"Abang! Abang! Abang sakit apa ni abang, sampai macam ni jadinya". Aku tak dapat sabarkan diri aku untuk berlari ke arah Luq. Emak dengan ayah aku pun terkejut dengan tindakan aku. Malu lagaknya. Adik aku lagi la terbeliak biji mata memandang tajam pada aku menunjukkan riak tak setuju dengan tingkah laku aku itu. Loklaq.
" Hey kau tak payah nak tunjuk baik sangat, dah buat anak aku jadi macam ni , kau masih nak jenguk dia? Kau dengan mak ayah kau pun sama saja. Apa yang dah kau orang buat kat anak aku tak tau lah sampai jadi macam ni!". Tak sangka aku mertua aku ni dulu aku kagum sangat. Tak pernah pun dia tinggikan suara pada aku semasa aku jadi menantu dia. Selama ni dia dok kawal suara kot...
" Mak ...kenapa mak cakap kat Laila macam tu? Mertua Luq tu mak... tak kan sekali anak Luq mak nak buang, cucu mak kot? Perlahan sangat suara Luq, nampak sangat dia tak berdaya. Aku tahu kalau dia sihat dia mesti menghalang emaknya dari mendekati aku.
" Mak tak baik cakap macam tu mak. Laila tak pernah pun buat apa-apa pun kat abang. Niat pun tak ada mak Laila betul-betul terkejut bila tahu abang sakit. Tu pun Seri yang bagitahu. Laila tak buat benda-benda syirik tu mak." Aku Cuba membela diri dan masih bercakap dengan bahasa sopan. Aku tahu mereka sudah salah sangka dan aku perlu membetulkan keadaan . Ya Allah maafkan mereka. Tunjukkanlah jalan yang engkau redhai.
" Ouh...tahu pulak Luq Sakit di sebabkan benda itu...memang tak ada orang lain la nak buat kat anak aku kalau bukan kau. Kalau orang tak cakap pun aku tau lah kau yang nak rosakkan hidup dia . Dahlah buang dia. Dari mula bercerai lagi aku dah cakap jangan pergi sana. Entah apa yang diberi makan pada Luq tu sampai dia jadi macam ni. " Masih berbisa mulut bekas mertua aku tu. Semuanya yang terkena pasti panas telinga. Lebih-lebih bila sampai ke telinga mak dan ayah aku .
" Che Munirah, kami datang dengan niat baik bukan nak bermusuh. Kami nak tengok keadaan Luq yang sakit ni. Lagipun Chinta pun lama tak jumpa babah dia. Jangan Salah sangka". Ayah mula buka kata. Mungkin ayah juga tidak setuju dan terlalu biadap dengan mulut Lazer mertua aku tu.. Nasib baik ayah sabar sikit hari ni...mungkin menghormati perempuan itu yang pernah jadi besannya itu.
Emak Luq terdiam , mungkin dia baru sedar diri yang sedang marah tu. Ada juga bebelan kecil terbit dari mulutnya tapi tak siapa pun yang dengar butir katanya itu. Dia terus masuk ke dalam tanpa pedulikan kami lagi .
"Masuk dulu mak , ayah. Luq minta maaf. Mak Luq ni teremosi lebih. Dia tak boleh tengok Luq Sakit. " Luq dipapah masuk dalam bilik oleh lelaki yang memandu kereta tadi. Mungkin sedara mereka ataupun orang upahan. Ada seorang perempuan yang ikut masuk ke dalam rumah .
"Jomlah kita balik Laila... kita tak diperlukan di sini. Menyesal pula mak ikut mai sini."
" Tak apa...mak , ayah, dik Na bawa Chinta masuk dalam kereta. Laila nak jumpa Luq kejap" Apapun terjadi aku mesti bercakap dengan Luq, nak beri semangat Dan kata-kata perangsang supaya dia cepat sembuh.
Aku masuk ke dalam rumah itu tanpa menghiraukan mata yang sedang memandang , yang aku fikirkan adalah untuk meletakkan kekusutan dan menegakkan kebenaran.
Perempuan yang masuk tadi cuba menghalang tapi aku tolak ja dia ketepi, sempat juga terdengar dia berbisik pada aku " kau jangan macam-macam dengan abang Luq, dia aku punya. Kau dah tak ada hak lagi" Dialah yang aku nampak tadi bersama Luq masuk ke dalam rumah itu. Aku dapat agak wanita itulah tunang Luq. Nampak terlalu mengambil berat semacam pula aku tengok. Bahasa pun boleh tahan ...Fuh!! Wajah biasa-biasa saja, tak lah cantik mana pun, perasan lebih. Kurus sikit dari aku, mungkin anak dara lagi. Nampak belum matang. Bukan aku cemburu., sikit pun tak. Cumanya aku takut Luq memilih perempuan yang salah. Kasihan pula Chinta kalau ibu tirinya kaki gaduh. Aku buat tak kisah lalu terus dekat dengan Luq . Luq minta perempuan itu pergi. Aku tahu Luq mahu bercakap sendirian dengan aku.
" Abang ...Laila minta maaf sebab tak dapat nak jaga abang lagi. Abang ....Laila tak pernah berdendam dengan abang. Abang tahu kan kenapa kita berpisahkan? Luq mengangguk perlahan. Aku tahu dia faham maksud aku.
" Laila tak pernah pun berniat buat hidup abang susah. Abang tahu Laila macamana kan? Tak kan abang percaya Laila tergamak buat abang macam ni. Tak pernah bang ...percayalah Laila .
Laila tak mahu bawa mak ayah sebenarnya, mereka yang nak ikut Laila datang sini. Kalau Laila tahu tuduhan yang di lemparkan pada keluarga Laila , Laila tak akan datang bawa mereka ke sini...
"Abang rindu Chinta Sufi. Boleh bawa dia masuk jumpa abang?"
"Emak abang tak jemput mereka masuk , Laila tak boleh ..."
" Bawa ja dia masuk. Tak payah kisah dengan emak tu. Kita bukan buat dosa. Abang rindu dia. Sudah lama abang tak jumpa dia. Abang tak larat nak drive ke sana nak melawat Laila Dan Chinta emak abang tak benarkan abang pergi. Pergi ambil Chinta , Emak tak kan buat apa-apa. Abang masih hidup kat sini , tak kan nak tengok saja.
Aku keluar mendapatkan Chinta. Adik Na serahkannya pada aku. Dia menarik muka mencuka. Mak Luq tak jemput mereka masuk, Aku pun harap mereka tak masuk.
" Baba...baba"..Chinta bersuara bila ternampak Luq yang sedang terbaring itu." Luq terus memeluk Chinta dengan linangan air mata. Aku tahu dia tidak menipu. Aku tahu bagaimana jiwa lelaki itu, terlalu sensitif. Sensitif dengan keadaan. Luq menangis semahu-mahunya tambah lagi Chinta mengelap air mata dipipinya. Anak kecil itu seperti tahu babah merinduinya .
"Laila ...abang minta maaf atas segala tuduhan emak tu. Kalau abang tak ada lagi , Laila jagalah pusat tuisyen kita untuk Chinta . Abang dah letak nama Laila kat situ. Sebenarnya abang tak nak pun kahwin dengan Samiyah tu. Emak paksa abang bertunang dengan dia. Masa tu abang tak sakit lagi" Luq membelai rambut Chinta hingga terlena mungkin Chinta mengantuk sangat kot, mudah pula dia tidur di sebelah Luq.
" Tak apa lah abang. Dia perempuan yang baik. Dia sanggup jaga abang yang sakit ni, abang nak cari macam mana lagi ?
" Ini bukan baik tak baik. Ini soal hati. Abang tak suka dia. Ni tentang hal mak pula ....Hari-hari paksa abang suruh kahwin dengan Samiyah tu. Abang tak lalu makan ni pun sebab mak , asyik makan hati dengan emak. Abang nak pergi klinik dia tak bagi juga ... katanya abang kena buatan orang. Sejak abang sakit ni..abang tak check kat klinik lagi. Laila tolong abang boleh. Tolong bawa abang ke klinik.
" Ish...Laila tak mau la memandai-mandai pula. Kejap lagi mak marah pula. Kenapa tak check dulu kat klinik atau hospital terus. Entah ada sakit lain mana tahu" Geram pula cara pemikiran bekas mak mertua aku tu. Anak sakit macam tu pi jumpa bomoh buat apa. Aku dok fikir macamana nak cari jalan bawa Luq ke hospital. Kasihan pula aku tengok rupa dah nak macam rangka pun ada.
" Mak... sakit abang ni kena bawa ke hospital ni. Masuk air ok la sikit kot. Lemah sangat tengok abang ni" Sengaja aku mencari mak yang ada di dapur bersama bakal menantu baru.
" Tak payah bawa mak Uteh, nanti makin marah benda tu. Benda tu takut jarum" Eh..geram pula aku dengan perempuan tunang Luq ni. Mak mertua aku tak cakap apa pun dia yang lebih-lebih. Rasanya dia la pandai-pandai bawa Luq jumpa bomoh tu.
" Mak...mak rasa Laila sanggup ke buat abang macam tu? Mak sendiri tahu kan Laila macamana? Mak tak percayakan Laila ke?
"Aku tak percayakan kau sejak kau buang anak aku. Kau minta cerai dari dia kan? Lepas tu bila kau dengar dia nak kahwin, baru kau terngadah kan? Menantu yang tak tahu malu. Elok sangat Luq ceraikan kau, buat benda tak elok sebab nak musnahkan hidup dia kan? Dengki dengan orang tak kan senang hidup kau lah Laila."
"Tak apalah Mak, kalau mak nak tuduh pun tuduh lah. Laila dah tak kisah kalau itu yang mak rasa, tapi Laila mahu mak tahu Laila akan tetap doakan abang dan mak terhindar dari sikap keji yang macam ni. Tidak bersandar pada qada dan qadar . Allah ada mak. Allah mendengar dan Allah melihat. Laila harap mak cepat sedar sebab mak yang Laila kenal bukan macam ni. Laila pergi dulu. Maafkan Salah dan silap Laila abang....mak" Aku mengangkat Chinta yang tidur lena di sebelah babahnya dan terus pergi. Sebelum aku pergi Luq bisikkan sesuatu ke telinga aku yang membuatkan aku serba Salah. Aku terus pergi tanpa menoleh lagi.
" Tolong selamatkan abang ..Laila" itu yang Luq bisikkan pada aku yang aku tidak tahu apa maksudnya itu. Tolong selamatkan dia? dari siapa? macam sesuatu ja ...
.....Sambung......
Share this novel