Bab 44. Pujuk

Short Story Completed 83757

"Assalamualaikum...."Terdengar orang memberi salam tatkala mataku sudah mahu terpejam lena. Aku tahu itu mesti Luq. Aku terus memejam mata pura-pura tak mendengar. Lantak lah...

"Waalaikumussalam...masuklah..." Aku dengar suara ayah menjawab Salam.

" Laila mana ayah? Saya nak jumpa dia"

" Biar dia rehat. Bengkak matanya ayah tengok. Apa cerita sebenarnya ni?"

" Emm...Salah saya ayah. Saya salah dengan Laila. Boleh saya jumpa dia" Lembut Gigi dari lidah caranya. Aku dekatkan lagi telinga ke dinding. Apa agaknya dia nak cerita pada ayah. Nak tahu juga.

"Kau buat apa dengan dia Luq? Tone suara ayah sedikit keras. Mesti kecut perut Luq. Biarkan...baru dia tahu langit tinggi atau rendah.

" Saya tuduh dia macam -macam. Saya nak minta maaf pada dia ayah. Dia cerita apa pada ayah?"

" Tentang kamu lah. Ayah nak dengar cerita dari kamu pula. Apa dah jadi Luq?

" Salah faham kecil saja ayah. Saya silap . Saya dah tuduh Sarah macam-macam. Saya cuma nak minta maaf dengan dia. Kat mana dia ayah? Boleh saya jumpa dia?"

Asyik minta maaf ja. Tahu pula dia Salah. Sebelum ni asyik sangat salahkan aku .

" Maaf saja tak cukup Luq. Talak kau jatuh ke tidak atas dia? Salah besar kalau tak nak cerita yang itu."

" Maafkan saya ayah. Saya yang terlepas cakap macam tu. Rasanya tak jatuh kot.... Saya tak ada niat nak jatuhkan talak pada dia ayah. Laila yang berdosa sebab keluar rumah tanpa izin saya. Lagi pun dia dah halau saya balik Johor macam saya tak berguna sangat. Saya rasa tercabar dan sakit hati sangat sampai terkeluar kata macam tu "

" O...sakit hati kamu saja yang di fikir, sakit hati Laila kamu tak fikir. Dia sakit hati la tu sampai suruh kamu pergi. Kamu dah dera dia ..Luq Bakhtiar.". Suara mak terdengar garang. Mungkin geram sangat Luq pandai menjawab macam-macam. Nasib baik mak faham perasan aku .

" Saya tak dera dia pun ...Ayah.!... Mak.!.. tengoklah sendiri mana ada Luka atau lebam-lebam. Dia balik sini elok ja kan, mana patah riuk pun. Saya tak sanggup buat macam tu la mak. "

"Yang tu namanya dera fizikal orang boleh nampak. Mendera emosi lagi teruk kamu tahu tak? Kalau dera fizikal sakitnya di luar, bolehlah ubat. Kalau sakit dalam kau nak ubat macamana? Boleh jadi gila tahu tak. Mak tak nak anak mak jadi gila . Kita akan selesai perkara ni besok"

"Kalau mak dan ayah nak marah, marah lah. Saya terima semua tu tapi izinkan saya jumpa Laila untuk selesaikan masalah kami"

"Ayah tak benarkan lagipun Laila pun merayu pada ayah tadi supaya tak benarkan kau jumpa dia. Bagi dia masa bertenang dulu. Nanti kalau dia ok , ayah sendiri akan bawa dia jumpa kamu "
Fuh!!...lega. Ayah bijak dan terbaik. Alasan ayah bagi boleh diterima pakai. Kalau Luq stay sini maksudnya aku terpaksa jumpa dia esok untuk bincang masalah kami.

" Kalaulah Laila pergi jumpa Cik Din lepas gaduh dengan kamu tadi mesti jatuh kan talak tu ? Kamu tak fikir ke yang kamu sudah ada niat di situ. Mak kecewa dengan kamu Luq. Cakap tak fikir dulu, main sedap mulut ja ikut emosi sangat. Siapa yang rugi. Kalau jatuh talak tu mak tak kan benarkan kamu ambil dia semula. " Mak tak senang duduk kalau tak masuk campur dengan kes ni. Berbagai andaian dia fikir. Mesti darah tinggi mak naik lagi ni .

" Tak lah mak, saya sayangkan Laila mak. Saya sayangkan Chinta. Tak kan ada niat nak buang dia orang mak, ayah. Selama ni saya memang takut Laila tinggalkan saya. Saya selalu berpesan pada dia jangan buat begitu pada saya. Tetapi malam ni dia buat juga. Saya tahu saya keterlaluan marahkan dia. Memang dia tak salah, saya yang salah tuduh dia macam-macam. Tolonglah mak..ayah...izinkan saya jumpa Laila.". Meraung Luq meminta. Kalau ayah atau mak izinkan pun aku tak akan jumpa dia malam ni. Sekarang ni aku tak ada rasa nak jumpa dia.

" Macam ni lah...kamu tidur dulu di sini . Tentang Laila tu...biarkan dulu. Kalau kamu jumpa dia sekarang pun tak kan selesai masalah kamu malam ni. Dia masih marah kamu tu. Kalau kamu pujuk juga takut api marah dia lagi besar. Lagi satu kita perlu rujuk juga kes kamu tu kat pejabat agama, kita dengar apa yang dia orang kata. Esok kamu dah kerja kan? Tak balik Johor ?

" Saya minta cuti esok. Saya nak pujuk Laila sehingga dia maafkan saya. Kalau tidak macamana saya nak tidur ayah, mak. Saya tak jumpa Laila lagi ni. Saya tahu saya salah. Saya nak minta maaf kat dia dulu."

" Masalahnya sekarang ni dia tak nak jumpa kamu. Kalau dia nak jumpa kamu mesti dia dah keluar tu. Katanya tadi kalau kamu ikut dia , dia nak pergi jauh dari kamu. Biarlah dia redakan marah dia tu. Teruk sangat ayah tengok dia tadi...." Luq terus memotong cakap ayah . Ayah belum habis cakap lagi.

" Tak...sekarang ni saya nak jumpa dia. Dia ada kat bilik kan? Saya nak jumpa dia juga . Ayah bagi ke tak bagi ke saya kena jumpa dia juga. " Aku dengar derapan kaki menuju ke bilik aku. Aku tekupkan telinga tidak mahu dengar suaranya.

"Laila.....ni abang sayang. Tolong buka pintu ni. Kita bincang elok-elok. Laila!..Laila.!...jangan sampai abang pecahkan pintu ni ". Luq dah mula naik angin bila aku diam saja. Aku tahu dia akan tendang pintu bilik ni kalau marah sangat. Aku risaukan ayah kat luar tu. Kalaulah ayah pun naik angin juga...ribut taufan akan melanda rumah ni. Aku cepat-cepat turun katil melangkah ke pintu . Aku dengar ayah sudah mengomel dan derapan kaki makin hampir dengan bilik aku.

" Hey.. .melampau kau kan. Aku dah cakap aku tak izinkan kau jumpa dia malam ni. Aku kata sabar sampai esok boleh tak? Jangan sampai aku selesaikan kau orang malam ni juga!". Ayah dah mula naik hantu . Garang ayah boleh tahan juga. Lama dah aku tak dengar ayah marah macam ni . Aku takut Luq kalah nanti.

"Laila !!! Luq dah mula menendang pintu tanpa hiraukan amaran ayah. Terkejut aku dengan sikap Luq. Tak pernah pula dia begini tambah pula dihadapan mak dan ayah. Melawan juga caranya ni

"Buk!! Degil kau ni kan? Yang kau tendang tu pintu rumah aku tau. Ingat rumah kau" Aku rasa Luq dah kena sebijik dengan ayah. Aku tak tahu kat mana sasarannya. Aku cepat-cepat buka pintu. Takut pula Luq tak dapat kawal diri. Aku nampak ayah dah mencekak kolar baju Luq. Pucat muka Luq. Mak pula terkejung kat situ tak terkata apa-apa. Adik? Rasanya dah tidur sebab dia selalu tidur awal. Aku sebenarnya takutkan si Luq tu. Dia juga ada barannya. Nanti kalau dia melawan ayah susah jadinya. Berdosa besar pulak dia.

"Ayah"....aku memegang tangan ayah lembut Sambil menggeleng kepala bertujuan menghentikan tindakan ayah. Boleh tercekik Luq tu nanti. Kalau mati jenuh aku. Perlahan tangan ayah melepaskan kolar baju Luq. Ayah terus berlalu dengan dengusan . Mak pula terus membontoti ayah dan membiarkan kami berdua di situ. Mungkin ayah tak mahu panjangkan cerita marahnya tu. Kalau tunggu mungkin sebijik lagi penumbuk hinggap ke muka Luq.

" Ok. Laila dah keluar sekarang . Abang nak apa ?" Aku bernada biasa menjeling Luq Sambil menunggu jawapannya.

"Abang nak minta maaf atas kejadian tadi."

"Laila dah maafkan abang. Lagi..."

"Abang nak kita balik rumah kita"

" No... itu tak mungkin . Kita kena pergi pejabat agama. Kalau talak tak jatuh , Laila akan minta fasakh"

" Kenapa Laila? Laila dah tak suka abang?"

" Ya... Waktu Laila suka abang , Laila cinta abang dengan sepenuh hati Laila. Laila ikut semua pesanan cemburu buta abang tu sampai Laila jadi takut tak bertempat. Tapi apa yang abang buat, abang masih menuduh Laila macam-macam. Laila tertekan sangat.Laila nak kita berpisah. Laila dah tak mahu hidup dengan abang lagi. Laila dah tak mahu terdera emosi lagi. Cukup sekali Laila beri abang peluang. Laila tak perlu abang lagi."

"Sampai hati Laila, selama ni betul la apa yang abang bayangkan. Laila akan tinggalkan abang. Abang terlalu sayangkan Laila sebab tu abang risaukan Laila. Laila tak nampak ke semua yang abang buat untuk Laila?."

" Laila tak nampak pun apa yang abang buat. Kalau risau kenapa abang tak usaha nak balik tinggal dengan Laila. Sekurang-kurangnya abang minta tukar ataupun usaha la buat rayuan atau apa. Ni..bila Laila tak dapat tukar abang seronok pula. Lama dah Laila terasa dengan abang. Abang tak pernah pun ada rasa rindu pun bila kita hidup terasing, abang tak pernah rasa nak besarkan Chinta sama-sama. Abang ada orang lain ke?"

"Laila!! Tak kan Laila rasa abang jahat sampai macam tu. Abang tak ada siapa-siapa pun selain Laila. Abang tak ada niat pun nak berpisah dengan Laila. Laila tak bahagia ke dengan abang?

" Ya... memang tak bahagia kalau apa yang Laila buat abang tak hargi langsung. Benda yang tak buat pun di tuduh-tuduh. Rasa bosan pula hidup begini. Penuh ketakutan dan berpura-pura."

"Ouh!! Selama ni Laila tipu abang? Hidup berpura-pura? Maksudnya dah lama Laila tak suka abang. Cuma terpaksa melayan kehendak abang ? Macam tu ke Laila? Tak sangka betul abang."

" Dah lama Laila memendam rasa. Hari ini biar abang tahu. Laila dah tawar hati dengan abang. Abang balik ke..tak balik ke....Laila tak rasa apa-apa. Tak macam dulu-dulu. Kalau abang tak balik Laila akan ke sana. Abang tak perasan ke? Atau abang suka kalau Laila tak ganggu abang kat Sana. Laila dapat rasa la, abang pun dah tawar hati dengan Laila kan?" Luq terus menunduk. Aku tahu memang ada benarnya apa yang aku katakan. Dia seolah-olah mengaku itu kebenaran itu. Dia mungkin tak sedar yang cinta kami sudah kering dan Tiada mekarnya.

" Abang minta maaf sebab buat Laila rasa macam tu. Mungkin kita dah terbiasa hidup berjauhan sehinggakan kita tak hiraukan hal kita sendiri"

"Lagi pun Laila rasa dosa Laila lagi bertambah bila dekat dengan abang. Laila isteri yang suka membantah , kalau abang nak lepaskan Laila terpulanglah. Laila dah tak kisah pun . Sekarang ni baik kita teruskan hidup kita terasing macam ni.

"Laila!!! sampai hati Laila buat abang macam ni . Baiklah...kalau Laila nak sangat ....abang ceraikan Laila dengan talak satu. Abang pun terpaksa berundur kalau orang dah tak nak kat abang. Laila tolong maafkan kekurangan abang selama kita hidup bersama". Air mata Luq aku nampak menitis. Mungkin kecewa benar dengan keputusan yang aku pilih.

"Terima kasih abang...Laila pun minta maaf pada abang atas kekurangan diri Laila semasa menjadi isteri abang ." Aku dah tak rasa nak menangis lagi. Aku cuma rasa puas bila dilepaskan .

Entahlah ....aku pun tak tahu kenapa aku mengambil keputusan yang begitu. Mungkin aku telah lama memendam rasa . Rasa cinta itu terhakis sedikit demi sedikit dengan sikap Luq yang sentiasa mengongkong tidak bertempat. Peluang yang aku beri pun tidak d guna sebaik nya. Aku rasa seolah-olah akulah orang yang paling teruk bila semua yang aku buat dianggap Salah.

Luq berlalu pergi dengan linangan air mata selepas mencium Chinta sepuasnya. "Jangan biarkan Chinta lupakan abang . Laila perlu beritahu Chinta yang abang selalu ada untuk dia. Abang sayangkan dia dan Laila juga. Bila dia dah besar Dan abang pun dah tak ada disini, minta dia doakan abang nanti... " Kata terakhir Luq menjentik sedikit tangkai hatiku. Aku sedar aku hanya manusia biasa dan hatiku bukan batu. Terdetik juga di hati ku boleh ke aku hidup tanpa seorang suami ........

.......Sambung........

Hai pembaca semua. Minta maaf, berterabur sedikit jalan cerita Dan nama-nama penting banyak sangat typo . Harap tu sampailah mesej saya untuk semua. Tolong tinggalkan komen ye ...boleh saya baiki lagi kelemahan yang ada. Selamat membaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience