Bab 45 Hidup berdua

Short Story Completed 83757

Luq meninggalkan kami dengan perasaan bercampur baur. Aku melihat dia melangkah longlai menuju ke keretanya yang terparkir. Dia menyeka air mata yang merembes di pipinya. Semakin jauh dia melangkah pergi semakin kuat tangisan Chinta sambil meronta-ronta mahu mengikut babahnya. Mungkin dia tahu bakal berpisah jauh dari babahnya. Aku masih berdiri kaku disitu menghantar Luq dengan pandangan yang aku sendiri tak dapat tafsirkan. Bukan aku gembira tetapi sedikit rasa lega dari beban yang selalu memberat di bahuku. Dada pula tidak ketat lagi seperti hari hari sebelum ini.

Emak dan ayah tidak berkata-kata lagi. Mungkin Terkedu dengan lafaz yang telah Luq ucapkan pada aku. Tenyata jelas di telinga masing-masing. Mereka memandang sayu Luq pergi meninggalkan rumah dengan hati Lara.

Selepas Luq pergi... aku pandang emak dan emak pun sama pandang aku tapi tanpa bersuara apa-apa. Aku terus melangkah pergi meninggalkan mak dan ayah berbisik-bisik mungkin mengata aku. Aku tidak ambil kisah lagi. Aku yang buat Dan aku akan sendiri tanggung. Aku cuma mengharapkan sedikit ketenangan dalam kehidupan aku. Aku masuk ke bilik dan letakkan Chinta diatas katil. Aku baring di sebelah Chinta. "Maafkan Ibu Chinta ...Ibu janji akan jaga Chinta hingga akhir nafas ibu dan ibu akan pastikan kasih babah tidak akan kurang untuk Chinta.

......................

Esoknya..... aku pulang ke Perlis bersama Chinta kerana aku perlu ke sekolah esoknya. Ikut hati memang nak ambil cuti tetapi lusa sekolah dah buka. Aku perlu sibukkan diri dan mengisi masa terluang supaya kenangan bersama Luq hilang perlahan-lahan.

Tidak dinafikan kehidupan aku sedikit sunyi selepas Luq pergi. Sudah tiada gurauan di pagi hari sebelum ke sekolah dan kecoh mulutnya kejutkan aku bangun pagi. Kadang- kadang aku hairan bila aku rasa sunyi , aku akan terima panggilan dari Luq selepas itu. Macam dia tahu tahu sahaja aku sedang teringatkan dia. Aku layan seperti biasa sahaja , tak kanlah aku nak beritahu yang aku sedang berfikir tentang dia.. tidak sama sekali.

Chinta sesekali merengek gelisah seperti mencari- cari seseorang bila malam. Selalunya Luq yang tidurkan Chinta kalau dia balik bercuti. Kadang-kadang rasa bersalah pula memisahkan Chinta dengan babahnya. Sesekali terfikir juga aku ni pentingkan diri aku saja ke tanpa fikiran Chinta, Kejamkah aku? Tapi aku rasa tak tenang bersama Luq, dosa aku akan bertambah lagi .....Ah...abaikan...aku sudah bebas.....

Ramai yang sudah tahu yang aku sudah bergelar janda. Ada yang cuba mengorek cerita sebenar dan ada pula yang menambah cerita. Aku sebolehnya tidak mahu memburukkan Luq. Aku cuma cakap tiada sefahaman dan jodoh tidak panjang. Aku tahu aku telah menjadi bahan cerita di sepanjang minggu itu. Ada yang simpati dan ada yang mencaci. Biasalah mulut manusia , sentiasa mencari bahan untuk dibincangkan. Aku biasa sahaja, orang tanya aku jawab apa yang perlu sahaja .

Ika tidak putus- putus bertanya khabar aku. Mungkin nak tebus kesalahan dia pada aku dulu. Dia cuma nak tahu aku ok ke tidak , aku sambut baik niat dia. Aku beritahu yang aku dan Chinta ok ja... Emak juga selalu bertanya Khabar , kalau bukan emak yang telefon , ayah yang akan Telefon aku. Semuanya nak tahu cerita tentang aku dan Chinta . Sepanjang aku hidup sebagai janda belum lagilah aku rasa menyesal . Cuma ..macam aku cakap tadi ada la sedikit rasa sunyi. Tentang makan, pakai dan Chinta aku mampu uruskan sendiri. Manakan tidak aku sudah biasa hidup sendiri Perkahwinan jarak jauh la katakan.

Semakin hari cerita aku sudah tidak lagi panas. Ramai sudah yang berani-berani mengusik , pandai pandai pula kenenkan aku dengan duda sepi atau bujang terlajak. Pantang ada yang lalu pasti aku menjadi gurauan. Aku senyum aja dan kadang- kadang membalas usikan mereka dengan gelak ketawa. Dalam hati aku masih bersisa cinta aku pada Luq. Tidak mungkin aku mencari peganti walaupun kadang-kadang kesunyian membuatkan aku teringat padanya.

