Bab 26 Jumpa lagi?

Short Story Completed 83757

Lagi satu minggu cukuplah tarikh due. Aku banyak duduk di rumah. Perut aku sekali sekala mengeras. Mungkin baby dah besar, tiada ruang lagi nak bergerak di dalam perut.

Malam ni aku rasa macam nak makan mi ketam yang sedang Viral sekarang ni. Pada siang tadi tak terasa. Malam nak tidur mi terbayang saja dimata aku. Aku beritahu Luq aku nak makan sebelum bersalin. Masa tu Luq dah pun tidur, nasib baik dia mahu melayan keinginan aku itu.

Luq membawa aku ke restoran seafood Qari. Kami memesan sepinggan mi goreng ketam dan sepinggan mi kuah ketam. Hah... Kedua-dua pinggan aku yang punya. Luq tersenyum memerhati gelagat aku.

Aku makan mi goreng ketam. Hampir setengah pinggan, kemudian barulah aku beri pada Luq. Aku makan pula mi kuah ketam. Aku cuma beri Luq rasa sahaja. Yang lain aku yang bedal. Jahatkan aku? Luq sebenarnya tidak mahu order apa-apa untuk dia sebab dia dah kenyang. Dia mahu melayan kerenah aku sahaja. Aku yang order mi ketam mengikut kehendak aku.

"Abang... Terima kasih kerana melayan Laila. Laila minta maaf sangat-sangat. Kalau Laila
dah tak ada, ampunlah dosa Laila yang menyusahkan abang ni. Andai kata Laila mati semasa lahirkan anak kita, mata Laila mungkin rapat tutupnya kerana semua keinginan Laila dah abang tunaikan. Terima kasih sekali lagi abanggg..... Laila akan ingat sampai bila-bila. " Aku menyeka air mataku yang menitis laju.

"Laila... Kenapa cakap macam ni. Abang akan buat apa saja untuk Laila. Laila cinta hati abang sampai mati. Abang belum puas lagi bersama Laila. Jangan tinggal abang sayang...." Luq menyapu air mata di kelopak mataku dengan wajah yang terharu.

Selesai makan, Luq memimpin tanganku hingga ke kereta. Aku masuk perlahan ke tempat duduk hadapan seperti biasa. Perutku terasa lain sedikit, berat dan cekang. Kadang-kadang terasa senak. Jantung berdegup laju, sebenarnya aku takut itu tanda-tanda awal bersalin.

Selepas menutup pintu kereta sebelah pemandu, Luq di sapa oleh seseorang. Aku terus berpaling melihat empunya suara. Tak ku sangka Seri rupanya.

Hai Luq.... Apa khabar? Nampak bahagia sekarang.". Aku geram juga dengan Seri ni. Luq yang ditegurnya bukan aku. Ikut logik akal orang normal, sepatutnya Seri tegur aku bukannya Luq. Seri ni sesuatu sangat. Aku tahu dia sengaja mahu aku cemburu. Huh... Cemburu? Aku bukan jenis itu. Kalau Luq mungkin dah berasap telinga jika ada orang tegur aku begitu.

Aku ingat dia sudah berhenti mengganggu kami. Rupa-rupanya dia tidak serik untuk terus menyakitkan hati aku. Sejak kejadian dulu, dia tak langsung hubungi Luq lagi. Kalau pun masih berhubung , itu aku tak tahu. Luq tak mungkin tipu aku kot.

Seri melihat aku dengan senyuman sinis. "Mengandung? Dah berapa bulan? Dia memandang perut aku kemudian pandang Luq. Aku nampak Luq biasa saja. Sepatah pun tak cakap apa.

" Dah 9 bulan ni. Cuma tunggu hari aja. Kau dari mana Seri? Aku menjawab cepat-cepat, nak tunggu Luq jawab? Huh.... buat-buat terkejut ke apa.... masih terkejung di situ. Aku tak mengharapkan Luq jawab tapi aku harap dia masuk ke dalam kereta cepat-cepat.

"Aku ada kursus kat Langkawi. Saja aku singgah sini. Ada saudara kat sini. Tak sangka pula terjumpa awak berdua kat sini. ". Macam kebetulan pula Seri ni, dalam hati aku terdetik dimana ada Luq, di situ la ada dia. Hi....geramm.

" Dah dapat posting ke Luq? Senyap ja. Kenapa ? Kau takut isteri ke? Kenapa sombong sangat dengan aku. Laila marah ke?

" Belum lagi...tak ada rezeki lagi kot" Luq menjawab ala kadar sahaja. Mungkin dia nak jaga perasaan aku. Kalau aku tak da tak tahulah layanannya pada Seri.

Terasa hendak ke tandas pula. Aku cepat-cepat minta diri dan tergesa-gesa pergi. Kata orang rambut anak yang buat ibu rasa nak terkencing. Bukan boleh lambat sikit ke tandas, boleh terkencing di situ juga.

"Kejap Laila abang temankan. Laila dah tak boleh pergi tanpa abang. Oklah Seri... aku nak teman Laila ke tandas.

Kami tinggalkan Seri di situ dan Luq memimpin tangan aku ke tandas. Biarlah... aku perlu tunaikan hajat yang perlu disegerakan bukan sengaja nak elak. Luq hantar aku hingga ke pintu tandas.

"Hati-hati sayang. Jaga jalan tu, takut licin"
Aku perlahan-lahan masuk ke tandas. Sungguh berhati-hati.

Selepas keluar tandas, Seri belum pergi. Apa yang dia nak tak tahu lah.... Dari jauh aku nampak keramahan Luq... Tak boleh percaya juga lelaki ni. Depan aku bukan main kau ye. Hati aku mula sakit. Cemburu? Tak... Tak....bukan aku yang cemburu itu. Orang lain.... Aku cuma sakit hati dengan lakonan mereka.

Bila aku sampai... Seri cepat pulak minta diri. Betul-betul menguji kesabaranku. Berbakul aku maki dia dalam hati. Aku beristiqfar sebab makian itu. Semoga Allah membentuk jiwaku ini menjadi kuat dan tabah dengan dugaannya.

Aku hanya diam membisu sepanjang perjalanan kami. Geram pula aku bila Luq pun diam juga. Ingatkan nak pujuk aku. Aku yakin dia tahu yang aku terasa tentang dia dengan Seri tadi.

Aku mula tak sedap hati. Apa hubungan Luq dengan Seri. Aku nak diamkan saja. Tapi.... Hati di dalam ni ingin tahu sangat.

"Abang ada rahsiakan sesuatu dari Laila?

" Eh... Rahsia apa. Tak ada rahsia apa-apa pun. Apa maksud awak, Laila?

"Hubungan abang dengan Seri? Macam sesuatu la...

" Hish... mana ada. Laila pun tahu kan kita kat Upsi sama-sama. Laila masih syak bukan-bukan. Laila tak percayakan abang ke?

"Bukan tak percaya. Abang mesra sangat masa Laila tak ada. Setakat ni Laila masih percayakan abang. Tapi.... Jangan sampai Laila tahu abang ada sembunyikan sesuatu. Laila tak akan maafkan abang."

" Laila cemburu?

" Bukan Laila la nak cemburu. Kalau Laila sembang macam tu dengan mana-mana lelaki abang mesti marah kan?

" Memang la marah sebab abang seorang yang cemburu. Laila abang punya. Abang tak boleh tengok Laila sembang dengan lelaki lain. "

" Habis tu sebab Laila tak cemburu, abang boleh sembang dengan semua perempuan ke? Tak boleh ke nak jaga hati Laila ? Tak faham lah Laila.... abang tak benarkan Laila buat macam tu.. Tapi abang yang buat. Macamana tu?

" Abang cuma sembang biasa ja dengan Seri tu. Dia tanya abang jawab la. Abang diam dia kata abang takut bini pulak"

"Tak...tak...masalahnya bila Laila ada depan mata abang, abang diam saja, buat tak layan si Seri tu. Bila Laila ke tandas tadi, amboi boleh tersenyum sengih pulak. Abang ingat Laila tak nampak ke?

" Oh... Kalau Kes macam ni, Abang tahulah sebenarnya Laila cemburu tu, Laila yang tak sedar Laila pun cemburu kan? " Sakit hati aku di tuduh cemburu. Masalahnya aku rasa mereka ada sembunyikan sesuatu. Sebab tu aku sakit hati sangat.

"Abang tak mahu kita hubungan kita macam ni. Laila jangan syak wasangka dengan abang. Abang janji abang tak kan sembunyi apa-apa. Abang harap Laila pun macam tu."

Aku cuma mengangguk tanda setuju. Sebenarnya aku tak sedap hati. Luq macam nak tutup kes saja. Dalam hati aku masih terfikir ada sesuatu antara mereka berdua. Aku cuba buang perasaan tidak sedap itu.

Malam itu aku tak putus-putus memohon maaf pada Luq sebelum tidur. Terasa satu perasaan sayu dihati. Rasa takut menanti kelahiran zuriat pertama ini. Masih ada ke esok untukku.

........

Jam 5 pagi. Rasa macam kelangkangku sedikit basah. Mimpi terkencingkah aku? Mata masih ku pejam. Berat rasa badan ni nak bangun. Cuba untuk terus lena. Critt... Keluar lagi air... Aku buka mata. Betul ke mimpi? Aku berjalan perlahan ke bilik air. Huh! Semakin banyak air keluar seperti kencing. Aku terus mandi.

"Abang...." aku perlahan memanggil Luq. Luq masih tak sedar apa-apa. Kata rakan aku, kalau rasa sakit terus mandi. Lagi cepat proses bersalin. Aku kejutkan Luq bila terasa perutku sedikit memulas.

"Abangggg! Bangun. Rasa macam dah sampai masa ni abang.... Air ketuban kot dok keluar ni.. Macam kencing."..

"Hah.... Cepat siap.... Abang start kereta.." Luq seperti orang latah... Terus nak start enjin.

"Abang.... Releks.... Tarik nafas.. abang cuci muka dulu. Sempat lagi ni kalau nak mandi. Laila ok lagi ni" Baru kini aku tahu Luq gelabah juga orangnya. Hari ini aku pula lebih tenang dari dia

" Emm..... Terkejut abanggg... Abang tak nak mandi. Abang takut tak sempat. " Luq membasuh mukanya dan terus siap. Di bawa barang bayi ke kereta.

Luq memimpin aku ke kereta. Sejuk tangan kami keduanya. Ya lah.... masing-masing mengalami benda baru. Kami bertentangan mata sambil tersenyum." Abang sayang Laila sangat-sangat. Jangan tinggalkan abang"

Luq memegang tangan aku sepanjang perjalanan kami ke hospital. Aku pun seperti tidak mahu melepaskannya.

"Abang.... Laila minta maaf segala perbuatan Laila pada abang. Laila tahu, Laila banyak dosa dengan abang. Laila takut mati dalam keadaan berdosa." Menitis air mata aku memikirkan dosa-dosa lalu. Aku terbayangkan jika aku keseorangan mengalami saat-saat cemas macam ini tanpa Luq. Apa yang bakal terjadi, aku tak boleh gambarkan. Aku bersyukur sangat kerana Luq betul-betul ambil berat. Mana mungkin aku buang dia begitu sahaja dalam hidup aku.

........ sambung.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience