampiri aku lalu berbisik padaku" Dia tak larat nak cakap dah. Dekat sebulan dah tak lalu makan" Aku simpati padanya. Aku teringat rupa Luq masa mula-mula jumpa dia semasa sakit, macam tu lah...nak buka mulut pun tak larat .
" Ouh...maafkan saya kak. Lelaki di katil ni semalam dah keluar ke?
"Eh...tak tahu lah akak. Tadi waktu akak bawa anak masuk sini katil ni memang dah kosong"
Aku menghampiri kaunter jururawat bertugas.
"Cik...tumpang tanya pesakit lelaki di katil nombor 6 tu dah keluar ke?
" Kejap saya check ya ..mmm....Luq Bakhtiar kan?"
" Ya..Cik...
" Dia dah keluar malam semalam atas arahan doktor."
" Ouh..alhamdulillah..Thank you . " Aku terus berlalu pergi dengan perasaan yang sedikit kecewa, dalam fikiran aku tak tahu bila pula aku akan berjumpa dengan dia. Aku terus berlalu ke bilik Seri. Harapan aku Seri tak keluar wad lagi.
" Hey perempuan!!! Tiba-tiba aku ditolak kasar oleh sepasang tangan. Tanpa menghiraukan
pandangan orang yang lalu lalang di situ perempuan meroyan itu menyerang aku.
" Kau ingat kau bijak? Kau bawa Luq ke mana hah? Aku hairan la, kau masih gilakan tunang aku tu kan? Dulu kau buang dia, bila dia jadi tunang aku kau dengki kan? Kau masih nak ambil dia kan? kau sembunyikan dia di mana hah? Dia keluar dari sini pun mak dia tak tahu tau. Kau nak bawa dia pergi mana hah?
" Hey...hello....yang tu sorry. Jangan tuduh aku. Kalau call ambulan tu memang kerja aku, tapi keluarkan dia dari sini bukan aku. Kenapa kau tak tahu ek? Tunang kot......" Aku meninggikan suara supaya dia sedar yang dia tunang yang tak di iktiraf.
" Ah! Jangan menyibuk la...aku tahu la..tunang aku ." Samiyah terus saja pergi mungkin sentap kot. Tak faham aku. Huh...macam tu nak jadi isteri Luq, jangan harap aku nak serahkan Chinta untuk dia jaga . Cara perempuan ni macam nak jadi pendera kanak-kanak atau orang tua ja. Nasiblah ....emak Luq nak menantu macam tu. Aku bukan dengki atau kecil hati sebab Mak Luq pilih perempuan tu dan tak pernah pujuk aku pun untuk berbaik dengan Luq. Nasib baik dia tak pujuk aku...kalau tidak serba salah pula kan? Aku cuma terasa bila terlalu cepat untuk Luq mencari peganti , anak kami... aku yang jaga bukan Luq..apa masalah maknya tu. Oh ..mungkin juga sebab Luq lelaki. Lelaki kan selalu sunyi. Aku? Suka hidup sendirian buat masa ni.
Aku tahu perempuan itu bukan pilihan Luq. Aku teringatkan kata-kata Luq hari tu yang dia tak kan kahwin dengan Samiyah. Sekarang ni dia mungkin minta tolong kawan dia keluar dari sini. Dia akan menerima rawatan ke hospital lain , aku rasa dia nak jauhkan diri dari Samiyah
dan emaknya. Bagi aku itu keputusan yang baik. Kalau tidak emaknya akan menghantar berubat kampung lagi. Aku tak tanya pula Luq nak pindah ke hospital mana. Sebenarnya aku tak nak ambil tahu tapi rasa kena ambil tahu juga. Disebabkan tugasan aku di sini sudah selesai aku rasa nak balik saja, tak sabar menemui Chinta. Harapan aku Luq akan sembuh seperti sediakala walau di mana pun dia di rawat.
Aku terus melangkah ke wad bersalin untuk mengucapkan terima Kasih dan Selamat tinggal pada Seri. Nasib baik pertemuan aku dengan perempuan meroyan tu tak panjang, buat malu spesis saja bila dia serang aku tengah jalan tadi. Aku abaikan saja dia pergi mana , aku terus menuju ke wad bersalin untuk berjumpa Seri.
Sampai di wad aku melihat suami Seri ada di situ. Mertuanya pun ada. Aku menyalami mertuanya. Alhamdulillah....aku nampak Seri baik-baik saja. Mesti Seri tak lapar lagi sebab dah ada orang bawakan makanan. Aku perasan mertua Seri memandang aku tidak lepas, apa yang dia fikirkan aku pun tak tahu. Mungkin dia simpati yang aku ni janda muda.
"Anak ni datang dengan siapa? " Mertua Seri menegur aku dengan mata yang masih memandang aku begitu . Naik Seriau pula aku dengan renungannya.
"Ehem..." aku. betulkan sedikit suara aku yang terlekat di kerongkong.
"Datang sendiri Mak Cik, naik grab" Liur aku telan terasa sedikit pahit ,aku menjawab takut-takut. Tak tahu pula kenapa aku takut dengan tatapan wanita itu.
" Seri...kau ok ka? Bila boleh keluar? Aku terpaksa membuka cerita supaya kegugupan aku tak nampak sangat. Aku ketawa dalam hati. Kenapa tiba-tiba perasaan aku jadi tak keruan pula. Ada ilmu ke mertua Seri ni ?
" Nanti balik Penang naik apa? Mertua Seri potong cerita biar belum sempat Seri menjawab. Matanya masih tak lepas memandang aku.
"Saya naik keretapi Mak Cik. Kenapa ya? " Aku beranikan diri bertanya . Naik hairan juga dengan sikap Mertua Seri ini. Seri dan suaminya pun tak berkata apa-apa.
" Tadi...kau ada jumpa orang? Aku mengangguk laju.
" Siapa? Tanyanya lagi. Aku memandang Seri , Seri angguk saja macam minta aku jawab.
" Tunang suami..err. ...bekas suami" Aku menepuk sedikit mulut aku yang tak tahu malu.
"Kalau nak baik balik, cakap saja senang cerita. Kau sayang dia kan? ". Mertua Seri bertanya lagi membuatkan aku bungkam seribu bahasa. Otak aku berkira-kira mahu menjawab apa. Betul ke aku ni nampak macam nak baik balik. Aku cuma mahu buat baik pada Luq tanpa berdendam. Kenapa semua orang tak faham. Memang perasaan sayang aku tak pernah padam untuk dia dan aku ada rasa sedikit kecewa bila tahu Luq dah bertunang tetapi bukan bermakna aku nak baik semula dengan dia. No....
"Errr ....memang sayang tu masih ada, sama macam dulu. Tapi nak baik semula tu mungkin tak. Kenapa Mak Cik? Aku bertanya lagi, mahu tahu juga apa mahunya
"Kamu yakin ke dengan kata-kata kamu tu. Macam ni Laila....Laila kan nama kamu? Hah
betul lah....macam ni kalau keputusan kamu begitu kamu kena hati-hati sebab ada orang yang dengki pada kamu. Tadi tu... dia ada hantar benda pemerhati ke kamu, dia tahu Mak Cik kat sini sebab tu dia takut nak ikut kamu masuk ke sini. Tapi jangan risau , yang di hantarnya kecik saja, kamu sendiri boleh lawan. Jangan tinggal solat dan baca Yassin tiga malam. Nak tidur baca ayat kursi. Insyaallah ....dia tak dapat ganggu kamu.
" Terima Kasih mak Cik. Aku antara percaya atau tidak . Apa yang dia suruh tu aku dah selalu buat cumanya jarang sangat aku baca ayat Kursi semasa nak tidur. Tak apalah aku terima saja nasihat dia. Lagi pun benda baik yang dia suruh aku buat tu . Aku akan buat.
" Terima Kasih Mak Cik . Ni siap-siap dah boleh keluar ke? "
" Dah boleh keluar. Anak aku dah kencing dan berak dengan baik. Semua ok. Eh...kau tak nak singgah rumah aku ke sebelum balik ke Penang?
"Tak kot, aku ingat nak balik terus ni. Dah lama aku tinggal Chinta kat kampung tu. Rindu pula."
"Ya lah... hati-hati tau. Ingat pesan mak aku tu" Aku Salam Seri Dan mak mertuanya. Aku terus melangkah pergi. Sampai di pintu keluar rasa seram terasa pula apatah lagi bila teringatkan kata-kata mertua Seri tadi. Aku memandang sekeliling dan aku terus membaca ayat kursi tanpa henti.
