" Eh... Laila.. Berjumpa di sini pula. Awak ingat saya? Jumpa dekat seafood Pak Chop western hari tu.
" Siapa? Oh.... Ya... Ya... Cik Din. Sori tak perasan. Ada apa datang sini?
"Buat rawatan isteri. Stroke selepas bersalin. Tengah buat fisio la sekarang ni. Laila? Buat apa kat sini?
" Ni hah nak cucuk anak saya ni, dah setahun lebih dah. Terlepas tarikh. Tu yang kena jumpa doktor tu"
"Ouh... Ni anaknya. Comel betul macam mak dia. Bapa dia pun boleh tahan hensem. Hari tu apa cerita? Laila kena marah sebab saya kan? Saya minta maaf banyak-banyak, tak sempat nak betulkan keadaan. Suami Laila tak datang sekali ke?
" Suami saya kat Johor.... Sebenarnya tak ada apa yang berlaku pun. Salah faham ja. Semua dah settle. Saya pergi dulu Cik Din". Sibuk betul la Cik Din ni. Nak tahu pula kisah rumahtangga orang. Baru kenal kot. Aku harap Luq tak tahu aku terjumpa Cik Din ni lagi. Kalaulah dia tahu, berasap lagi la telinga aku dengar bebelannya.
Aku terus membawa Chinta ke tempat duduk yang di sediakan di hadapan bilik pemeriksaan. Sambil menunggu giliran nama Chinta di panggil sempat juga aku melihat mesej-mesej yang lama aku tak buka. Kebetulan Chinta duduk diam atas kerusi sebelah aku.
Aku buka mesej yang dihantar Ika.
"Laila.... Kau ok? Aku minta maaf" - x balas
"Laila... Ok ka? Luq buat apa-apa tak? - x balas
" Laila... O... Laila.... Kau marah aku ek? Jangan tak datang pula majlis aku nanti. - x balas
"Laila... Majlis aku lagi dua minggu tau. Jangan tak datang pula. Kalau aku salah... Aku minta maaf okey .! " - x balas.
Malas aku nak balas. Biar Ika tahu perbuatannya itu tidak boleh di ulangi. Cara tu Salah. Nasib baik Luq boleh lagi di pujuk. Kalau tak kes akan jadi lebih rumit.
Kata orang hidup berumahtangga ni perlu ada sedikit gaduh-gaduh manja. Kalau tak bergaduh langsung tentulah membosankan. Tetapi... Kalau hari-hari bergaduh pun tak seronok juga. Bila bergaduh barulah kita tahu apa yang pasangan kita mahu. Kita boleh betulkan kekurangan yang ada dalam diri kita. Kadang-kadang kita tidak sedar pun akan kesalahan yang kita buat sehinggalah kita ditegur. Aku dan Luq bergaduh hanya bila Luq dihantui dengan sifat cemburunya itu. Kalau tak memang seronoklah hidup aku. Aku sedaya upaya memenuhi kemahuan Luq. Dia tak suka aku dekat dengan mana-mana lelaki aku dah buat. Dia tak suka aku make up tebal-tebal aku ikut. Dia cakap aku hanya untuk dia seorang sahaja. Lelaki lain tak boleh pandang aku langsung, jadi aku perlu menjaga penampilan supaya tidak terlalu menonjol dihadapan lelaki. Kalau di rumah, mahu selalu nampak cantik katanya.
Pernah sekali, aku dan Luq ke Pasar malam dekat dengan rumah. Ada adik berniaga pasar malam tu tegur aku semakin slim lepas bersalin. Apalagi berdengus kasar la Luq di sebelah aku. Aku cepat-cepat beredar. Tu pun dekat seminggu tak bertegur sapa dengan aku. Jenuh aku pujuk.... Aku juga yang salah. Masa tu aku baru belajar memahami perangai Luq. Sekarang ni aku dah faham sangat. Yang penting aku perlu elakkan perkara yang membuatkan Luq cemburu.
"Ting....mesej masuk.
" Hai Laila. Saya ni.. Cik Din, ambil nombor ni dari Zalika. Nak laksa tak? Saya kat bawah ada kat kedai makan. Nampak macam awak tak makan lagi. Nak saya tolong belikan?
" Tak... tak perlu Cik Din, saya dah kenyang lagipun saya masih pantang laksa tu". Aku cepat-cepat balas mesej tu. Naik geram juga aku kat Ika ni, tak faham ke Luq tu macamana. Nak bagi nombor telefon aku kena tengok juga siapa yang minta tu ataupun tanya dulu boleh bagi ke tak. Ni tidak... Orang yang tak kena mengena pun dia bagi. Setengah orang biasa ja bagi nombor telefon kat orang lain tapi kalau Luq... kirim salam la jawabnya. Silap haribulan telefon aku pecah kena hempuk.
Sebenarnya aku pun tak suka melayan lelaki. Tambah- tambah lagi yang baru kenal macam Cik Din tu, macam ambil kesempatan pulak. Aku macam tak selesa bila dia cuba ambil berat pasal aku. Bukan sebab Luq tidak suka tetapi aku juga tidak suka dibuat begitu. Mungkin Cik Din ni terlalu ramah dan dia dah biasa macam itu. Menegur ramah walaupun baru kenal. Tapi kalau nak ramah dengan aku memang silap la. Aku bukan jenis macam tu.
Selepas selesai urusan Chinta aku terus pulang ke rumah. Belum sempat buat apa-apa telefon berbunyi. Aku agak Luq yang telefon, mungkin nak tahu Khabar Chinta. Aku yang sedang mendukung Chinta cepat-cepat letak dia atas sofa sebelum menggagau telefon dalam beg tangan.
"Assalamualikum abang.... Sorry lambat angkat. Chinta tidur."
"Waalaikumussalam..... Saya Cik Din ni. Laila dah balik ke? Saya beli apam balik panas-panas ni. Ingat nak bagi Laila. Abang kesian tengok Laila dengan anak tadi. Tak ada siapa siapa pun temankan.
" A.. Ah... dah balik Cik Din. Kenapa susah-susah ni. Terima Kasihlah. Saya tak makan apam balik. Saya letak dulu ya anak saya nangis. Assalamualaikum" Rimas juga orang yang terlebih berbahasa ni. Tak sanggup pula aku bayangkan kalau Luq tahu benda ni, tentu banyak jawapan yang aku perlu sediakan nanti. Cik Din ni pun pasai apa tak tau. Seram juga.
Bunyi telefon lagi... Confirm ini dari Luq.....
"Hello... sembang dengan siapa? Itu soalan yang Luq selalu tanya aku bila dia telefon tak dapat.
" Ouh.. Tadi ke? Cakap dengan mak. Lama tak balik." Terpaksa cakap begitu takut mood dia hilang dan terus terbang balik ke sini.
"Mmm.... Chinta macamana lepas cucuk tadi? Nangis?
" Mula-mula tu dia tak tahu pun nak kena cucuk. Bila lengan baju diselak, dia tengok aja Nurse tu lepas kena jarum.. mmm.... mahunya tak nanggis. Nasib baik sekejap saja... Yang kelakarnya kan... Dia sebut.... Babah...... Babah.....mesti nak ngacum, dia mesti nak bagitahu yang Laila penyebab dia sakit... Ha.. Ha.. "
" Kasihannya anak babah.... Laila... Abang minta maaf sebab tak dapat temankan Laila ke Klinik. Jangan lupa abang tau sebab dah pandai buat sendiri semua benda. Kalau abang balik abang akan urus semua benda yang Laila nak buat ok?
" OK abang.... Badan Chinta ni dah suam-suam dah ni takut demam pula. Kejap lagi Laila nak suapkan ubat demam yang klinik sediakan.
" Ok Laila.... Rindu abang selalu tau. Abang rindu sangat dengan sayang . Abang letak fon dulu tau. Lusa abang balik"
"Ok abangg.... Laila tunggu abang balik, sayang abang... Bye" Sebaik sahaja letak telefon, aku cepat - cepat ambilkan ubat sebab Laila dah pun bangun. Sedikit rengekan... Mungkin terasa sakit di pehanya, tempat cucuk tadi. Aku pegang perlahan tempat cucuk tadi, panas. Chinta mesti sakit, nak tuam takut pula. Nurse dah bagitahu tadi tak perlu buat apa-apa. Dulu aku tengok sepupu aku tuam tempat cucuk anak dia dengan botol susu yang di dalamnya ada air panas dan dilapik tuala. Releks ja. Aku cuma berani sapukan sedikit balm di tempat cucuk Chinta supaya kurang sikit sakitnya.
Aku tidurkan semula Chinta selepas minum susu. Aku berikan Chinta ubat sirap merah yang klinik bekalkan tadi. Katanya ubat demam dan ubat tahan sakit.
... Tit... Tit... Mesej masuk lagi dari nombor yang tak dikenali.
" Kesian abang.... Makan apom balik sorang-sorang. Tiada yang temankan. Nak isteri temankan isteri sakit. Nak Laila temankan... Laila dah balik... Tinggallah ku keseorangan." Hah sudah.... Apahal ni?? Cari pasal betullah Cik Din ni. Gila bayang apa ntah.... Ni sebab engkaulah.... Ikaaaaaa!!!!!
...... Sambung.......
Share this novel
Block jer la laila num cik din tu pi layan wat apa dah tau suami cemburu layan cik din tu pa hal