Bab 42 Meletup

Short Story Completed 83757

Bahang kemarahan Luq ternyata tidak akan padam bila Cik Din sekali lagi telefon aku. Cepat sahaja dia capai telefon yang masih di tangan aku bila nampak nombor yang tertera di layar telefon itu. Mungkin dia sudah menghafal nombor itu. Luq... Kalau melibatkan nombor memang cekap. Semua nombor ada di kepalanya. Nombor kereta kawan-kawan aku pun dia tahu sedangkan aku...cetek sangat bab itu walaupun aku seorang guru matematik. Kadang-kadang selisih dengan kereta kawan-kawan pun aku tak sedar langsung kecuali diberitahu. Mungkin itu satu kelebihan untuk Luq dan satu kelemahan bagi aku. Kami tak sama langsung tentang itu.

" Hey... Nak apa telefon bini aku malam-malam ni. Kau ada kat mana hah? Kau sengajakan nak cari pasal dengan aku kan??" Aku dah agak Luq pastinya naik angin bila terang terang ada lelaki yang menghubungi aku malam-malam macam ni. Tak tahu hormat langsung dia sebagai suami.

"Kau sabar boleh tak? Aku nak cakap dengan Laila. Mana dia? Sekejap pun jadilah. Aku nak dengar suara dia ja. Aku suka sangat dengan suara dia yang menenangkan aku"

" Hey... Kau memang menguji kesabaran aku la....kurang ajar. Suara bini aku kot yang kau minta nak dengar tu. Kau jangan macam-macam, gila betul bila nak dengar suara bini orang malam-malam. Tak ada kerja ka? ". Luq terus memutus talian dan terusan mencengkam kepalanya. Apa yang Cik Din cakap dengan dia aku pun tak tahu. Matanya sudah memerah dan rambutnya masih di tarik-tarik. Aku nampak pelik sangat. Harap-harap janganlah penyakit baru.

" Abang! Abang! Kenapa ni. Ingat Allah abang. Mengucap abang. Apa teruk sangat ni sampai tarik-tarik rambut ni. Patutlah rambut tu semakin sikit. Cuba sebut Allah... Allah... Allah....". Lain pulak aku tengok Luq kali ni. Macam menjadi-jadi pulak perangai dia. Sebelum ni tak pula tarik-tarik rambut macam tu.

" Geram la Cik Din ni. Lepas ni Laila jangan sekali-kali cakap dah dengan dia. Abang tak izinkan. Kalau Laila cakap juga tahu la apa abang nak buat. Jangan cabar kesabaran abang. Abang dah tak tahan la hidup macam ni. Semak betul la...hishhh.... Apa yang dia nak dari bini aku ni.!???

"Kenapa ni abang? Cik Din cakap apa? Apa yang dia nak?

" Diam kejap Laila... Abang sakit kepala ni. Pergi tengok Chinta sana. Abang tak dak mood la nak cakap dengan Laila" Macam tu Luq cakap dengan aku. Aku tanya elok-elok dia jawab macam tu pulak.

"Amboi.... Main mood mood pula." Meradang aku dengan Luq ni. Aku buat muncung sedepa biar dia tahu aku terasa hati. Sekali sekala keluar ucapan yang menyakitkan hati aku. Sayang... sayang.... Sayang tahi kucing kalau macam ni. Nak sembang dengan bini pun kena ada mood juga ke? Tak faham aku. Sekejap sayang sekejap
benci... confius aku.

Aku menepuk-nepuk punggung Chinta supaya dia rasa kehadiran aku. Tadi... Luq minta aku tengok cinta sebab dengar suara dia merengek. Mungkin terdengar riuh suara babahnya menghamun di hujung telinga. Nasib baik dia belum memahami apa-apa.

Aku baring sebelah Chinta. Mataku yang berkaca sudah hampir terlelap bila terdengar tombol pintu bilik di pulas. Aku tahu Luq yang masuk. Aku cepat-cepat pejam mata pura-pura lena.

"Sayang.... abang minta maaf". Aku diam dan masih pejam mata. Biarlah... aku masih terasa dengan kata-kata Luq tadi.

"Sayang.... Abang minta maaf. Abang salah".

"Salah? ". Abang buat apa yang salah tu? . Sengaja aku tanya dia begitu. Dia tahu aku sebenarnya terasa hati. Cuba memujuk kononnya.

" Abang tak layan Laila cakap tadi. Abang geram dengan Cik Din. Dia...mmm... dia nak pikat Laila" Geram dengan Cik Din aku pula yang jadi mangsa kemarahan dia. Mungkin sebab ada kena mengena dengan aku kot dia jadi hangin begitu.

" Dia kata apa? Mana abang tahu dia nak pikat Laila? Abang jangan terlalu mengikut kata hati, bini abang ni bukannya cantik mana pun sampai ada orang nak pikat.". Dengan dia dulu pun aku rasa rendah diri. Nak menerima dia pun fikir sampai empat lima kali. Inikan pula Cik Din yang tak masuk senarai langsung.

" Dia cakap dia suka dengar suara Laila. Ni mesti Laila dok cakap manja-manja sampai dia tergoda. Sampai dia tak sedar yang dia dah tersuka bini orang dan Laila pula tak sedar Laila tu bini orang. " Sedap sungguh Luq mengutuk aku. Dalam nak minta maaf tu, boleh pula selitkan perkataan yang membuatkan darah aku naik terus.

"Abang tak percayakan Laila? Jangan buat Laila terasa hati dengan benda-benda macam ni. Laila tak suka. Laila tak suka abang jadi macam dulu. Abang kena percayakan Laila, barulah cemburu abang dapat dikawal. Kalau nak tuduh yang bukan-bukan macam tu susahlah. Abang nak hubungan kita selalu berantakan macam ni ke? Laila tak boleh tahanlah macam ni. sakit hati
betullah". Rasanya kalau tak kawal boleh meletup marah aku ni. Sabar... Sabar.... Aku kena Sabar. Aku ada Chinta. Kesihan kan Chinta membuatkan aku kawal sedikit marah aku. Huh! Kalau nak ikutkan hati aku mahu saja aku lari jauh-jauh hilangkan diri aku.

"Abang cuba nak percaya tapi tak boleh, macam ada suara suara bisikan yang bukan bukan hingga abang percaya. Abang tahu Laila memang tak buat macam tu, tapi abang terlalu risau kalau Laila buat betul-betul seperti yang abang fikirkan"

"Abang.... Laila dah penat la nak minta abang percayakan Laila. Rasanya abang perlu dapatkan rawatan semula. Laila takut benda ni akan jadi lebih teruk "

"Laila jangan mengarut sangat. Dok tambah-tambah cerita sendiri. Dulu abang dah ikut nasihat Laila jumpa pakar la.. Kaunselor la... Tapi tak ada apa pun. Abang ok ja, . Buang masa ja semua tu. Sekarang ni masalahnya Laila. Laila kena jaga diri, jangan melayan sangat lelaki lelaki di luar sana. Mentang - mentang lah abang jauh dari Laila, ingat Laila boleh buat apa yang Laila suka? " Luq mula menengking lagi. Aku tak boleh tahan ditengking begitu. Nada suara Luq dah tak macam dulu. Macam tiada tanda dia mahu kawal kemarahannya.

"Amboi... abang cakap sedap mulut saja. Laila ni habis sabar tau bila abang balik. Ada saja benda yang tak kena. Dah tak nak isi borang tukar, salahkan kita pula. Laila ni kalau boleh biar dekat dengan abang. Tapi... Abang macam tak kisah saja Laila hidup sendiri. Bila balik macam-macam abang tuduh Laila. Laila pun ada tahap kesabaran tau". Sakit hati membuatkan aku menjawab setiap bait kata Luq. Rasanya dia dah melampau tuduh aku macam-macam. Macam la aku ni teruk sangat, sampai nak layan semua orang. Ni sebab Cik Din lah ni, tak habis-habis nak ganggu aku. Aku pun hairanlah.. Kenapa la dia suka dengar suara aku. Patut ustaz selalu pesan berkaitan suara wanita. Walaupun bukan aurat dia boleh jadi haram suara pada keadaan tertentu. Tapi seingat aku, aku bercakap macam biasa ja, tanpa ada niat menggoda macam Luq cakap tu. Ah! Pening betul aku bila ingatkan Luq ni.

"Sekarang ni dah pandai nak cabar abang kan? Tahap kesabaran abang pun ada had tau. Jangan sampai abang hilang sabar dengan Laila. Cubalah buat sesuatu yang abang dah larang.. Tahulah nasib Laila.

" Abang nak buat apa kat Laila? Abang ni dah lain tau. Tak macam dulu lagi yang sentiasa jaga hati Laila. Sekarang ni apa yang Laila cakap abang dah tak percaya. Pasal Cik Din... abang terus tak percayakan Laila. Abang tahu dak Cik Din tu ada penyakit, yang abang salahkan Laila pula kenapa? Abang nampak ke yang Laila terhegeh-hegeh kat dia. Tak kan?? Jangan asyik nak menuduh aja. Nombor telefon dia pun Laila dah blok. Tak kan Laila tergilakan dia pulak. Cuba fikir sikit. Sakit kepala la kalau macam ni. Abang boleh ja balik Johor sekarang, serabutlah. kalau dekat asyik nak gaduh ja. " Aku dengan suara yang penuh emosi tidak dapat aku kawal lagi hingga aku mengeluarkan kata yang sebegitu.

" Laila halau abang? Ouh.. Sekarang ni dah tak perlukan abang lagi maklumlah Cik Din dah mati bini". Aku malas dah nak bertekak. Lagi aku tunggu lagi sakit hati. Tu yang terkeluar cakap suruh dia balik. Makin lama aku dah naik meluat dengar dia tuduh aku macam-macam. Aku dukung Chinta, capai kunci kereta dan terus keluar rumah. Aku hidupkan kereta sambil berfikir mahu ke mana.

Luq tiba-tiba keluar menghampiri aku di kereta. "Hey... Laila nak pergi mana? Sekarang dah pandai kan? Keluar dah tidak minta izin. Abang tak izinkan Laila keluar. Dah lah halau abang, tiba-tiba nak keluar pulak. Lain benarkan?? Nak adu kat Cik Din ke? Pergilah... Pergi!!! Jatuh talak kalau Laila pergi juga. ". Dengar perkataan yang terlafaz itu terbakar hati aku. Rasanya itu perkataan yang tersimpan lama di hati Luq... Cumanya yang keluar setakat ni dia sebut semak...semak....mungkin untuk aku. Hari ini terkeluar juga akhirnya lafaz itu membuatkan aku benar-benar rasa tercabar. Aku terus menukar gear lalu menekan pedal minyak dan Vroommmm.....kereta aku melucur laju. AKu dah tak menoleh lagi.

............ Sambung.........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience