Luq matikan talian sebaik aku serahkan telefon kepadanya.
"Abang boleh explain"
"Mmmm....
" Seri minta tolong hantar mak dia ke hospital"
"Abang ni memang bodoh la". Terbit kata biadap dari mulut aku. Benci aku nak bincang dengan Luq.
"Abang siapa dengan Seri ?
" Baiklah kalau Laila nak tahu sebenarnya Seri tu bekas isteri abang...... dia... "
"Hah! Huh... abang! Dasar Penipu!" Terkejut aku dengan pengakuan Luq, aku terus bersuara belum sempat Luq habiskan ayatnya. Aku rasa macam dah tak nak tengok muka dia lagi. Aku mahu pergi.... Tetapi di halang oleh Luq. Dia memeluk ku erat.
" Dengar dulu Laila.... Dengar apa yang abang nak cerita... Laila... Hey... Hey" Luq cuba menguatkan pelukannya tetapi aku meronta hingga terlepas rangkulannya. Aku betul - betul kecewa dan rasa tertipu.
"Aku dukung Chinta yang masih lena. Beg baju ku sandang dan meraup segala kelengkapan Chinta dan bawa ke kereta.
"Mak... Ayah.... Laila terpaksa balik pagi ni juga, ada kerja kat sekolah pulak... Tengok minggu depan, kalau free Laila balik lagi"
"La... Chinta belum mandi kan ? Kenapa kalut sangat. Ingatkan sempat la makan nasi dulu sebelum balik." mak bersuara risau. Mungkin tak puas hati dengan tindakan aku.
"Tak apalah mak.... Laila tak boleh tunggu. Kerja banyak . Laila pergi mak ayah." aku menyalami ayah dan mak. Muka masing-masing nampak kehairanan sebab aku tergesa-gesa nak balik Perlis. Mungkin mereka tahu melihat tanda-tanda cemas di muka Luq.
Tanpa berlengah aku memecut kereta keluar dari kampung tanpa menghiraukan Luq. Mak dan ayah mesti hairan. Biarlah aku tak peduli dah. Malas nak fikir, sekarang ni aku cuma fikir diri aku dan Chinta sahaja. Luq? Biar dia jawab sendiri.
Selepas dua jam perjalanan tanpa henti sampailah aku di Perlis. Aku boleh bernafas lega. Dada ku yang ketat sudah rasa selesa. Tenang sikit. Lain yang aku sangka, lain pulak yang terjadi. Seri bekas isteri Luq ? Tak terfikir dek akal selama ni aku tertipu. Mereka nak rujuk balik ke? Ah.. Lantaklah. Terima ajalah apa terjadi lepas ni. Aku dah tak nak fikir.
Aku terus bukakan pakaian Chinta. Kasihan dia belum sempat mandi. Aku mandikan dia. Siap bedakan dia. Wangi sungguh... aku cium dia. "Chinta.... mama minta maaf sayang. Mama tak tahu apa akan jadi selepas ni. Mungkin Chinta akan semakin jauh dari babah.
Sedang aku berbual-bual dengan Chinta, terdengar bunyi kereta masuk ke kawasan rumah. Rupanya itu kereta Luq. Masalah datang ni..... Dadaku ketat kembali. Rasa tak boleh bernafas sekali lagi. Sakitttt....
"Laila.... dengar penjelasan abang. Please....."
". Saya tak nak dengar apa-apalah. Abang penipu!" aku semakin panas hati. Malas aku nak bertekak dengan Luq. Semakin menyakitkan, kenapa dia tak balik ke Johor atau pergi jumpa bekas isterinya tu.
"Abang minta maaf sebab tak terus terang dengan Laila tentang status abang sebelum ni. Tapi percayalah sayang, abang masih teruna masa kita kahwin.
" Fuh!! .. Lelaki sungguh abang ni. Jangan sebabkan nak pujuk Laila abang buat cerita yang macam ni. Abang ingat Laila nak percaya? Sori.... Laila tak kan percaya abang lagi. Kalau boleh Laila dah tak mahu berbaik dengan abang lagi."
"Laila... Ingat Chinta tu. Abang sayangkan Laila dan Chinta. Jangan hitamkan hidup dia"Luq masih terus merayu.
Aku menangis semahunya. Semakin aku keliru, apa benar Luq ini Luq Baktiar yang aku kahwini 4 tahun lalu? Seorang duda dan masih teruna?Dia ingat aku nak percaya?
" Kalau abang nak Laila kembali bersama abang.....tolong buktikan abang masih teruna."
"Laila... Abang nak buktikan macamana? Dah ada anak pun. Abang bukan cakap sampai sekarang ni abang teruna. Abang cakap malam pertama kita tu, Laila dah ragut teruna abang, Laila ingat tak malam tu, abang pun tak biasa..."
" Cukup la abang, tapi abang tak jujur dengan Laila. Laila tertipu dengan lakonan Abang dan Seri. Laila tak boleh terima la... Hik.. Hik..." Air mata aku terus terhambur keluar. Tak dapat menerima apa yang telah tejadi. Di tipu oleh suami sendiri.
" Laila perkahwinan abang dengan Seri adalah satu kesilapan. Abang di perangkap. Sebenarnya abang dan Seri kahwin untuk tutup malu sahaja. Abang dah ceraikan Seri pada malam perkahwinan kami. Abang tak boleh terima dia sebab dia yang rancang nak perangkap abang"
" Kenapa abang masih berhubung dengan dia? Tak ke bodoh namanya. Kalau orang lain di tempat Laila, mati hidup balik pun dia orang tak kan percaya"
"Sebenarnya Seri selalu ugut abang, dia nak beritahu Laila tentang ni, jika abang tak dengar cakap dia". Luq masih tidak mengaku salah.
"Habis tu kenapa abang sendiri tak beritahu Laila, kalau tidak macamana timbul idea dia nak ugut abang. Kalau dulu abang beritahu, masalah ni tak kan jadi "
" Abang takut nak berterus terang dengan Laila. Abang takut Laila tak dapat terima abang kalai Laila tahu abang dah pernah kajwin. Laila tahu tak, macam-macam dia buat supaya abang tak kahwin dengan Laila, tapi semuanya tak jadi sebab abang dapat halang. Laila ingat tak yang abang datang lambat sikit masa kita kahwin hari tu...... Tu angkara Seri juga. Abang sengaja tak beritahu Laila takut Laila salah sangka. "
" Itulah sikap abang, semuanya nak sembunyikan dari Laila. Bila jadi macam ni, tahu pulak nak mengelabah. Laila dah malas nak fikir. Laila nak tenang. Laila rasa abang baliklah ke Johor sana. Esok kan sekolah. Kalau abang nak singgah perak pun ikut abang lah. Laila dah tak kisah. Laila rasa tak tenang la selagi abang ada kat sini "
" Sampai hati Laila halau abang. Benci sungguh Laila kat abang kan? Kalau macam tu Laila rasa bila abang ada kat sini.... Okey la... Abang balik supaya Laila lebih tenang. Cuma satu ja abang nak ingatkan Laila.... Tolong percayakan abang. Laila adalah cinta pertama abang dan tolong jangan jauhkan Chinta Sufi dari abang. Abang tak pernah curang dengan Laila. "
Aku tidak menyahut apa-apa. Memang aku sengaja berkata begitu supaya dia pergi jauh dari hidup aku. Aku sudah penat fikirkan cerita Luq-Seri ni.
Aku lihat dengan ekor mata, Luq melangkah longlai ke kereta. Sempat juga dia mencium Chinta yang tergapai-gapai mahu di kendong. Aku sempat juga melihat air matanya gugur semasa mencium Chinta. Aku sedikit pun tidak merasa simpati. Aku pun hairan ke mana hati tisuku seperti sebelum - sebelum ini. Aku seperti tiada rasa. Yang ada.... Hanya rasa ingin berjauhan dari dia.
Aku tutup pintu rapat. Aku masuk ke bilik mengendong Chinta yang tidak tahu apa-apa. Hanya tersengih dan mengomel entah apa-apa. Entah-entah dia mengutuk aku habis-habisan kerana buat begitu pada babahnya. Mungkin kot.
Aku menarik nafas lega bila Luq pergi. Aku harap dia tak cari aku lagi. Aku tak mengharapkan dia pulang. Luka yang dia guris, masih bersisa darahnya. Sakit betul dengan penipuan ini.
Malam..... rupanya kejadian siang tadi membuatkan aku tak boleh tidur. Gelisah. Aku kerling jam di dinding menunjukkan sudah pukul satu setengah pagi. Mataku tidak mahu pejam, terbayang-bayang wajah kesedihan Luq yang pergi dengan kecewa. Kejamkah aku? Berdosa? Ya... Allah.... dengan tiba-tiba jantung berdegup laju. Dup! Dup! Dup!
Pada masa yang sama, telefon bimbitku berbunyi. Ku lihat nama yang tertera di situ... Seri.
" Assalamualaikum.... Laila!
" Waalaikumussalam....
" Hik... Hik.... Luq eksiden!!!
"Hah!!...
*******sambung******
Share this novel