Chinta dibawa ke hotel yang kami tempah untuk 3 malam. Bilik itu telah ditempah oleh Zaheer. Aku tidak sempat untuk berfikir tentang Itu semua. Kepala aku serabut sangat. Aku biarkan sahaja urusan itu dikendalikan oleh emak dan ayah.
Aku masih di hospital menunggu perkembangan terbaru Luq. Seri juga masih di sini sedangkan keluarga dia sudah pun pulang. Mama dan papa mertua aku juga masih di sini. Menunggu Luq sedar. Kata doktor mungkin dia akan mengambil masa yang agak lama untuk sedar bergantung keupayaan pesakit melawan ubat bius yang di berikan.
Seri mengajak aku ke cafe berdekatan. Kami masih lagi berada di kawasan hospital. Malam masih muda. Aku dan Seri bersembang tentang Luq.
"Luq dah beritahu aku tentang hubungan kau orang"
"Ya ke? Dia cerita apa?
" Kau bekas isteri dia. Kau jadi isteri di tak sampai 24 jam. Betul ke macam tu?
"Kau percaya??"
"Aku? Tak nak percaya tetapi aku rasa aku kena percaya, kerana Luq tak pernah tipu aku "
". Betul ke dia tak pernah tipu kau? Dia pernah kahwin pun dia tak cakap, macamana kau yakin dia tak pernah tipu kau?? Seri dengan mencebik bibir memerhati aku atas bawah.
" Aku tahu la suami aku. Kes dengan kau tu itu bukan dia tipu, dia cuma terlambat beritahu aku. . Aku tahu yang keluar dari mulut Luq betul belaka"
" Yakinnya kamu, Kau memang isteri yang baik kan? Semua kata suami kau percaya bulat-bulat.
Kalau aku cakap aku pernah tidur dengan Luq, kau percaya aku atau kau percaya Luq? Seri masih dengan sinisnya.
" Macam aku kata la... Aku percayakan Luq lebih dari aku percayakan kau." Mahu sahaja aku pergi dari situ. Meluat aku nak sembang dengan Seri. Aku ingat dah insaf, rupanya masih mahu membuat hati aku sakit.
"Kau tak nak tanya atau komen apa-apa ke? Aku nak tengok setakat mana kau percayakan dia"
Nak ikutkan kata hati mahu sahaja aku tanya tentang kesahihan teruna Luq. Malu pun ada, nanti tak pasal-pasal Seri gelakkan aku lagi. Ah... biarlah, yang penting aku nak tunggu Luq sedar dan aku nak minta maaf pada dia.
" Sebenarnya... Aku kahwin dengan Luq lepas kami di tangkap berkhalwat. Aku tak tahu siapa punya kerja. Tapi aku yang di tuduh merancang semua ni. Semua orang pandang serong pada aku. Tapi aku nak kau percaya, memang aku tak pernah pun berniat nak buat tak baik dengan Luq. Aku akui memang aku ada perasaan dengan Luq. Tetapi sampai nak jebakkan diri sampai macam tu, tak telintas langsung. ". Seri menyambung ceritanya lagi.. Kali ni aku terasa nak dengar pulak. Ada sedikit ketulusan di situ.
" Sampai sekarang kau tak tahu siapa perangkap kau orang? Seri gelengkan kepala.
"Tak buat laporan polis?" Terfikir juga apa yang terjadi terjadi antara mereka berdua.
" Tak... Aku tak ada apa-apa nak di jadikan sebagai bukti. Yang aku ingat....aku masuk ke rumah sewa tunang kawan aku. Dia cakap tunang dia tak ada. Aku cuma nak tumpang bilik air. Aku ingatkan rumah tu tak ada orang. Aku pun cuci kain aku yang kotor tu. Aku hanya pakai baju sahaja tanpa kain. Tetiba ja Luq keluar dari bilik. Pada masa tu la pencegah maksiat datang. Aku cari kawan aku dah tak ada. Sebab tu Luq tuduh aku perangkap dia. "
" Kenapa Luq pula ada dalam rumah tu. Aku tak pernah pun tahu yang Luq pernah sewa rumah kat situ.? "
" Ouh... Dia dulu kan pernah kerja kat Syarikat Q, dia tak bagitahu kau ke? Tengok.... Kau belum habis lagi kenal suami kau. Kau tahu ke berapa ramai perempuan yang jadi girlfriend dia sebelum kau?
" Itu kisah lama la... Dia pun tak tahu aku kawan dengan siapa sebelum dia. Sebenarnya kami memang tak mahu ungkit kisah silam kami. Sebab tu dia tak cerita yang dia pernah kahwin dengan kau walaupun tak sampai sehari. Sebab itu aku akan selalu percayakan dia.
" Aku nak kau jujur Seri. Serius. Aku nak tanya kau., Betul ke kau dengan Luq tak pernah urm.. Urm....". Kenapa ni.. tergagap pula mulut aku ni. Ish.. malu pula nak ambil tahu kisah dalam selimut ni. Ah.. Biarlah.
" Urm... Urm.... apa?, Ouh... Aku tahu kau nak tahu kan? Seri dah gelakkan aku. Malu betul aku.
"Sebenarnya Luq tak pernah pun sentuh aku. Kau tak tahu ke atau saja buat-buat tak tahu yang dia teruna atau tidak. Tanya otak kau. Apa yang kau fikir? Bertuah kau dapat kahwin dengan Luq". Nampak kekecewaan Seri di situ. Aku menunduk dan air mata ni tiba-tiba tidak mahu berhenti pula. Aku rasa bersalah pula pada Luq kerana tidak percaya pada dia. Nasib baik aku pertahankan keyakinan aku pada Luq tadi. Dia memang tidak pernah menipu.
" Aku memang bertekad mahu mencuba rebut hati Luq lagi. Masa kau orang kahwin, akulah orang yang paling kecewa. Aku nampak dia begitu gembira dan bahagia. Masa tu aku rasa nak ganggu rumahtangga kau orang walaupun aku tahu Luq tak perlukan aku.
" Sekarang ni lain pula, aku rasa kasihan pada dia. Aku dapat lihat betapa Luq perlukan kau, aku rela lepaskan dia untuk kau. Aku tahu Luq betul-betul cintakan kau Laila. Jika tidak, tak akan dia menangis hiba bila kau minta dia pergi., aku pun sakit hati bila kau buat dia macam tu, nasib baik mama dia tak tahu tau. Kalau tidak mesti kau yang disalahkan dengan apa yang terjadi pada Luq hari ini. "
" Sebenarnya aku memang rasa bersalah buat dia macam tu. Aku mahu tunggu dia sedar. Aku nak minta maaf." Aku berterus-terang tentang perasaan aku. Sungguh aku rasa sebak melihat keadaan Luq. Aku takut dia menutup mata sebelum memaafkanku. Dalam diam aku berdoa yang baik-baik tentang Luq.
" Hello... Laila. Laila ada kat mana? Luq dah sedar ni. Dia asyik sebut Laila sahaja. Cepat datang". Mama Luq memberi khabar gembira. Aku bersyukur sangat.
"Alhamdulillah.... Laila ada kat cafe dengan Seri. Kejap lagi Laila datang. "
"Jom lah... Luq dah sedar.". Aku ajak Seri pergi dan bergegas semula ke wad. Seri sempat meninggal pesan supaya aku menjaga Luq dengan baik.
Dari jauh aku nampak Luq tersenyum bila nampak aku yang sedang berjalan dengan Seri.
"Laila.... Jangan tinggal abang lagi. Abang minta maaf, abang takut tak dapat jumpa Laila lagi. Abang perlukan Laila... Huk.. Huk.." Dirayunya aku bila aku dah ada depan dia. Terkedu semua orang memerhati kami. Luq dah meroyan
macam aku dah pun tinggalkan dia. Mama dan Papa Luq memandang aku tanpa kerdip. Mungkin cuba menghidu sesuatu tentang hubungan kami. Luq memang nampak bimbang sangat.
" Abang.... Laila tak kan ke mana-mana. Laila ada ja kat sini. Abang jangan risau. Abang rehat la. Semua ada kat sini.
" Mana Chinta? " Dengan suara perlahan dan matanya melilau merata mencari Chinta.
" Chinta ada dengan mak, esok Laila minta mak bawa dia ke sini ya. Abang jangan gerak banyak, abang masih lemah" aku cuba tenteramkan Luq. Akhirnya dia pun memejamkan matanya dengan tangannya masih menggenggam tangan aku dengan erat. Aku dengan perlahan melonggarkan genggamannya kerana petugas hospital sedang menunggu akan bawakan Luq ke wad biasa.
Esoknya, Chinta di bawa berjumpa babahnya. Mericau mulutnya, mungkin hairan melihat kaki tangan yang berbalut dan wajah babah yang membengkak membuatkan dia sedikit takut. Luq masih lena ketika Chinta sampai. Aku mengejutnya perlahan supaya dia dapat melihat Chinta. Sebenarnya kanak-kanak tidak digalakkan melawat. Aku cuma bawa sebentar Chinta bertemu babahnya.
Luq terus memeluk Chinta lama dan menciumnya. Hampir lemas Chinta. Dia meronta takutkan babahnya yang dah jadi muka orang lain. Adik membawa Chinta keluar supaya dia lebih tenang.
Ayah dan Zaheer masuk melawat Luq.
"Luq... Ayah doakan Luq cepat sihat. Banyakkan rehat.
Luq mengangguk lemah sambil memandang Zaheer yang juga mengucapkan selamat padanya. Luq pandang aku dengan mata yang berkaca. Aku tak dapat tebak apa yang sedang dia fikirkan. Cumanya aku dapat merasa genggaman tangan Luq semakin kuat bila Zaheer bersuara. Aku tahu dia tidak selesa dengan kehadiran Zaheer di situ. Mungkin saka cemburunya datang lagi. Aku pun tak tahu.
"Emak dengan ayah nak balik petang nanti. Kami akan bawa Chinta bersama. Boleh kan Luq? Laila akan jaga Luq. Sementara tu biarlah mak jaga Chinta ni. Nanti bila Luq sembuh sikit bolehlah Luq lawat dia ya" Mak cuba minta kebenaran Luq. Nasib baik dia mengangguk. Tanda setuju lah tu.
"Luq ni biarlah mama jaga, hingga dia sembuh. Laila kan sekolah. Tak perlu ambil cuti lama-lama nanti prestasi kerja Laila menurun pula". Niat Mama mertua aku ni baik tapi aku rasa yang perlu bertanggungjawab adalah aku.
" Tak apa ma, untuk minggu ni Laila boleh jaga. Lepas seminggu ni, cuti sekolah pula. Senang la sikit Laila nak jaga abang.. Kita boleh sama-sama jaga.
" Tak apa kalau macam tu. Luq akan tetap tinggal di sini. Mama boleh jaga dia, lagipun Seri ngajar dekat-dekat sini saja. Dia boleh juga tengok-tengokan Luq"
Sakit pulak hati aku bila mama sebut nama Seri. Suka sangat kot Seri jadi menantu dia semula. Aku tak boleh terima la bila orang luar yang tiada apa-apa hubungan dikaitkan dengan Luq walaupun bekas isteri. Kenapa mak mertua aku ni?? Seri pula yang dia nampak untuk tengok-tengok Luq. Macamana dia orang fikir ek???
........... Sambung......
Share this novel