Bab 65 Jumpa Ustaz

Short Story Completed 83757

Kedatangan Samiyah sedikit sebanyak menyumbangkan kemurungan Luq sepanjang minggu ini. Luq banyak termenung daripada bercakap dengan aku. Dah seminggu kami balik Perlis tetapi Luq tak teruja sedikitpun sebagaimana yang dia harapkan sebelum ini. Janji yang aku taburkan bila balik sini hanya tinggal janji....macamana aku nak serahkan diri aku kalau Luq jadi macam ni. Hasrat hati aku pun terbantut. Nak perform tugas yang terbaik macamana kalau aku sorang sahaja yang mahu. Keadaan Luq macam ni membuatkan aku terfikir yang dia menyesal berkahwin semula dengan aku. Mungkin dia rasa silap berkahwin dengan janda jika ada anak dara yang mahukannya. Janda pun janda sendiri, dah dapat buat tak tahu pula...dia nak balas dendam ke? Risau aku dibuatnya.

"Laila....abang ingat abang nak jumpa ustaz yang rawat abang hari tu la...abang rasa tak senang duduk sejak Samiyah datang hari tu. Malam abang terganggu dengan benda yang pelik-pelik la...Tubuh abang rasa berat dan selalu wajah Samiyah lalu di fikiran abang. Ustaz tu ada bagi doa ". Terus meremang bulu roma aku bila Luq cakap macam tu. Boleh jadi juga, mungkin kedatangan Samiyah hari tu membawa pedamping yang kami tak nampak. Aku tak terfikir langsung , patulah ketakutan Chinta hari tu sampai demam budak tu. Aku memang tak perasan pun.

"Kat mana ustaz tu sekarang abang?"

" Dia ada kat Kelantan, baru saja balik Umrah. Ok juga kalau kita pergi ziarah. Harap -harap dia dapat tolong kita. Abang dah rasa sendi-sendi abang ni dah sakit "

"Jom kita pergi check kat hospital dulu, kot-kot ada sakit lain. Kalau doktor cakap tak ada apa-apa baru kita jumpa ustaz tu...nak tak abang?"

" Kali ni abang tak setuju dengan Laila. Laila nampak kan , Abang ok sahaja sebelum Samiyah datang sini. Laila perasan tak dia tenung jer abang sampai abang rasa pelik. ....sekarang ni abang yakin sangat Samiyah tu ada buat sesuatu la...." Aku perasan juga hari tu. Tapi selepas dia minta maaf aku tak jadi nak marah pula. Lebih pada simpati melihat keadaan dia jadi macam tu. Cemburu aku pun hilang macam tu saja. Aku ingat dah minta maaf insaflah...tak kan nak buat sesuatu pula.

"Tak rugi kalau kita check kesihatan dulu abang....kalau tak kena kat mana-mana kita boleh cari ubat....kita tak boleh mengharapkan dengan doa saja bang. Mana tahu kalau abang kurang darah ke...apa ke....boleh juga kita tahu."...Geram juga aku dengan si Luq ni. Aku bukan tak percaya sihir, tapi itulah...macam sakit dia dulu tu....kurus sampai cengkung macam mayat hidup jerr...bila pergi hospital tambah air dia jadi segar . Dah tu ...boleh je sihat.

Sihir ni..kalau orang tak pernah kena mungkin tak tahu. Aku tahu la....mak sedara aku dulu kena sihir sampai meninggal. Kalau tak percaya pun....kejadian pelik-pelik yang tak diterima akal yang terjadi. Bagi aku dua-dua kena usaha. Secara islamik pun perlu, dapat rawatan kat hospital pun kena juga.

" Ya lah...ya lah...abang tak nak panjang cerita. Abang setuju cadangan Laila. Terima kasih ingatkan abang"

"Jangan lah merajukkk....nanti tak dapat...huh! nak perform macamana bila tak ada hati kan?...tak apalah......." Aku rasa malu pula dengan Luq bila seminggu kahwin tidak ada apa-apa berlaku pun. Aku rasa rendah diri sangat ....risau takut Luq menyesal .

"Laila ...abang minta maaf...bukan maksud abang...Laila tolong jangan menyesal kahwin dengan abang...masanya belum sampai lagi. Abang cuma ada rasa gangguan sikit bila dekat dengan Laila. Jangan risau abang tak mati pucuk sayang....."Terkejut aku dengan Luq ni. Direct to the point kata orang putih. Macam dia tahu pula aku sedang fikirkan hal tu. Ni dia pula yang takut kalau-kalau aku cari orang lain.

"Abang...Laila tak kisah pun la....sebelum ni...empat tahun hidup tanpa suami, Laila ok ja kan? Kenapa tiba- tiba pula abang fikir macam tu? Nampak Gersang sangat ke?". Perasaan aku jadi tak tenteram betul la....asyik nak marah marah saja. Tak suka bila Luq cakap macam tu..macam aku nak sangat benda tu..ish..tak malu betul. Tapi...sebenarnya ada lah keinginan tu, dah kahwin kan??aku tunggu la juga. Hem ....dah halal pulak tu....

" Sayang....abang minta maaf....apa pun abang kena selesaikan dulu Hal abang. Rasa terganggu je dan serabut dengan benda yang bukan-bukan. Esok kita pergi pahang ok. Sekolah lambat lagi nak buka. Boleh kita bawa Chinta jalan-jalan."

...........

Keputusan pemeriksaan kesihatan aku dan Luq sangat ok. Tiada ada tanda-tanda penyakit bahaya yang menyerang. Luq cuma di beri ubat tahan sakit dan vitamin saraf untuk mengurangkan sakit. Luq menggagahkan diri memandu walaupun tubuhnya masih terasa sakit-sakit .

Akhirnya kami sampai juga ke destinasi . Kehadiran kami di sambut dengan baik oleh ustaz Bukhori dan isteri. Walaupun agak berusia wajah berseri-seri keduanya selepas balik dari tanah suci.

"Alhamdulillah....datang juga kamu. Memang ustaz tunggu kamu Luq Bakhtiar., jemputlah masuk. " Isteri ustaz Bukhori...Ustazah Azizah menyambut kami dengan mesra.

" Oh..nikah isteri dan anaknya. Padan dengan kamu Luq. Anak pun comel sangat" Lembut tangan Ustazah Azizah menyalami aku. Bahasanya santun sangat. " Nampak sihat sikit anak ni. Senang hati kot" Katanya lagi.

"Ya lah Ustazah....tapi sekarang ni macam nak jadi balik macam dulu. Dah rasa seram-seram sejuk Ustazah ..."

"Tak apa...nanti ustaz tengok." Duduk dululah ya..Ustazah nak buat air.

" Dia datang jumpa kamu tak? Ya lah...sebelum sakit-sakit ni". Tiba-tiba ustaz Bukhori bertanya belum sempat aku tanya keadaan dia selepas balik dari tanah suci. Mungkin dia betul-betul tunggu aku datang.

" Dia datang rumah mertua saya ustaz. Dia rayu-rayu minta maaf kat saya. Katanya dia dah betul-betul menyesal Dan dia Dan mak saudaranya tu dah terima balasan. Dia hantar lagi ke benda tu kat saya, Ustaz? Sakit semacam la. ...tubuh saya ni"

" Kamu amal tak surah yang saya beri tu.? Tidak menjawab soalan aku, dia tanya pula soalan lain kat aku. Ustaz ni memang tak suka mengata orang. Hari tu dia tak sebut pun siapa yang buat kat aku...aku agak ja la si Sumaiyah tu...rasa macam betul je tekaan aku. Aku tak berani tanya siapa sebab Ustaz Bukhori tak akan sebut nama orang tu.

" Selalu saya baca ustaz. Tubuh rasa sejuk dan selesa selepas minum air dari bacaan tu. Tapi lepas jumpa dia hari tu rasa panas-panas badan semula. Terus saya ingat ustaz. Nasib baik ustaz dah balik"

"Nah ...Cuba minum air putih ni...susahlah jadi orang yang ada rupa ni.. banyak orang suka. Dulu dia buat dengan Kasih sayang sebab dia sayang kamu. Sekarang ni dia buat dalam keadaan marah...naya kamu."

" Ustaz tolong saya ustaz...mungkin dia marah bila tahu saya rujuk semula dengan isteri. Rasa tak selesa bila nak dekat dengan isteri. Tertekan juga dengan masalah macam ni. Saya ingat sebab ada anak ...rupanya bila anak tak ada pun saya rasa rimas dan rasa gangguan bila nak dekat dengan isteri. Tolong saya ustaz."

" Ustaz cuma tolong bagi petua sahaja. Kamu amal kamu dapat ...itu usaha kamu dan mohon pada Allah supaya kamu dapat kawal diri kamu dari gangguan tu"

" Baik ustaz...saya akan buat apa saja Ustaz asalkan saya kembali normal."

" Mmm....bagi isteri dengan anak kamu minum air ni " Ustaz Bukhori hulurkan jag air yang dia jampi tadi. Lupa tuang air itu ke dalam gelas Dan minta Aku meminumnya. Aku yang tadi diam mendengar luahan Luq pada ustaz turut tersenyum. Patulah dia macam takut jer kat aku bila malam...siang macam ok sikit. Rupanya dia rasa ada orang ganggu. Aku suap air ke mulut Chinta dan selebihnya aku minum . Rasa belakang tengkuk aku yang berat dah ringan , mata pun celik besar sahaja dan dah tak rasa mengantuk lagi.

" Isteri kamu pun kena juga sebenarnya. Dia tak nak bagi kamu bersama sebab tu dia buat macam tu. Lebih pada dendam sebenarnya. Lepas ni tak payah risau. Dia tak akan ganggu kamu lagi"

" Dia cakap dia dah terima balasan atas perbuatan dia dan penyakit kulit dia tu dia kata sebab tu, betul ke ustaz?" Luq bertanya mahu kepastian Dan aku sampai ternganga sedikit bila fokus ke jawaban ustaz. Nak tahu juga la.

"Ustaz cuma minta pada Allah supaya dia bertaubat, kalau dia masih tidak berubah dia akan macam tu lah selamanya. Kamu tak perlu risau pada dia, kalau dia nak baiki diri dia itu Alhamdulillah... jika tidak dia akan terima akibatnya.

Setiap malam kamu bacalah Yasin jangan tinggal. Niatkan untuk kesejahteraan keluarga kamu dan saudara kamu. Kalau baca bersama-sama lagi bagus. jangan lupa amalkan tiga Qul sebelum tidur.

"Baiklah ustaz . Terima Kasih kerana banyak membantu saya.

" Kamu dah ada tempat tidur ke? Jauh kamu datang ni..."

" Dah ustaz..err...baru nak confirmkan. Sekejap lagi kami pergi sana lah."

" Rasanya elok kamu tunggu makan malam dulu, Ustazah masak banyak tu... kita boleh pergi solat kat masjid dekat sini " Ustaz Bukhori pelawa makan malam pula. Aku pandang Luq..dia angguk saja.

"Alang-alang kamu belum booking hotel lagi tidur aja kat sini malam ni ..kesian anak kamu tu, dah letih agaknya tu. Luq memandang aku minta pendapat...aku anggukkan saja. Aku nampak Luq tersenyum. Hensem sangat. Jiwa wanita aku sudah goyah. Luq kenyitkan mata. Wajah aku diserbu darah...rumah orang la....dah menjadi kot ubat ustaz tu, aku menutup mulut.

......Sambung.......

Share this novel

Hawani Hashim
2023-12-19 16:25:35 

Nmpknya chinta dapat adik la...


NovelPlus Premium

The best ads free experience