Bab 34. Hilang Sabar

Short Story Completed 83757

Hari keempat. Aku dan Luq masih tidak berhubungan. Sakit hati saja yang bertandang. Sakit hati kerana dia tak pedulikan aku. Siapa yang cari pasal sebenarnya. Aku merajuk dengan Luq dan Luq pula merajuk dengan aku. Sama-sama merajuk? Siapa yang nak pujuk? Memang panjanglah cerita merajuk ni.

Memikirkan Luq, keceriaan aku di sekolah pun nampak berbalam. Ramai yang menegur, aku nampak muram dan ada yang mengusik sebab rindukan suami aku jadi begitu. Ada yang bertanya khabar dan aku jawab acuh tak acuh sahaja, malas aku nak bercerita panjang, aku sedar aib suami perlu di jaga.

Hari ke lima. ... Hilang sudah kesabaran aku. Ada suami macam tak dak suami. Aku merajuk tak ada siapa pujuk pula. Aku telefon tak nak diangkat pula, tercabar sungguh kesetiaan aku. Aku capai telefon dan aku tanpa fikir panjang terus hantar mesej kepada Luq....
"Abang... Ceraikan saya. Saya tak boleh hidup macam ni.". Butang send terus di tekan. Aku peluk Chinta. Menggeletar juga tanganku selepas hantar mesej itu. Aku tak tahu apa penerimaan dia tentang mesej tu. Kalau dia lafazkan cerai, aku nak ucapkan terima kasih saja. Betapa aku sungguh sakit hati, dah la sebelum ni pun aku yang pujuk dia walaupun aku tak salah apapun.

Malam masih muda, aku melayan Chinta yang sudah pandai menapak satu dua langkah. Mengekeknya ketawa bila aku cuba menangkapnya dari terjatuh. Selepas puas bermain aku cuba membaringkan dia dan menepuk-nepuk punggungnya bila melihat matanya kian layu. Sekejap sahaja matanya sudah pun tertutup lena.

Sepanjang malam aku peluk Chinta, kasihan dia. Kalau aku dan Luq bercerai, perjalanan hidup Chinta mesti sukar dan tak seperti orang lain. Aku cuba mencari cahaya di celah- celah keputusan yang aku buat. Aku dah tak ada rasa. Kesabaran aku ada batasnya. Biarlah aku dianggap isteri derhaka, tidak mendengar cakap suami, dah tu minta berpisah. Bukan aku menyesal, tapi aku nak hilangkan perit yang ada di dalam diri aku. Aku terpaksa buat begitu.

Pukul 2 pagi.... Aku terdengar esakan di hujung kaki. Aku terus bangun dan duduk di birai katil. Terkebil-kebil mata aku melihat Luq sedang menangis terhinjut-hinjut di hujung katil. Nasib baik Luq yang ada di situ ... Takut juga, ingatkan ada Mak lampir nak ganggu aku. Seram sebenarnya.

"Maafkan abang Laila. Abang sayang Laila sampai hati Laila minta berpisah. Laila dah tak sayangkan abang lagi ke? Macam nak tercabut jantung abang baca mesej Laila tu. Jangan tulis macam tu lagi sayang... Abang tak sanggup berpisah dengan Laila"

" Ini bukan masalah sayang atau tak sayang. Ini masalah abang. Dah tu tak ada rasa bersalah langsung tuduh itu, tuduh ini. Laila pun ada perasaan la abang. Dah bertahun Laila cuba bertahan dengan abang. Laila dah tak larat la abang. Inilah jalan penyelesaiannya." Aku cuba tetapkan pendirianku supaya tidak termakan pujuk rayu Luq.

" Memang betul la...Laila memang tak sayangkan abang. Kalau kat rumah memang Laila layan abang. Tapi kalau kat sekolah.... Laila selalu lupakan abang. Seronok melayan jantan-jantan kat sana. Bergurau senda macam tak ada laki" Lontaran suara Luq, makin menyakitkan hati aku. Geram pula aku, ingat balik nak pujuk, rupanya lagi curahkan minyak pada api kemarahan aku.

"Abang ni memang tak nak berubah lah.... Kalau macam ni, kita tak akan hidup bahagialah sampai bila-bila. Abang tak rasa nak hidup bahagia ke?"

"Abang bahagia kalau Laila tak duakan abang. Sekarang ni Laila dah tak peduli pun perasaan abang. Laila tak jaga pergaulan Sarah, Laila sengaja buat bagi abang cemburu. Abang tak boleh la tengok Laila dengan orang lain"

"Abang.... Jika begini lah perangai abang, Laila dah tak tahan, Lepaskan Laila. Laila rasa ini keputusan paling baik untuk kita berdua" aku sendiri terkejut dengan lidahku ini, sudah tiada tapis lagi. Hairan juga hari ini aku berjaya meluahkannya setelah sekian lama aku pendam.
Semalam aku cuma mesej, hari ni terkeluar terus dari mulut aku sendiri.

"Astaqfirullahalazim...Sampai ke situ Laila Fikir. Laila dah tak sayangkan abang ke? Sampai hati Laila... Abang dah tak ada siapa-siapa Laila, please.. Jangan tinggalkan abang.... Sayang" Luq melepaskan tanggis sambil memelukku erat.

Mati kata-kataku mendengar tangisannya. Dalam hatiku berdoa "Ya Allah... panjangkanlah jodoh ini, aku mohon berikan aku petunjuk, aku cuma mahu memberi pengajaran atas sikapnya yang selalu menyakiti hatiku.

" Maafkan Laila abang.... Laila dah tak tahan dengan sikap abang yang selalu menuduh tanpa bukti dan sentiasa syak wasangka yang bukan-bukan... Laila betul - betul kecewa" aku cuba memancing dengan helah itu supaya Luq sedar kesilapannya dan memohon maaf.

"Mungkin dengan cara ini Laila dapat mengurangkan dosa Laila terhadap abang. Laila selalu tinggikan suara melawan cakap abang...
Laila juga selalu buat jiwa abang tak tenteram, tertekan dan... Laila rasa terlalu banyak dosa Laila kat abang. Maafkan Laila"

"Laila tak berdosa sayang, abang yang berdosa. Abang sedar abang selalu menurut kata hati, abang cemburu, abang sedar semua tu, tolong sayang, jangan minta abang lepaskan Laila... tak akan, abang tak akan lepaskan Laila sebab abang terlalu cintakan Laila." Kadang-kadang mengaku kesalahan diri, kadang-kadang tak. Mungkin masa nak memujuk tapi masa nak marah dia marah ja ikut suka.

" Dulu pun abang pernah berjanji untuk berubah, tapi... macam tu juga abang buat. Laila dah minta abang dapatkan rawatan, tapi abang degil. " Laila dah tak tahan la, boleh gila Laila, abang tak dera fizikal, tapi abang dera emosi Laila.... Laila dah tak larat la.....

" abang tak sakit Laila, macamana nak dapatkan rawatan. Lagipun Laila kan ada, Laila boleh rawat abang, Laila ikut cakap abang.. Abang ok la...

" abang tak sedar ke abang tu sakit, cemburu buta tu kalau keterlaluan tu sakit namanya.
Berfikir tak seperti orang normal fikir dan sentiasa syak wasangka juga penyakit... Abang tu macam tak normal tau takkkk??? ... Aku melepaskan kemarahanku yang menyala biar yang mendengar terasa luka.

"Laila kata abang tak normal... Gila la maksudnya... Tu yang nak berpisah sangat tu.. takut orang kata suami Laila gila... Hah.." . Dia
membentak, merajuklah konon. Kali ni tak larat dah aku nak pujuk. Sudah 5 tahun aku bersabar dan memujuk semata-mata tak mahu pentengkaran berpanjangan......

" Gila ka tak gila ka... Kalau tak menyakitkan hati orang, Laila boleh terima lagi. Ni... Dah la sakit.... Menyakitkan lagi hati orang, dah tu tak pernah nak pujuk dan mengaku salah sendiri. Dok rasa diri tu semuanya betul. Mana boleh tahan. Laila rasa kalau kita masih bersama pun tak guna selagi abang tak dapatkan rawatan. Abang boleh pilih nak jadi macam ni juga atau abang nak buat rawatan ? Pilihan ada di tangan abang. Laila tak nak paksa. Kalau abang tak mahu terima apa-apa rawatan, setakat ni saja hubungan kita.

"Luq diam. Terduduk di situ juga. Lidahnya kelu untuk mengeluarkan kata. Barusan ayat yang keluar dari mulutku itu mematikan kata-katanya.,

Biarpun berat hati mahu berpisah dengannya, aku terpaksa demi menjaga hatiku yang kian sakit, perasaan yang berkecamuk dan kepalaku yang seakan mahu pecah... Biarlah aku dikatakan mementing diri sendiri.... aku pun mahu tenang seperti orang lain. Aku mahu bebas dari segala keserabutan yang aku alami.... Ya Allah, bantulah aku, tunjuki kami jalan yang lurus yakni jalan yang kau redha.

........ Sambung.........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience