Bab 48. Kasihan

Short Story Completed 83757

Masih tergiang di ingatanku kata-kata Luq tempoh hari..."Tolong selamatkan abang ..Laila" Sepertinya dia amat memerlukan aku waktu ini. Perlukah aku mengumpul kekuatan untuk menolong sedangkan aku bukan lagi isterinya?

Aku masih di kampung selepas menghantar balik emak dan ayah dari melawat Luq hari tu. Cuti masih panjang dan aku mengambil kesempatan tinggal di kampung. Aku sedih juga emak dengan ayah jarang sangat bercakap dengan aku. Aku tanya pun mereka buat endah tak endah sahaja. Mungkin masih terasa dengan layanan emak Luq hari tu. Ya lah manakan tidak , dituduh buat benda yang langsung tiada dalam sejarah keluarga kami. Aku sedikit sedih sebab bukan salah aku semua ini terjadi. Aku faham retaknya hati mereka kerana fitnah yang mereka terima adalah berpunca dari aku.

Setiap petang aku membawa Chinta jalan-jalan sekitar kampung. Aku malas duduk di rumah , terasa macam tak ada orang. Semua asyik masuk bilik sahaja lepas makan. Adik Na pun dah balik ke kampus sebab kuliahnya dah pun bermula. Kadang-kadang aku bawa Chinta lepak di tepi Pantai berdekatan dengan kampung aku. Pantainya biasa sahaja tetapi bolehlah untuk melepaskan kekusutan yang melanda jiwa.

Aku kusut bukan apa, teringatkan kesihatan Luq yang tak baik itu. Kalau aku pergi melawatnya lagi mesti mak dan ayah aku tak setuju. Mungkin mereka cakap aku pula yang gila talak . Ada ke perempuan gila talak macam aku? Hey ..tolong la..aku bukan gila talak. Aku cuma rasa terkilan sedikit, aku ingat bila berpisah, Luq dah tak sakit lagi. Maksud aku sakit cemburu tu la....tapi aku silap, perpisahan itu membuatkan Luq menjadi murung, tidak lalu makan dan sakit sakit. Aku sebenarnya tak boleh tengok orang yang aku sayang sakit-sakit. Sayang? Ya...aku sayang dia.

Sepatutnya Luq perlu ke klinik untuk mendapatkan rawatan bukan pergi berubat dengan bomoh yang pelik-pelik tu. Lepas tu buat cerita pun pelik-pelik yang tak masuk dek akal. Dah la cerita tu tak betul , tuduh pula aku dan keluarga buat benda tak baik. Aku rasa ada lowyer kampung yang tak bertauliah yang memberi pendapat kepada bekas mertua aku ni. Sebelum ni bekas mertua aku tu tak minat pun dengan benda benda kurafat ni.

Sedang aku terfikir-fikir apa tindakan aku seterusnya tentang kes Luq ni aku di tegur seseorang. "Assalamualaikum...."

"Waalaikumussalam.....eh! abang Zaheer! Dari mana ni?"

" Dari rumah , abang nak beli barang kat rumah sikit. Saja lalu sini nak ambil angin , tak sangka pula jumpa Lela. Ambil angin juga ke? Abang nampak macam Lela kat sini sebab tu abang singgah nak tengok . Rupanya betul la Lela dan Chinta. Hai Chinta! Comelnya anak Lela ni. " Abang Zaheer ni macam tahu-tahu aja aku kat sini. Nampak macam skodeng tak? atau kebetulan dia memang lalu kat sini. Hari tu pun secara tak sengaja dia jumpa aku kat pasaraya belakang rumah . Hem...macam perasan pula aku ni kan? Abaikan....aku yang lebih pula...siapalah dia nak skodeng kau Laila, jangan dok perasan sangat dah la janda anak satu oi!

" Laila! abang Tanya ni, Laila buat apa kat sini. Kenapa kat sini? Laila ada masalah ke?

" eh..tak la. Laila memang petang-petang selalu bawa Chinta ronda-ronda macam ni. Dok kat rumah tak tahu nak buat apa. Kalau bawa keluar ceria sikit Chinta ni"

" Abang dengar Luq Sakit betul ke? Apa sakitnya tu?"

" Tak tahu la abang....nak cakap pun rasa salah pula. Kasihan pula mak dengan ayah hari tu di tuduh macam-macam."

" Eh..kenapa pula. Laila pergi lawat Luq kat Sana ke?"

" Ya abang....Laila rasa bersalah pula pada Luq sebab tak dapat jaga dia lagi. Luq manja sangat bila sakit" Air mata aku sudah mula bertakung di kelopak mata. Tak tahu pula kenapa aku cerita pada si Zaheer ni. Rasa sedikit sesalnya membuka kisah Luq pada seseorang yang bukan siapa-siapa dengan aku .

" Ouh....ni kes berpisah tanpa rela la ni?". Berdesing juga telinga bila dia cakap macam tu kat aku, Sakitnya hati .

' Bukan masalah tu la abang....tak apalah, malas pula Laila nak ceritakan pada abang. Abang tak faham .Lagi menyakitkan hati Lela adalah. Lela nak balik ." Hilang mood aku nak senang-senang kat sini . Aku angkat punggung dan bergerak pergi . Eh ...dia ikut pula.

" Oh...maafkan abang Lela....maafkan abang. Abang tak bermaksud nak sakitkan hati Lela. Cumanya abang nampak Lela macam ada masalah . Abang rasa nak bantu."


"Tak ada apa yang abang boleh bantu. Perkara ni luar jangkaan kita. Abang tak kan faham"

"Abang cuba nak faham, Lela tak cerita macamana abang nak faham. Abang memang nak tolong Lela kurangkan masalah yang Lela hadapi, nampak sangat muka tu menyimpan masalah berat....."

" Abang bukan siapa-siapa dengan Lela, macamana Lela nak percayakan abang."

" Lah....Lela kahwin la dengan abang, baru la jadi siapa-siapa....macamana?

" Lela balik dulu lah.." Aku cepat-cepat bawa Chinta ke kereta. Aku terus meninggalkan dia. Geram pula dengan Si Zaheer ni. Aku dah agak dah mesti ada udang di sebalik mee ni....kalau Luq masih bersamaku mesti dia marah aku kalau bercakap dengan lelaki itu. Ah! Aku perlu buang ingatan itu, aku perlu rasa puas kerana tiada orang mahu mengongkong aku lagi . Tiada lagi leteran yang menyakitkan hati. Yang penting aku tak perlu rasa bersalah apa yang telah aku buat .

Sampai dirumah aku telefon Luq sekali lagi. Masih tak di angkat, aku mesej dan ada blue tick di situ tetapi tiada balasan. Aku cuma memberi Salam kot-kot lah terjawab , boleh la aku tanya khabar.

Aku masih menunggu balasan dari Luq tapi hampa. Aku tak tahu perasaan apakah yang wujud dalam diri aku ini. Aku rasa lebih banyak kepada simpati dan rasa kasihan .Aku terpanggil untuk membantu. Sebenarnya masih ada sayang dalam hati aku untuk lelaki itu, ya lah manakan tidak, pernah hidup sebumbung, sebilik malah sekatil dengan aku, manakan boleh lupa dengan begitu cepat.

Rindu? Ya aku rindu. Bukan aku rindu belaian, kucupan atau hem..hem.... tidak gamak mengucapkannya kerana aku bukan janda gersang. Aku sebenarnya lebih kepada rindu mahu berbual , rindu bercerita kisah suka duka, rindu mahu masak bersama, rindu bebelannya dan aku juga rindu untuk bergaduh manja dengan dia. Dalam berumah tangga ni aku rasa kalau kita tidak bergaduh langsung...aku rasa something la... tak seronok. Bila bergaduh manja tu sebenarnya kita dalam proses mengenali atau menyesuaikan diri dengan pasangan kita. Bergaduh manja lebih baik dari diam bila kita tak puas hati bila bergaduh . Begitu juga dengan cemburu. Kalau tak cemburu langsung tak best pula. Rasa tidak disayangi pula. Kalau terlebih cemburu..hah! terjadilah seperti cerita aku dan Luq Bakhtiar ni.

Aku sebenarnya tertekan dan rasa terkongkong bila Luq menetapkan itu tak boleh , ini tak boleh dan itu ini tak boleh. Pening. .. Aku bukan degil atau keras hati jika terguran Luq kena dengan caranya. Sebenarnya aku ini terlalu lembut hati. Ini bila dah cemburu, perkara biasa yang aku buat pun boleh jadi gaduh. Dulu tu masa aku berbual di rumah dengan sepupu lelaki aku tu pun jadi isu. Dah bertahun kot aku hidup macam tu ..aku bukan sembang berlebih-lebih sampai bertepuk bertampar. Aku masih jaga aurat dan sembang seperti biasa saja, tak kan itu pun tak boleh kan? Tu tak kira lagi orang tegur aku bila di mana-mana, aku yang salah sebab melayan. Oh..sungguh complicated. Itu membuatkan aku membuat keputusan untuk hidup sendiri tanpa Luq.

Cuti persekolahan berbaki lagi dua minggu. Aku bertekad untuk melawat Luq sekali lagi. Kalau aku tak di benarkan masuk aku akan buat sesuatu supaya aku jumpa Luq juga. Aku minta kebenaran emak dan ayah tapi sedikit kecewa
kerana mereka tidak mengizinkan. Aku cuba pujuk lagi, aku beritahu mereka aku buat semua ni untuk Chinta. Aku berharap Luq sihat semula dan Chinta dapat bersama babahnya hingga dewasa. Aku tahu hidup dan mati Luq bukan ditangan aku tetapi di tangan yang Maha esa. Sekurang-kurangnya aku cuba menegak kebenaran dan membetulkan lengkung yang mereka bina itu. Akhirnya dengan berat hati juga ayah dan emak aku izinkan aku pergi ziarah Luq tanpa membawa cinta ke sana.

.....Sambung.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience