Bab 68 Namamu teratas

Short Story Completed 83757

"Tahniah Puan.....Puan Laila dah mengandung 6 minggu.". Celik mata sahaja aku dikhabarkan dengan berita itu oleh jururawat. Aku mengandung? Macam tak percaya....baru tiga bulan kahwin semula dah menjadi....hebatnya Luq. Aku pandang sekeliling ...rupanya aku baru sedar aku berada di hospital. Lama jugalah aku pengsan sampai sempat di bawa ke sini. Aku pandang kiri dan pandang kanan....tidak ada sesiapa pun tunggu aku. Sedih sangat...sampai hati Luq tak tunggu aku kat sini. Mengandung pula tu... aku teringat mesej sebelum aku pengsan tadi ...Hati aku jadi sakit jika betul Luq menduakan aku. Si tanduk dah suruh aku marah-marah pada suami...jangan jadi derhaka Laila. Aku cepat-cepat sedar dan menutup mulut.....Tiba-tiba pintu bilik air dibuka, tubuh Luq yang keluar dari situ. Aku pandang wajah Luq lama, antara percaya dengan tidak dengan kejujuran lelaki itu. Nasib baik aku cepat sedar....Astaqfirullahalazim....maafkan aku Ya Allah....

" Kenapa pandang abang macam tu? Tak percaya abang boleh buat sayang mengandung?

"Abang ni....ke situ pula. Cuba jujur dengan Laila abang....abang ada sembunyi apa-apa tak dari Laila?". Aku masih menatap wajah itu. Soalan lawak bodoh dia tadi tu aku biarkan ke tepi ..yang penting hati aku yang sakit ni perlu diubati.

"Sayang...kenapa ni? Ada benda yang abang tak tahu ke? " Luq menatap sangsi ke wajah aku, dia tahu aku sedang marah.

" Orang tanya dia, dia tanya kita pulak" Geram betul aku dengan Luq, soalan di jawab dengan soalan. Membaranya hati aku bila dia masih blur lagi. Aku masih dengan muka cemberut aku....bukan muka aku yang sebenar...

" Siapa lagi yang panggil "abang" dekat abang selain Laila? Abang ada adik ke? atau bini lain ke?

" Eh...kenapa Laila Tanya macam tu....Cuba cakap betul-betul abang tak faham la..." Lagi-lagi dia menyoal seperti tak bersalah langsung.

" Tengok Telefon abang sekarang...siapa yang mesej abang malam-malam ni hah? Siap ber abang-abang bagai. " Aku kuatkan sedikit nada suara supaya dia faham maksud aku sedang marah.

" La...itu ke yang buat Laila marah sampai pengsan ni...ingatkan sebab mabuk mengandung. Laila dah salah faham ni ...Cuba baca mesej ni sampai habis" Luq membuka mesej itu semula dan dia hulurkan pada aku.

" Salam abang....Ed Telefon tak dapat.
". Call kejap. Hal projek kita ni.
" Abang ...ada tak ni? Respon cepat.
" Kalau ada call kejap ? Agent Ni.!!
" Abang dah tidur ke?


" Siapa Ed tu abang? Eda ke? tak pernah cerita tentang dia pun kat Laila? bini baru ke ?

" Ish ..Laila ni..kan abang cakap Laila sorang ja dihati abang ..kenapa nak kahwin lain pula. Laila dah buang abang pun abang masih tunggu tau....kalau tak mesti Chinta dapat ibu baru. Aduh!!!". Ha..kan dah merasa ketam aku . Lama dah Luq tak kena sepit dengan ketam aku ni...Puas hati akuuu....

" Ed tu lelaki la...Cuba Laila call dia sekarang kalau tak percaya. Mana la nak kahwin lain aih...yang ni sorang pun dah rasa kepit ketam sampai nak pitam . Sakit tau tak?

" Biarlah sakit....Maih sini Laila nak call dia" Aku langsung tidak percaya. Aku terus sahaja membuat panggilan untuk puaskan hati aku yang gundah. Tak tahu kenapa aku jadi macam ni...selalunya aku cool sahaja tetapi Kali ini tidak tenteram jiwa aku kalau kes tidak selesai.

"Hello ..." bergema suara lelaki di hujung sana . Aku terus letak telefon. Terkebil sekejap memandang Luq.
.

"Hah...dah kenapa? Luq bertanya hairan kenapa aku tak bercakap sahaja.

"Lelaki la... !!". Aku menutup mulut. Luq tersenyum. Dia tahu aku dah kalah.

" Kan abang dah kata .....tapi Laila tak percaya.
Dalam masa yang sama telefon Luq menjerit jerit minta di angkat. Mungkin dari Ed tu...hairan kot kenapa Luq diam dan putuskan talian.
" mmm....biasalah. Kak Long nak check kawasan kena buat laporan la...ha...ha. ..." Ketawa hujung Luq memang menyakitkan hati, aku dah jadi bahan lawak dia orang. Nasib kau lah Laila......siapa suruh syak wasangka .

" Oh gelakkan orang...nak disepit ketam ni lagi ke? "Mahu aku cubit sekali lagi tangan sasa itu namun Luq dah menjauh. Ish,...sampai berabang-abang....ingatkan pompuan mana yang menyondol.... sebab mesej masuk banyak sangat". Aku menekur lantai. Malu pada Luq dan malu juga untuk diriku sendiri. Satu lagi perkara bodoh yang aku buat walaupun dulu aku selalu minta Luq jangan tuduh aku yang bukan-bukan. Beginilah perasaannya dulu...penuh syak wasangka. Aku rasa bersalah sangat....jangan la Luq ada perasaannya yang sama dengan aku dulu. Aku perlu kawal diri aku yang semakin cemburu. Aku takut kehilangan Luq sebenarnya.

" Tak apa-apa sayang....semua ni telah pun abang lalui. Abang tahu Laila takut kehilangan abang kan? Begitulah abang rasa setiap Kali ada lelaki yang dekat dengan Laila. Sudah...cukuplah Laila. ...tak perlu rosakkan fikiran Laila untuk risaukan abang. Abang ....ingat ni sampai bila-bila...." Luq Bakhtiar sentiasa ada di hati Laila " , jangan risau sayang tak terlintas langsung untuk abang menduakan Laila. Abang juga perlukan sayang sepanjang hidup abang .Terima Kasih kerana terima abang semula. Hari ini abang gembira sangat bila tahu sayang mengandung lagi. Alhamdulillah....terima Kasih Allah.

"Abang sedar satu perkara....susah juga kalau orang tak percaya cakap kita. Sekarang ni abang di tempat Laila yang dulu....tak habis disangka buruk. Abang minta maaf apa yang abang buat pada Laila dulu. Tapi satu ja yang abang minta....tolonglah jangan ada orang lain antara kita."

" Laila minta maaf ....Laila tak boleh la, Laila rasa banyak mata perhatikan abang ...abang dah lain....hensem...sado....kaya....Laila tak boleh lah nak move on ...

" Move on kenapa pula....bukan abang reject Laila pun.....Laila...nama mu teratas.....betul ke abang hensem??". Kedua keningnya di angkat dengan jari ditekap di dagu memandang aku dengan senyuman.

" Ya...Hensem sangat....Laila sorang kan isteri abang?

" Ya sayang....Kan abang cakap...." Luq terus nyanyikan lagu kumpulan Search... terharu aku dibuatnya

Namamu teratas indah bercahaya Laila
Menerangi ruang hati bersama makna mimpi
Kesucianmu kembalikan semangatku
Mendamping cinta ku yang lalu
Harum tubuhmu memulihkan inderaku
Menghidu semula haruman di taman itu
Dan gerbang rambut mu diterbangkan bayu
Melamarku bangkit
Meninggalkan penjaraku
Yang ku dirikan
Melindungi diri
Yang tercalar
Digiris dunia kejam
Hanya namamu laila kekasihku Laila
Hanya namamu laila bermain di jiwa..
Hanya namamu laila bermain di jiwa..

Luq terus nyanyikan lagu itu bila melihat aku terpegun...... Pandai pula Luq nyanyi ...aku pun tak tahu bakat terpendamnya itu . Aku betul- betul terpesona walaupun lagu itu tanpa Muzik, cukup mengusik hatiku yang sedang jatuh cinta. Luq tak pernah pun nyanyi lagu itu masa mengorat aku kali pertama Kali ... sekarang ni pandai pula sehingga aku rasa ini benar-benar dicintai sepenuh hati. Tuhan ...jangan biarkan cinta ini pergi lagi. Aku mohon .

.......Sambung........

Maaf....pendek sikit kisah Kali ini..harap2 pembaca semua masih setia. Kisah Luq Laila ni sudah hampir ke penghujungnya...harap terus setia ya. Terima kasih semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience