Bab 41 Bengang

Short Story Completed 83757

" Amboi!! Kenapa nak cakap dengan dia ? Ada kerja apa?" muka Luq aku nampak bengis semula. Apa hal pulak ni!!!. Luq terus buat loud speaker.

"Err.... Saja nak sembang-sembang. Nak bercakap sekejap jer.. Tak kan tak boleh? Cik Din dengan beraninya minta kebenaran Luq untuk sembang dengan aku. Beraninya dia.... Tahu ke dia Luq tu macamana? Aku dengar pun seram.

" Eh mangkuk! . Bini aku kot. Bodoh betul la... " Luq terus mematikan talian."

Apa pula Cik Din ni.. Cari pasal betul la. Dia tak tahu apa Luq boleh buat kat dia. Apasal dia ni? Ada penyakit kot. Aku pun tak tahu la... Nak kata aku layan dia sangat-sangat pun tak, kenapa gigih sangat telefon aku. Mesti Luq tuduh aku gedik depan Cik Din tu... Nak jawab macamana nanti ni. Harap-harap Luq percayakan aku.

" Kenapa dia telefon Laila? Tak guna punya jantan. Kalau abang tak ada macamana? Mesti Laila melayan dia gila - gila kan? Kalau tidak kenapa dia telefon Laila malam-malam ni. Tak boleh terima dek akal la. Sakit yang dalam ni tau. Laila jangan sampai abang dapat tahu yang Laila memang melayan dia selalu. ". Luq menepuk-nepuk dadanya. Aku dak agak dah Luq mesti hilang kawalan. Meninggikan sedikit suara sambil merenung aku minta penjelasan.

"Abang... Laila dah blok nombor dia. Ni nombor lain pula. Laila tak pernah la layan benda-benda remeh macam tu. Abang kena percayakan Laila kalau abang betul-betul sayangkan Laila. Kalau abang sentiasa dalam keadaan yang tidak percaya macam ni, susahlah."

". Memang lah susah. Kalau melayan lelaki lain waktu suami tak ada kat rumah. Susah abang macam ni. Bila dok jauh isteri curang, bila ada dekat jantan cari pula. Apa ni Laila? Tolong la...jangan buat abang macam ni. Abang tidak mahu fikiran abang terus serabut macam ni. Sebab tu abang tak suka Laila berpindah dekat dengan abang. Ni tak sampai dua hari abang balik dah jadi macam ni. Bayangkan.... Kalau Laila selalu dengan abang macam-macam abang perlu fikir. Macam-macam hal betul la. Sakit kepala aku la macam ni... "

" Abang!! Kalau sampai menuduh Laila macam tu. Baik tak payah cakap lah. Abang dok ingat sakit kepala abang saja. Sakit kepala Laila ni abang tak fikir ke? Hati Laila juga sakit sangat, abang tak fikir ke? Tak kan benda macam ni pun nak bergaduh. Belum ada bukti tau Laila curang dengan abang. Buat betul-betul baru tahu. ". Hilang sabar juga akhirnya aku ni. Ingat dia sorang ke yang sakit. Aku yang di tuduh lagi merasa sakit. Sakit jiwa.

Rupanya itu yang Luq fikirkan. Patutlah dia langsung tidak kecewa bila permohonan pertukaran aku tidak berjaya. Aku hairan orang lain sentiasa mahu dekat dengan isteri tetapi Luq sebaliknya. Aku terpaksa menerima aja. Bila sedang marah memang perkataan yang sakit sakit sahaja untuk telinga aku. Kadang-kadang boleh hilang sabar macam hari ni. Sampai sebut jantan dan curang, ni memang melampau. Aku pun hilang sabar. Keadaan macam ni tak boleh aku elakkan. Penyakit cemburu memang begitu. Luq langsung tak cuba memahami situasi aku di sini. Yang tidak tahan tu Cik Din secara berdepan sangat berani berhadapan dengan Luq. Sudah lama kami tidak bergaduh pasal lelaki lain. Mungkin Luq dah tak dapat mengawal cemburunya itu bila Cik Din ni macam bersungguh-sungguh sangat. Aku pun marah bila Cik Din buat begitu. Cik Din sudah tahu Luq cemburu. Dia sengaja mahu mencabar kesabaran Luq. Luq pula selagi tidak bertelur dahi Cik Din tu dia tak akan berhenti berfikir.

" Kita akan pergi majlis Ika nanti. Laila jangan cuba mengelak. Kalau jumpa Cik Din tu tahu la abang nak buat apa". Gaya dendam seorang pencemburu. Selagi tidak dapat tak senang duduknya. Aku rasa tak sepatutnya aku pergi ke majlis tu. Lagipun tujuan asal dah lari jauh jadi misi mencari Cik Din pula.

". Laila tak nak pergi. Buat rosak majlis orang sahaja. Tak payah susah-susah nak cari Cik Din. Nombor fon dia ada kan? Call dan pergi jumpa sendiri kalau dah tak sabar nak jumpa dia sangat. Jangan libatkan Laila. Kalau rasa nak jadi banduan buatlah... boleh hilang kerja sekali. " Silap pula aku beri cadangan macam tu, di buatnya sungguh mati aku.

"Abang tahu la nak ajar lelaki tu. Silap - silap dia yang masuk penjara kerana mengganggu rumahtangga orang. Laila tak perlu cakap apa-apa . Tengoklah nanti. " Dia tak tahu jantung aku ni berdegup tak ikut rentak dah ni. Aku sangat bimbang. Luq ada juga sedikit baran. Kalau tidak masakan tangan dia pernah hadir ke pipi aku.

.......

Awal pagi lagi Ika telefon aku untuk ke sekian kali. Aku tahu hari ni hari bahagia dia. Mungkin dia tak dapat tidur mengenangkan dia akan bergelar isteri tidak lama lagi.

"Laila... Kau mesti datang hari ni. Aku merayu sangat. Aku tahu aku banyak salah dengan kau. Sebab kejadian hari tu, aku hampir hilang kawan baik aku. Aku minta maaf tau, aku menyesal sangat. Kau harap sangat kau dapat datang tau ."

"Aku tak berani nak buat keputusan, kalau Luq setuju nak datang, aku datang. Sekarang ni aku tak tahu lagi. Aku takut terserempak dengan Cik Din... Aku tak tahu kenapa dengan dia. Asyik nak ganggu aku ja walaupun dia tahu Luq tu cemburu. Aku takut Luq salah faham dan tak percayakan aku lagi.

"Ouh itu..... Kau jangan risau. Cik Din tak akan datang ke majlis aku kot sebab isteri dia baru saja meninggal malam tadi"

" Innalillahiwainnailaihirojiun..... Kesian pula kan. Aku pernah lah jenguk isteri dia masa bawa Chinta ke hospital hari tu. Tu pun sebab Cik Din beritahu aku yang isteri dia sakit, malu alah dekat dia aku pergi juga melawat isteri dia tu. Mungkin sejak tu dia suka sembang dengan aku". Rasa menyesal pula aku buat-buat baik jenguk isteri dia. Mungkin sebab tu dia dah salah anggap.

"Eh... Dia ada ganggu kau ke dua tiga hari ni? Aku rasa kau tak payah layan dia sangat . Aku pun baru tahu dia ada penyakit. Rasanya dia fikir banyak sangat. Ya lah.... Isteri sakit kan? Harap-harap lepas ni dia ok sebab isteri dia dah tak ada. Dia tak la fikir sangat tentang isteri dia lagi. "

" Dia sakit apa? Ada tak melibatkan mental? Aku mahu nak tahu juga. Dia macam something wrong la"

. "Kenapa? Dia ada buat tak elok dengan kau ke?"

"Tak ada la... cuma semalam dengan beraninya dia minta nak cakap dengan aku bila Luq yang angkat telefon tu.. Kau rasa?

" Habis tu, Luq marah kau?

"Ha. .. la..... aku pun naik takut juga. Aku rasa tak dapat pergi la... Aku takut sangat kalau dia jumpa Cik Din tu. Kau tahu kan Luq macamana. Jap! aku nak tanya kau, kau kan yang bagi nombor telefon aku dekat Cik Din? "

" Eh... Tak lah.... Dia tak minta pun kat aku. Rafi pun tak tahu nombor kau. Macamana Cik Din boleh tahu.?

"Itu yang aku hairan. Aku dah blok nombor dia, pastu kau tahu betapa gigihnya dia guna nombor lain untuk contact aku. Yang aku tak faham kenapa dia nak cakap sangat dengan aku walaupun Luq yang angkat telefon masa tu. Mahu tak berapinya marah Luq pada Cik Din tu.

"Lah... Kenapa pula dengan lelaki tu. Meroyan sangat nak cari kau. Tak makan ubat kot.. Dok sibuk layan bini sakit. Lepas ni ok kot, dah tak perlu fikir bini dah..."

"Dia sakit apa? Dari tadi aku tanya kau tak cakap lagi.

" Bunyi macam bipolar apa ntah... Gangguan jiwa juga tu. Kau kena hati - hati. Ok lah Laila.. Banyak kerja lagi yang aku kena buat ni. Kau mesti datang tau. Aku letak dulu."

" Insyaallah.... Aku tak janji tau....Waalaimumussalam... "

"Siapa yang telefon? IKa?

" emmm... ... dia minta sangat kita pergi majlis dia. Dia beritahu yang Cik Din mungkin tak datang sebab isterinya dah meninggal semalam.

"Huh.... Beriya sangat. Patutlah... Lagi suka la dia dapat mengorat Laila nanti. Tambah pula abang tak ada nanti.... Tak dapat bayangkan macamana senyum sengeh Laila dengan dia nanti"

"Abang!! . Tak baik cakap macam tu. Mungkin dia sedang diuji. Itu masa dia, nanti waktu kita tak tahu bila. Tak payah pergilah majlis tu. Sakit kepala Laila nak fikirkan. Sakit lagi hati bila abang kata Laila macam-macam " aku malas nak dengar perlian yang menyakitkan dari Luq. Kalau dilayan lagi sakit hati. Aku beredar pergi mendukung Chinta membawa ke bilik. Aku bermain-main dengan Chinta sehingga Luq masuk mengekoriku.

" Marah abang? Jangan la marah. Abang takut sangat Laila suka orang lain. Jangan la suka orang lain. Abang merayu sangat. Tolong la...

" Abang.... Laila tak tahu lah masalah abang. Penat dah Laila bagitahu. Laila cuma ada abang saja. Abang nak apa lagi ni?? Sakit kepala la nak layan abang hari-hari macam ni."

"Laila dah jemu dengan abang ke? Sampai hati Laila cakap macam tu dengan abang. Sebelum ni Laila layan saja abang cakap. Kali ni lain pulak. Dah berubah hati ke? Abang cuma nak kepastian dari Laila. Tolonglah beri abang kekuatan tu". Aku dari tadi diam. Aku sebenarnya, dah sakit kepala fikirkan benda yang sama setiap hari. Hari ni kepala aku rasa macam mahu pecah. Aku nak diam saja hari ni. Majlis Ika pun aku tak rasa nak pergi. Mood aku sudah terbang ke laut. Aku rasa malas nak duduk berdekatan dengan Luq lagi. Protes.

Selepas Chinta tidur aku ke dapur semula. Luq pun tak terkata apa - apa bila aku bangun dan dia tidak sempat mahu memeluk pinggang aku. Kali ini aku betul-betul marah. Aku tidak langsung bersuara. Aku langsung tidak terangsang dengan sentuhan lembutnya itu.

Aku siapkan nasi lemak ringkas saja. Campak-campak bahan tumisan. Masuk beras, santan dan sedikit garam, terus saja aku tekan punat periuk nasi saja. Sambalnya sangat ringkas juga. Aku keluarkan cili tumis kisar yang aku dah buat pes minggu lepas, panaskan dan masukkan ikan bilis ke dalamnya dan siap.

Aku hidangkan untuk Luq. Aku letakkan di bawa tudung saji. Kalau dia nak makan pandai-pandailah dia cari, aku masih merajuk. Biar tiada siapa yang pujuk. Bukan namanya Luq Bakhtiar la kalau nak pujuk-pujuk.

...... Sambung......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience