Kami masih di kampung mengutip saki baki pinggan mangkuk kenduri yang masih belum di basuh. Menyusun atur semula kelengkapan rumah seperti sediakala. Aku bangga, Luq memang ringan tulang. Macam-macam kerja dia buat. Dia tidak duduk saja, ada saja kerja dia buat. Aku curi-curi memerhati setiap gerak gerinya. Terasa cinta dari dalam hadir padanya. Tambahan pula dia sering melirik ke arah aku sambil tersenyum. Sungguh aku mengaku dia cukup sempurna membuatkan aku rasa sangat bertuah memilikinya.
Teringat peristiwa semalam...aKu dan dia bersama mengendali arah hidup kami. Membunuh Syaitan durjana yang bertempiaran dengan kecewa. Aku serah jiwa raga untuk mencari bahagia bersamanya. Aku tahu dia pun begitu, berkali - kali membisikkan kata cinta dan sayangnya padaku. Akan ku simpan bahagiaku di sanubari dan tak kan ku lupa selamanya.
Hari bahagiaku lalui bersama Luq sungguh indah sekali. Setiap masa kami ada bersama seperti tidak mahu berpisah. Dimana ada aku, disitu ada dia. Kami masih tinggal bersama keluarga aku di kampungku. Kadang-kadang kami bertukar angin bermalam di rumah ibubapa Luq, maklumlah masing-masing belum ada kerja, masih menunggu peluang posting jika ada kekosongan. Kami cuti sepuas-puasnya.
Menunggu posting UPSI bergantung kepada kekosongan jawatan. Sementara menunggu posting Aku dan Luq membuat keputusan untuk mendaftar diri sebagai guru ganti di sekolah di sekitar kawasan rumah kami.
********************
Alhamdulillah... Aku dapat menjadi guru sementara dekat sekolah aku praktikum hari tu menggantikan Cikgu Zaida yang baru bersalin.
Sementara Luq pula menguruskan pusat tuisyen. Kebetulan rumah kakak Luq kosong. Kami ubah suai menjadi 5 kelas. Tenaga pengajar terdiri dari kawan-kawan dan guru sekolah. Alhamdulillah rezeki kami, ramai pelajar mendaftar di pusat tuisyen itu.
Kami menyewa rumah dekat taman perumahan yang sama dengan pusat tuisyen. Kebetulan ada rumah kosong disitu. Juga dekat dengan tempat aku mengajar.
Setiap pagi Luq akan menghantar dan mengambil aku dari sekolah. Sebelah petang atau kadang-kadang malam dia akan mengajar juga si pusat tuisyen tersebut. Aku cuma menjadi guru ganti mana-mana rakan yang tidak dapat hadir di pusat tuisyen tesebut. Alhamdulillah... Semuanya berjalan lancar
"Abang... tadi ada parent tanya dia nak daftar 3 orang anaknya. Ada diskaun tak??
" Tingkatan berapa?
"emm..... Tingakatan 3, tahun 6 dan tahun 5"
" Ouh..boleh bagi diskaun tu... Kita beri galakan. Dapatkan semua jumlah dulu, sebab 3 anak kita bagi diskaun tiga puluh ringgit. Ok tak sayang?"
" Eh ok juga tu. kalau hantar anak ramai diskaun lagi banyak la kan. Ok.. Ok... Laila setuju"
Hari ni Luq dapat panggilan guru ganti di sebuah sekolah rendah. Tapi dia tolak sebab sibuk dengan urusan kelas tuisyen yang tiada kerani . Luq jalankan dua kerja, Kerani pendaftaran dan juga tenaga pengajar. Letih juga. Kadang-kadang dia minta tolong sepupunya Shukri untuk menguruskan Pusat tuisyen itu.
Setiap hujung tahun, pusat tuisyen kami akan menjadi sibuk dengan pendaftaran pelajar. Walaupun UPSR dan PT3 telah dimansuhkan, ibubapa akan menghantar juga anak untuk mendapat lebih maklumat ilmu untuk kebaikan anak mereka.
Oleh kerana Luq begitu sibuk, dia tidak dapat mengambil aku dari sekolah. Aku beritahu yang aku akan tumpang Mieja kerana rumahnya sehala dengan rumah aku.
Aku terlupa yang Mieja ada kelas tuisyen hari ni. Dia akan pulang lewat dua jam dari masa yang sepatutnya cikgu-cikgu balik. Jadi aku pun telefon Luq untung- untung dia tak sibuk.
"Sayang.... hari ni abang tak sempat la nak ambil. Sori sayang.
" Tak apalah abang... Tengoklah siapa-siapa yang balik awal Laila tumpang"
" Balik dengan aku Laila, aku nak balik dah ni"
Kebetulan semasa aku bercakap dengan Luq, Mizan rakan guruku offer nak tumpangkan aku balik."
"Siapa tu sayang? Kenapa?
" Oh.. Tu Mizan.. Dia dengar Laila cakap tadi tak ada siapa nak tumpang balik. Dia offer la nak hantar......kalau Laila balik dengan diaaa...... " belum sempat aku habis cakap Luq dah potong.
" Tak payah tumpang dia. Tunggu Abang ambik. Abang minta Shukri tolong jaga Pusat Tuisyen ni" Aku tarik nafas lega. Boleh pulak tinggal kerja dia sebab nak ambil aku. Untung juga ya ada suami cemburu.
Sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di tempat duduk kereta. Luq terus gengam tangan aku dan menciumnya.
" Sayang.. . jangan tumpang lelaki mana pun, abang tak suka. Abang harap sayang boleh ikut kemahuan abang. Abang harap sayang faham kehendak abang. Abang merayu. Hati abang tak tenteram bila itu terjadi. Abang rasa sayang akan jauh dari abang bila tumpang orang lain" Luq dengan serius menyatakan perasaannya.
Aku sebagai seorang isteri faham perasaan dia. Aku tersenyum bangga. Aku dapat rasakan kasih sayang Luq. Aku akan menjaga hatinya sebaik mungkin. Aku akan mengelak buat benda yang dia tidak suka. Hari ni aku telah belajar sesuatu. Luq tidak suka aku tumpang mana-mana lelaki pun.
Luq terus hantar aku dirumah. Selepas solat Zuhur Luq pergi semula ke Pusat Tuisyen. Aku rehatkan diri sekejap sementara menunggu Asar. Tanpa sedar aku terus terlena.
Bila aku jaga, aku nampak Luq dah ada depan mata sedang merenungku. Aku bingkas bangun dengan terpisat-pisat.
"Aik, awalnya abang balik. Selalunya lepas Maghrib kan?
" Ouh... Hari ni rindu sayang. Entah kenapa asyik teringat sayang ja. Pergi mandi sana dan solat. Lama dah masuk asar tu."
"Mandi? Tadi balik sekolah dah mandi la." aku hairan kenapa di suruh mandi lagi.
"Abang nak sayang wangi-wangi sikit untuk abang sambil menjeling manja. Abang balik penat tau. Kalau sayang wangi abang jadi segar"
Luq melirik ke aku yang jadi dah tak keruan. Aku terus lari menghilangkan diri ke bilik. Busuk ke aku ni???
Selesai solat, aku membuat teh untuknya. Empat biji karipap segera aku goreng untuk dihidangkan. Sebaik meletakkan air dan kuih diatas meja, Luq tarik tangan aku dan minta duduk dekat dengan dia.
"Sayang ni baik la... Abang bahagia dengan sayang. Jangan duakan abang ya."
Aku hairan Luq selalu sangat pesan macam tu kat aku. Macam la aku ni suka sangat buat benda macam tu.
"Dapat suami macam abang, mana boleh cari yang lain. Abang hensem, baik dan sangat romantik. Mana boleh Laila menduakan abang. Abang dah yang terbaik buat Laila. Jangan curiga dengan Laila."
"Abang nak Laila janji dengan abang. Janji sekarang" Luq bersuara dengan wajah serius, macam takut aku menduakan dia.
"Ya... Laila janji abang sorang saja yang Laila sayang, tiada yang lain." aku mengangkat tangan seperti baca ikrar. Aku nampak Luq senyum bahagia.
Kami menikmati minum petang bersama sambil bercanda dengan rasa bahagia.
******sambung******
Share this novel