Bab 55 Rindu?

Short Story Completed 83757

" Fuh!! Mengelap peluh aku selepas berjoging lebih dua kilometer hari ini. Chinta di ambil pengasuh awal pagi tadi. Belum sempat Chinta bangun lagi mereka sudah sampai. Katanya nak bawa Chinta pergi bercuti. Chinta sudah selesa dengan keluarga mak ayah pengasuhnya . Aku pun sudah tidak kisah kerana Chinta sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

Sebenarnya aku ada kelas tambahan petang ini. Aku tak dapat join sekali percutian mereka. Jadi pagi ini aku bosan bila Chinta tiada . Aku pun keluar Jogging sendiri di tepi Tasek Pengkalan Asam. Cuaca sangat baik hari ini, terasa segar pula bila peluh keluar kepermukaan kulit.

Sedang aku membuat regangan selepas berjoging, dari belakang aku terdengar suatu suara menegur aku.

"Eh! Macam kenal jer...." Aku berpaling dan sedikit terkejut kerana dia lah lelaki yang aku ceritakan itu.

"Lah....Cikgu Zydan! Joging juga ke?" aku cuba berlagak tenang walaupun terbit rasa tidak selesa dengan lelaki itu .

"Tak lah...Mai pasar malam" Buat lawak apa pulak Cikgu Zydan ni. Tak lucu pun lah Zydan oi. Layar buruk juga dia ni , boleh tahan . Aku bukannya rapat sangat dengan dia, sebab tu tak rasa nak gelak pun. Aku buat muka selamba saja.

" Jom pusing sekali lagi, biar pecah peluh tu...Jom lah... sambil sembang-sembang . Kita kan dah lama tak sembang sejak habis belajar "

" Ouh...maaf... tak sempat kot, sat lagi dah nak ambik anak pula. Sorry lah... Ni dah nak balik dah" Saja aku sebut anak kot dia terlupa yang aku ada anak.

" Lah jomlah...kejap jer lepas ni boleh pergi minum. Anak tinggal dengan siapa?" Katanya lagi. Aku tak rasa pun nak layan sebenarnya. Aku segan kalau ada orang nampak aku kat sini dengan lelaki. Sekarang ni zaman teknologi canggih ni macam-macam , sekejap ja nak viral lepas tu jadi fitnah pula. Tambah pula kalau janda macam aku ni. Nanti ....disebabkan aku habis janda lain terpalit pula . Tak Manis orang pandang , lagipun dia dah pernah nyatakan hasratnya nak mengenali aku lebih dekat. Aku dah menolak pun, tapi sekarang macam dia tak move on lagi. Apa perlu aku buat kalau dia nak jadi kawan pula ? Sebenarnya aku masih belum bersedia untuk menjalinkan apa-apa hubungan pun dengan dia ataupun mana-mana lelaki.

"Anak saya, pengasuh yang jaga kejap. Saja je mai sini buang peluh. Dah keluar peluh ni , dah nak balik dah...nak ambik dia lah ni". Aku cepat -cepat mahu pergi. .

"Ish...Nanti la, jangan balik lagi. Kesian kat saya. Saya rasa awak patut bagi peluang kat saya untuk mengenali awak dengan lebih dekat dan awak kenali saya dulu, mana tahu kita berjodohan, boleh mengisi kekosongan hati awak tu "

" Macam ni cikgu Zydan. Saya bukan nak cari jodoh ,Cikgu. Jauh lagi untuk saya berhubungan dengan sesiapa pun. Saya juga bukan nak cari peganti. Anak saya ada ayah dia, kenapa saya perlu cari peganti untuk itu. Saya pun tak mahu lelaki lain jadi ayah pada anak saya. Ayah dia belum lagi mati". Geram pula aku kalau orang yang tak faham bahasa ni.

" Kenapa jual mahal sangat....dah ada orang nak kenapa tak terima saja. Kita ni bukan boleh hidup sorang -sorang sampai tua. Kita kena beri peluang untuk diri kita bahagia. Tak kan tak rasa nak hidup macam orang lain, jangan perasan lah...tak ada orang yang nak kan awak tu selain saya . "

"Aik..boleh tahan juga bahasa awak tu ya. Sikit lagi nak menanah . Ya lah, saya tahu memang tak ada orang nak kan saya. Saya bersyukur sangat sangat. Saya lebih suka hidup sendiri daripada hidup berdua dengan orang macam awak !" Naik seoktaf juga nada bahasa aku. Ambik kau. Nak terkejut? Terkejut lah...ingat aku diam sebelum ni tak ada perasaan kot.

"Patut suami tinggal pun....garang dan jual mahal ..huh....macam meletop sangat "
Dia menghangatkan lagi suasana yang membuatkan lahar di hatiku aku seperti mahu melodak keluar . Kalau keluar huh..sahih rentung hati dia tau .. .

" Apa kena mengena dengan suami pulak? Lain macam pula ni, ingat orang macam saya terdesak sangat ke? Pergi jaga isteri sendiri sana. Pergi. Dok sibuk pasal orang dah kenapa pula?

Aku cakap saja sebenarnya aku tak tahu pun status Cikgu Zydan ni. Nampak macam sebaya dengan aku. Tak tahulah suami orang atau bujang. Cara tu macam nak bagitau yang dia masih bujang. Kalau ikut kulit muka aku tak percaya langsung yang dia belum kahwin. Lelaki bukan boleh percaya sangat . Jarang jarang lah lelaki yang belum berkahwin mengejar janda. Kalau dia duda aku tak tahu la pulak.

Aku terus berlalu meninggalkan dia yang masih marah. Boleh ja kalau cakap elok-elok ...ni siap mengutuk aku lagi. Malas mahu melayan dia. Lagi tunggu lagi menyakitkan hati. Bukan aku ditinggal suami tapi aku yang minta ditinggalkan. Ingat perempuan macam aku ni terdesak sangat ke?

Terdesak sangat ke aku ni ? Taklah...Cumanya sekarang ni aku masih hairan ke mana Luq pergi, langsung tak ambil tahu pasal Chinta. Bila dia ada dan selalu menjenguk Chinta, aku tidaklah rasa risau macam ni. Tapi sekarang ni aku pula rasa kehilangan sedangkan Chinta dah ok dah. Babahnya tidak di sebut lagi .

Aku singgah di tempat makan dalam perjalanan balik. kebetulan ada satu kedai nasi lemak special kat situ. Sedap dan harga murah. Aku minta teh tarik dan mengambil dua biji karipa pusing dan duduk menghala ke jalan raya. Bertambahlah kalori aku hari ini. Niat hati nak bial joging ni bolehlah bakar kalori...hem...lari target aku.

" Hai ...cikgu. Tambah kalori nampak? Tak elok tu....kan lepas bakar kalori" Nah ! Kan dah kena. Cikgu Shafiqah rakan sekerja sedang tersenyum memandang aku yang sedang mengunyah karipap.

" Oh! Fikah...ingatkan siapa . Dengan suami ke? Masih penuh mulut dengan karipap. Sedap juga karipap pusing ni. Kena bawa balik ni, sempat lagi aku terfikir tentang karipap ni. Mata aku melirik suami dia yang sedang membayar di kaunter. Boleh tahan ...hensem juga la.

" A..ha... Suami aku nak roti canai. Padan la ..kita serupa. Kami pun baru pekena roti canai dengan teh tarik...Mana tahan Mai tempat macam ni. Kena juga manis-manis kan. Tengok berbuih-buih orang order teh tarik ni...hati tak bisa nipu dong."

" Ha...ha ...biasa la ..Tengok aku ni dengan karipap lagi, bukan tak tahu kalori dia banyak . Sengaja ikut nafsu, teliur punya pasal lah ni."

" Okeylah...Aku dah siap makan, ni nak pergi dah ni. Selamat menjamu selera". Fikah cepat- cepat mendapatkan tangan suaminya lalu menyimpang jauh dari tempat aku duduk sedangkan kereta dia terparkir elok sebelah sini. Terasa juga hati kecil ini. Manusia macam ni lah....depan lain belakang lain pula. Agak- agak cemburu juga si Fikah ni ya. Rakan sekerja kot, tak kan terfikir aku buat kerja macam tu. Hih...tak ingin Aku aih atau aku terlebih pandang suami dia ke?. Alamak....lepas ni kena berubah ni.

Aku beli siap-siap dua bungkus nasi lemak untuk tengahari ni. Kuah dia aku letak asing-asing. Tinggal sorang diri jerr...tak perlu susah-susah masak. Aku kalau masak kena jemput kawan-kawan datang makan baru berbaloi. Sebab hari ni aku malas, so...tak perlu la masak. Nasi tu boleh sampai malam. Jimat tau.

Elok saja aku nak bayar, tiba-tiba tuan kedai tu cakap dah ada orang bayar. Aku pandang sekeliling....tapi tak ada yang aku kenal.

" Dia dah pergi Kak. Tuh...isteri dia yang sembang dengan akak tadi. Kak nak tambah apa-apa lagi tak? Ada duit baki lagi ni...

"Err...tak....tak nak. Terima Kasih ya" Aku terus berlalu dengan kepala sedang memikirkan apa akan jadi pada suami Fikah nanti. Pandai sangat bayarkan untuk aku. Entah-entah belum sampai rumah dah gaduh. Sampai bila ya aku mesti hadapi masalah macam ni? Pencetus pergaduhan rumahtangga orang. Perlukah aku3 fikirkan perkara macam ni...Ah! Turut saja kata hati aku, tak perlu penat-penat fikir Hal mereka. Aku tak ada niat, okey.....

Sampai di rumah , aku disambut dengan detingan jam menunjukkan pukul 10 pagi. Masih ada ruang lagi untuk aku berehat sebelum ke kelas tambahan. Aku mengambil beberapa buah buku untuk di semak sampailah mata aku mahu terlelap. Aku segera rebahkan tubuh di sofa Dan terus terlena.

"Laila! Laila ! abang sakit ni Laila. Laila masih tak maafkan abang lagi? Macamana abang nak dapatkan Laila kalau Laila masih tak mahu terima abang? Abang dah cuba berubah untuk Sarah. Abang dah boleh control sakit cemburu abang ni ...Sarah tak nak jumpa abang ke ? "

Dari terlena atas sofa tadi, Aku tiba-tiba terus bangun dan menggosok mata . Otak aku sedang berhubung...suara siapa tadi tu? Bukan mimpi pun..suara tadi seperti tergiang di telinga. Suara Luq Bakhtiar ke yang aku dengar tadi...atau suara hati aku yang menyatakan harapan aku? Aku menyeka air mata yang mengalir laju di pipi. Aku sedang menyembunyikan rindu aku pada dia. " Abang..... Laila rindu abang sangat-sangat..."

........Sambung.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience