Bab 58 Beri masa

Short Story Completed 83757

Aku menangis sepuas-puasnya dalam tandas. Biarlah...biar orang dengar. Geram tak tahu nak cakap. Malu pun ada. Aku mengutuk diri aku sendiri. Aku yang tak teguh dengan pendirian aku . Dulu aku buang dia kerana dia buat aku tak tenang. Sekarang ni aku seperti mengharap dia kembali pula. Mungkin dia sengaja nak sakitkan hati aku dengan cara itu. Aku tertipu terang-terangan. Aku sengaja lambat-lambat keluar dari situ. Aku mengharap mereka sudah pergi tinggalkan aku di sini.

" Laila!...Laila! Laila ada di dalam sana ke? Cik ...Cik....tolong tengok isteri saya sekejap ...dah lama saya tunggu, dia belum keluar " Aku terdengar suara Luq meminta bantuan seseorang. Aku cepat-cepat keluar dari situ , kalau tak riuh pula jadinya nanti. Aku cuma mampu tersenyum semasa berselisih dengan orang yang Luq minta tolong tadi. Mereka juga tersenyum memandang aku, pelik rasanya kot merajuk dalam toilet.

"Kenapa lama sangat kat dalam sana? Abang takut jadi sesuatu pada Laila. Jantung abang gerak laju sangat. Abang rasa macam sakit kat sini lah...jangan-jangan abang dah nak pergi..Aduhh.. .". Luq memegang dadanya. Aku mula rasa cemas. Jangankah mati di tangan aku. Aku belum bersedia dengan semua tu.

"Abang...jangan mati kat sini. Laila takut.". Aku dah mula panik. Peluh merecik di dahi aku. Aku juga mencari renek-renek peluh di dahinya. Nasib baik belum ada. Teringat aku kata orang tua-tua...kalau nampak peluh merenek di dahi tanda ajal hampir tiba. Aku perhati betul-betul wajahnya dan nampak sengihan kecil dari bibirnya. Aku apa lagi terus mencubit kecil sekuat hatiku di perutnya. Dia selalu macam tu...Pura -pura sakit.

"Aduh!! Garangnya bini abang ni...." Luq terdiam. Aku juga. Kami sama-sama memandang . Masing- masing tersipu. Bini ka?

Aku belum bersedia menerima kehilangan Luq. Walaupun hubungan kami terlerai sebagai suami isteri aku masih mengharapkan hubungan kami di teruskan sampai bila-bila. Kehilangan Luq selama tiga tahun ini sangat mengecewakan aku sebenarnya. Dalam hati aku berharap Luq masih menanti aku. Jahat tak aku ni? Minta di lepaskan sebagai isteri tetapi simpulan ikatan aku tak lepaskan . Tak tahu apa yang aku mahu. Bodoh juga seorang Luq kerana masih menunggu seorang perempuan yang juga bodoh ini .

"Laila...sebelum abang mati , Laila terimalah abang semula ya.. abang tahu masih ada sayang dalam hati Laila kan untuk abang?" masih sempat pula dia menagih.

"Abang....kalau abang sudah bahagia dengan kehidupan baru abang teruskanlah. Laila akan undur diri. Selama tiga tahun ni Laila tidak terima mana-mana lelaki dalam hidup Laila kerana abang. Laila akan rasa bersalah jika carikan Chinta babah baru. Tetapi...andai kata abang sudah mampu hidup tanpa Laila...Laila terima. Perempuan mengandung tadi isteri abang kan?

Luq membawa aku duduk di suatu sudut berbual yang tersedia di kawasan itu. Cantik sangat tempat tu. Tenang. Ada dua tiga orang pelajar yang lepak di situ. Mungkin sedang membuat ulangkaji atau membuat kerja kumpulan. Pendek kata tempat ni memang sesuai untuk bersantai.
Luq masih diam, membuatkan aku sedikit panas punggung menunggu jawapan.

" Abang tak nak cakap ke? please abang ...tolong jujur dengan Laila . Abang suka kan buat Laila macam ni. Mana kesayangan abang tu ? Abang dah gantikan tempat ibu Chinta kan? Sekarang ni apa yang abang nak lagi dari Laila? Abang nak bincang apa sebenarnya sekarang ni? Kalau abang nak rebut Chinta dari Laila...jangan mimpi, Laila tak akan benarkan sesiapa pun ganti tempat sebagai ibu kepada Chinta Sufi!!"

" Bukan macam tu Laila. Laila dah Salah faham ni. Abang tak pernah pun terfikir buat macam tu pada Laila. Kita akan jaga Chinta sama-sama. Tolong jadi isteri abang semula....Laila. Sayanggg....please.

" Sudahlah abang. Jangan sakitkan hati Laila dengan benda macam ni. Laila tak sanggup terima abang lagi sebab abang dah ada peganti. Laila harap abang bahagia dengan dia"

"Laila... Sebenarnya Sayang tu bukan isteri abang. Dia isteri doktor yang merawat abang tu. Nama dia Sayang Suhana. So ...abang panggil dia sayang. Cemburu juga Laila ni ekk? Kena berubat ni!". Luq gunakan balik ayat yang aku gunakan tiga tahun lepas untuk dia. Rasa nak cekik cekik dia ni . .eee geram betul

" Huh ...itu bukan cemburu tetapi siru. Tau siru? " Luq menggeleng .

" Kalau abang nak tau ...Siru tu macam pening la serabut.... abang lah buat Laila serabut. Sayang Suhana tu juga la yang Chinta sebut semasa abang bawa dia ke homestay abang hari tu. Abang jangan main-main....abang dah kahwin lain kan? Cuba cakap betul-betul" Tersenyum Luq bila dengar aku kata macam tu, mungkin dalam hati dia kata memang aku cemburu lagi. Biarlah.

" Sayang tu datang dengan suami dia. Dia mengandung anak ke dua dah. Dia juga yang beri kaunseling kat abang untuk elakkan rasa cemburu. Rupanya ada cara untuk ubat sakit cemburu ni sayang. Abang dah belajar kawal diri abang bila dapat rawatan macam yang Sayang nak."

" Laila tak percaya selagi tiada bukti. Beri Laila masa . Kalau abang sudah pulih, Laila akan fikirkan tawaran abang tadi"

"Eh? Tawaran? Tawaran yang mana satu ? Abang ada buat tawaran ke?"
Malu betul bila Luq cakap macam tu. Aku tarik mula masam, aku diam. Tak boleh nak berkata-kata lagi. Malu sangat.

"Sayang....tujuan abang bawa sayang keluar ni sebab nak melamar sayang semula. Sudikah awak ....Laila Suhaila terima lamaran saya? Luq terus mengeluarkan sebentuk cincin dari dalam koceknya. Aku terkedu, tak sangka pula Luq serius melamar aku.

"Abang....Lailakan minta masa, kenapa abang buat Laila macam ni. Laila belum bersedia . Berikan Laila masa untuk fikir ketika tenang."

"Abang bukan minta Laila terima sekarang. Laila ambil la berapa banyak masa pun, abang akan tunggu Laila. Fikirlah tentang Chinta juga abang memang nak kita bersama semula.

"Abang tak pernah lupa apa yang Laila buat pada abang. Abang merana bila Laila mahu kebebasan, Laila mahu putuskan hubungan kita hanya kerana sebab itu. Abang sakit pun sebab terlalu rindukan Laila dan Chinta. Abang dah putus asa nak hidup. Cuma emak dan Samiyah saja mahu abang sembuh walaupun cara berubat Salah"

"Laila tak pernah lupakan abang. Laila susah hati bila tengok abang sakit hari tu. Laila Cuba tolong abang keluar dari rumah abang sebab Laila tak setuju abang berubat cara kampung. Tapi...abang terus lupakan Chinta dan Laila. Tiba-tiba muncul selepas tiga tahun"

"Abang minta maaf kalau itu yang buat Laila marah abang . Sebenarnya abang buat rawatan sakit abang. Bila abang sembuh terus abang pergi kaunselingkan diri abang. Abang luah semua penyakit abang termasuklah penyakit cemburu yang selalu Laila katakan tu. Sekarang ni abang rasa dah sembuh. Abang yakin untuk dapatkan cinta abang sekali"

"Chinta yang mana? Cinta hati atau Chinta anak kita tu ?"

"Mestilah kedua-duanya. Dua-dua pengarang jantung abang . Kalau tak ada kedua-dua boleh jadi abang mati. Selama tiga tahun ni abang berdoa sangat-sangat yang Laila tak kahwin dengan orang lain sehinggalah abang datang melamar Laila semula. Alhamdulillah....dia abang dimakbulkan. Abang harap Laila dapat terima abang semula."

"Insyaallah ..Laila akan fikir semula. Jom makan ...Laila rasa lapar la.. ." Luq tersenyum untuk sekian kalinya. Aku harap sangat kami dapat hidup bersama semula dengan sakit cemburu Luq yang sudah hilang.

......Sambung.......

Share this novel

Hawani Hashim
2023-10-22 00:04:42 

Xda update lagi ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience