Bab 18 Bukan cemburu?

Short Story Completed 83757

"Telefon abang berbunyi ke? Luq terpisat-pisat, bunyi suara keletihan masih kedengaran " Macam bunyi telefon je tadi, kenapa tak diangkat?

"Seri telefon. Tak sangka pula abang simpan nombor dia." aku dengan bersahaja menyebut nama Seri. Geram aku, suami aku yang dia gedik nak telefon sangat.

"Gulp! Luq tertelan liur. " Dulu... dia selalu telefon abang. Sejak kita kahwin dia tak pernah telefon lagi. Mungkin ada perkara penting kot" Luq mencapai telefon dan baca mesej yang dihantar Seri.

" Ni ha... Dia cakap dah dapat posting. Kat Perak."

"Perkara penting ke tu? Telefon suami orang nak bagitahu benda tu jer. Kenapa tak telefon Laila aja? Laila pun kenal dia juga. Dia memang sukakan abang dari dulu kan ?

" Kalau dia suka pun, dia tak dapat abang. Laila yang dapat. Nak lagi ke sayang. Abang boleh bagi lagi."

"Abangggg.... Abang sedar tak? Abang takut sangat kalau ada orang sukakan Laila kan? Siap mengamuk lagi. Tapi kalau orang suka abang.... Abang siap buat lawak lagi. Patut ke gitu? "

"Abang patut tahu , Laila juga ada perasaan cemburu, Laila juga takut abang pergi, tapi kita boleh lawan cemburu tu sendiri. Laila yakin dengan abang sebab tu Laila tak marah walaupun ada orang sukakan abang. Tetapi abang sebaliknya. Abang akan marah Laila macam Laila ni buat salah. Itu maksudnya abang belum percaya Laila sepenuhnya.

" Dah... dah... Tak perlu cakap pasal dia. Biarlah dia. Yang penting abang sayang isteri abang. Laila dah mandi ke? Jom siap kita dah nak check out kejap lagi". Sakit hati aku. Kalau terkena batang hidung sendiri cepat-cepat nak tutup kes. Kalau kena kat aku seminggu pun tak selesai lagi.

Aku bukanlah cemburu tentang kes Seri ni. Aku tahu Luq bukan melayan sangat Seri tu. Lagipun bukan Luq yang telefon Seri tetapi sebaliknya. Aku tidak syak apa-apa. Tidak terfikir Luq akan menduakan aku. Tetapi lain bagi orang yang bersikap cemburu seperti Luq, sentiasa ada syak wasangka dan rasa di curangi. Jika Luq berada di tempat aku, dia pasti akan mengamuk lagi.

.............

Selepas kembali dari Langkawi, dengan tepat lagi selepas aku terima bunga dari Zaheer, Luq jadi trauma. Trauma emosi kata orang. Dia jadi takut setiap kali ada lelaki mendekati aku. Dia takut aku lupa diri melayani lelaki lain dan lupakan dia.

Aku pernah memujuk dia supaya pergi berjumpa psikiatri , minta nasihat dan pendapat. Tetapi dia tidak mahu. Katanya dia bukanlah pesakit mental. Aku tak pernah kata dia mental atau apa. Cumanya cara pemikiran dia tak normal macam orang biasa. Terlalu banyak andaian yang dia akan buat. Asalkan ada lelaki yang dekati aku, difikirannya "curang" kadang-kadang sakit hati juga. Aku masih boleh bersabar walaupun hati aku amat sakit sekali. Sabarrrr....

Dia selalu berpesan jangan sembang berdua, jangan itu, jangan ini.. membuatkan aku kadang-kadang turut serabut. Semua aku buat dimatanya akan jadi salah. Aku tahu batas seorang isteri. Tetapi sampai nak sembang pasal kerja pun susah...

Kadang-kadang aku jadi takut jika ada cikgu lelaki telefon waktu aku kat rumah. Ya lah kadang-kadang melibatkan tugasan atau aktiviti yang perlukan perbincangan segera untuk hari esok, terpaksa berhubung untuk selesaikan. Aku jadi berdebar macam orang buat salah. Sedangkan benda tu tak salah di mata orang tetapi salah di mata Luq.

Bila bunyi telefon di depan Luq, aku selalu berdebar dan tidak selesa. Takut sangat jika yang telefon aku tu rakan sekerja lelaki. Aku selalu cakap yang penting saja. Atau aku cuma respon ya, ok, betul, tidak... Nak cakap lebih-lebih aku jadi takut. Aku jadi stress kadang-kadang. Benci aku dengan perasaan itu. Aku sudah tidak menjadi aku yang sebenar. Aku sering mengelak untuk bercakap dengan sesiapa terutamanya lelaki. Semua ni aku buat untuk menjaga hati Luq. Aku tidak mahu perkara menjadi lebih buruk.

Aku kadang - kadang mahu saja berterus terang supaya jangan telefon aku sebab suami aku cemburu. Jika aku buat begitu, aku sudah jatuhkan air muka Luq. Aku masih waras untuk melindungi kelemahan Luq. Aku perlu jaga aib suami. Sebab tu aku diamkan aja.

Kadang-kadang aku rasa aku yang perlukan kaunseling. Aku jadi keliru. Adakah betul tindakan yang aku buat. Ikut arahan Luq atau ikut kata hati aku.

Luq Baktiar sebenarnya sangat baik dan penyayang. Jika Luq seorang yang tidak cemburu dia adalah lelaki yang sangat perfect segala segi. Aku memang bertuah memilikinya. Setia dan tersangatlah manja.

Luq seorang yang sangat cemburu. Dengan masa pun dia cemburu. Jika dia mahu dimanja, jangan sekali aku buat kerja lain. Dia cemburukan masa aku. Kalau sentiasa berada dekat dengannya tidak mengapa asalkan jangan leka dengan telefon. Kalau baca novel lama-lama pun tak boleh.... Mesti kena hadap muka dia sentiasa. Gosok-gosok kepala. Picit-picit jerawat. Sikat-sikat misai atau janggut... Itu Luq paling suka. Tolong potong kuku pun ok, asalkan aku bersama dengan dia.

Aku memang suka buat macam tu... Manjanya membuatkan aku tak boleh berjauhan dengan dia. Aku suka melayan kerenah manja-manjanya tu. Ada waktu aku juga mahu masa sendiri. Layan fb atau membaca novel tanpa gangguan. Masa untuk itu aku buat bila Luq tidak ada di rumah. Baca novel macam ketagih. Lepas satu bab ke bab lain. Memang mengambil masa. Jika Luq ada, memuncung aja sebab kurang belaian. Aku jarang baca novel atau pegang telefon semasa dia ada.

"Masa kita cuma sedikit di dunia ni Laila. Abang mahu sentiasa bersama Laila. Abang tahu Laila jemu melayan kerenah abang. Abang tak tahu kenapa abang sentiasa mahu dekat dengan Laila. Abang rasa masa kita tak panjang. Andai kata abang pergi dulu. Laila nak kahwin lagi tak?

" Mmmm.... Tengok keadaanlah....kalau masih muda mestilah nak. Tambah-tambah lagi kalau peganti tu tidak cemburu lagi best " Aku sengaja nak mengusik Luq dengan jawapan itu. Aku tahu dia nak jawapan yang bagaimana. Kali ni Luq mesti terasa hati. Dia terus bangun dengan mata berkaca dan berlalu menuju ke bilik air agaknya. Cemburunya datang lagi.

Dalam masa yang sama aku juga rasa tersilap kata. Tragis juga jawapan aku tadi. Mungkin Luq terasa hingga tulang dalam. Kalau aku jadi dia pun, mestilah sedih.. Terbit pula rasa bersalah aku padanya.

Aku masuk ke bilik. Luq tidur sambil tangannya di atas dahi. Air mata masih bersisa. Aku hampiri dia, menggenggam dan mencium tangannya, perlahan-lahan Luq membuka matanya.

"Maafkan Laila abang... Laila tak patut jawab soalan abang macam tadi . Sebenarnya Laila saja nak bergurau dengan abang."

" Sampai hati Laila nak kahwin lain kalau abang mati. Pedih la kat sini." Luq pegang dadanya.

"Tak... Tak akan. Laila tak akan kahwin lain. saja usik abang ja. Mana boleh...Laila nak ke syurga dengan abang. Abang tiada pengganti. Percayalah hati Laila abang yang punya" aku mengurut dadanya yang dikatakan sakit itu.

"Hati ini Laila yang punya. Jangan sekali diberi kepada orang lain" aku masih membelai rambut dan kumis tipisnya yang selalu membuatkan aku jatuh cinta berkali-kali.

" Kalau abang mati, bila Laila kahwin lain... abang akan jadi hantu. Abang tunggu kat bilik dan cekik dua-dua sekali. Biar mati macam abang"

"Hii.... Seramnya abang cakap macam tu. Takuttt. Tapi... Laila nak tanya sikit boleh?

" Tanya apa? "

" Tadi nak cekik dua-dua tu.... Siapa sorang lagi tu? Suami baru Laila ke abang? Abang carikan ke??

" Lailaaaaaaaa.... Nakal kamu ye? Jangan lariii.... Abang cekik sekarangggg!! Luq dah terkena aku mencicit lari sembunyikan diri.

...... Sambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience