" Baiklah.... Kalau itu yang Laila nak abang akan tunaikan. Abang pun tak akan tunggu orang yang tak nak kan abang. "Luq bersuara tegas walaupun ada sedikit getaran, kecut juga perut aku. Bersediakah aku nak menjadi janda? Aku menadah telinga supaya jelas jika dia lafazkan talak.
"Ikut suka abang.... Laila pun tak nak orang yang pura-pura sayang, bila rasa nak benci... Benci sepenuh hati. Sampai suara Laila pun dah tak nak dengar. Buruk sangat ke?". Aku pun macam tak nak fikir dah, rasa macam nak cepat-cepat selesaikan masalah ni.
" Abang tak pernah benci Laila, tak pernah terlintas di hati abang nak menduakan Laila dan sekali pun tak pernah pula abang terfikir untuk berpisah dengan Laila. Hanya Laila terniat untuk berpisah dengan abang. Sedih sangat Laila buat abang macam ni... Abang betul-betul sayangkan Laila. Abang tak sanggup nak lihat Laila hidup sendiri. Abang takut Laila menyesal di kemudian hari, membuang orang yang menyayangi Laila sepenuh hati". Getar suara Luq menyedarkan aku yang terlalu mengikut kata hati.
"Kalau sayang.. Abang tak kan biarkan Laila sorang-sorang kat sini. Laila tunggu abang, Laila telefon abang sengaja tak angkat kan? Laila sakit hati la abang. Laila tak boleh hidup macam ni. Laila rasa tak buat salah apa pun kat abang. Tapi... Hukuman yang Laila dapat tak setimpal dengan apa yang Laila buat. Sakit la abang....." Aku tahu kemarahan yang aku tanggung menyebabkan aku bertindak sejauh ini. Aku terfikir juga bila aku kesunyian dan di uji kesusahan, dengan siapa aku akan berkongsi. Luq adalah orang yang paling rapat dengan aku. Tetapi.... Sakit cemburunya itu membataskan aku untuk terus bersama dengannya.
"Laila... Kenapa Laila sampai mahu berpisah dengan abang? Laila buat abang lagi sakit tau.... Abang sakit Laila.... Tolongnya.... Hidup abang tak tenang la... Tolong jangan suka orang lain sayang. Abang perlukan Laila, jangan.... Jangan tinggalkan abang... Abang memang tiada siapa-siapa dah untuk kongsi suka duka abang... Please.... Laila..... abang merayu, jangan tinggalkan abang. Abang perlukan Laila dalam hidup abang. Abang tak kan ceraikan Laila walau apa pun terjadi. Abang tak akan sia-siakan Laila dan abang akan bahagiakan Laila. Abang Janji" Luq menggenggam ke dua belah tangan aku dan mencium bertalu-talu. Air matanya terus menitis atas tangan aku membuat hatiku tersentuh. Kesiannya dia. Berdosakah aku?
" Laila selalu sakit hati bila abang menuduh yabg bukan-bukan, sakit sungguh.... sakit cemburu abang ni kalau tak ada, rasanya abanglah suami yang Laila dambakan....tapi abang tak nak berubah. Kita sama-sama sakit .... Kita akan selamanya sakit kalau terus-terusan begini. Kalau kita bawa haluan masing-masing mungkin lebih baik. Abang boleh ja kahwin dengan Seri gantikan Laila yang macam-macam ni. Seri kan masih tunggu abang"
" Jangan cakap macam tu Laila. Abang tak nak dia, abang nak Laila. Tolonglah... Jangan tinggalkan abang sayang. Ok.. Abang janji tak kan biarkan Laila lagi. Abang tak akan cemburu lagi. Abang cuba.... abang akan cuba buat apa yang Laila mahu tapi tolong maafkan abang. Abang menyesal sayang. Abang tak kan biarkan Laila jauh dari abang lagi. Sekarang ni Laila cakap... Laila nak abang buat apa untuk tebus kesalahan abang dan Laila tak tinggalkan abang.? "
" Baiklah... Dah abang cakap macam tu.....Laila nak sangat abang berubat. Kita boleh buat temujanji dengan doktor nanti. Laila akan aturkan.
" Kalau boleh abang tak nak libatkan doktor, abang janji akan kawal diri abang. Abang tak cemburu lagi. Abang cuba." Luq macam paranoid pula bila sebut doktor. Bukan nak cucuk pun. Dasar penakut.
" Minta maaf lah kalau abang tak mahu libatkan doktor. Abang sakit, orang sakit perlukan doktor ... Kalau abang tak nak, terpulang. Tapi Laila tak kan bagi abang peluang lagi. "
" Baiklah. Abang ikut cakap Laila.... abang tahu abang ni bukan lelaki yang baik. Tapi abang tak pernah duakan Laila. Laila perlu tahu itu. Susah tau nak dapatkan suami hanya cinta satu perempuan saja dalam hidup dia. Cumanya sedikit sahaja cemburu abang tu. Laila layan sahaja, biar abang nak kata apa, Laila tahan telinga sahaja. Bukan abang pukul Laila pun. Itu cara abang lawan cemburu abang tu".
" Hih... Cakap senang la... Ni... Orang yang nak mengadap tuduhan abang tu yang sakit jiwa. Laila sakit dengar abang menuduh yang bukan-bukan. Laila ni manusia, ada hati dan perasaan. Ada kala boleh bersabar ada kala tak boleh. Tolonglah abang.... Cuba abang dengar cakap Laila. Kita perlu jumpa doktor untuk selesaikan masalah abang. Kalau abang tak nak, Laila nak abang lepaskan Laila.
"Lagi-lagi minta di lepaskan. Suka ke dok sorang diri? Macam abang ni tak berguna sangat."
" Laila cuma bagi abang pilihan. Nak lepaskan Laila atau berubat? Kalau nak lepaskan Laila, terserah abang, kot-kot sayangkan sakit cemburu tu layan lah.... Sampai bila-bila pun abang tak kan tenang. Laila mana-mana pun tak apa, malas Laila nak fikir. Cuma satu Laila nak pesan.... Siapapun pasangan abang, abang tak akan bahagia jika sakit cemburu tu masih ada dalam diri abang"
"Laila tak fikir langsung ke tentang Chinta, anak kita? Dia masih kecil. Kalau kita berpisah, nasib dia macamana? Abang bukan benci Laila pun, abang sayang lagi kat Laila ada la. Abang Cinta... Tak pernah pun abang abaikan kasih sayang itu."
". Abang jangan risau tentang Chinta. Laila akan jaga dia. Hubungan dia dengan abang tak akan putus. Abang kan babah dia. Jangan jauhkan diri abang dengan dia. Laila cakap sekali lagi.... abang pilihlah, kalau tak nak berubat pilihlah yang satu lagi. Kita berpisah secara baik. Tak perlu menyalahkan sesiapa. Kita hidup macam biasa. Hidup terpisah. Abang tak pernah berusaha langsung nak pindah sekolah kan? "Berat sebenarnya nak luahkan perkataan berpisah itu, tapi aku nak Luq terima cadangan aku. Jika dia tak sayangkan aku maknanya dia akan pilih berpisah. Akupun sebenarnya belum bersedia untuk berpisah, sengaja aku buat begitu supaya Luq sedar penyakitnya tu menganggu hubungan kami.
" Abang minta maaf sayang. Abang cuba dah minta tukar ke sini, belum rezeki kita sayang.....abang rindu Sayang. Datang sini kat abang... Tolonglah.... " Luq menarik tanganku lembut. Sentuhannya membuatkan aku teringat malam pertama kami. Aku wanita lemah. Aku selalu merasakan dia memang sayangkan aku sungguh-sungguh. Harapanku begitu.
Aku pun rindukan dia sebenarnya. Aku tak tahu bagaimana kaki aku melangkah mendekati Luq bila tanganku di tarik. Mungkin aku termakan pujukannya atau lebih pada simpati rayuannya. Sedar tak sedar aku sudah berada dalam pelukannya. Kami sama-sama rindu sebenarnya. Kerinduan itu terubat juga akhirnya pada dinihari itu. Selesai cerita hari ini.
.........
Hari ni Sabtu, Luq masih menemaniku di Perlis. Sepanjang hari Luq terus melayan Chinta. Aku rasa sangat bertuah kerana Luq memang ringan tulang. Semua kerja rumah Luq yang uruskan termasuk mengemas rumah dan membasuh pakaian. Kalau nak ikutkan hati, aku nak rehat bagai ratu . Bukan nak ambil kesempatan, tetapi Luq yang rela hati nak buat semua tu. Dia cakap... Aku perlu siap diri untuk malam sahaja. Dulu, masa mula kahwin aku tak faham sangat bila Luq cakap macam tu. Sekarang ni aku sudah terlebih faham.
Aku tahu Luq mampu menjadi seorang suami jika tidak di sabitkan dengan penyakitnya itu. Mungkin aku terlebih sedikit mengata dia sakit dan tiada siapapun yang sahkan dia memang sakit. Kadang-kadang rasa melampau juga aku siap kata dia ada sakit Sindrom othello. Tapi... Ciri-cirinya memang ada tapi tiada yang mengesahkannya. Berdosa tak aku??
Dengan pujuk rayuan mesra aku siang dan malam.... Akhirnya Luq bersetuju untuk mengikuti seisi kaunseling yang aku. Memang ini yang aku mahu Luq buat untuk memulihkan hubungan kami. Aku minta Luq ambil cuti pada isnin untuk jalani seisi kaunseling. Dia pun bersetuju dengan satu syarat, aku tak boleh sebut nak berpisah lagi.
Sebenarnya aku pada mulanya tak tahu ke mana nak di tuju. Aku banyak mencari maklumat di google sahaja. Aku tak pernah pun menceritakan masalah kami kepada orang lain samada kawan atau saudara aku yang lain. Aku tahu, jika aku cerita, bermakna aku sudah membuka aib suami sendiri. Aku terfikir untuk berjumpa dengan kaunselor keluarga terlebih dahulu. Jika masalah ini berat mungkin seisi ini boleh di panjangkan ke langkah seterusnya. Aku dah pun mendaftarkan diri untuk kami menjalani sessi kaunseling yang kebetulan dianjurkan secara percuma di pejabat agama.
Tepat jam sembilan pagi, aku dan Luq sudah pun berada di kaunter pendaftaran dan diminta menunggu giliran. Terasa macam banyak mata memandang. Malu pula rasanya macam kami ni membawa masalah pula. Sedikit penyesalan hadir dalam diri aku. "Itulah kau Laila, memandai sangat" aku seperti nak tampar mulut aku sendiri.
Bila tiba giliran kami, berdebar pula rasa. Aku pun rasa begini, mungkin Luq lagi terasa. Maklumlah terpaksa datang kerana sayang bini. Ini pengalaman pertama kami. Suara hati aku berkata "Maafkan Laila... abang. Laila buat ni untuk kita"
Kami masuk di ruangan bilik yang disediakan itu dengan rasa sedikit getar. Maklumlah kali pertama menjalani seisi kaunseling. Itu pilihan aku, aku kena hadapinya. "Assalamualaikum...." Sila duduk tuan dan puan. Kami terus di sapa oleh kaunselor terlibat.
"Saya Bukhori Borhan, saya akan membantu tuan dan puan, seorang lelaki berumur dalam 40an memperkenalkan diri lalu menghulur salam kepada Luq. Dialah kaunselor yang akan membantu pulihkan hubungan kami.
"Saya Laila Suhaila dan ini suami saya Luq Bakhtiar." Luq hanya diam. Selepas menyambut salam Luq diam. Aku terpaksa bercakap bila Luq diam dan bisu tiba-tiba.
" Boleh saya bantu tuan dan Puan? Apa masalah ya?
Hai... Awal betul tanya masalah. Dalam hati aku betul ke apa yang aku buat ni. Malu pula nak berterus- terang tentang hubungan kami . Macamana nak mula cerita pun aku tak tahu. Aku pandang Luq dan Luq pandang aku. Luq angkat kening dan gayanya macam suruh aku teruskan bercakap.
" Sebenarnya.... Kami ada sedikit masalah. Bukan nak berpisah, kami hanya perlukan nasihat untuk pulihkan hubungan kami. Takut pula lama-lama akan jadi besar pula". Aku ni jenuh susun ayat nak fahamkan kaunselor tu. Luq senyap aja. Aku tahu la..aku punya idea aku sendiri kena tanggung. Fuh!
"O.k. Puan boleh teruskan. Saya dengar dan cuba faham."
"Mmm.... Suami saya mengajar di Johor dan saya di sini. So... Kami berjumpa seminggu sekali atau dua minggu sekali. Bila berjauhan ni.. suami macam tak percayakan saya. Banyak dia buat andaian yang tak betul tentang saya. Saya selalu rasa sakit hati. Hidup saya jadi tak tenang. ". Aku mula bercerita. Segan pula Luq mendengar tuduhan aku pada dia. Aku rasa aku pula yang bermasalah. Terlintas pula dalam hati... Sepatutnya aku datang seorang dulu, baru boleh cerita kaw-kaw tentang Luq. Tapi dah tuan badan dok dengar, terbatas pula penceritaan aku tentang dia. Rasa macam aku memalukan diri dia pula. Rasa pula tersilap langkah. Tapi dah alang-alang datang ni teruskan sajalah.
"Ok.. Macam ni puan. Sekarang ni kita dengar pula apa kata tuan kita ni, kenapa dia selalu tuduh puan macam-macam." Encik Bukhori memandang Luq, tunggu respon.
" Saya bukan tuduh, saya cuma berpesan jangan berlebihan semasa bergaul. Saya tak nampak apa yang dia buat, tapi saya rasa saya tahu apa yang dia buat. Kat sekolah saya ada juga jumpa ramai perempuan yang macam tu. Mereka banyak habiskan masa di sekolah daripada di rumah. "
" Maksud Encik Luq, isteri encik banyak masa di sekolah dari rumah ke?
"Tak... Tak....Bukan itu. Isteri saya selalu beritahu saya jika dia ada kerja di sekolah. Saya takut dia buat benda yang saya fikirkan. Saya selalu bayangkan benda tak elok. Sebab tu saya selalu serkap jarang, kot-kot ada yang terkena. Saya cuma mahu dia ingat saya walau dimana - mana sahaja.
" Ouh... Ok. Tuan mahu yang terbaik untuk isteri tuan kan? Tuan takut dia tak ingat tuan jika bersama-sama kawan kawan dia di sekolah kan? Saya faham. Sekarang ni saya nak tahu perasaan bagi pihak isteri tuan.
" Puan Laila Suhaila. Macam ni, puan dengarkan apa yang suami puan mahu? Apa respon bagi pihak Puan?
"Saya rasa saya cukup menjaga pergaulan saya dengan rakan-rakan terutama lelaki. Setiap hari saya akan menghantar gambar cara pemakaian saya supaya suami saya tidak fikir yang bukan-bukan tentang saya. Cumanya saya tak tahu macamana nak beritahu dia situasi saya semasa di sekolah. Tak kan saya nak buat video call setiap masa. "
" Baiklah... Sekarang ni... Saya beri tuan puan kertas ni, tuan dan puan cuba senaraikan ketidakpuasan hati masing-masing. Yang selalu bermain-main di hati tapi tidak terluah." Encik Bukhori hulurkan 2 pen dan 2 helai kertas kepada kami. Aku pun terus menulis apa yang aku nak sampaikan yang lama tersekat di kerongkong.... Luq bukan tahu.
* catatan Aku
- kecil hati sebab dia selalu tuduh, benda yang tak buat contoh layan lelaki lain.
- selalu cemburu buta walaupun perkara biasa
-bercakap pedih, kadang-kadang menguris perasaan
-terlalu mengongkong-ini tak boleh itu tak boleh contoh : tak boleh berlama-lama jika keluar rumah.
-menjadi baran bila tak dapat kawal cemburu.
* Tujuan sebenar ke sini, nak kurangkan sakit cemburunya yang berlebihan. Mungkin ada nasihat atau ubatan yang boleh dia ambil. Harap encik boleh tolong...
Hampir dua puluh minit, helaian kertas itu sudah berada di tangan Encik Bukhori semula. Aku ternampak kertas Luq kosong. Malu pula bila aku teringat apa yang aku tulis tadi. Rasa macam nak rampas semula kertas di tangan En. Bukhori dan mengoyak lumat kertas itu. Ini semua Luq punya pasal. Sabarlah wahai hati. Semua sudah terlambat. Tambah lagi bila nampak senyuman Encik Bukhori bila melihat kertas itu membuatkan hati aku sakit pula. Nyesalnya aku.
". Alhamdulillah.... Saya dah teliti helaian kertas ini, nampaknya masalah tuan puan boleh di selesaikan. Insyaallah. Mengikut pengalaman saya, masalah tuan puan ni timbul bila suami isteri yang biasa hidup bersama terpisah. Tuan dan Puan saling memerlukan antara satu sama lain. Bila berjauhan timbullah masalah ini. Sekarang ni tuan puan perlu mengambil masa untuk mempercayai satu sama lain, insyaallah sejauh mana pun terpisah selagi saling mempercayai hubungan tuan puan akan terus mekar." Encik Bukhori,
" En. Luq... saya nak tanya satu soal ni.... kenapa kertas Encik Luq kosong terus. Tak ada satu pun keburukan yang Encik Luq tulis untuk isteri.". Ternganga mulut aku bila tahu Luq tak tulis, apa-apa pun. Aku paling ke arah Luq minta penjelasan.
" Isteri saya ini sudah cukup sempurna di mata saya. Saya sayang dia sangat- sangat. Saya tak nampak langsung kelemahan dia bila saya dekat dengan dia. Cumanya kalau berjauhan macam-macam saya fikir. Sekarang ni dia ada dekat saya. Dia cukup sempurna." Luq bercakap sambil menggenggam erat tangan aku. Aku terpegun sejenak. Maafkan Laila abanggg.....
..... Sambung........
Share this novel