Bab 3 Sakit

Short Story Completed 83757

"Laila.... Tunggu. Aku nak cakap sikit.". Luq menghampiri ku, ternyata kali aku nampak dia macam serabut sikit, macam ada masalah. Kesian pulak aku lihat keadaannya.

" kau kenapa Luq, ada masalah? Kenapa?" aku mula simpati padanya. Serius saja tanpa senyuman. Lain dari biasa.

" Aku sakit Laila, aku sakit" sambil menunduk aku nampak titisan air mata dari tubir matanya.

" Sakit apa Luq, gitau aku, kau kenapa Luq?" aku jadi cemas dan pada masa yang sama aku pun terasa sakit juga.

" Kalau aku mati, kau sedih tak Laila?"

"Luq! Luq! Kau sakit apa Luq? Serius ke sakit kau? " Jangan buat aku takut macam ni Luq, nanti dada aku sakit. Bagitau aku kau sakit apa Luq?

" Aku ada penyakit hati Laila... Mahu tak kau selamatkan aku dengan serahkan hati kau kat aku, jika tidak aku akan mati Laila.

"Ya Allah.. betul ke ni Luq??? Kau jangan main-main Luq"

Kau tau sejak bila hati aku sakit??? Sejak kau tak percayakan aku. Aku sayang kau Laila..aku cinta kauuu.... dia ulangi lagi perkataan itu untuk sekian kalinya... Aku terkedu.

" Ishhh.....kau ni kan? Hi.. Kau biasa makan kasut tak? Kalau hilang sabar aku... Kenyang kau dengan kasut ni.. Buat main-main pula hidup dan mati. Benci la macam ni."

"Luq.. dah banyak kali aku cakap , aku tak sesuai untuk kau. Aku... Aku...takut kau malu nanti. Sekarang ni mungkin kau tak rasa, tapi masa ke depan ni kita tak tahu."

"Aku serius Laila, perasaan aku ada untuk kau. Dah lama aku nak bagitau kau, yang aku dah lama jatuh cinta kat kau... Tapi aku takut nak luahkan. Aku sebut suka pun kau dah marah, inikan cinta. Tapi bagi aku perasaan yang hadir ni adalah cinta sebenar Laila."

"Dah lama dah aku rasa, jantung aku selalu berdegup kuat bila kau dekat dengan aku." Siang malam aku selalu ingat kau, makan aku tak kenyang, mandi aku tak basah, aku asyik ingat kau.. Kau mandrem aku ke Laila... "

"Eeee...dari aku mandrem kau lagi baik aku doakan kau cepat dapat jodoh."

"Amin... Moga-moga jodoh aku tu kau."

"Ish... Kau ni Luq..... Ke situ pulak perginya. Macam ni la Luq, kita tak tahu hubungan ni akan berjaya atau tak sebab aku ni belum berminat nak cari jodoh.

Aku dengan kau, kawan ok. Belum masa aku nak bercinta. Kalau kau minta lebih, aku belum bersedia jadi kau jangan paksa aku. Buat masa ni kita tak terikat mana-mana. Kau boleh kawan dengan siapa yang kau suka... Begitu juga aku. Kalau jodoh aku dengan kau, aku akan terima.

"Aku memang mengharapkan lebih dari itu Laila. Aku akan tunggu kau Laila" Luq selalu buat lidah aku kelu. Aku tak tahu bagaimana nak mematahkan kata-katanya.

Sebenarnya, aku belum yakin dengan diri sendiri, diriku masih menolak aura positif yang ada pada Luq. Aku... Sebetulnya masih tidak percaya yang dia betul-betul sukakan aku.

Aku tak tahu apa jadi kalau Luq betul- betul sakit.
Aku sebenarnya risau sebab aku rasa aku dah mula sayang dia. Aku beri peluang pada diri aku untuk lebih mengenali dia.

******sambung *****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience