Bab 46 Sakit

Short Story Completed 83757

Luq menghantar Chinta di rumah mak aku di Penang kerana aku berada di sana. Chinta aku peluk cium sepuas hatiku bila kembali ke pangkuanku. "sayang anak Ibu ni...mmm...mmm....Terima Kasih abang kerana pulangkan Chinta pada Laila" Luq tersenyum melihat aku melepaskan rindu pada Chinta. Matanya berair, aku tahu dia sedih.

"Laila tak rindu abang ke ?" terkeluar soalan yang membuat aku tersenyap sebentar , mengambil sedikit masa untuk scan soalan yang terbit dari mulut itu. Tak pernah sekalipun Luq bertanya sebegitu sejak kami berpisah, soal hati masing-masing letak ke tepi. Hubungan sebagai kawan yang kami tetapkan supaya tiada rasa dendam dan dengki. Hari ini Luq bernada sayu dan sedikit getaran terdengar dari suaranya. Mungkin dia takut aku marah untuk pertanyaan itu. Dalam gugup aku masih meleret senyum sambil memandang matanya. Aku hanya diam tak berkata apa-apa. Aku boleh ja jawab "Tak" tetapi itu tipu sebenarnya. Kalau aku jawab ' ya' bermakna aku memberi harapan padanya. Aku memilih untuk diam daripada menjawab sesuatu yang menyakitkan atau sebaliknya. Biarlah dia tafsir sendiri. Dulu masa dalam edah, Luq tak pernah pun memujuk untuk aku kembali padanya tapi hari ini mahu pula dia tanya aku macam tu. Rasa pelik kan? Aku rasa dia macam serba Salah nak terima orang lain dalam hidup dia. Mungkin benar macam mak dia cakap Chinta bakal ada ibu tiri. Aku buat andaian saja, pada firasat aku la dia cuma nak uji kedudukan dia dalam hati aku. Aku tak jawab soalan tadi sudah cukup bagus. Biarlah dia buat andaian sendiri.

Emak mengajak Luq makan tengahari di sini. Aku yang masakkan Ketam masak lemak bersama nenas kegemaran Luq. Aku tahu Luq suka menu itu dari dulu. Aku seronok tengok Luq makan sepuasnya dengan bertambah-tambah nasi. Lama tak makan macam ni katanya. Selepas makan dan solat Luq minta diri untuk pulang. Dia cuma berehat sebentar sahaja disini. Katanya dia nak gerak balik Johor pula. Aku menghantarnya ke kereta selepas dia memeluk dan mencium Chinta.

" Laila...abang minta maaf pada Laila atas semua kesalahan yang pernah abang buat pada Laila. Sebenarnya abang tak boleh lupakan Laila...abang mohon Laila jangan lah suka pada orang lain. Kalau Laila tak dapat terima abang semula pun...tolonglah jangan kahwin dengan orang lain, kesianlah pada Chinta tu Laila.

" Abang...Laila tak ada masa la nak cari suami. sakit tau...takut dapat cemburu macam abang boleh sakit kepala...dah...dah..tak nak cakap Hal tu. Drive hati-hati ya ..ingat tau Chinta sayang babah dia. Luq tersenyum lalu perlahan-lahan menekan pedal kereta dan meninggalkan kami untuk sekelian kalinya.

Selepas hari itu , Luq tak pernah lagi menghubungi aku. Aku pun tak mengharapkan dia hubungi aku lagi. Sebelum ni dia selalu bertanyakan keadaan aku dan Chinta. Mungkin sibuk ataupun dia fikir membuang masa untuk menunggu aku kembali padanya. Dia tidak lagi mencari Chinta atau melawat kami seperti selalu. Ya...aku tahu dengan alasan menemui Chinta dia selalu datang ke sini sebenarnya mahu memujuk aku. Lama-lama mungkin dia rasa rugi dengan belanja pergi dan balik memakan modal yang banyak juga. Hampir enam bulan juga dia berulang alik jengok Chinta setiap hujung minggu. Aku faham sangat namanya lelaki mana boleh bujang lama-lama sangat. Dia tak datang pun boleh jadi dia sudah bahagia dengan peganti aku. Aku ? Jalani hari -hari ku macam biasa juga .