Chinta??? Semakin aktif dan sudah pandai bertatih. Di mulutnya sentiasa berbunyi baba
...baba....baba... mula belajar bercakap. Setiap hujung minggu Luq sentiasa mengunjungi aku di sini. Walaupun bercerai aku dan Luq masih berkawan dan tak pernah bicara soal hati . Tidak pernah sekalipun aku menjemputnya masuk ke dalam rumah. Kami akan keluar makan dan menemani cinta bermain di taman. Perkara ini berlaku selama 6 bulan pertama perpisahan kami. Kami akan bercerita tentang kerja, tentang anak kami dan juga tentang anak-anak murid di sekolah. Selalunya Luq akan menyewa hotel untuk dua hari. Dia akan menghabiskan masa dua hari itu bersama Chinta. Kadang- kadang dia membawa Chinta pulang ke kampungnya di Perak bila cuti sekolah. Chinta masih ada opahnya di sana. Aku biarkan sahaja Chinta bersama dengan babahnya , sekurang-kurangnya ada juga masa untuk memanjakan diriku sendiri bila Chinta babahnya yang jaga.

Chinta di bawa babahnya bertemu keluarga sebelah sana. Aku jadi rindu pada Chinta. Kadang-kala ada juga terlintas di fikiran aku yang Luq akan merebut Chinta dari aku. Aku berserah pada Allah, harapan aku Luq tak mungkir janji untuk menghantar semula Chinta pada aku. Aku takut jika Luq termakan kata-kata peguam kampung yang ada di sebelah sana. Harap-harap jangan la....aku masih menaruh kepercayaan pada Luq. Aku tahu dia pun sangat menghormati aku.

Luq sebenarnya sempurna sebagai seorang suami. Memang bertuah siapa yang dapat mengahwininya. Aku ni antara yang bertuah tu la...cumanya tak tahan dengan cemburunya tu lah.....membuatkan aku mahu menjauh. Kalau ada yang tanya pendapat tentang Luq ...memang aku rekomenkan aja . Mungkin orang lain boleh menerima sakitnya itu....tapi bukan aku. Dulu sebelum bercerai pun aku cuba juga menerima penyakit cemburunya itu. Sikit-sikit tak apa....tetapi sampai selalu- selalu sangat aku pun hangin la sehinggalah terjadinya perpisahan seperti itu.

Berbalik pada cerita Chinta tadi....aku ada la telefon Luq bertanyakan tentang Chinta maklumlah kali pertama bersama babahnya balik ke sana, takut pula kalau dia tak dapat tidur tanpa aku. Nak jadi cerita bukan babah Chinta yang menjawab panggilan aku tetapi neneknya yang jawab panggilan aku. Aku tahu mertua aku tu marahkan aku kerana minta Luq ceraikan aku. Sampai hari ni dia macam tak layan aku sangat dan kadang-kadang sengaja cari pasal dengan aku. Bila aku bertanyakan Chinta dia sengaja sebut-sebut Chinta ok je bila bersama bakal ibu tiri Chinta. Aku sebenarnya tak kisah sangat...ibu tiri ke...mama tiri ke...aku rasa dia sengaja ada-adakan cerita nak buat aku cemburu. Lambettt....lagilah mak aku nak cemburu.

Aku menggunakan masa yang ada untuk manjakan diri aku pergi ke saloon untuk urus rambut dan facial muka. Sesekali aku mandi lulur membersihkan tubuh dari sel-sel kulit mati. Selepas buat treatment tu, Fuh!! segar gila tubuh aku. Aku rasa keyakinan diri aku meningkat apatah lagi pekerja disitu memuji-muji kulit aku yang gebu dan sihat itu. Aku jadi perasan la sekejap walaupun hakikatnya mereka memuji kerana nak aku datang lagi ke situ.

Rindu ku datang lagi selepas aku pulang ke rumah. Rasa sunyi ....sepi ....dan canggung.
Chinta tak ada ni terasa rindu pula keletahnya yang dah pandai bermain-main dengan aku. Aku rindu untuk memeluknya dan mencium bau tubuhnya. kadang-kadang aku memakai bedak yang selalu aku sapukan pada cinta . Terubatlah sikit rindu pada Chinta.

Aku cuba Telefon Luq lagi...." Hello..." ha ..Kali ini Luq yang jawab. " Chinta macamana tidurnya malam tadi abang ?"Terus aku bertanya Chinta tanpa mengucap Salam. Aku takut maknya yang angkat,tak sangka pula Luq yang angkat Telefon tu.

" Waalaikumussalam...Merengek juga ....mungkin cari Ibunya...babahnya tak ada susu." Luq menjawab Salam walaupun aku tak beri Salam pun..perli aku lah tu...faham.

" Ouh...dia cari susu? Dia minum tak susu formula tu? Kasihan dia....abang cepat-cepat hantar dia balik sini, biar Laila yang jaga. Selalunya dia minum ja susu formula tu"

". Chinta minum ja susu tu tapi bila malam dia merengek juga mungkin nak susu ibunya. Abang baru nak belajar jaga dia, Laila dah nak suruh hantar. Biarlah dia sama babah. Baru sehari bawa balik sini tak kan nak hantar balik dah. Kan janji seminggu?"

" Ya lah...Laila takut lepas ni dia dah tak nak susu badan dah ..nanti Laila sakit."

" itulah....kalau abang ada kan senang, boleh abang tolong buangkan"

" Ish...abang ni ..tak suka la cakap macam tu. Tak apalah ..Laila letak dulu ya Fon ni, ada kerja sikit kat dapur tu" Tak betah aku cakap lama-lama bila isu susu tu rasa segan pula. Aku putuskan talian cepat-cepat sebelum Luq cakap merepek entah apa-apa lagi. Kalau dulu Iya...akulah orang yang balas kata-kata itu hingga Luq tak boleh berhenti ketawa. Dulu Lain sekarang dah lain dah bertukar status...so aku ambil jalan mudah untuk tutup kes jika berkaitan hal-hal yang seperti itu.

Luq Cuba telefon aku lagi...aku tak angkat dah sebab tak mahu pihak sana salah sangka. Nanti emaknya cakap aku gila talak pula. Huh ..tak pasal-pasal pula bakal isterinya meroyan.

...........

Aku bersenam pagi itu di kawasan rumah tempat aku sewa sahaja. Aku perasan ada seorang laki-laki sedang berjoging asyik perhatikan aku. Aku bukan perasan tapi betul dia asyik tengok aku aja sampai aku rasa tak selesa. Kalau Luq ada rasanya dah bengkak mata lelaki tu. Bila aku berhenti penat dan dia pun sama, dia berlari bila aku berlari. Aku minum dia minum....entah apa yang merasuk dia ikut apa yang aku buat.

Apa? aku tersebut Luq ke tadi? Oops...sejujurnya aku memang terasa kehilangan orang yang betul-betul peduli dengan aku. Sekarang ni
dah tak ada orang nak tolong aku kalau apa apa terjadi. Aku ni dah banyak Kali berhadapan dengan orang yang tak siuman. Jangan Kali ini sebab Luq dah tak ada dekat sini nak tengok-tengokkan aku.

Aku terus berlari-lari anak dan terus pecut meninggalkan lelaki itu jauh. Tak perlu tunggu-tunggu lagi...Kaki terus membawa diriku pulang ke rumah. Selamat....tutup cerita.

Sukar juga hidup sebagai janda. Perlu banyak bersabar dan buat tidak tahu apa-apa yang terjadi di sekeliling. Kalau ambil hal sangat di katakan ambil kesempatan . Kalau biar saja dikatakan di katakan dungu pula.

Pernah sekali ada anak jiran datang ke rumah beritahu emaknya panggil aku nak minta tolong. Aku pun tak fikir panjang terus pergi apa yang nak dia . Sebenarnya malas nak ambil tahu tapi anaknya buka cerita yang bapanya di pukul ibu sebab bapanya mengendap aku ketika di dapur. Alamak....nasib baik dia tak cakap masa aku tengah mandi...entah-entah dah lama dia buat kerja tu, hari ni baru kantoi. Mendengar perkara itu aku pun beranikan diri aku untuk pergi pastikan punca pergaduhan ibu bapa anak itu.

" Hah...cakap la ..." Kata isterinya . Suaminya pulak duduk buat tak tahu pada aku.

"Apa sebenarnya ni Kak? Kenapa kak panggil saya.

"Awak tak perasan ke ada orang dok tertinjau-tinjau rumah awak siang malam....?"

" Tak tahu apa-apa pun....siapa yang tinjau? Dia nak apa?

" Orang tu hah....berkenan ke awok kot" Sambil menjuihkan mulut kearah suaminya itu.

" Hish....awak ni malu la saya."

" Kalau malu tak buat macam tu lah...cakaplah kat dia, nak suruh saya pinangkan dia untuk awak ." Si suami tu pun macam tak berapa center juga...tersengeh - sengeh melihat aku.

Aku apa lagi...kalau hanya ini yang nak cakap...buang masa aku ja , ingatkan boleh tolong apa-apa , macam cemas je tadi. Aku berlalu pergi meninggalkan laki bini yang tak malu bergaduh depan anak. Lantaklah...hormat jiran ke tak hormat jiran aku tak nak ambil tahu. Yang paling geram dan sakit hati sebab bergaduh disebabkan aku. Aku rasa tak aman la sewa kat sini lagi , aku tak perlu tunggu lagi kalau macam ni...Lagi lama kat sini lagi banyak perkara terjadi. Aku nak pindah dari sini....

.......Sambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience