Laila!!!
Aku memecut kereta tidak berpaling lagi. Aku terus menuju ke lebuhraya dan bergerak pulang ke kampung. Bertemu ayah dengan mak aku adalah pilihan terbaik. Biarkan.... Biarkan dia..... Aku dah penat dengan pelbagai tuduhan yang di lemparkan. Aku pun ada harga diri yang perlu aku jaga. Sakit sungguh.... hati aku lagi sakit bila terlafaz juga akhirnya. Entah jatuh atau tidak aku pun tidak pasti. Kes ni perlu di rujuk. Aku terus teringatkan ayah Dan mak di Kampung.
Aku dengar telefon aku berbunyi bertalu-talu. Aku buat pekak aja.... Aku tak perlu di pujuk buat masa ni. Aku tak mahu dengar apa-apa lagi. Aku mahu sampai dulu ke destinasi. Aku biar sahaja telefon itu memekak berkali-kali. Chinta masih tidur pulas si sebelah tidak terkesan apa-apa. Nasib baik dia tidak meragam.
Selepas dua jam perjalanan aku sampai ke kampung. Seluruh keluarga terkejut dengan kehadiran aku bersama Chinta pada malam itu.
" Balik berdua aja malam-malam macam ni ? Luq mana?" emak dah mula bersoal jawab, hairan mungkin. Mungkin merasa pelik melihat aku yang hanya berseluar track dan berbaju T macam baru lepas masak saja tanpa secalit alat make up.
" Dia... Dia dok meraung kena tinggal". Aku dengan yakin sekali menebak. Aku tahu dia pastinya menyesal dengan apa yang dia dah buat. Dia ingat aku tak berani bertindak sejauh tu sebab itu dia berani ugut aku dengan lafaz begitu . Aku sedikit pun tidak menyesal dengan tindakan aku. Aku dah mati rasa. Sebenarnya dah lama aku nak buat macam tu. Setiap kali dia menuduh aku macam-macam, aku memang nak lari. Inilah masanya. Aku dah tak tahan.
"Kau biar betul kak? Abang Luq masih di Perlis? Kau tinggalkan dia. Apa yang jadi kak? Gaduh ke?" adik yang masih bercuti membuat muka hairan dengan tindakan aku.
"Mmm.... asyik salahkan orang ja... Itu salah, ini salah. Orang dah tak tahan la.... Orang nak bercerai."
"Astaqfurullahalazimmm......Serius bunyi ni. Kenapa sampai nak bercerai ni Laila. Tengok mata anak tu. Tak kesian ke? Emak dah mula membebel .
" Dah jatuh talak dah pun mak. Orang pilih balik sini jatuh la mak."
" Jangan main-main dengan talak ni Laila, kena rujuk betul-betul. Apa yang dah jadi ni cuba cerita." Melihat muka ayah aku dah jadi gugup nak bercakap. Emak pula menanti penuh debar cerita dari aku. Ayah dari tadi senyap kini dah mula bersuara. Terkejut dengar talak kot. Aku mengendong Chinta masuk ke dalam bilik sebelum bercerita dengan lebih panjang. Terjaga pula dia dari tidurnya. Mungkin mendengar suara Mak Tok yang sedikit kuat tadi. Terkejut mungkin. Lagipun dia sudah puas tidur dalam perjalanan tadi.
"Adik... Dukung Chinta tu, bawa dia ke bilik. " Ayah tiba-tiba memberi arahan kepada adik. Mungkin tak mahu adik dengar cerita hal rumahtangga aku.
" Luq selalu tuduh Laila macam-macam tanpa usul periksa. Laila dah tak tahan sebab terlalu sangat"
"Kali ni dia tuduh apa?
" Dia tuduh Laila melayan Cik Din sampai Cik Din tu syok kat Laila. Cik Din tu gila la mak, dia ada penyakit. Saja dia telefon Laila malam-malam tapi Luq yang angkat. Macam sengaja nak perandakan hubungan kami "
" Mmm....betul lah tu. Malam-malam telefon bini orang sapa tak marah. Siapa Cik Din tu? Macam rapat benar. Mahu tak jelous kawan tu" Mak dah mula membela Luq. Sakit hati aku.
"Ya.. La...nak marah orang pun Siasat la dulu. Lela dah blok nombor dia tapi dia guna nombor lain pula. Luq tuduh Laila macam-macam. Apa yang otak dia fikir terus saja dia tuduh Lela. Mana tahan macam ni. Bukan sekali dah banyak kali dah jadi macam ni. Benci la bila ingat balik.
Cik Din tu kawan suami Ika. Ika yang belajar dengan Lela kat Upsi. Dia dah pernah datang sini raya dua tahun lepas kalau tak silap"
" Yang comel mata sepet sikit tu. Yang bagi duit raya kat mak masa nak balik tu kan?
"Ha... Betoi la.... Dia yang bagi nombor telefon Lela rasanya. Cik Din tu pula, baru mati bini. Cemburu tak tau nak habaq la Luq tu.
" Ni.. Yang hang kata jatuh talak tu apa cerita. Cerita yang tu dulu.... "Ayah tak sabar-sabar potong cerita aku.
" Ayah ni.... Kena cerita dari situ baru boleh kaitkan dengan jatuh ke tak talak tu.". Tak sabar juga ayah aku ni. Kalau aku cerita terus mesti dia salahkan aku.
" Masa Laila marah tu Laila terus keluar naik kereta. Luq cakap nak pegi mana? Nak jumpa Cik Din kan? Keluar dah tidak minta izin. Nak adu kat Cik Din ke? Pergilah... Pergi!!! Jatuh talak kalau Laila pergi juga" Hah macam tu la dia cakap tadi. Jatuh talak tak mak? ayah?
Aku tengok mulut mak melopong lama. Ayah pula hanya tersenyum sambil memandang aku. Naik cuak juga ayah dah kenapa?
"Mmmm..... Kau pergi ke jumpa Cik Din tu? Soalan apa yang ayah tanya. Memang bodoh la kalau aku pergi jumpa dia yang tidak ada apa-apa hubungan dengan aku tu.
" Tak la ayah, tak dak pasai nak jumpa dia kenapa? Nak adu? Memang tak la... Dah la gila, meroyan pulak tu. Memang teruk la Laila kalau pergi adu kisah ni ke dia. Mana nak selesai masalah. Memang bodoh la Lela ni kalau buat begitu. Cari bala namanya.
" Bagus lah kalau kau tak pergi.... Tak jatuh la tak tu." Bersahaja aja ayah cakap begitu, yakin benar dia.
" Kenapa pula ayah. Jatuh la sebab Laila dah keluar dari rumah tu?
" Bukan ke kamu yang kata Luq cakap kalau jumpa Cik Din tu jatuh talak. Masalahnya kamu tak pergi jumpa pun Cik Din tu, kamu balik ke sini. Jadinya masih terpeliharalah rumahtangga kamu tu kecuali la Si Luq tu cakap jatuh talak kalau keluar rumah."
Aku melongo sebentar. Otak berfikir fikir betul tidak kata ayah tu.
" Tak tahu, Lela nak rujuk juga jabatan agama. Kalau tak jatuh pun, Lela nak minta cerai. Tak nak hidup dalam ketakutan dan serba tak kena. "
" Laila.. Kenapa cakap macam tu? Pandang mata Chinta tu, kau dapat rasa apa akan terjadi kalau kamu berpisah. Sedih hidup dia nanti. Kurang kasih sayang. "
" Mak.... Sekarang ni Laila tak nak fikir apa-apa. Mak tak faham situasi Lela. Ayah bukan orang yang cemburu buta. Mak tak dapat rasa apa yang Lela rasa. Cemburu buta tu satu penyakit la mak. Lela dah pernah beri peluang pada dia dulu untuk berubah.... Dia ok sekejap ja lepas tu jadi balik. Lela tak tahan la mak hidup macam ni. Rasa terdera.
"Dia selalu pukul kamu ke Laila? Risau la mak dengar dera-dera ni"
" Dia tak pukul mak, tapi dia dera emosi Lela. Kadang-kadang Lela sendiri confius benda tu betul ke salah. Rasa tak salah tapi salah di mata dia. Pening la nak fikir semua tu. Rasa macam lega kalau tak hidup bersama lagi.
Telefon aku berbunyi lagi. Emak cepat-cepat menyambar telefon aku bak helang menyambar anak ayam. Emak yang angkat, pastinya Luq yang telefon.
"Hello Laila.... Sayang...."
"Huh... Banyak kau punya sayang... Cepat balik sini. Ada perkara yang nak di selesaikan. Hati-hati memandu. Kalau rasa letih, tidur. Esok balik sini. Ya.. ada sini. Baru sampai. .". Mak terus minta Luq balik sini. Risau juga Mak pada menantunya tu, takut balik kalut-kalut jadi pula sesuatu yang tak di ingini.
" Kenapa mak suruh dia balik sini? Laila tak nak dia datang sini mak. Biar la dia kat Sana. Laila tak nak jumpa dia. Laila nak tinggal sendiri.
"Laila...Tak baik buat suami macam tu. Dia masih suami Laila.
"Apa pun kau kena selesaikan juga hal ni kan abang? Mak memandang ayah minta sokongan.
" Mmmmm....patutnya dia balik sini. Nak tanya tujuan dan niat dia cakap macam tu kat kamu. Mesti ada saksi dan bukti. Kalau niat dia memang nak lepaskan kamu memang jatuh la talak tu. Dah.... Sekarang ni pergi rehatkan otak dan hati kamu yang marah tu. Syaitan suka sangat orang yang serabut macam tu".
Aku melangkah ke bilik dengan perasaan yang berbelah bagi. Kalau talak tak jatuh bermakna jodoh aku masih ada dengan dia. Aku rasa macam nak larikan diri saja. Mana aku nak lari ni. Otak aku berlegar-legar mencari idea. Esok lusa sekolah dah nak buka. Aku terpaksa balik Perlis. Tak kan nak apply cuti pula. Tak pa la kot...Luq akan balik Johor, biarlah asalkan dia tak bersama aku nanti. Aku dah mula bosan hidup dengan dia. Asyik aku aja yang salah. Aku rasa macam nak failkan perceraian aja di mahkamah Syariah. Aku perlukan sokongan. Mak dan ayah aku cuma mahu baiki keadaan sahaja. Mungkin bagi mereka perkara yang aku alami adalah perkara biasa tapi bagi aku yang dah lama melaluinya adalah sangat luar biasa.
Aku sebenarnya rasa terdera. Emosi aku di dera. Aku di kongkong sepenuhnya hingga aku sendiri rasa takut untuk buat sesuatu. Takut kena marah tapi sebenarnya perkara yang aku buat tu tak salah pun. Di mata Luq semua yang aku buat melibatkan guru lelaki atau mana-mana lelaki adalah satu kesalahan. Tapi lain benar dengan kes Cik Din ni. Memang boleh runtuh rumahtangga orang kalau macam ni, tambahan pula si mangsa ada penyakit cemburu buta macam Luq. Aku dah tak dapat tahan dengan tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan kepada aku macam aku ni manusia paling teruk di sini. Maruah aku rasa di pijak walaupun aku sentiasa menjaga maruah diri dan aib suami. Luq macam tak tahu pula yang aku terdera dengan tindakannya. Kalau boleh aku tak nak dah bersama dia. Kalau sebenarnya talak jatuh aku puas, tak perlu minta di lepaskan . Memang dia pandai memujuk , harap-harap Kali in aku tak makan dek pujukannya...aduhhh....
......Samsung.......
Share this novel