Bab 61 Trauma

Short Story Completed 83757

Aku dah mengelabah, cepat -cepat aku curi nafas. Serangan kegelisahan muncul tidak semena-mena. Tak sangka pula Zydan ni yang beri bunga. Malu pun ada, mesti dia dah tengok aku cium bunga itu. Kalau tak fikir aku di kawasan sekolah mahu saja aku jerit sekuat hati lepaskan tension. Betul-betul aku tak sangka. Aku dah reject dia hari tu , aku ingat dia dah move on la..tapi jadi macam ni la pula. Selepas dia kata macam-macam kat aku hari tu aku dah tak respect dia lagi.

"Maaf cikgu, ambil balik bunga-bunga ni, saya tak perlukannya" Aku pulangkan semula bunga itu, mesti dia ingat aku suka bunga tu , mungkin dia nampak bunga itu di cium. Aduhhh.....jangan perasanlah cikgu Zydan oiii...

"Kenapa Laila? Abang datang penat-penat nak berikan bunga ni Laila tak nak ambil pula" Cikgu Zydan terus memujuk aku menerima bunga itu. Geli pulak tekak aku dengar dia gelar dirinya abang. Nasib baik belakang tempat parking sekolah, lagi pun ramai cikgu-cikgu dah balik. Risau pula aku kalau nampak dek anak -anak murid. Viral satu sekolah pula nanti.

"Errr ..Abang ???sorry....saya bukan adik awak , jangan perasan. Tolonglah pergi dan bawa bunga ni sekali. Saya tak nak timbul Salah faham banyak pihak ". Aku kembali bunga itu semula ke tangan dia.

" Terima sajalah bunga ni. Saya tahu awak mahu sebab saya nampak awak cium bunga tu tadi. Saya rasa macam awak cium saya pula...hi..hi...". Aku sudah rasa semacam je... dia ni macam gila pun ada . Gerun pula aku.

" Cikgu tolong hormati saya, Kan saya dah kata saya tak nak. Lagi pun tak elok la cikgu datang buat kecoh macam ni. Cikgu pun kan dah tahu sekolah ni macamana kan? Banyak sangat mata-mata yang memandang."

"Siapa buat kecoh? Saya Cuba nak bantu awak. Kesian kan hidup sendiri? saya tahu macamana hidup seorang diri tanpa suami di sisi. Saya tahu awak rindukan belaian" Semakin menjadi pula lelaki ini, mahu saja aku tampar mulutnya, macam dia tahu sangat keinginan aku. Kalau aku inginkan pun bukan dengan kau lah mangkuk. Mahu saja aku luahkan begitu padanya. Tapi aku masih simpan rasa hormat aku padanya.

"Saya tak perlukan siapa-siapa sekarang ni. Saya rasa hidup saya aman saja sebelum awak datang. Mohon awak terasa. Saya tak nak minta banyak, saya cuma mahu awak pergi dari sini. Tolong pergi"

" Laila, kasihan anak awak yang kurang Kasih sayang seorang bapa. Tak dak bapa pun susah juga kan? Dia masih kecil dan perlukan Kasih sayang. Tolong fikirkan ." Dia masih lagi provok aku. Hati aku dah semakin sakit ni...macam nak jerit saja. Masih boleh bersabar lagi.

" Anak saya tak pernah tandus Kasih sayang bapanya. Bapa dia sentiasa ada. Kenapa susah sangat Encik Zydan nak faham..Saya ni bukan siapa-siapa. Tolong cari orang lain yang betul-betul perlukan perhatian, bukan saya". Aku tak tahu nak buat apa , harapan aku cuma satu tuhan tolong selamatkanlah aku dari lelaki ini. Sakit kepala aku di buatnya.

Jauh di sudut hati aku memang megharapkan Luq yang beri semua bunga-bunga tu. Kalau boleh aku tak mahu orang lain mengganti tempat Luq di dalam hati aku. Aku mahu saja terus menjanda biar pun berapa tahun selagi hayat aku masih ada. Tentang lamaran Luq , aku belum buat keputusan, aku masih perlukan waktu untuk aku fikirkan lagi. Tiba- tiba terasa tanganku di tarik . Terkejut aku dengan tindakan Cikgu Zydan. Sah...dia memang psiko. Aku terus merentap tangan aku yang di pegang dan suara lantang ku terus keluar.

"Pergi dari sini, kalau tidak saya jerit.!! Suara aku dah naik oktaf paling tinggi. Bukan satu kelas boleh dengar tapi satu sekolah boleh dengar. Aku tahu dia sedikit terkejut .

"Alamak....garangnya cikgu Laila ni. Janganlah macam ni, kenapa bising-bising pula, nanti saya peluk terus" Dia terus melangkah dan menarik tangan aku yang baru nak buka pintu kereta .

" Tolong!!....tolong!! Aku terus jerit sekuat hati. Lelaki ni memang bahaya. Tiba-tiba tanganku yang di cengkam terlepas dan....Gedebuk!! tergolek tubuh lelaki itu di tanah. Celah mana tiba-tiba seorang lelaki datang, Mungkin dia terdengar jeritan aku. "Panggil polis Encik ! katanya kepada pengawal keselamatan sekolah.
Aku pusing memandang lelaki yang telah selamatkan aku tadi. Terkejut betul, Luq rupanya.

" Eh Abang?". Air mata aku mengalir laju. Terketar-ketar tubuh aku melihat Luq. Aku takut dia marahkan aku seperti dulu-dulu. Aku sentiasa dipersalahkan. Takut kepedihan sahaja yang aku dengar nanti dari mulutnya. Peluh terus merenek di dahi, penafasan aku terus tidak teratur. Rasa mual dan rasa mahu muntah. Aku tidak habis-habis membela diri aku atas apa yang terjadi tadi

"Laila minta maaf abang. Dia yang mula ganggu Laila. Gigilan tubuhku membuatkan aku rasa nafas aku terus tersekat. Pandangan Aku menjadi semakin kabur dan kemudian menjadi kelam. Aku dah tidak ingat apa-apa lagi...

..........

Aku membuka mata bila terasa angin sejuk menjamah wajah aku. Sejuk aircond membuatkan aku tersedar dari lena... bau ubat-ubatan menusuk ke hidung. Aku tahu aku berada di hospital. Aku menjeling di sebelah katil, aku nampak Luq sedang memandang aku dengan tersenyum.

" Laila tak buat ...bukan Laila yang panggil dia ke sekolah. Tiba-tiba dia datang. Laila tak tahu kenapa dia nak buat tak elok dengan Laila....abang jangan salahkan Laila" Aku masih rasa takut di marahi Luq. Aku rasa sakit ....aku tak sanggup mendengar ayat kemarahan dia lagi. Aku terlupa yang aku dan dia sudah tiada apa-apa hubungan lagi.

Bila aku sedar tentang itu aku kembali normal. Aku tahu Luq dah tak boleh marah aku lagi. Dia bukan suami aku lagi.

" Shhh....abang tahu. Laila tak bersalah. Maafkan abang sebab buat Laila takut. Abang tahu selama ni Laila sangat tertekan dengan perangai abang. Abang minta maaf. Sebelum ni abang tak terfikir pun seteruk itu Laila menderita kerana abang. Abang janji tak akan buat begitu lagi pada Laila" Aku sedikit terharu dengan penerimaan Luq. Dia sudah berubah?

"Abang belajar banyak perkara selepas menerima rawatan dari Dr Sayang. Abang sudah dapat menyelami perasaan Laila dan abang benar-benar menyesal dengan apa yang abang dah buat pada Laila dulu. Abang ingat dengan bertindak macam tu Laila akan selamanya jadi milik abang tetapi abang salah. Laila terus pergi dari abang . Abang menyesal" Luq menunduk Dan aku tahu dia menanggis.

Aku tidak tahu nak cakap apa. Sepatutnya aku tak perlu gugup begitu bila berhadapan dengan perkara yang sebegitu. Aku tak perlu takut dengan Luq lagi . Trauma....ya...aku trauma. Tekanan yang aku alami menyesakkan jiwa raga sehingga aku tak dapat bertahan untuk teruskan hubungan aku dengan Luq. Hari ini aku nampak perubahan pada diri Luq. Dia tidak lagi menuduh aku yang bukan-bukan lagi sehingga aku rasa terhina. Mungkinkah kerana aku bukan milik dia lagi. Jadi rasa cemburu tidak terasa lagi. Adakah Luq sudah berubah setelah mendapat rawatan di Singapura? Andai itu benar, akulah orang yang paling bahagia sekarang ni. Rujuk? Masih terlalu awal.

"Abang dari mana? Kenapa ada kat sekolah? Abang nak pergi mana?

" Abang ingat nak buat kejutan, datang senyap-senyap. Rupanya ada orang lain yang dulu buat kejutan. Lelaki tu dah di tangkap. Siapa lelaki tu Laila? Laila dah pernah jumpa dia? " Walaupun Luq bertanya dengan nada yang lembut , aku jadi takut. Serba Salah juga aku nak berterus- terang. Fikir punya fikir , akhirnya aku berterus- terang sahaja ....lagipun kalau dia marah, paling tidak aku boleh fikirkan semula untuk menerima dia semula.

"Cikgu Zydan. Ya ..nama dia Zydan. Sama belajar dengan Laila. Kami jarang sangat berjumpa , tapi dia pernah lah Cuba nak berkawan dengan Laila tapi Laila tak nak. Dia marah sebab tu la dia ganggu Laila sampai kat sekolah ni . Emm....Laila dah boleh discaj ke abang? Tak suka la kat sini lama-lama." Bau ubat sangat merimaskan aku. Lagipun aku malas nak ceritakan lebih detail hal yang berlaku antara aku dan Zydan.

" Esok baru boleh balik....kan Laila pengsan tadi. Doktor nak check kot ada sakit lain. Entah-entah mengandung ke , mana tahu kan ...dulu masa ngadungkan Chinta kan selalu macam tu?"

"Abang!!! Kenapa cakap macam tu? Sakitnya hati Laila. Tak apalah.... Abang boleh balik ...tak perlu tunggu Laila lagi" Luq mungkin nak bergurau la kononnya tapi dia silap. Hatiku terasa sampai ke tulang hitam. Aku rasa macam tak boleh terima gurauan seperti itu. Macam dia kata aku jalang pula...geramnya.

" Maafkan abang Laila. Abang bergurau sahaja. Please jangan merajuk". Aku cuba bangun tetapi kepala ku rasa pening dan tubuhku yang lemah. Aku sedar aku tiada suami , tapi aku tak sangka langsung Luq boleh cakap macam tu. Mungkin Luq ingat dia masih suami aku lagi.

" Kalau dulu abang kata macam tu, mungkin Laila boleh tersenyum, tetapi keadaan kita sekarang tak sesuailah abang nak bergurau macam tu. Laila ni... sejak kita berpisah fobia dah nak cari peganti. Nak jumpa orang pun masih terngiang-terngiang leteran abang yang menyesakkan jiwa tu.

" Abang minta maaf sekali lagi ok. Abang tahu Laila setia dengan abang. Walaupun abang banyak lukakan hati Laila tapi percayalah semua tu kerana abang cintakan Laila. Abang juga tahu Laila tak akan cari peganti abang. Abang pun sama Laila. Abang tak akan cari yang lain. Laila cinta pertana abang dan tiada yang boleh mengantikan Laila. Abang akan tunggu Laila terima abang semula. Abang sentiasa berdoa supaya jodoh kita masih ada. Abang merayu sayang....terimalah abang semula." Terharu juga aku mendengar luahan Luq. Sebenarnya cinta aku datang bila aku nampak bunga di bonet kereta petang tadi. Aku betul-betul yakin Luq yang bagi tetapi mangkuk gila tu yang punya bunga. Aku kecewa waktu itu dan terasa cintaku telah terbang bersama angin lalu.

.......Sambung.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience