Jam menunjukkan angka 6 pagi bila aku tiba di Simpang Empat Perlis. Aku terus ke masjid yang berdekatan untuk solat subuh. Aku dapat sebuah homestay di kawasan itu setelah secara kebetulan aku bersembang dengan tuan punya homestay itu sendiri.
Aku booking untuk tiga malam. Biarlah.... Aku mahu mencari ketenangan di sini. Sawah padi sedang menguning. Mungkin sekarang ni musim ambil padi. Aku lihat banyak mesin padi terparkir di kawasan ini.
Alhamdulillah.... Kebetulan homestay kosong, Aku minta masuk awal ke homestay. Sungguh selesa homestay ni, ada dua bilik. Aku pasang ekon dan terus rehatkan diri bila nampak katil di depan mata. Aku membuang letih di atas katil sehinggalah aku terlena dengan nyenyak sekali.
Aku ketiduran sehinggalah perutku berbunyi minta di isi. Aku bangun dan bersihkan diri. Aku perlu mencari makanan sebelum melihat persekitaran sekolah yang bakal aku jejak sebagai guru sebenar. Aku tidak tahu Luq sudah dapat posting atau belum. Teringat juga aku padanya. Memandangkan hati masih marah aku biarkan sahaja perasaan itu lalu begitu sahaja macam angin.
Aku mencapai telefon. Skrin gelap. Oh.. Aku lupa nak on balik selepas aku offkan tadi. Selepas aku off balik telefon... Fuh... Berpuluh mesej masuk. Panggilan tidak di jawab 25 semuanya. 13 dari Luq, 5 dari mak, 3 dari adik, 2 dari kenalan biasa. Aku buka pula aplikasi WhatsApp....dari Luq.
Laila... Pergi mana?
Jawab call abang, please....
Kenapa keluar tak bagitau abang?
Tolong jawab mesej abang!?
Abang tunggu Laila telefon abang....
Jangan buat abang macam ni... Boleh gila abang.
Sayang.... Telefon abang please...
Sayang.... Abang minta maaf ... Abang salah. Call abang please.
Hah... Penat aku membacanya. Sorry lah aku nak balas. Langsung tak cakap tentang Suri. Aku masih marah. Mohon terasa okey.
Kalau boleh aku mahu hilang. Hilang dari pandangan mata Luq. Aku tahu lambat laun dia akan jumpa aku. Aku tidak mahu dia pujuk. Aku sebenarnya lemah. Aku bukan berhati batu. Buat masa sekarang aku tak mahu di pujuk. Tidak mahu di ganggu. Tolonglah.... Aku mahu hilang dari pandangan semua orang yang aku kenal.
Bukan aku tak sayang, bukan aku tak rindu. Tapi hati aku sakit. Setakat cemburu Luq aku boleh hadap tetapi tentang Suri, aku jadi sakit. Bukan aku cemburu banyak, tapi sikit-sikit ada. Kalau dia jelaskan pada aku mungkin aku dapat terima. Tetapi Luq buat macam tak salah apa-apa. Hati aku jadi sakit.
Ceritanya aku jadi bertambah sakit sebab dia tampar aku. Sebelum ni tak pernah pun dia naik tangan ke tubuh aku. Inikan disebabkan Seri dia naikkan tangan ke muka aku. Memang terasa la. Kalau tak terasa memang hati batu. Tapi untuk di pujuk sekarang aku mahu jadi sekeras batu juga. Biarlah.... dah lama aku rasa duduk dalam kesabaran.
Aku keluar dari homestay untuk mencari makan. Kebetulan... Ada kedai nasi lemak di depan homestay yang aku duduki itu . Aku pun membeli dua bungkus nasi lemak dan 5 ketul donat. Aku kembali ke homestay dan menjamu selera keseorangam sambil menikmati keindahan permandangan sawah padi di situ.
Seusai solat Zohor, aku keluar mencari Sekolah yang di maksudkan. Alhamdulillah sekolah itu tidak jauh dari homestay aku. Ya... Lebih kurang 15 minit dari situ. Sekolahnya besar, cantik dan terletak di tepi jalan besar. Di kiri kanannya terbentang luas sawah padi yang sedang masak menguning.
Aku masuk ke kawasan sekolah setelah beritahu guard di situ. Sekolah ini sungguh cantik dan bersih. Aku terjatuh suka sekolah ini. Aku lihat beberapa buah kereta terparkir di situ. Mungkin ada beberapa orang guru datang kerana tugasan walaupun hari ini hari sabtu.
Aku berkenalan dengan seorang guru perempuan pertengahan umur yang sedang menyiram pokok herba yang ditanam bersama pelajar. Hanisah namanya. Perwatakannya sangat lembut dan ramah sekali. Aku perkenalkan diri dan aku ceritakan tujuan aku ke sini. Dia membawa aku melawat secara ringkas kawasan sekolah. Dia perkenalkan aku dengan rakan guru yang kami jumpa.
Hampir sejam juga aku disitu, aku minta diri untuk beredar. Semasa aku hidupkan enjin kereta, telefon ku bergetar minta diangkat. Luq is calling. Aku biarkan sahaja getaran itu sehingga berhenti. Masih belum ada keinginan aku mendengar suaranya.
Aku memandu kereta balik ke homestay. Selepas solat aku rehatkan diri sebentar. Aku mencapai telefon sambil baring aku melayan fb. Sedang melayan fb, ada panggilan masuk dari Ika.
" Assalamualaikum Laila. Apa khabar sahabat?
" Waalaikumussalam... Baik. Aku baik-baik sahaja. Kau? "
" Alhamdulillah.. bertambah-tambah sihat aku ni. Kau ok ke Laila?
" Ok aja.... Kenapa? Ada yang tak kena ke?
" Kau ada kat mana sekarang ni, Laila. Beritahu aku."
" Kenapa kau ni cemas sangat. Aku kat sini la.. Tak lari mana pun."
"Er...tak....Ni gini.... Luq telefon aku nangis-nangis cari kau. Kau orang dah kenapa? Aku terdiam sebentar. Ika... orang pertama yang tahu masalah kami?
" Dia telefon kau? Dia cakap apa? "
" Dia tak cakap apa-apa cumanya dia tanya kau ada jumpa aku tak, kalau tak pun dia tanya kot-kot kau telefon aku. Kau gi mana? Tak baik tau buat suami risau." Nasib baik Luq tidak cerita apa-apa. Jadi ika tak tahu apa yang terjadi. Aku cuba mencari alasan supaya Ika tidak syak apa-apa.
" Aku tak ke mana - manalah... Kau jangan risau la. Aku buat-buat merajuklah. Nak prank dia aja. Kan birthday dah dekat. " Nasib baik aku teringat birthday Luq yang makin hampir. Aku buat alasan begitu supaya Ika tak syak apa-apa. Kalau boleh aku tidak boleh mencerita aib Luq pada dia.
" Ouh... Ya ka? Ok selesai masalah aku. Aku risau lah fikirkan engkau. Teruk sangat kau buat dia tu, sampai nangis-nangis. Eh... Aku dengar Seri dah dapat posting kat Perak. Kau dah dapat ke belum ?". Lagi-lagi nama cerita Seri. Kalau boleh aku tak nak dengar apa-apa tentang Seri.
" Oh.. Belum lagi. Kau?" Aku terpaksa berbohong. Maafkan aku Ika. Ini semua demi Luq.
"Aku pun belum dapat. Lambat betullah. Dah dekat 3 tahun kan? Tunggu aje lah kan. Ada rezeki adalah kan."
"Ya... Betul tu. Luq pun belum dapat posting juga. Releks sahaja dia"
"Dia tak apa lah, buka pusat tuisyen siap ada cawangan lagi. Banyak masyuk tu. Tak mengajar dah pun tak apa kan "
"Mana ada. Kalau ramai student adalah. Kalau student kurang memang tak ada. Kau nak ngajar situ tak? Kalau nak aku boleh rekemenkan" aku cuba ubah topik lain, meluat aku dengar nama Seri tu.
" Okeylah, nanti kalau kau dapat posting bagitau tau" aku mengiya sahaja. Dalam hati aku " Maafkan aku Ika. Aku terpaksa tipu kau.
Selepas bercakap dengan Ika, aku telefon mak kat kampung. Aku takut juga buat mak terkejut dengan kehilangan aku.
" Assalamualaikum.... Mak. Dok buat apa tu.?
"Dok masak ni. Nak makan malam. Luq ada kat sini dah. Awat pi kursus tak habaq kat mak. Luq mai sini baru mak tau. " Silap waktu pula aku telefon, Luq balik rumah mak, mesti dia cari aku. Harap-harap Luq tak dak kat situ.
" La... Memang la nak telefon mak, dok kalut sangat tempat kursus ni. Ni baru free, tu yang boleh telefon tu. Mak dengan ayah sihat ka?
" Ayah dengan mak sihat aja. Bila nak balik ni? Luq kata tak tentu tarikh lagi. Kalau siap kerja baru boleh balik, betul ka?
" Betullah tu mak... Tak apa lah mak,
takut sangat Luq nak cakap dengan aku pula. Sebaik aku putuskan talian. Telefon aku berbunyi lagi....mak telefon lagi.
Mak... Mak....O.... Mak....kenapa ni?
" Hello... Laila. Ni abang...... " aku tertelan liur mendengar suara itu.
" Kenapa tak jawab call abang? Sampai hati Laila tinggal abang. Laila ada mana ni? Aku masih diam. Tak terasa nak bercakap dengan Luq. Entah.... degil betul mulutku nak bersuara. Aku diam juga.
"Laila.... abang minta maaf sayang... Tolong la bercakap dengan abang.". Masih tertutup mulutku.
" Laila....Cakap dengan abang, please." Aku masih membisu. Masih marah.
"Laila.... Abang nak cakap tentang Seri." Bila terdengar nama Seri di sebut. Terbuka luas mataku. Ringan pula mulut ku nak bersuara.
" Cerita tentang Seri. Yang lain tak nak dengar." Aku mula bersuara tegas. sekarang?
"Ok. Beritahu dulu Laila kat mana? abang pergi sekarang.kita bincang.
" tak perlu tahu Laila kat mana. Sekarang Laila tak nak jumpa abang. Hati Laila masih sakit. " mata aku sudah mula berkaca. Hatiku masih lagi terasa bagai di turis.
" Laila. Maafkan abang. Balik la jumpa abang. Abang rindu ni. Abang tak ada siapa-siapa sayang". Luq cuba mencairkan hatiku. Maaf... hatiku masih beku.
" Seri ada. Jumpa la dia."
"Seri bukan siapa-siapa sayang. Sebenarnya Seri minta tolong abang hari tu. Kereta dia rosak. Dia tak tahu nak minta tolong siapa, kebetulan abang free hari tu. Jadi abang tolonglah. Masa Laila jumpa abang tu, abang nak hantar dia balik." Hi geram betul, masa yang sama juga lah kereta aku rosak. Sepatutnya tolong aku bukan tolong perempuan gedik tu.... Geram betul bila aku fikir balik.
"Kenapa tak betulkan keadaan masa tu. Laila tertanya-tanya apa yang abang buat dengan dia? Penampar yang Laila dapat hari tu bukan penjelasan tap kekusutan. Hati Laila sakit"
"Maafkan abang Sayang. Waktu tu abang geram bila terbayang Johan peluk Laila. Abang tahu Laila sakitkan? Laila Pitam kenapa? Atau sengaja buat-buat pitam?" bila terdengar Luq tanya aku sengaja buat-buat pitam. Rasa berdesing telinga aku. Rasanya kalau cerita kartun dah nampak asap keluar dari telinga aku. Maksudnya dia masih lagi menuduh aku. Dengan rasa geram aku terus off telefon aku serta merta talian terputus. Okey fine.... Aku yang salah. Jangan harap aku nak balik jumpa kau.
........ Sambung......
Share this novel