Seisi kaunseling berakhir begitu sahaja. Tiada keputusan tentang penyakit Luq. Cuma nasihat yang di beri adalah cari penyelesaian untuk tinggal berdekatan. Kalau itu nasihat yang dapat, tidak ada apa maknanya kami bersusah payah berjumpa kauselor tu. Cara itu memang kami sudah cuba. Aku dah 2 tahun minta tukar ke Johor. Cumanya Luq belum cuba tukar ke Perlis. Katanya pertukaran yang di layan jika isteri mengikut suami bukan suami ikut isteri.
Kesudahannya kami terpaksa juga hidup berjauhan. Menyesal pula menghadiri seisi kaunseling itu. Kesalahan hanya menunding ke aku sahaja. Geram pula rasa, macam aku pula yang bermasalah. Kisahnya sebab Luq tak pernah benci aku dan aku pula dikatakan mencari alasan nak berpisah. Sakit hati akuuuu....
Aku sedaya upaya buat yang terbaik supaya Luq tak salah sangka. Setiap pergerakan aku akan beritahu dia. Aku jadi macam dulu-dulu juga. Cuba menjaga hati dan perasaan dia semampu aku. Aku cuba baiki hubungan kami dan sering memujuk Luq bila cemburunya datang. Kehidupan kami sudah normal. Luq sedaya upaya mengawal cemburunya tetapi masih lagi tidak jemu pesan jangan begitu jangan begini. Aku pulak mengiyakan sahaja semua pesanannya itu.
.............
Cuti panjang akhir tahun, waktu yang kami tunggu untuk hidup normal. Menjalani hidup bersama dan melakukan aktiviti bersama. Pulang ke kampung Penang dan Perak sama rata. Mungkin kurang sedikit syak wasangka Luq sebab boleh lihat sendiri pergerakanku seharian. Ke mana aku pergi dia akan selalu ada. Chinta pun dah semakin rapat dengan Luq. Manja sangat dengan babahnya melebihi aku pula.
Sehinggalah suatu hari Zalika mesej aku minta jumpa. Maklumlah dia dah nak kahwin. Nak menghabiskan masa bersama aku sebelum berhelar isteri. Zalika dapat posting di Melaka selepas tiga tahun setengah menjadi guru sementara dekat kampung halamannya di Terengganu. Aku minta izin Luq untuk keluar dengan Zalika dan dua orang lagi rakan sekelas kami .
"Siapa lagi keluar? Yang lain bawa teman tak? Semua perempuan kan? Kalau ada lelaki abang kena ikut. Laila tak boleh pergi sorang.". Luq mula risau kalau dengar aku nak keluar. Tambah keluar untuk bersuka- suki.
" Ala.... Abang tak payah ikut la, Chinta kan tak hantar mengasuh. Ala.. Bagi lah Laila rasa. "me time" untuk hari ni. Dah lama tak keluar dengan kawan-kawan. Ika kata nak jemput Fuziah dan Lina juga. Abang ingat tak? Ala yang nyanyi duet kat konvo kita tu.? Aku dengan yakinnya beritahu Luq, aku corfirm keluar dengan geng perempuan sahaja.
"Okeylah... Abang izinkan. Jangan sia-siakan masa yang abang beri ni, kalau nak ikutkan hati abang... Nak Laila dok bawah ketiak abang dua puluh empat jam tau". Luq tersenyum sambil memandangku penuh cinta. Aku faham.... Dia mahu aku sentiasa berada di sisinya dan pada masa yang sama mahu mengembirakan aku.
". Hish....Abang ni mana tahan, kena juga beri ruang Laila bernafas dengan bebas, asyik bawah ketiak abang sahaja boleh habis oksigen tau....
Abang nak hantar ke malam ni kat seafood Pak Chop Western tu?
" Laila drive sendirilah.... Lagipun tak tahu bila nak balik kan? Kena pulak waktu tu Chinta tidur nak kena angkat dia pula". Aku tahu Luq memang rela hati benarkan aku pergi. Terima kasih abang kerana memahami kehendak isterimu.
"Betul juga. Tak apa. Laila drive sendiri lah. Cuma satu Laila minta. Abang kena yakin dengan Laila. Jangan terusan bayang yang bukan-bukan. Ingat... Laila sayang dan cinta abang sorang. Laila tak pernah menipu"
" Abang dah izinkan... Jangan la balik lewat sangat. Takut abang rindu.
" Ish...abang ni. Tak pergi lagi dah rindu macamana ni... " aku tersenyum bahagia. Aku dah cakap, Luq ni... Kalau tak dak penyakit cemburu tu.. Bahagia sungguh aku. Aku sedaya upaya mengelak dari melakukan perkara yang membuatnya cemburu. Aku sangat menjaga batas pergaulanku dengan lelaki, sehinggakan aku kadang-kadang menjadi sombong dan malas nak menegur sapa dengan mana-mana lelaki kecuali mereka menegur aku terlebih dahulu.
.........
Selepas solat maqhrib aku bersiap untuk berjumpa Zalika. Chinta masih aktif, maklumlah dia tidur pulas petang tadi. Jenuh Luq melayannya nanti. Aku sudah sediakan makan malam untuk Luq. Sementara Chinta aku sudah suapkan makanan berat petang tadi. Malam ni Chinta akan minum susu sahaja sebelum tidur.
"Laila pergi dulu abang...insyaallah Laila cuba balik awal. Terima kasih beri izin Laila keluar dengan Ika. Terima kasih juga kerana sudi jaga Chinta.. Laila sayang abang." Aku memeluk Luq dan mencium kedua pipinya. Dia sempat berpesan "Ingat pesan abang.. Jangan buat apa yang abang tak suka". Aku cepat-cepat jawab "Baik boss. Laila pergi dulu boss" Aku terus tersenyum bila sempat melihat mulutnya memuncung kemudian tersenyum..
Sampai di seafood Pak Chop Western, Ika sudah menunggu. Aku tidak pulak melihat fatimah dan Lina. Hatiku betul-betul berdebar bila melihat Ika bersama seorang lelaki. Tunang dia kah? Aku bukan apa, aku takut Luq tahu. Aku bagitahu kami berjumpa geng perempuan sahaja.
Ika melambai ke arahku, aku sudah rasa gentar, memang betul... Luq selalu pesan bawa hati dia ke mana-mana pun, aku pasti ingat semua pesanannya. Aku bukan tak ingat pesanan dia dan aku tak tipu dia, cuma Ika saja tak beritahu aku yang dia bawa tunang. Kalau aku tahu aku mesti minta Luq ikut.
"Hai Laila...Ni kenalkan tunang aku, Akim. Fuziah dan Lina tak dapat join. Kenapa kau tak bawa Luq. Kan aku mesej kau petang tadi. Tak baca la tu."
" Mmmm tak baca la. Tak apa. Kejap aku telefon Luq. Kalau Chinta belum tidur boleh la bawa. Sekarang ni waktu dia tidur rasanya.. Jap aku cuba." Aku telefon Luq berkali-kali tak diangkat pula. Nadanya ada tetapi tak diangkat, mungkin Luq berada dalam bilik air atau pun sedang solat insyak. Luq selalu solat awal waktu.
" Tak apalah kita order makan dulu, ni ramai orang sangat tu, nanti lambat pula dapat makanan. Kejap lagi ada kawan Akim ni nak jumpa dia kat sini. Kita biar dia join kita makan dulu, lepas tu dia orang buat hal diorang, kita boraklah berdua. Ok tak?"
" Ok ja... Tapi aku tunggu Luq angkat fon ni. Tak seronok pulak tak bawa dia. " Aku terus telefon Luq lagi tapi tak ada sahutan. Hati aku ni rasa tak sedap, kawan si Akim mesti lelaki. Kalau Luq tahu tak tahulah.... Aku nak jawab apa ni.. Ish...menyesal pula aku keluar malam ni. Macam tak sedap hatilah.
" Ni makanan dah sampai, kita makan dulu sambil tunggu Luq telefon kau balik. Ha.. Tu Cik Din. Abang lambai la, dia tak nampak kita kat sini tu." Nampak kelibat lelaki yang dipanggil cik Din tu datang menghampiri kami.
"Sori... Sori.... Aku lambat sikit. Jalan Jem tadi ramai betul kan orang makan kat sini. Ni ke kawan kau Zalika?". Alamak Cik Din ni tanya aku pula.
" Ya... Ya....". Aku jadi segan pula dengan kawan si Akif ni. Dah lah duduk sebelah aku. Kalau Luq tengok ni, mati aku. Makan pun dah jadi tak berselera pula. Dalam hati berdoa janganlah Luq tahu apa yang terjadi malam ni. Nak salahkan Ika, tak boleh sebab dia dah hantar mesej. Tapi... aku terkilan sikit sebab dia tak call aku beritahu keadaan sebenar. Aku takut sebab Luq dah tanya kalau ada lelaki dia nak ikut. Ika pi bawa tunang pula.... Itu ok lagi... Tapi bila Cik Din ada sekali terus aku jadi tak selesa langsung. Nyesal... Nyesal.... Nyesal.
". Kenapa Fuziah dan Lina tak dapat join kita. Lama aku tak tengok dia orang."
"Plan asal memanglah aku nak pi ambil Fuziah dengan Lina tapi tiba-tiba pula emak Fuziah tu datang rumah, Lina pula demam. Kebetulan Akim ni nak jumpa kawan dia kat sini, tu aku tukar plan suruh Luq datang."
"Mana la aku tahu...tadi Luq memang nak ikut tapi aku bagitau dia kita keluar geng perempuan sahaja. Nanti dia kata tipu dia pula. Sekarang ni aku tak sempat nak tengok mesej selalu. Chinta tu... dah makin aktif. Lasak pula tu. Aku banyak masa beraktiviti dengan dia la..."
" Ouh.... Cik Laila ni dah ada anak? Berapa tahun? Tiba-tiba kawan si Akim menyampuk tiba-tiba. Tadi rancak dok berbual dengan Akim.
" Baru setahun tiga bualan. Baru boleh berjalan
Mana nak duduk diam."
" Ouh... Anak saya kalau ada mesti sebaya dia."
" Kenapa dengan anak Cik Din?" Aku pula teruja nak tahu kisah anaknya tu.
" Meninggal dalam perut. Tu la kisahnya wife I ada darah tinggi. Sekarang ni lumpuh sebelah badan."
"Oh... Saya maaf Cik Din bertanya soalan sensitif pula" Aku baru masukan suapan seterusnya ke mulut tiba-tiba......
"Laila!! Balik sekarang...." tak tahu dari mana datangnya Luq ni. Terkejut aku. Tak dapat terima kehadiran Luq secara tiba-tiba, aku tersedak nasi yang belum sempat di telan.
"Uhuk! Uhuk! ". Ika menghulurkan air kepada aku sambil menepuk-nepuk belakang aku.
"Luq..! Sabar... Jangan salah sangka. Aku yang salah tukar plan. Laila tak salah, dia tak tahu"
Aku nampak Ika pun terkejut juga. Pucat wajahnya mungkin takut melihat wajah Luq yang sedang menyinga itu.
" Ah... Diamlah. Laila!! Balik.!! Dengan mata memerah dan tangan mengeletar Luq menarik tangan aku dan terus pergi. Nafasnya tak teratur membuatkan aku semakin kecut perut. Takut punya pasal aku terus terkedek-kedek ke kereta. Luq mencapai kunci kereta dari tangan aku dan... brommm.... Kereta itu bergerak laju sekali. Kecut perut aku... Tiba-tiba rasa gayat ya amat.
Luq tidak bercakap sepatah pun. Aku beranikan diri bertanya tentang Chinta pun dia tak jawab. Aku tahu dia betul-betul marah. Tangannya menampar stereng kereta bertalu - talu dengan tak memandang langsung ke arah aku membuatkan aku benar-benar risau.
"Laila minta maaf abang.... Laila salah. Laila cuba nak beritahu abang, tapi abang tak angkat fon sorry". Luq diam sahaja. Nafasnya masih tidak teratur. Aku tahu dia cuba untuk tidak marah. Dia cuba untuk mengawal cemburunya.
"Abang.... Mana Chinta? Abang hantar dia ke mana? Abang! Laila tanya mana Chinta?" aku tinggikan sedikit suara. Cuba buka cerita lain. Tetapi Luq pandang aku dengan mata tajam bagai helang nak menyambar mangsa.
" Pangggg!!! Penipu!!! Tiba - tiba pipiku merasa pedih. Aku tak sangka tangan Luq naik sekali lagi ke muka aku membuatkan hatiku mendidih. Itu yang aku dapat soalan aku tak di dengar langsung.
" Kan Laila dah minta maaf. Laila tahu Laila salah tapi bukan bermakna Laila yang nak buat macam tu. Semua ni salah faham. Cuba kawal sikit cemburu tu.. dengar dulu apa orang nak cakap" Naik seoktaf nada suara aku. Rasa benci menyelinap seluruh ruang tubuhku.
" Jangan menjawab boleh tak? . Abang tanya elok-elok kan tadi... ni cakap penipu. Mana kawan perempuannya. Kawan lelaki adalah. Tak malu keluar berpasangan bersuka-suka dengan orang lain..suami di rumah di biarkan jaga anak." Luq mengheretku masuk ke dalam rumah sebaik sahaja sampai. Aku tiba-tiba tersedar dan memujuk diri sendiri yang Luq ni sakit. Aku mula berfikir macamana nak pujuk Luq. Orang cemburu begini bila melawan takut tindakannya makin buruk. Aku masih terfikir-fikir lagi. Luq bersuara lagi.
" Laila hak abang.... Jangan buat abang macam ni Laila. Abang tak tahan..... Laila abang punya seorang dan tiada siapa boleh ambil Laila dari abang. Tolonglah..... Abang sakit kepala bila jadi macam ni... Laila penipu!!! ". Luq semakin kasar. Diketuk kepalanya berkali-kali. Dia tak dapat mengawal cemburunya itu. Aku tak pernah nampak sisinya yang begitu. Aku berasa bersalah menyebabkan keadaannya jadi begitu. Aku cuba memujuk dengan melembutkan suara aku.
."Abang... Laila minta maaf. Laila tak akan buat macam tu lagi. Laila sayang abang. Laila cinta abang. Tolong percayakan Laila. Laila memang abang punya. See... Abang sorang sahaja yang dapat ni. Tengok ni.... Tiada siapa yang boleh.......". Aku terpaksa menyerah diri. Aku terus buka baju dan berbogel di depannya dan aku cuba mendekatinya. Aku nampak wajah tegangnya tadi perlahan-lahan mengendur.
" Laila sayang abang... datang sini sayang. Laila kan abang punya seorang.. ....". Aku terus memeluknya erat. Luq perlahan-lahan menarik turun seluar tracknya lalu memanjat katil untuk bersama denganku. Alhamdulillah.
....... sambung......
Share this novel