Pejam celik pejam celik sudah tiga bulan Luq tidak kunjungi kami di sini. Chinta pun tidak tercari-cari lagi bayangan Luq lagi. Aku dengar Luq nak bertunang. Alhamdulillah semoga dia mendapat jodoh yang baik daripada aku. Aku harap sangat ibu tiri cinta itu dapat menerima Chinta dengan hati yang terbuka. Aku sedikit pun tidak kisah tentang Luq nak kahwin tu tetapi aku cuma risau dia lupakan terus Chinta kerana aku berjanji pada Chinta yang dia tidak akan kehilangan kasih sayang babanya. Kalau babah kahwin nanti, Chinta harus terima yang dia bakal ada adik-adik. Kasih sayang babah mestilah dibahagi dengan adik-adik yang lain. Kasih babah pada ibu juga pastinya terbang melayang seperti angin lalu. Eh ..apa yang aku merepek ni. Fokus...aku masih si janda yang cool and steady.

Aku Cuba juga hubungi Luq tetapi tidak terjawab. Takut pula emaknya pula yang angkat dia sampaikan cerita lain pula, cerita yang membuatkan aku sakit hati pula. Hari ni rasa nak bercakap pula dengan Luq. Aku tidak mahu putus hubungan aku sebagai kawan Luq . Aku tidak mahu berdendam. Kadang-kadang aku suka dengar cerita-cerita dia kot-kot la..ada cerita baru dari mulutnya sendiri. Kalau dia nak beritahu aku dia nak kahwin pun aku dah tak kisah dah...tapi sebenarnya kan aku kisah juga tau.. jangan kecam aku. Ini sebab ...dia pesan kat aku jangan kahwin lain. Kalau boleh aku nak pesan dia jangan kahwin juga. Boleh ke macam gitu? Ada bau cemburu atau dengki tak disitu? Ah!.kenapa aku begitu peduli dengan dia yang nak kahwin tu? Lantak kau lah labu....aku yang tak nak dia kan? Aku nak tenang kan? Aku dah dapat apa yang aku nak , syukurlah.

Aku dikejutkan pagi itu dengan panggilan dari Seri. Aku angkatkan saja bila nama Seri terpampang di skrin Telefon . Lama sudah tidak mendengar Khabar berita dari Seri, entah-entah nak jemput aku ke majlis kahwin dia .

" Assalamualaikum..

"Waalaikumussalam.....kau apa Khabar?

" Aku macam ni lah...Sihat sahaja. Ada apa cerita Kau cari aku ni? Nak kahwin ke?

" Ish aku ni...aku dah kahwin la..tahun lepas. Aku buat sikit-sikit ja pun... Ni nak ada anak dah ni. "

" Iya ka...Tahniah la...patutlah lama tak nampak. Sibuk layan suami la katakan."

" Kau ada dengar berita tentang Luq tak?

" Ada. Dia dah nak kahwin kan? Kau nak beritahu aku yang tu ke? Aku agak saja. Betul kan?

"Ish...kau ni , bukan itu ....Aku nak bagitau yang Luq sedang sakit sekarang ni. Kau belum tahu kan?

". Hah! Luq Sakit ? Sakit apa?" Sudah bergenang air mata dalam kelopak mata aku. Takut sebenarnya....kenapa dia sakit? Aku tak dapat bayangkan kalau dia sakit. Manja sangat....selalu mahu aku ada di sini. Merengek lebih dari anak kecil "

Kau tak contact dia langsung ke lepas bercerai?

" Dah tiga bulan dah aku tak dengar berita dia. Aku Telefon dia tak angkat. Sebelum ni setiap bulan dia mesti datang jenguk anaknya tu."

" Hah....dia sakit pun dekat tiga bulan dah rasanya. Aku pun dengar berita ja ...aku tak sempat pergi ziarah lagi. Aku pun baru dapat tahu dari saudara aku, aku dengar dia dah kurus sangat ..kesihan dia..."

Perkhabaran duka aku dari Seri itu membuatkan aku tak senang duduk. Patutlah sudah tiga bulan dia tak datang ke sini. Aku rasa bersalah pula , takut perpisahan ini yang membuatkan Luq sakit. Aku bukan mahu mendera perasaannya...aku mahu lari dari tekanan yang aku alami. Allah selamatkan dia.

Jiwa aku jadi tak tenang , aku mahu tahu tentang penyakit Luq. Aku bertanya pendapat mak dan ayah aku dan minta izin mereka untuk melawat Luq. Emak dan ayah izinkan dan mereka juga mahu ikut serta melihat keadaan Luq. Adik Na juga mahu ikut kebetulan dia cuti semester . Kami bertolak ke Perak selepas subuh dan menempah bilik hotel di sana. Sampai di sana kami terus check in hotel dan berehat seketika. Petang nanti kami akan melawat Luq di rumah ibunya.

Lepas asar kami bertolak ke rumah Luq yang cuma mengambil masa Lima belas minit sahaja untuk sampai. Setibanya kami di rumah ibubapa Luq sunyi sepi. Aku Cuba memberi Salam tetapi tiada jawapan. Jiran sebelah rumah Luq menyapa kami. Agak berumur mungkin jiran baru atau saudara Luq yang aku tidak kenal langsung, dia pun tak kenal aku.

" .Mak Cik...boleh saya tahu orang rumah ni pergi mana ya? Ada orang sakitkan dalam rumah ni?

" Ya... ade hah... sape namanye tu ha...Si Luq tu le...deme pergi ngubat...katanye kena buatan orang, bekas bini katanya .". Mengucap panjang aku bila mendengar perkhabaran itu. Jantung mengepam laju... hampir terlepas Chinta yang ada dalam pelukan aku, nasib baik adik yang ada di sebelah sempat mengambil Chinta dari aku. Lutut aku dah tak kuat ni dan aku sudah terjelepuk diatas tanah. Berita apa yang kami terima ni tak masuk akal langsung. Kenapa tuduhan itu yang aku terima. Ya Allah....ampunilah aku ya Allah...masukkanlah aku dalam golongan orang yang beriman.

" Loh....kenapa tuduh-tuduh macam tu. Bomoh-bomoh ni bukan boleh percaya sangat, buat pecah belah sahaja" Ayah kalau keluar kata tersentap mak Cik Jenab tu.

"Err ....macam tu lah apa yang deme khabor ...Katanye le...tentang dengki-dengki ni, maklumlah Luq tu dah nak kahwin lagi"

" Tak apalah Mak Cik , kami balik dulu ke hotel, lepas ni kami datang lagi" Aku kasihan pada ibu dan ayah , jauh-jauh datang nak tengok orang sakit ...tut-tut cerita yang yak sedap di dengar yang itu kami dapat. Air mata aku mengalir lagi.....

Sebaik sahaja meninggalkan kawasan rumah ....ternampak sebuah kereta masuk ke pekarangan rumah dan berhenti betul-betul di hadapan rumah Mak Luq. Aku tahu itu kereta Luq, dadaku berdebar. Aku takut untuk keluar dari kereta dan menyambut emak dan ayah Luq . Tidak tahu sambutan mereka terhadap kami setelah tahu kedudukan cerita sebenar. Aku Tanya ayah dan mak , mahu terus balik ke hotel atau nak berhadapan dengan mereka semua.

Belum sempat mereka menjawab aku terus pusingan kereta dan kembali ke rumah itu bila aku nampak Luq di pimpin masuk ke dalam rumah.

Aku berhentikan kereta dan berlari ke arah Luq
" Abang maafkan Laila abang, Laila tak jaga abang dengan baik. Tolonglah jangan sakit macam ni...Laila sedih...Laila ingat abang bahagia. Tolong maafkan Laila.". Air mata tak dapat ku bendung lagi bila melihat keadaan Luq yang semakin kurus. Kurus sangat hingga timbul tulang pipinya yang dulu ku usap penuh Kasih sayang .

......Sambung ......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience