Bab 63 Malu kucing

Short Story Completed 83757

"Aku terima nikahnya Laila Suhaila binti Ahmad dengan mas kahwin tujuh puluh ringgit tunai.... ". Tiba-tiba terasa air mata mengalir di tubir mata sebaik sahaja Luq melafazkan Akad untuk kedua Kali.... Aku bukannya sedih tapi entah kenapa aku rasa confius pula dengan keputusan yang aku buat . Aku jadi takut. Ya...aku jadi takut bersulam risau tentang perkara lama yang mungkin akan berulang lagi . Kesakitan yang semakin hilang membuatkan aku menerima Luq kembali. Kalaulah Luq masih tak berubah ....parah aku. Ya....Allah berikan aku kekuatan. Aku tak bermimpi kan?

" Laila...Salam Luq tu..." Terhenti lamunan bila suara emak menyapa.... aku kembali ke alam realiti, cepat-cepat aku salam Luq. Macam tergopoh-gopoh pula, gelojoh.. Semua orang gelakkan aku.

" Sabar Laila..kau dah dapat dia semula. Dah selamat dah pun " bisikan Seri yang sedikit kuat mengundang ketawa ramai. Aku tersipu-sipu . Chinta menerpa ke arah aku dan duduk di riba. Luq mencium Chinta . Aku sakit hati. Cemburu. Luq macam-macam tahu pula lalu mencium dahiku sambil membisikkan pada aku "Terima Kasih sayang. I love you"


Ramai juga jemputan yang hadir walaupun kami kahwin kali kedua. Kawan-kawan aku satu sekolah ramai juga yang hadir. Mereka buat rombongan ke sini dan ambil peluang untuk menjelajah Pulau Mutiara selama beberapa hari.

Suasana majlis kami Kali ini agak meriah juga walaupun tak setanding dengan majlis pertama kami dulu. Walaupun ala kadar sahaja tetapi ramai yang datang. Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar.

Malam semakin larut, ramai sudah saudara mara jauh dan dekat pulang ke rumah masing-masing. Ada beberapa orang kampung yang masih mengutip pingan mangkuk yang berselerak di merata tempat. Kejiranan di kawasan ini sangat akrab dan hubungan mereka sangat kuat. Sengaja aku tidak benarkan ayah buat kenduri di dewan sebab aku nak buat kenduri kecil dan biasa-biasa sahaja. Tetapi Mashaallah ramai pula tetamu yang datang, nasib baik lauknya cukup. Ayah pula lebih suka kenduri ala-ala kampung macam ni, tambahan pula ini kenduri aku yang kedua. Segan nak buat besar-besaran lagipun pasangan pengantinnya orang yang sama.

Chinta awal lagi dah tidur, letih agaknya melayan kawan-kawannya yang datang hari special ibu dan babah. Dia tidur bersama Ucunya . Dia selalu macam tu, manja sangat dengan Ucunya, tidak mahu berenggang langsung. Malamnya mesti tidur sekatil dengan Ucu. Tak tahulah apa kelentong Ucunya itu sampai ibunya pun dia dah tak peduli lagi.

Malam ini malam pertama untuk ceritera cinta musim kedua Laila Suhaila dan Luq Bakhtiar . Kami sama-sama solat Isyak setelah sekian lama tidak berbuat demikian. Selepas mengucup tangan Luq, aku cepat -cepat bangun buat alasan nak ke tandas. Entah kenapa aku jadi malu-malu kucing pula malam ni . Nak pandang wajah Luq pun aku jadi malu pula. Mungkin sudah lama tidak terkurung berdua dalam bilik seperti ini. Lagi pun aku takut Luq minta nak sempurnakan kerjanya yang tertangguh tiga empat tahun yang dulu.

Aku masuk ke bilik air bukan buat apa-apa pun . Aku cuma berdiri memandang cermin sambil melihat wajah aku sendiri , cantikkah aku? Aku sedar aku taklah secantik mana pun tapi aku rasa sempurna sangat jika bersama dia . Aku rasa tak banyak yang berubah pada wajah aku, aku rasa cantik saja bila ada dengan dia... kalau orang lain tengok aku tak tahu la pula. Kita hari-hari tengok wajah sendiri mana nak nampak perubahan tu kan? Macam aku tengok Luq la ...dia macam lapan puluh peratus berubah. Lagi hensem dari dulu dengan jambangnya dijaga rapi ...bentuk badannya yang sedikit sasa dan muka dia semakin licin. Aku suka. Aku malu nak cakap yang sebenarnya aku jatuh cinta sekali lagi pada dia.

Debaran malam ni lain macam sangat, berbeza dengan malam pertama kami yang dulu. Dulu aku tak sabar-sabar nak tidur sebilik dengan dia. Tak malu la pula. Tapi Kali ini aku jadi malu, nak bertentang mata pun rasa debuk debak jantung. Mungkin aku sudah ada pengalaman malam pertama kot...tahu apa akan jadi seterusnya. Malu kucing konon.

"Laila....Laila ok ke kat dalam tu. Lama sangat ni? Aku sedikit tersentak bila pintu bilik air di ketuk. Cepat-cepat aku flushkan tandas. Konon-konon dah tunaikan hajat.

"Emm...sakit perut....kejap abang ". Aku buat releks. Santai aku cuci muka dan berus gigi supaya tak nampak kalut bila keluar nanti. Aku terpaksa bersedia untuk menghadapi apa yang bakal berlaku nanti .

"Tolonglah ...tolonglah ....janganlah dia minta malam ni" Aku berdoa dalam hati. Harap -harap dia dengar. Hi...mana nak dengar kalau cakap dalam hati. Aku buat selamba sahaja keluar dari bilik mandi. Aku terus mencapai botol toner lalu menepuk-nepuk lembut dimuka tanpa menghiraukan Luq yang sedang memerhati aku. Aku tahu, dia mesti rasa pelik bila aku buat tak tahu pada dia. Akhirnya....Luq mengalab Dan menarik aku dalam perlukannya membuatkan aku terasa beku seketika.

"Laila...kenapa ni sayang. Takut dengan abang ke? Kita kan dah lama kenal atau Laila tak suka ke kita bersama semula? "

"Tak lah abang...Laila rasa malu pula malam ni. Sorry kalau buat abang terasa. Tapi...betullah Laila rasa takut-takut dengan abang. Takut percaturan yang Laila buat ni salah."

"Betul dah keputusan yang Laila buat ni, abang tak kan sia-siakan. Abang tak tahu nak gambarkan perasaan abang bila abang diterima semula. Abang rasa di hargai, disayangi dan dicintai. Bahagia sangat sayang. Abang janji akan menjaga hubungan ini sampai abang mati . Laila jangan risau abang akan ubah diri abang selari dengan kehendak Laila. Abang janji"

". Abang rasa macam mimpi apa yang terjadi hari ini. Tak pernah abang bayangkan yang Laila akan terima abang kembali, abang cuma mengharapkan nasib , Kali ini untung sabut la abang". Luq mendudukkan aku di birai katil sambil mencium pipiku lembut. Aku masih membisu seribu bahasa . Tidak tahu apa yang nak aku ucapkan. Tubuhku sedikit bergetar dan jantungku berdegup laju membawa isyarat cinta. Aku pejam mata, sejujurnya aku belum bersedia .

Aku tidak selesa kerana bilik kami sebelah bilik adik Na. Risau sebenarnya kalau kalau adik Na memasang telinga. Adik Na bukan boleh harap sangat, nampak sahaja polos , perangai sebenarnya hanya aku yang tahu.

"Abang... mmm....malam ni jangan la...Laila malu kat adik Na...takut dia dengar."

" Dengar apa sayang? Luq bisik lembut ke telinga membuat semua bulu-bulu aku meremang" Luq ni memang nakal. Aku jadi malu lagi dengan dia.

"Abang please....jangan la malam ni. Malu kat orang....." Belum sempat aku berkata lagi Luq memagut mulutku lumat.

"Kita buat pelan-pelan sayang..., Laila pejam mata abang buat bagi tak bunyi, jangan risau". Tangannya terus menjalar keseluruh tubuh aku yang sedikit montok dari dulu. Lidahku kelu dengan mata yang masih terpejam, aku memikirkan ayat yang sesuai untuk aku hentikan tangan yang merayap di segenap tubuhku .

"Ibu....Ibu...." Tiba-tiba pintu bilik di ketuk Chinta. Aku lega. Luq cepat saja melepaskan perlukan itu , terkejut mungkin . Aku cepat-cepat bangun membuka pintu. Nasib baik pakaian masih di badan . Kalau tidak tentu Chinta akan menunggu lama.

" Kenapa sayang?" Wajah Chinta yang mamai aku perhatikan.

"Ngatuk bu...Chinta nak tidur dengan ibu, dengan babah. Aku peluk tubuh itu dan mendukungnya masuk ke bilik. Aku tahu ini kerja Ucunya...entah-entah kejutkan Chinta supaya tidur dengan aku. Licik betul ..nak usik Aku lah tu. Aku letak Chinta ditengah antara kami. Luq membelai rambut Chinta, sekali sekala menepuk-nepuk lembut bahu Chinta supaya anak itu tidur semula. Sebaik sahaja Chinta pejam mata , Luq dengan pandangan seksual memandang aku hangat.

"Abanggg....jangan la...please. Laila janji lepas ni abang tak perlu susah-susah , Laila yang akan serah diri ok." Aku bercakap habis lembut untuk memancing simpati Luq. Aku macam tak selesa nak beraksi malam ni sebab aku rasa banyak telinga yang menanti bunyi sesuatu dalam bilik kami. Aku cuma rasa ja...tak kan kot manusia dewasa seperti mak dan ayah aku tak faham kan. Dik na ja yang tak faham. Aku tahu berdosa aku menangguhkan perkara yang halal itu. Aku cuma minta simpati , kalau tak berjaya aku terpaksalah serah diri .

Luq dengan perlahan dan berhati-hati mengubah kedudukan Chinta ke tepi dinding. Dia minta aku ketengah sedikit supaya ruang untuk dia ada. Nasib baik katil kami bersaiz king, memang selesa untuk kami bertiga. Luq baring di sebelah aku dan kembali memelukku erat. Aku tahu dia merindui aku. Ya lah... dah hampir 4 tahun kami berpisah. Tidak tahulah bagaimana dia uruskan kehidupannya tanpa aku selama ini.

"Abang faham...saja ja...abang nak usik Laila. Nampaknya Laila tak terusik pun kan? Tak apa malam ni abang kasi can Laila rehat. Mesti Laila letih hal siang tadi kan? Malam ni kita pillow talk sahaja. So...abang akan tuntut janji Laila bila kita balik rumah kita nanti. Setuju?"

"Janji yang mana ek? ..

" Amboi...cepat sangat lupa ya? Sengaja nak kenakan abang kan....tarik balik apa yang abang cakap tadi baru tau ....nak tarik balik ke?

"Tak...tak.. Ok .Ok...ingat....Laila janji akan serah diri".

" Bijak bini abang ni". Satu lagi ciuman melekat di pipi aku. Bahagia....itu yang aku rasa.

......Sambung....

Share this novel

Hawani Hashim
2023-12-03 21:51:04 

Nampaknya xlama chinta dapat adik lah


NovelPlus Premium

The best ads free experience