Bab 37 Peluang Sekali lagi

Short Story Completed 83897

"Abang minta maaf sayang. Mesti sakit pipi ni kan? Abang kalau boleh tak nak naik tangan kat Laila. Abang dah cuba, baran abang tak dapat kontrol semalam. Abang takut sangat Laila tersuka orang lain dan tinggalkan abang. Abang sayang Laila sangat-sangat. Tolong Laila... Jangan tinggalkan abang. ". Luq membelai pipiku lembut dengan linangan air mata. Aku tahu dia menyesal sungguh-sungguh.... tetapi aku pula yang jadi takut kerana cemburu Luq sudah naik level.

" Abang hantar Chinta ke mana? Dari semalam Laila tanya abang tak jawab pun".

"Semalam... Abang nak pergi hantar purse Laila. Laila kan tertinggal kat meja tu. Sengaja abang tak telefon Laila nak buat surprise. Nak jadi cerita telefon abang pula yang tertinggal kat rumah. Bila abang sampai, Abang betul-betul terkejut tengok Laila siap makan dengan orang lain. Abang hilang kawalan, kepala abang jadi sakit, hati abang sakit..... Sakit sangat" Aku tahu dia sangat stress semalam. Bila tersentuh badan Luq semalam memang panas. Setiap kali barannya datang badan dia akan jadi panas macam tu tetapi bukannya demam. Bila dia dah cool sikit secara automatik panas badannya turun perlahan-lahan, pelik kan?

"Abang...... abang!! Laila tanya Chinta di mana? Suara aku naik seoktaf.... Lain yang aku tanya lain pula yang dia cerita.

" Asyik... Asyik... Chinta.... Kisah abang belum selesai nak cakap padal Chinta pula. "

" Anak saya kot....mana dia? Abang ni dah lain la. Laila tak tahu... Susah sangat ke nak bagitau kat mana Chinta sekarang ni??? " Geram betul... Aku dah berangin satu badan dengan Luq ni. Tunggu nak meletup ja ni. Sabarlah wahai hati.

" Sebenarnya semalam, anak dengan menantu Kak Bedah datang ambil. Kebetulan dia orang baru sampai, nak bawa Chinta tidur, rindu katanya. Cuti sekolah kita tak hantar langsung. Abang pun biarkanlah. Masa tu abang tengah bawa Chinta nak masuk kereta, nak menyusul Laila. Pada masa tu la dia orang terus kendong Chinta masuk dalam kereta dan terus balik. Tak sempat pun abang nak ajak masuk dalam rumah.

Aku sedikit lega mendengar keberadaan Chinta. Pengasuh Chinta dan anak menantunya memang sukakan Chinta. Selalu juga mereka mengambil Chinta bermalam di sana. Aku bukan apa, takut juga kot tiba-tiba Luq buat gila pula, letak Chinta di mana-mana. Teringat wajah Luq semalam membuatkan aku kecut dan fikiran tak menentu. Kesian juga Luq... Aku kata macam-macam kat dia.

"Abang bekalkan susu tak kat Chinta? Janji bila nak ambil Chinta tu?

" Dah... abang bagi sekali tin susu tu, dah tinggal sikit lagi ja. Katanya nak hantar petang ni lah.... "
Laila.... abang minta maaf tertampar Laila semalam. Abang tahu Laila memang telefon abang nak suruh abang datangkan semalam? . Abang dah check telefon abang, ada 10 misscall dari Laila. Laila tak nak beritahu abang cerita semalam? Macamana boleh tukar plan?

" Laila sebenarnya terkejut bila tengok tunang Ika ada sekali. Masa tu Ika baru bagitahu yang dia mesej Laila suruh bawa abang. Laila pun tak sempat nak baca mesej tu. Laila terus call abang tapi tak di angkat. Mula-mula kawan tunang dia tu yang dia orang panggil Cik Din tak ada pun kat situ pun. Bila Laila duduk aja baru Ika bagitahu Laila yang Cik Din tu akan join sekali. Laila cuba call abang lagi tapi abang tak angkat pula. Mmm...bila makanan dah sampai, dia orang ajak makan pula. Tengah sedap makan abang sampai dan marah-marah... Tersedak nasi tau tak? Terkeluar kot hidung nasi tu pedih hanya tuhan yan tahu. Lain kali tolong dengar dulu orang nak cakap apa... barulah bertindak. ". Aku ceritakan semua yang sepatutnya Luq tahu. Bertambahlah rasa bersalahnya kat aku. Waktu ni lah aku bancuh betul-betul, biar dia tahu perasaan aku. Dahlah tak pasal-pasal kena penampar free, kalaulah aku tak sabar boleh bercerai terus rasanya. Nasib baik aku ada peri kemanusian juga, aku beri peluang sekali lagi untuk dia berubah. Tiada cemburu buta lagi.

"Abang betul-betul minta maaf. Jangan benci abang ya. Kesian abang kalau bercinta sorang-sorang. Abang perlukan Laila dalam hidup abang. Tanpa Laila hidup abang tak sempurna sayang....."

"Kalau abang sayangkan Laila, jangan buat Laila bencikan abang. Kawal sedikit cemburu tu. Lain kali kalau nak marah Laila, kena ada bukti. Abang bertindak tanpa dengar penjelasan membuatkan Laila benci. Selama ni pun Laila cuba dah buat yang terbaik untuk abang. Laila pun tak pernah tipu abang. Abang patut bersyukur kerana Laila masih setia dengan abang. Tak pernah sekali pun berlaku curang. Abang sakit pun Laila masih sabar. Laila cuba pujuk diri sendiri supaya tidak tinggalkan abang sebab Laila sayang abang sangat-sangat. Sekarang ni Laila masih boleh pujuk diri untuk menerima kekurangan abang sepertimana abang terima kekurangan Laila. Sekali lagi Laila harap Abang tak sia-siakan keputusan yang Laila buat ini.

Ya... Peluang kedua. Aku telah berikan untuk Luq Bakhtiar. Aku sedaya upaya memaksa diriku untuk terima kekurangannya itu. Ini mungkin kerana aku telah berjanji untuk tidak menyebut lagi tentang perpisahan jika Luq jalani seisi kaunseling tempoh hari. Walaupun seisi kaunseling itu hanya nasihat biasa-biasa tanpa tindakan apa-apa tentang cemburu Luq itu sekurang-kurangnya dia menurut kemahuan aku. Aku rasa cemburu Luq ni boleh di kawal. Aku telah memberi amaran kepada Luq jika
sekali lagi tubuhku di sentuh secara kasar... aku tak akan berdiam lagi dan teragak-agak untuk mengambil tindakan. Luq pun macam terkejut sahaja menerima ugutan itu. Aku rasa aku akan serius kali ini. Kalau dia betul sayangkan aku dia akan usaha sendiri untuk pulih, aku tak akan pujuk dia lagi.

Ika telefon aku berkali-kali. Aku biarkan sahaja. Malas pula aku nak melayan. Terkilan juga bila dia menganggap remeh perkara yang sebegitu. Perkara besar sepatutnya telefon bukan mesej. Bila tiada respon dari aku sepatutnya dia telefon beritahu. Nasib baik Luq tak bergaduh besar dengan Cik Din malam tu. Mahu kalau di tumbuk Cik Din tu ke balai la jawabnya.

..............

Pejam celik, pejam celik. Dua hari lagi Luq dah nak balik Johor dah. Cuti sekolah dah nak habis. Luq tunggu esok nak sekolah baru hari ni dia nak balik. Cuti sampai rapat habih orang cakap. Aku pun seikhlas hati melayan Luq habis-habisan, segala jiwa dan raga aku serahkan. Aku berikan bekal siap-siap siang dan malam supaya dia tidak rindu, maklumlah cuti berdua lama sikit.

Sejak kejadian yang tak sanggup nak di ingat tu, aku dah tak rasa nak keluar ke mana-mana kecuali pergi bercuti bersama dengan Luq. Biarlah aku di bawah ketiaknya selalu asalkan tidak bergaduh. Aku bahagian macam itu. Cuti kali ini sempat juga kami bercanda di Cameron Highland, Pulau Langkawi dan bermalam di Pulau Pinang dan Perak. Luq juga sempat melawat dua pusat Tusyennya sekali sekala. Lain-lain urusan hanya di talian sahaja.

Luq ni sebenarnya sangat manja. Selagi aku beri perhatian dia akan semakin manja. Pernah juga dulu dia merungut bila aku berikan lebih perhatian pada cinta. Dia rasa aku dah tak sayangkan dia. Terpaksalah aku memujuk sepanjang hari.

Kasihan... cuti sekolah dah nak habis, kami akan berpisah lagi. . Nak balik setiap hujung minggu tentu letih dijalanan. Selalunya cuti tiga hari baru Luq dapat balik dengan tenang.

Bila berjauhan ni aku risau satu ja, takut penyakit dia datang aku dok di rumah pun dia dah boleh syak wasangka. Kalau aku tak telefon lama pun dia tuduh aku ada orang lain. Perkara macam ni aku anggap perkara remeh dah sekarang ni. Aku tak ambil bab sangat kalau dia tuduh ringan-ringan macam tu. Aku buat pekak saja. Aku anggap dia sedang merindui aku. Dia sengaja buat cerita macam itu dan ini. Aku dah boleh terima perangai cemburu dia yang biasa-biasa itu kecuali dia naik tangan. Aku banyak membaca tentang penyakit cemburu ni. Kalau tak nak bergaduh, elakkan dari melakukan perkara yang buat pasangan cemburu. Dulu aku tak boleh terima semua tu tapi sekarang ni aku sudah faham sedikit untuk menangani masalah pasangan yang cemburu. Aku banyak belajar dari kejadian lalu, salah sangka adalah puncanya. Aku bernasib baik bila Luq mahu menerima pandangan atau pendapat aku. Rajuknya pun sekejap sahaja. Mungkin dia telah pun dapat mengawal cemburunya itu.

Setiap malam dia akan memohon maaf setiap kekhilafannya. Aku juga memohon agar dia memaafkan aku dari hujung rambut hingga ke kaki kerana aku pernah menjadi isteri yang derhaka. Kami akan bermaafan setiap malam. Aku harap selepas ini tiada lagi kejadian yang tak mahu ku ingat lagi itu. Malu pun ada..... marah pun ada.... Macam-macam ada.

Setiap malam Luq akan telefon aku tanpa jemu. Sejak diberi peluang kali kedua, Luq sudah berubah. Dia tidak lagi menuduh aku macam-macam. Kalau sikit-sikit adalah. Aku anggap dia cuma bergurau. Tapi betullah orang kata cemburu tu tanda sayang. Kalau tak cemburu langsung.... Rasa diri tak dihargai langsung. Tak seronok juga bila tiada siapa yang menegur apa yang kita dan ambil tahu pasal kita. Betul tak? So... Bila Luq katakan cemburunya aku akan betulkan keadaan dan meminta maaf. Alhamdulillah Luq dah jarang mengamuk dan panas badan lagi.

........ Sambung........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience