"Kenapa abang tak datang di hari kebumian mama?" Terkeluar juga akhirnya soalan yang ingin sangat aku tahu. Aku hampir terlelap tadi, tiba-tiba aku teringat nak bertanya tentang itu. Lagipun aku tahu Luq belum lagi tidur.
"Seminggu abang nangis kenangkan mama. Serius abang tak tahu langsung mama sakit apa. Tiba-tiba Seri yang Telefon abang beritahu mama dah tak ada. Abang menyesal lama tak balik jenguk mama. Mama pun macam dah lupakan abang. Langsung tak Telefon , bila abang Telefon mama tak pernah angkat." Nada suara Luq bergetar .Aku tahu dia sedih.
"Sebenarnya abang tak boleh nak hadap Samiyah tu lagi. Dia kawal sangat mama tu. Abang balik rumah tu rasa panas dan macam ada gangguan saja. Setiap malam abang rasa ada makhluk tidur dengan abang. Abang dah lama tak balik kat rumah tu. Abang rasa tak sihat kalau berada dalam rumah tu lama-lama. Lepas abang balik jenguk mama hari tu, abang batuk berdarah dan badan abang rasa macam di cucuk-cucuk dengan jarum. Lemah sangat sampai tak boleh jalan. Semasa mama meninggal tu abang langsung tak boleh angkat kepala. Abang tak benarkan Laila pergi sebab abang takut Laila pun akan dapat penyakit yang sama. Ustaz yang berubat abang tu cakap abang kena sihir"
" Biar betul abang? Samiyah tu ke yang buat abang jadi macam tu?"
"Ustaz tu tak cakap la siapa, tapi dia cakap orang yang buat tu perempuan. Abang agak Samiyah tu la, abang tak nak tuduh-tuduh nanti dosa fitnah pula. Sekarang ni abang bersyukur ustaz tu dah dah berjaya buang sihir tu dan kembalikan semula pada tuannya. "
" Maafkan Laila, Laila dah silap menilai abang. Laila ingat abang sengaja tak datang uruskan jenazah mama. Kasihan mama.....papa abang tu....". Belum sempat aku habis cakap Luq terus potong cakap aku .
" Tak perlu cakap apa-apa tentang papa...abang pun tak sangka papa betul-betul melampau. Dia tahu mama sakit dan abang pun sakit, dia ambil kesempatan uruskan harta mama. Dah tu sekarang ni dia dah bolot semua harta mama"
" Dia tak ngaku Chinta tu cucu dia. Dia cakap Chinta bukan anak abang. Sakit pula hati Laila."
"Abaikan semua tu sayang .....sekarang ni abang tak nak tuntut apa-apa lagi. Biarkan papa, bukan boleh bawa mati pun harta tu. Abang nak hidup bebas dan bahagia dengan Laila. Cuma satu yang abang fikirkan, abang nak tuntut janji yang Laila buat dengan abang tadi. Besok kita balik rumah kita ya...." Luq tersenyum sambil angkat kening. Aku faham sangat apa yang dia maksudkan itu. Aku julingkan mata dan Luq mencubit pipi gebuku dan eratkan lagi pelukan. "Abang rinduu....katanya sambil mencium ubun-ubunku dan membelai perlahan rambutku. Aku rasa nyaman sangat hingga aku tidak sedar diri. Roh melayang sudah.
Aku tersedar bila mendengar rengekan Chinta , aku mahu bangun dan terasa seperti terkurung. Rupanya aku dibawah ketiak Luq lagi, masih dalam pelukan lelaki itu. Nasib baik tidak menjerit...sedar diri aku sudah bersuami semula. Perlahan aku angkat tangan sasa itu ke tepi dan merangkak turun dari katil. Chinta hanya mengigau dan tidur semula. Aku terus mencapai tuala dan bersihkan diri untuk solat. Kata doktor kalau nak badan kita sihat atau nak turunkan kolestrol kita mesti mandi sebelum waktu subuh. Aku buat macam tu dah lama... memang segar sungguh badan aku pagi-pagi.
Aku kejutkan Luq untuk imamkan aku solat subuh. Alhamdulillah...Luq mudah bangun macam dulu-dulu. Selepas solat aku terus masuk ke dapur sebelum mak. Luq pula aku minta tunggu Chinta. Aku nak masak nasi lemak kegemaran Luq. Cili kering aku kisar bersama bawang besar dan sedikit belacan. Aku masukkan sedikit minyak supaya baki biji cili lumat . Aku tumiskan cili kisar itu dalam kuali hingga betul-betul masak. Sementara menunggu cili masak aku basuh beras dan masak dengan santan. Aku potong bawang besar dan halia lalu masukkan ke dalam beras tadi . Tidak lupa aku masukkan sedikit garam supaya terasa lebih lemak santan . Aku biarkan nasi tu . Aku goreng pula ikan bilis dan ayam. Selepas cili betul-betul masak aku perasakan dengan garam dan gula. Aku kisarkan sedikit ikan bilis dan masuk ke dalam cili tadi....sedappp. Perasan sendiri.
" Mmm... Awalnya bangun ? Tidur lena ke? " Adik Na senyum-senyum. " Maaf kak , semalam Chinta nangis nangis cari kak Laila . Adik Na tak teman pun dia, adik Na takut ganggu kakak .
" Tak ada apalah....tak ganggu apa pun....dah biasakan dia tidur dengan ibu, itulah dia cari ibunya" Aku tahu adik Na sengajalah tu. Senyum-senyum pula...mesti dia ingat aku rasa terganggu. Aku bersyukur lagi adalah ....terselamat dari duda yang berpuasa lama.
" Nasi lemak janda baru kahwin dah siap.....". dik Na iklankan pula, bagusnya jenama yang dia pilih tu. Hampir tersembur air yang aku minum tadi. Kebetulan waktu tu Luq turun bersama Chinta.
" Abang Luq..Kak Laila masak nasi lemak janda baru kahwin ...kih..kih ". Dengan selamba Dik Na berlalu tanpa rasa bersalah apa-apa. Aku mencekak pinggang dari tadi tidak di pedulikan.
" Janda baru kahwin belum rasmi lagi" Luq bisik ke telinga aku . Meremang bulu roma aku seketika. Luq menjarak diri bila nampak kelibat emak yang keluar dari bilik. Aku jeling manja sambil menghidangkan nasi lemak panas-panas.
" Mmm....lega mak kalau selalu macam ni. Keluar bilik makanan dah siap. Cepat juga kau masak kan? Ada perubahan. Harap -harap jodoh hampa dua kekal sampai syurga "
" Aminnn". Serentak aku dan Luq mengaminkan . Dalam hati memang itu yang aku mahu. Terseksa juga hidup tanpa suami. Banyak cabaran yang harus ditempuhi. Harap -harap keputusan aku tepat Kali ini kerana mengikut kata hati .
" Assalamualaikum....." Chinta berlari mendapatkan tok wan nya yang baru pulang dari surau. Ayah memeluk lalu mendukung Chinta masuk ke dalam rumah.
" Cucu wan belum mandi ni...busuk sangat ni.". Chinta tarik muncung. Merajuk.
" Pi mandi dulu..kejap lagi nak makan kan? Minta Acu mandikan" Chinta terus berlari mendapatkan Acunya. Aku terus hidangkan makanan yang aku masak tadi. Hari ini rasa macam Chef pula, aku sendiri rasa masakan aku menjadi hari ini. Semuanya sedap . Aku perasan sendiri atau tidak, aku akan dengar komen dari semua.
"Wow ..aromanya macam sedap...rasa tak tahu macamana ni". Ayah orang pertama beri komen.
"Fuh...lamanya tak makan nasi lemak homemade ...mesti sedap kan." Luq tersenyum sambil memandang aku.
"Makanlah Luq, bini hang ni lama dah tak masak macam ni sejak hidup menjanda dia malaih masak"
" Ish ..mak ni . Nak masak kat sapa kalau dok sorang. Chinta pun bukan makan banyak pun."
Sedang kami menjamu selera , terdengar suara memberi Salam. Aku bangun untuk melihat siapa yang datang .
"Waalaikumussalam.....Ya...nak cari siapa ya? " Aku lihat seorang perempuan kurus kering sedang memandang aku tanpa kerdip. Aku memang tak kenal perempuan tu, tambah lagi muka di tutup dengan mask .
" Laila....Saya Samiyah, boleh tak saya nak jumpa Luq sekejap. Saya tahu dia dah kahwin dengan awak. Boleh panggil dia sekejap" Aku tidak menjemputnya masuk, tapi aku yang masuk panggil Luq yang baru nak tambah nasi lemak janda baru kahwin tu.
" Kenapa tak di jemput orang tu masuk Laila?" Mak melaung dari dapur. Mak tak tahu siapa yang datang . Luq basuh tangan dan keluar mahu melihat siapa yang mahu berjumpa dengannya tu. Aku saja tak beritahu dia. Sebenarnya aku sakit hati. Kalau aku tak benarkan dia jumpa dengan Samiyah tu nampak sangat cemburu aku . Aku memang tak nak ngaku depan Luq yang aku memang ada sifat cemburu yang berjangkit dari dia tu la...huh...betul ke berjangkit?
"Awak siapa? Luq bertanya hairan. Aku pasti Luq mesti tak kenal dia, memang berubah total.
" Abang Luq!! ..ni Samiyah" Bengkak rasa telinga aku bila dia panggil abang Luq. Mengada-ngada betul lah minah kurus kering ni.
"Samiyah??...ada apa? Sampai sini kau cari aku kan?." Aku nampak Luq takut-takut bila nama Samiyah di sebut. Mungkin dia teringatkan sihir yang di hantar kepadanya . Aku nampak wajah dia pucat .
" Saya nak minta maaf. Abang jangan marah dulu....Saya nak mohon maaf sebab dah ganggu keluarga abang. Saya dah terima balasan. Cuma satu saya nak mohon maaf sekarang ni. Abang tolong maafkan saya. Saya sedang menderita sekarang ni. Saya sakit abang. Tolonglah"
"Aku tak nak cakap apa-apa, aku cuma nak tahu apa yang kau dah buat dengan keluarga aku hah?" Suara Luq naik seoktaf. Aku tahu dia marah. Ayah aku meluru keluar bila mendengar Luq meninggikan suara. Mak dan dik Na menyusul lepas tu, terkejut mungkin.
"Saya dah guna-guna kan mak abang, supaya dia dengar kata saya. Saya dah hantar santau ke Laila tapi abang yang kena. Saya juga cuba guna-gunakan abang, tetapi abang tak makan makanan yang saya bawa. Dia tak menjadi....Tolong maafkan saya"
"Aku nak tahu apa tujuan kau buat semua tu? Kenapa kau kawal mak aku hah...sampai cakap aku pun dia tak dengar. Kenapa?
" Saya nak kahwin dengan abang. Lepas abang bercerai dengan Laila ,Mak Cik Irah cakap nak kahwinkan abang dengan saya. Bila abang tolak cadangan tu saya sakit hati . Sebab tu saya cuba buat macam-macam. Saya minta maaf ...tolonglah abang ."
"Kau balik boleh tak? aku tak boleh tengoklah muka kau. Aku selalu sakit-sakit bila melawat emak aku. Kau buat apa pula yang tu?
" Yang tu peneman Cik Irah...dia kan tinggal seorang. Yang tidur dengan abang bila abang balik rumah tu benda tu lah....dia nak jaga abang juga."
" Macam-macam kau buat kat mak aku kan? Ayah aku tinggalkan aku dengan mak aku pun ada kena mengena dengan kau ke?
" Bukan saya, tapi mak Cik saya. Sebenarnya Mak Cik saya yang ada ilmu tu. Saya ikutkan aja. Sekarang ni mak Cik pun tak sihat... macam tu juga dengan papa abang "
"Allahu.....kamu semua ni tak takut azab Allah ke hah? Dah lah harta mak aku kau orang sapu, haih...macam-macam lah.". Aku nampak wajah Luq memerah. Tangannya di genggam hingga mengeletar seluruh tubuhnya. Dadanya berombak. Aku tahu dia sangat marah. Kalau tak sabar aku rasa Samiyah ni dah tak bernyawa dah ni.
"Abang...istiqfar abang...ingat tu dia datang minta maaf " Aku Cuba memujuk Luq. Aku tahu Luq akan lemah dengan sentuhan aku. Aku Cuba sahaja tetapi ...memang betul Getaran tubuh Luq berkurang. Nafasnya juga semakin teratur.
"Aku tak boleh terimalah apa yang kau buat. Aku nak maaf macamana?
" Tolonglah abang....Cuba abang tengok muka saya ni " Samiyah menarik mask yang menutup mukanya. Aku pun terkejut beruk . Mukanya merah menyala dan ternampak isi-isi muka penuh dengan nanah. Chinta terus menangis melihat wajah itu, adik Na memujuk dan mendukung Chinta masuk ke dalam . Macam hantu...bahagian mata sahaja yang ok sikit.
" Orang yang rawat abang mungkin tinggi ilmunya, dia hantar semula kepada Mak Cik. Mak Cik tak dapat ubat dirinya lagi. Dia lumpuh sekarang ni. Saya datang bagi pihak dia. Kalau abang maafkan kuranglah sikit sakitnya tu "
"Sekarang ni kau balik dulu...aku tak boleh la nak fikir sekarang ni....balikkkk....balikkk...."Luq terduduk. Menanggis teresak-esak. Aku cuba tenangkan dia.
"Dia dah balik dah ...Jom masuk ke dalam" Ayah menepuk perlahan bahu Luq dan melangkah masuk ke dalam rumah. Sebenarnya semua orang terkejut dengan kehadiran Samiyah pagi ini. Tahu pula dia cari Luq kat rumah ni.
.......Sambung.....
Share this novel