Aku menaiki grab ke stesen keretapi laju untuk pulang ke Penang menemui Chinta yang telah lama aku tinggal. Aku takut benar kalau Luq berkahwin semula dan mahu mengambil Chinta. dari aku ? Macamana ibu tiri Chinta menjaga Chinta nanti. Aku terus buang ingatan aku yang bukan-bukan tentang masa depan Chinta. Ah!!! aku buang jauh-jauh perasaan itu kerana aku mahu ketenangan.
Aku sampai ke rumah ketika Azan asar berkumandang. Aku terus mengambil wudhuk dan solat terlebih dahulu, baru aku mendapatkan Chinta yang sedang tidur polos di katil . Katanya letih bermain dengan Uncle Ek yang datang lepas balik kerja tadi. Aku betulkan cuping telinga mana tahu aku tersalah dengar.
" Hah!..uncle Ek? Zaheer ke mak? Kenapa pula bermain-main dengan Chinta pula. Tak ada kerja ke?
" Dia memang hari-hari menjenguk Chinta. Katanya dia suka budak-budak. Nak ada anak sendiri tak dak orang nak jadi ibu katanya"
" Ada aih...ramai yang nak."
" Hang tak mau kat dia ka? Lama dah dia tunggu hang. Katanya hang tak mau. Dia suruh mak tanya lagi sekali, kalau hang nak... dia nak nikah terus. Boleh jadi ayah ekspress Chinta.
" Tak nak lah mak. Suruh dia cari anak dara nuh...berlambak . Muka hensem macam tu tak kan ada yang tak nak. Kita ni janda jerr...mana ada kelas mak"
"Hang tu saja kan? Nak tunggu Luq tu juga, besar harapan kau nak dia baik kan ...tua la kalau macam tu, ada peluang tak nak guna"
"Peluang apa tu mak, tak faham Laila?"
" La...buat tak faham pulak...kan Ek tu tunggu hang. Hang tak nak bagi peluang kat dia ka? Lupakan lah Luq tu, lagipun hang yang tak mau kat dia dah kan?
" Bukan masalah tu mak, Luq tu kan babah Chinta. Laila tak mahu Chinta dapat Kasih sayang orang lain selain dari bapanya."
" Loh! Tak kan macam tu. Bagi la peluang Chinta dapat Kasih sayang sepenuhnya. Nanti Luq tu dapat anak lain tak kan dia nak ingat Chinta yang jauh dari dia."
" Mak tak baik cakap macam tu mak. Luq sayangkan Chinta. Tak kan dia nak buat macam tu?
" Sekarang ni tak lah ...lepas ni, bila dia dah kahwin lain, dah ada anak lain...manalah dia nak ingat Chinta lagi"
Aku dah janji dengan diri aku tak akan berkahwin lain, aku nak tengok Luq. Kalau betul apa yang dia kata kat aku hari tu, dia tak akan kahwin lain. Aku nak tengok dia samada kota apa yang dia kata.
Aku tak kata pun yang aku ni tak nak kahwin lain sebab sayangkan Luq...tak...aku tak kahwin lain sebab aku dah serik. Dapat suami yang sebaik Luq pun ada cacatnya. Aku dah tak ada rasa untuk mencari babah lain buat Chinta. Dalam hati aku amat mengharapkan Luq tidak lupakan Chinta dan sentiasa ada ketika dia memerlukan.
" Tuh...Luq macamana? Ok tak dia tu?
" Dah ok sikit tetapi dia dah tukar hospital. Mak dia dengan perempuan tu pun tak tahu. Mungkin tak nak perempuan tu urus lagi. Perempuan tu asyik nak berubat kampung saja. Pandai-pandai cakap Luq kena buatan orang"
"Babah! Babah!...." Suara Chinta memanggil babahnya. Rindu barangkali. Aku mendapatkan Chinta dan memeluknya melepaskan rindu. Hanya babah yang dia ingat. Jarang sangat dia menyebut nama aku. Anak babah nii......aku mencium Chinta bertubi-tubi. Ingatan aku kembali mengingati Luq dan kami sama-sama mencium Chinta.
.....Sambung ....
Share this novel