Kereta kelisa Merah itu aku bawa ke sekolah. Seronoknya aku yang rasa. Kereta hadiah Luq sempena ulangtahun perkahwinan kami.
Walaupun kereta terpakai, aku bersyukur sangat kerana dapat memilikinya di saat kami belum ada pekerjaan tetap. Wang simpanan Luq selama menguruskan Pusat Tuisyen digunakan untuk membayar separuh dari harga kereta itu. Dan selebihnya Luq bayar beransur-ansur.
Waktu balik sekolah, aku sedikit tergesa-gesa bila dapat mesej dari emak yang adik patah tangan kat sekolah. Ada 8 panggilan masuk yang tidak terjawab dari emak. Rupanya aku tertinggal telefon dalam bilik guru sebelum masuk mesyuarat tadi. Nasib baik aku bawa kereta sendiri. Terkejar-kejar juga aku nak cepat-cepat balik ke rumah mak.
Sebelum kereta aku bergerak, Mizan tiba-tiba datang menghampiri ku. "Eh Laila.. Dah nak balik ke? Kebetulan.... Boleh aku tumpang kau ke jalan besar sana tak? Kereta aku ada kat bengkel depan tu. Elok sangat lah ni, tadi aku cakap nak tumpang Razi naik motor, dia ada kelas tambahan pulak. Lambat lagi nak balik tu. Boleh tak aku tumpang?
" Ok. Naik lah, aku nak cepat ni adik aku patah tangan kat sekolah"
"Patah tangan kenapa?
" entahlah, aku pun belum tahu ceritanya lagi, lekas masuk aku nak cepat ni"
Mizan pun tumpanglah aku ke jalan besar sana. Kebetulan masa aku turunkannya ada sepasang mata sedang cerlung ke arah aku. "Alamak, Terserempak dengan Luq sedang baiki motornya pulak."
"Eh abang... Jom cepat, adik patah tangan, jatuh kat sekolah. Ni nak gi tengok ni.. Jom..." aku tak tahu Luq dah tahu ke belum. Aku cuba bagitahu dia, tapi dia macam tak layan aku.
" Pergi dulu, abang ada kerja" Nada suara Luq berubah. Tiada senyuman. Yang ada cuma renungan tajam ke arah aku. Aku jadi kecut perut. Aku rasa dia tak suka aku tumpangkan Mizan. Jenuh nak pujuk pulak. Ah... Biarkan dulu... Aku perlu ke rumah mak.
"Laila pergi dulu abang" Aku cepat-cepat beredar. Aku nampak sangat dia marah. Mizan yang dari tadi tercegat di situ juga bergerak ke belakang bengkel. Aku nampak Luq perhatikan Mizan yang bergerak pergi dengan wajah yang mencuka.
Aku singgah rumah nak ambil mak . Rupanya mak dengan ayah dah ada kat hospital. Katanya Luq yang bawa adik ke hospital. Aku terus terkedu. Terasa hati dengan Luq, tiba-tiba jadi macam orang lain. Sombong. Kenapa dia tak beritahu aku?
Aku terus ke hospital nak tengok keadaan adik. Bila sampai aku tengok tangan adik sudah siap di simen. Adik di masuk ke wad untuk di pantau.
Aku baru tahu cerita sebenar. Rupanya selepas emak tak dapat hubungi aku, mak telefon Luq beritahu kejadian yang menimpa adik. Jadi aku yang terima berita lambat.
Sebenarnya Luq nak pergi sekolah nak beritahu aku tetapi motornya rosak. Patut la tiada riak terkejut pun. Dah tahu cerita rupanya. Tak patut betul buat aku tergesa-gesa berkejar ke sana ke mari.
Tangan adik patah sebab jatuh semasa latihan bola jaring. Jatuh tertindih tangan sendiri. Mungkin kurang kalsium kot, mudah sangat tulang adik patah. Ya lah... Adik memang dari dulu tak suka susu lembu, mungkin sebab tu kalsium kurang.
Selepas urusan adik selesai... Emak dan abah minta aku hantar mereka balik rumah. Kami tinggalkan adik sebentar sementara aku nak menghantar emak dengan ayah balik.
Sebaik sahaja mahu membuka pintu kereta, Luq menghampiri kami. "Biar abang hantar mak ayah balik dengan kereta ni. Nanti abang datang balik. Laila tunggu adik Na." Hud bersuara tetapi tidak mesra seperti selalu. Aku cuma mengangguk setuju sebab aku belum puas sembang dengan adik.
Tengok wajah Luq macam tu aku pun jadi tak seronok. Aku tahu marahnya masih bersisa. Marahnya tentang aku tumpangkan Mizan tadi. Alasan cuma satu iaitu Mizan seorang lelaki. Aku tahu jika tak mahu marahnya panjang, aku mesti mengaku kesilapan aku dan minta maaf.
Aku naik semula ke wad adik. Aku lihat adik sedang lena. Aku pun duduk di kerusi dan membuka aplikasi e_novel untuk membaca novel kegemaran ku. Aku lupa sekejap tentang Luq.
Sebaik sahaja aku selesai membaca satu bab, terdengar erangan kecil dari mulut adik dengan mata terpejam.
"adik! adik! , kenapa ni? Sakit ke? Aku kejutkan adik, adik membuka mata.
" sakit dan rasa lenguh sikit tangan yang patah ni". Adik betulkan sikit kedudukan tangannya . Dia tegakkan badan dan bersandar di kepala katil.
" Dah ok dah ni.. Mungkin adik tertindih tangan ni masa tidur tadi. Jangan risau la kak, patah tangan ja pun bukan patah hati" Adik cuba buat lawak. Aku gelak aja.
"Abang Luq mana? Tadi dia hantar adik. Cepat sungguh dia sampai ke sekolah dan hantar adik ke hospital. Lepas tu dia kata nak terus ambil kakak kat sekolah. Dia ambil tak?
" Tak sempat nak ambil kakak dah balik. Tadi dia hantar mak ayah balik." Aku tak cerita la kejadian tadi, nanti adik tahu pula sakit cemburu Luq tu. Biarlah aku selesaikan sendiri.
"Ha. Panjang umur abang Luq" Adik tunjuk ke arah Luq yang datang menghampiri kami.
"Adik Na, Ok ka? Luq terus tanya adik dan sikit pun tak tengok aku. Merajuklah kononnya, Sikit lagi aku nak carut tapi memikirkan dosa aku pun buat tak tahu sahaja.
Adik tengok aku, adik tengok Luq. Dia senyum." Abang Luq nak ambik kakak ka? Pergilah... adik Na tak apa-apa. Esok adik dah boleh balik. Pergilah.". Adik macam faham ja kejanggalan kami.
"Abang nak pergi minum kejap, kot-kot ada orang tu nak ikut abang ok ja" Luq kerling ke aku. Aku tahu dia nak ajak aku minum. Aku pun senyum kat adik dan dia angguk tanda setuju aku ikut Luq.
Aku cepat-cepat mengekori langkah Luq yang tiada tanda-tanda nak tunggu aku. Luq melangkah hingga ke motornya. Aku ingat dia nak ajak aku makan dekat kantin hospital ja, rupanya nak bawa aku keluar. Dia letakkan topi keledar ke keatas kepala aku dan tolong mengikat tali pengikat topi keledar. Aku pandang wajahnya dengan hati berbunga. Rasa disayangi. Tapi.... Wajah kelatnya membuatkan aku tertelan air liur dengan rasa pahit. Takutttt...... Aku terus lompat atas motor lalu memeluk pinggangnya. Biarlah...
Luq membawa aku ke sebuah restoran masakan siam kegemaran aku. Dia masih lagi tidak bersuara. Boleh dia buat selamba badak sedangkan hatiku meronta-ronta memberontak geram dengan kebisuannya itu.. Mmmm.. Macam-macam peelnya suami aku ni.
"Sabarlah wahai hati, ingat dia sorang ada hangin, aku pun ada tau. Jangan sampai angin puting beliung aku keluar sudah. Sabar-sabar ya hati"
"Minum apa Cik?" aku tiba-tiba tersedar dengan pertanyaan pelayan restoran itu.
"Err... beri saya nasi goreng ayam kunyit satu. Minum teh o ais"
"Encik??
" Maggie goreng dan sirap limau" Luq membuat pesanan.
Sebaik sahaja pelayan kedai pergi. Luq masih lagi diam. Cerlung ja matanya kearah aku membuatkan aku kecut perut.
"Abang ni kenapa? Tak seronoklah macam ni..." Aku menarik muka masam, merajuk la kononnya. Nak tunggu orang pujuk, memang tak lah.
"kenapa apa? Tak ada apa pun" Luq buat muka kelat.
"Kenapa diam? Buat tak mau cakap. Tak best la macam ni? Laila tension la macam ni. Okeylah, okeylah... Laila salah, Laila minta maaf " Aku sakit hati bila dia masih cakap sepatah - sepatah. Tu pun kalau aku yang tanya. Last sekali aku terpaksa minta maaf.
"Laila salah apa? Kenapa minta maaf? Luq tanya dengan buat muka selamba badak dia.
" Salah sebab tumpangkan Mizan tadi. Dia nak tumpang dekat ja... Lagipun Laila tak ada alasan tak bagi dia tumpang" Aku terus cakap apa yang sebenarnya Luq nak dengar.
" Bagi abang tetap tak boleh walau apapun alasannya. Sebabnya dia lelaki. Dia sepatutnya tumpang lelaki bukan tumpang Laila!" Luq dah mula tinggikan suara walaupun masih terkawal. Nasib baik tempat makan tu tersorok sikit. Jika tidak mesti ada yang perhatikan kami.
"Macam ni abang.... Mizan tadi dia nak tumpang Razi, tapi Razi ada tuisyen. Dia nampak Laila dah start kereta tu yang dia nak tumpang terus tu. Benda ni bukan rancang awal-awal. Laila pun ingat nak tolong ja. Spontan ja setuju tumpangkan dia"
" Kalaulah eksiden tadi.. Bila orang nak datang tolong, tiba-tiba orang nampak Mizan tu tertiarap atau terkangkang atas Laila atau sebaliknya, apa orang kata? Malu tak?!!!
" Malu la... Sori" aku terkedu dengan lontaran kata-kata Luq.
"Orang akan mengata satu kampung. Ish... Laila isteri Luq tu eksiden dengan Mizan, berpeluk sakan, ada hubungan apa-apa dua orang tu? .. nak orang cakap macam tu?"
" Tak nakk..... Sori.... minta maaf abang. Laila tak buat lagi. Laila tak terfikir pun sampai situ. Laila tak tahu." aku menunduk, air mata aku menitis satu-satu membuatkan aku tersedar ada benarnya kata-kata seorang Luq Baktiar.
Tiba-tiba tanganku digenggam erat." Abang sayangkan Laila, abang marah bersebab sayang. Sebelum buat apa-apa fikir dulu risikonya. Abang tak mahu isteri abang dapat malu seperti itu"
Kali ni aku memang ikhlas memohon maaf kepada Luq. Bukan sebab terpaksa seperti selalu aku buat untuk menutup kisah itu. . Aku tahu aku telah buat satu kesilapan yang mungkin tak disedari oleh banyak orang. Perkara yang biasa berlaku, tapi dianggap remeh. Perkara yang boleh menimbulkan fitnah dunia.
Walaupun mulanya aku rasa Luq marah sebab sakit cemburunya itu, tapi bila fikir semula kejadian tadi, aku sedar ada betulnya alasan yang dia katakan itu.
Wajah Luq sudah nampak ceria bila aku mohon maaf. Tiada kekelatan lagi yang membuatkan aku menyampah. Dia pamerkan senyumannya yang selalu membuat jiwaku jadi cair. Sungguh aku cintakan dia. Aku akan ikut semua teguran dan nasihat untuk kebaikan aku dan dia. Semoga hubungan kami bahagia selamanya.
****sambung******
Share this novel